Anda di halaman 1dari 23

AGROPOLITAN TANJUNG GAHAI

Mohd Azlan Shah Bin Mokhtar. College of Law, Government and International Studies (COLGIS) Universiti Utara Malaysia
Kepelbagaian corak kehidupan masyarakat Malaysia yang diwarnai dengan pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam memerlukan kepimpinan negara menyediakan landasan yang tepat untuk setiap rancangan. Perancangan yang menyeluruh dan mampan adalah titik tolak kerajaan yang sentiasa peka dengan denyut nadi rakyat agar kemakmuran dan keadilan dapat diagih secara saksama. Kerajaan sentiasa menyediakan perancangan yang tersusun, menyeluruh dan adil untuk pembangunan negara dan rakyat yang berbilang kaum.

Rancangan Malaysia ke-9 (RMK 9) adalah kesinambungan pelan rancangan pembangunan negara jangka sederhana untuk tempoh lima tahun. RMK 8 adalah bagi tempoh 2005 hingga 2010 dirangka amat kritikal bagi meneruskan agenda pembangunan negara ke arah menuju Wawasan 2020 dengan berpaksikan negara maju serta berpendapatan tinggi. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan, kerajaan menggarap

rancangan ini untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira kaum, sempadan geografi dan politik.

Dalam usaha untuk membantu seluruh anggota masyarakat turut sama dalam pembangunan negara, golongan miskin dan sederhana tidak dipinngirkan. Kerajaan komited dalam usaha untuk mewujudkan masarakat yangseimbang antara desa bandar dengan penubuhan salah satu kaedah melalui

agropolitan.Kewujudan agropolitan merupakan kerangka yang positif untuk mewujudkan masyarakat luar bandar yang celik ilmu dan dan turut serta dalam pembangunan negara. Kemajuan negara pasti tercalit sedikit lompang apabila masih ada yang miskin. Oleh itu perlu ada kesepaduan untuk membangunkan Negara dan semua penduduknya.

Kerajaan akan terus melaksanakan program meningkatkan pendapatan serta menyediakan latihan kemahiran dan kerjaya di bawah Skim Pembangunan

Kesejahteraan Rakyat. Selain itu, Program Lonjakan Mega Luar Bandar di Pulau Banggi, Sabah dan Tanjung Gahai, di Kuala Lipis, Pahang sedang

dilaksanakan. Untuk tujuan ini, peruntukan 20 juta ringgit disediakan, yang akan memanfaatkan 13,300 isi rumah (Tun Ahmad Badawi Abdullah, 2009).

2.

KONSEP AGROPOLITAN

Agropolitan adalah kawasan yang teridiri dari satu atau lebih pusat kegiatan dalam sesebuah kawasan. Agropolitan juga dikenali sebagai sistem produksi pertanian dan pengelolaan sumber daya alam tertentu yang ditunjukkan oleh adanya kaitan fungsional ruang sistem permukiman dan sistem pertanian..

Untuk itu agropolitan merupakan suatu pendekatan pembangunan melalui gerakan masyarakat dalam membangun ekonomi berasaskan pertanian secara padu dan terancang pada kawasan terpilih melalui pengembangan infrastruktur perdesaan yang mampu melayani, mendorong, dan memacu pembangunan pertanian di wilayah sekitarnya.

Konsep agropolitan yang dilaksanakan kementerian bagi membangunkan kawasan mundur telah membuahkan hasil bagi peserta agropolitan Gahai. Ini menunjukkan satu petanda baik kepada projek desa bagi melangkah lebih maju ke hadapan khususnya dalam meneroka peluang perniagaan dalam dan luar negara. Melalui pendekatan serampang dua mata yang bersepadu itu, sosioekonomi peserta program dapat dipertingkat sekali gus merangsang pertumbuhan kawasan sekitarnya melalui lonjakan pembangunan yang

dijanakan melalui pembangunan infrastruktur, kemudahan dan aktiviti ekonomi yang disediakan. Pelaksanaan yang turut meningkatkan modal insan yang memfokuskan kepada program pembangunan minda, kecemerlangan pendidikan serta latihan kemahiran dan keusahawanan desa telah membuahkan hasil bagi

peserta. Pembangunan modal insan merupakan satu pendekatan yang sangat penting dalam pembangunan pekebun kecil.

