Anda di halaman 1dari 1

KERTAS KERJA

CADANGAN PROGRAM DAN SUMABGAN UNTUK PEKEBUN KECIL DAN PENDUDUK


SEKITAR KAMPUNG SERI MENDAPAT

1. TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini diangkat adalah untuk memohon kelulusan bagi cadangan program dan
sumbangan untuk pekebun kecil dan penduduk sekitar Kampung Seri Mendapat.

2. LATAR BELAKANG
- Aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) telah diamalkan oleh syarikat sejak dari awal
penubuhan syarikat lagi.
- Tujuan utama aktiviti dan program CSR ini dijalankan adalah untuk menjadikan
hubungan baik antara syarikat dan pekebun kecil dan penduduk sekitar sentiasa harmoni.
- Selain itu, ia merupakan salah satu usaha syarikat untuk membantu golongan yang kurang
bernasib baik seterusnya menjaga nama baik syarikat sebagai salah satu anak syarikat
milik Kerajaan Negeri Melaka.
- Program sumbangan ini juga dilihat sebagai salah satu cara syarikat untuk berkongsi
manfaat dalam menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat sekitar Kampung
Seri Mendapat.

3. CADANGAN PENGURUSAN
- Terdapat beberapa program yang ingin dicadangkan oleh Pihak Pengurusan. Cadangan
Program Tahunan adalah seperti dibawah,

BIL PERKARA BULAN


1. Sumbangan Bantuan Ramadhan kepada golongan Asnaf sekitar April 2021
Kampung Seri Mendapat. *dalam/sebelum bulan
Ramadhan
- Beras, minyak, gula, garam, kurma dan tepung.
2. Sumbangan kurma dan kain pelekat kepada pekebun kecil.
3. Sumbangan Bantuan Aktiviti Hari Sukan, Hari Merdeka dan PIBG
Sekolah Seri Mendapat.
4. Majlis Rumah Terbuka Syarikat sempena Hari Raya Aidilfitri. Bulan Mei – Jun
*Didalam bulan
Syawal

Anda mungkin juga menyukai