Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH RATA

39000 TANAH RATA


CAMERON HIGHLANDS Tel/Fax : 05-4912202

PAHANG DARUL MAKMUR Email: CBA1001@moe.edu.my

________________________________________________________________________________
Ruj. Kami ; CBA.1001.PK23/1( 2)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Ringlet
39200 Ringlet,
Pahang.

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENDIDIKAN KHAS SK TANAH RATA KE MELAKA DAN
PELEPASAN KEPADA PEGAWAI DARI SK RINGLET

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas dari SK Tanah Rata akan mengadakan
lawatan sambil belajar untuk murid-murid yang terdiri daripada golongan Murid Bekeperluan Pendidikan
Khas(MBPK)

Berikut adalah maklumat berkaitan aktiviti lawatan:

Tempat : Melaka Bandaraya Bersejarah


Tarikh : 25 Oktober hingga 27 Oktober 2023
Bilangan Peserta : 38 orang peserta
- 14 MURID MBPK DARI SK TANAH RATA
- 13 WAKIL IBU BAPA /PENJAGA MURID
- 5 MURID MBPK DARI SK RINGLET
- 2 ORANG GURU DARI SK TANAH RATA
- 2 ORANG GURU DARI SK RINGLET
- 1 PEMBANTU PENGURUSAN MURID DARI SK TANAH RATA
- 1 PEMBANTU PENGURUSAN MURID DARI SK RINGLET.

3. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang tempat-
tempat bersejarah yang terdapat di Negeri Melaka.

4. Pihak sekolah juga berbesar hati ingin menjemput warga Pendidikan Khas dari sekolah tuan untuk
menyertai program ini dan memberi pelepasan kepada pegawai tuan seperti yang tertera di lampiran. Bersama
surat ini dilampirkan jadual aktiviti dan kelulusan lawatan dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
5. Sokongan dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan amat kami hargai. Pihak sekolah
juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
“MALAYSIA MADANI

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

__________________________
DALINA BT MOHAMED ARIFFIN
GURU BESAR
SK TANAH RATA
39000 CAMERON HIGHLANDS PAHANG

Anda mungkin juga menyukai