Anda di halaman 1dari 1

Jawatankuasa Pekebun Kecil

Skim Kelapa Sawit MPOB,


Kampung Semapu, Judin dan Sebako,
94500 Lundu.
__________________________________________________________________________________

Jurutera Bahagian,
Jabatan Pengairan dan Saliran,
Bahagian Kuching Samarahan,
C/O Bangunan Wilayah,
Jabatan Pengairan dan Saliran,
Jalan Datuk Mohd Musa,
94300 Kota Samarahan. 18 JULAI 2016

Tuan,

MEMOHON CULVERT KE TANAH PERSENDIRIAN BAGI SETIAP SIMPANG KEBUN


KELAPA SAWIT.

Dengan segala hormatnya perkara seperti di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak Tuan, Projek Jalan Ladang Pekebun Kecil Kelapa Sawit kampung
Semapu, Judin dan Sebako sedang dalam pembinaan pada masa sekarang, tetapi culvert untuk simpang
ke field road kebun kelapa sawit bagi 22 orang pekebun tidak termasuk di dalam peruntukan.

3. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Pekebun Kecil memohon jasa baik pihak Tuan agar
menambah culvert untuk 22 simpang field road bagi 22 orang pekebun tersebut.

4. Perhatian dan tindakan dari pihak Tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

________________ _______________________ __________________


(Maradam Ak. Ani) (KK Amat Daud Ak. Keseng) (YB Ranum Ak. Mina)
Pengerusi, Ketua Kaum, ADUN N1 Opar
Jawatankuasa Pekebun Kecil Kampung Judin, Lundu.
Skim Kelapa Sawit MPOB
Kampung Semapu, Judin dan Sebako.

Anda mungkin juga menyukai