Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Tuan :
Ruj. Kami : BLRKK(KDK)/100/23(02)
YB Datuk Wetrom bin Bahanda Tarikh : 2 Mac 2023
Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu
Merangkap ADUN N.06 Bandau

Yang Berhormat Datuk,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK KEPERLUAN BALAI RAYA KG. KONDOPI KAWASAN
DUN N.05 MATUNGGONG, PARLIMEN P.168 KOTA MARUDU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Saya mewakili penduduk Kg Kondopi dan Ketua Pusat Kondopi Mantap AIM Cawangan Matunggong
ingin memohon sumbangan berbentuk kewangan bagi tujuan membeli keperluan di balai raya seperti meja,
kerusi , kipas dan tangki air bagi kegunaan bersama.

03. Untuk pengetahuan pihak YB Datuk ,Balai Raya Kg Kondopi kini dalam proses pembaikan dan
telahpun digunakan semula bagi urusan mesyuarat, perbincangan dan sebarang acara pertemuan lain untuk
kemudahan semua penduduk. Namun, masih lagi kekurangan dari segi fasiliti seperti tiada kerusi, tiada meja
serta kelengkapan lain seperti Kipas dan Tangki Air di tandas.

04. Oleh itu , saya ingin memohon jasa baik pihak YB Datuk untuk menyumbang kewangan sebanyak
RM3000 untuk menampung keperluan balai raya kami kelak. Sumbangan berbentuk deposit tunai/ online banking
bolehlah di serahkan atas nama MARNY BINTI TALU ( MAYBANK – 105104121380 ) sekiranya pihak Yang
Berhormat Datuk ingin memberikan sumbangan tersebut. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini
dilampirkan anggaran kos bagi keperluan Balai Raya Kg. Kondopi untuk perhatian pihak YB Datuk selanjutnya
(rujuk Lampiran A).

Kami mendoakan agar YB Datuk terus diberikan kesihatan dan rahmat dari-Nya untuk terus mentadbir kawasan
DUN N.05 Matunggung dan kawasan Parlimen P.168 Kota Marudu khususnya. Atas keprihatinan dan perhatian
pihak YB Datuk akan permohonan ini, pihak kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH”

Saya yang menjalankan amanah,

(MARNY BINTI TALU )


Ketua Pusat Kondopi Mantap (AIM Cawangan Matunggong )
Kg. Kondopi, N.05 Matunggong

“SABAH MAJU JAYA”


LAMPIRAN A

ANGGARAN KOS KEPERLUAN BALAI RAYA KG KONDOPI

BIL ITEM GAMBAR HARGA

01 KERUSI PLASTIK TAHAN


RM27.90 x 60 pcs =
BERAT
RM1674

MEJA BANQUET SIZE: RM169.90 x 2 pcs =


02 RM339.80
4'X2' / BANQUET TABLE

03 TANGKI AIR
200 Galon RM279 x 1 =
RM279

RM229 .90 x 2 =
04 KIPAS SOLAR 16INCI RM459.80

JUMLAH KESELURUHAN : RM 2752.60 ( Tidak termasuk penghantaran )

“SABAH MAJU JAYA”

Anda mungkin juga menyukai