Anda di halaman 1dari 10

BMM3117 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA : TEORI MENTALIS DAN TEORI INRASIONALIS

OLEH: FADHILA BINTI MOHD ALIHAN PENSYARAH PEMBIMBING: EN. NORDIN BIN SHAARI

Teori Mentalis (Pelopor Noam Chomsky)


Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia .
kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran

Contoh: dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.

kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal

Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD (Language Acquisition Device).

Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ); proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanakkanak boleh dikatakan sama.

CIRI-CIRI
1. Bahasa dihasilkan melalui proses otak (mental). 2. Kanak-kanak boleh merumus bahasa berdasarkan keupayaan semula jadi yang berlaku secara biologi. 3. Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut aspek yang dikuasai. 4. Belajar bahasa secara tidak formal. 5. Penguasaan bahasa berdasarkan logik / boleh difahami kerana mempunyai makna. 6. Belajar bahasa tidak melalui kebiasaan, ulangan / latih-tubi.

7. Penguasaan bahasa berkaitan dengan mental dan semula jadi. 8. Digunakan dalam analisis dalam proses transperasi. 9. Mempunyai struktur dalaman dan luaran. 10. Ungkapan yang hendak diucapkan difikir dulu sebelum diucap. 11. Kesalahan pelajar membentuk rumusan dianggap bukan satu kesalahan, sebaliknya cubaan untuk membentuk satu sistem bahasa (tanggapan awal) terhadap sesuatu perkara (andaian). 12. Kanak-kanak boleh membuat pilihan sebelum bertutur.

Teori Interaksionalis (Pelopor oleh - Halliday)


Mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya
Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa. Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah.

Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri.

Ciri-Ciri
1. Kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka ingin memenuhi keperluan untuk berinteraksi dalam masyarakat. 2. Selepas kanak-kanak berjaya menguasai fungsi ujaran bahasa, mereka akan menguasai pula fungsi informatif bahasa itu. 3. Sistem bahasa kanak-kanak berupaya menyatakan satu-satu fungsi, sementara bahasa orang dewasa mengandungi lebih daripada satu fungsi. 4. Situasi sosial penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak.

5. Membantu kanak-kanak menguasai peraturan-peraturan bahasa. 6. Menggunakan struktur bahasa yang betul dalam aspek tatabahasa. 7. Penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa. 8. Mementingkan komunikasi / interaksi yang berasaskan pendekatan komunikatif. 9. Sistem tatabahasa kanak-kanak boleh menyatakan dua perkara dalam satu masa.

Sekian , Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai