Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)

LADANG BLUE VALLEY


39007 TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS
PAHANG DARUL MAKMUR Tel & Fax : 05-4983007

Ruj Kami : CBD1016 100-2/4/2 (1)


Tarikh : 02 OGOS 2013
Y.B. Senator Datuk Seri G. Palanivel
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Aras 17, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62574 PUTRAJAYA.

Y.B. Datuk Seri,

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL


BELAJAR SJK(T) LDG BLUE VALLEY DAN SJK(T) LDG SHUM YIP LEONG

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Pihak Sekolah SJK(T) Ldg Blue Valley dan SJK(T) Ldg Shum Yip Leong ingin
mengadakan lawatan sambil belajar ke Langkawi pada 4 hingga 6 Oktober 2013. Tujuan
utama mengadakan lawatan ini adalah untuk memperluaskan pengetahuan am dan
memberi pendedahan luar kepada pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan ladang.

3. Anggaran perbelanjaan bagi membiayai kos lawatan ini untuk seorang murid
mencecah nilai sebanyak RM300.00, tetapi terdapat sedikit masalah daripada ibu bapa
untuk menampung perbelanjaan ini.

4. Sehubungan dengan itu, pihak Sekolah ingin memohon sumbangan peruntukan


untuk menampung kos pengangkutan (bas) sebanyak RM2,300.00 bagi perjalanan pergi
balik dari Cameron Highlands ke Kuala Perlis.

4. Besarlah harapan bagi pihak kedua-dua sekolah agar Y.B. Datuk Seri dapat
menghulurkan jasa baik untuk memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap
permohonan ini.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

----------------------------------------------
(RAMACHANDRAN A/L APPU NAIR)
Guru Besar
S.J.K. (T) Ladang Blue Valley
Cameron Highlands

Anda mungkin juga menyukai