Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera,

Saya ingin mengambil peluang merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada


pihak Sidang Majalah SK Tanah Rata kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan
kata aluan untuk majalah tahunan sekolah pada tahun ini. Dengan adanya majalah sekolah
ini, segala kenangan manis dan pahit yang dilalui oleh pihak sekolah dapat dihimpunkan
dalam majalah, khasnya dalam majalah tahunan sekolah.

Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti


pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan sarana
sekolah yang menjadi intipati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 – 2025 menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta
mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya saing dan dihormati. Saya
mengucapkan tahniah kerana warga sekolah dan ibu bapa berjaya memanfaatkan pelbagai
aplikasi atas talian bagi melicinkan pengurusan sekolah dan maklumat pencapaian murid
dengan lebih berkesan dan cekap.

Kerjasama dan hubungan yang baik antara pihak sekolah akan menentukan
kejayaan pelajar-pelajar bukan sahaja dalam bidang peperiksaan awam, malah dalam
bidang kokurikulum juga. Oleh itu, saya berharap agar semua murid dapat meneruskan
usaha sehingga mencapai kegemilangan dalam semua bidang yang diceburi. Saya juga
berharap agar semua murid yang akan tamat pengajian dengan cemerlang dan mempunyai
budi pekerti yang mulia, seterusnya menjadi rakyat yang mampu memajukan negara.

Oleh itu, saya berharap agar warga SK Tanah Rata, PIBG, ibu bapa, guru dan
masyarakat dapat berganding bahu dan bersatu hati untuk membentuk masa depan anak
didik yang lebih cemerlang lagi gemilang, dan mampu menghadapi cabaran era globalisasi
dengan terbilang.

Sekian, terima kasih.

EN.SAHRUM AYUMI BIN YUSOF

GURU BESAR

SK TANAH RATA

Anda mungkin juga menyukai