Anda di halaman 1dari 2

EMAIL : skdt08@yahoo.

com (NBA0013)
TEL : 06-4914814 FAKS : 06-4914814

Ruj Kami : JPNS.PPDJJ.NBA0013.100-3/1/4( )


Tarikh : 02 OKTOBER 2019

YB TUAN ANTHONY LOKE SIEW FOOK


No. 1, Jalan Besar,
71650 Titi,
Negeri Sembilan.

YB Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PENGANGKUTAN (BAS) PROGRAM LAWATAN MURID


TAHAP 2 KE KUALA LUMPUR TAHUN 2019

Sukacita saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. .Pihak sekolah akan mengadakan lawatan murid tahap 2 ke Kuala Lumpur seperti butiran
berikut :-
2.i. Tarikh : 06 November 2019
2.ii. Hari : Rabu
2.iii. Tempat : Petrosains, Masjid Negara dan Muzium Coklat (Kota Damansara)
2.iv. Peserta : 40 orang murid dan 4 orang guru

3. Pihak kami ingin memohon bantuan pengangkutan iaitu sebuah bas untuk lawatan yang
akan diadakan pada bulan hadapan atas kekurangan dana dari pihak kami untuk menjayakan
program ini. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja program lawatan tersebut untuk tindakan YB
Tuan selanjutnya. Besar harapan kami agar YB Tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini.

Segala jasa baik dan kerjasama tuan berhubung perkara ini, saya dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

‘Bersih . Muafakat . Sejahtera’

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
(RADIAH BINTI JALI)
Guru Besar
SK Durian Tipus
72400 Simpang Durian
EMAIL : skdt08@yahoo.com (NBA0013)
TEL : 06-4914814 FAKS : 06-4914814

Anda mungkin juga menyukai