2.1

Prinsip dasar pengembangan kawasan agropolitan adalah

i.

Agropolitan merupakan pendekatan pembangunan kawasan desa dan mempunyai ruang untuk sistem pertanian dijalankan. (Kawasan tanah kerajaan dan sebagainya.)

ii.

Penetapan kawasan agropolitan dimulai dengan penataan latar belakang kawasan dalam bentuk cetakan (blue print);

iii.

Perencanaan disusun secara bersama antara kerajaan, masyarakat tani, dan pemaju .Perancangan ini akan dimasukkan dalam perancangan kerajaan untuk dikeluarkan bajet.

iv.

Pengembangan kawasan agropolitan harus berdasarkan Master Plan yang dipersetujui oleh semua pihak.

2.2

Pengembangan Kawasan Agropolitan bertujuan untuk :

i.

Menumbuhkembangkan berasaskan pertanian

pusat

pertumbuhan

ekonomi

baru

ii.

Membuka lapangan kerja baru bagi masyarakat perdesaan melalui kegiatan-kegiatan ekonomi.

iii.

Menumbuhkembangkan lembaga-lembaga ekonomi di desa

iv. v.

Meningkatkan pendapatan masyarakat; Mewujudkan tata ruang ideal antara kota dengan desa yang saling mendukung melengkapi dan memperkuat. Antara satu sama lain.

RISDA memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti pembangunan kepada pekebun kecil, pemilik dan pengusaha seperti: i. Memberi keutamaan kepada pembangunan secara berkumpulan, ii. Memberi peluang kepada pekebun kecil yang progresif iii. membangunkan ladang secara individu. iv. Melaksanakan projek ekonomi on farm dan off farm berasaskan kehendak pasaran untuk menambah pendapatan, v. Menggunakan khidmat dan kepakaran anakanak syarikat bagi melaksanakan projek ekonomi berskala besar yang boleh memberi manfaat kepada pekebun kecil, vi. Melaksanakan program pembangunan insan melalui pendidikan yang berterusan bagi melahirkan pekebun kecil yang berinisiatif, berdaya maju dan memiliki budaya kerja yang cemerlang, dan; vii. Mendekatkan RISDA kepada kumpulan sasar melalui penubuhan pejabat-pejabat cawangan di kawasan tumpuan kecil.

3.

KAWASAN KAJIAN

3.1 Lipis)

Latar belakang

Program Agropolitan ( Agropolitan Gahai, Kuala

Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) merupakan satu program holistik yang mempunyai matlamat serampang 2 mata iaitu menghapuskan kemiskinan luar bandar kawasan melalui peningkatan terpencil pendapatan dan di samping dengan

membangunkan

mundur,

terbiar

mengintegrasikan tiga komponen utama iaitu: i. komponen ekonomi ladang sejahtera (getah/sawit) dan Ladang komersial (Tanaman Jangka Pendek); ii. komponen fizikal rumah, jalan raya, bekalan air dan elektrik; dan iii. komponen modal insan kursus keusahawanan, latihan dan kemahiran dan kursus perubahan minda.

Rajah 1: Komponen Petempatan Projek Agropolitan Tanjung Gahai

Projek Agropolitan Gahai, Kuala Lipis, Pahang merupakan projek pembangunan bersepadu di kawasan seluas 223 hektar yang merangkumi 203 hektar kawasan ladang sejahtera iaitu tanaman getah, 14 hektar untuk pertanian komersial yang ditanami nanas dan 6 hektar kawasan petempatan melibatkan 50 petempatan serta termasuk pembinaan surau, dewan, pusat rekreasi, tabika, ladang nanas komersial dan premis industri kecil dan sederhana (IKS) yang dianggarkan kos bernilai hampir sebanyak 13 juta (Utusan Malaysia, 2009).

Rajah 2: Projek Agropolitan Gahai, Lipis Pahang

Projek ini melibatkan 50 Ketua Isi Rumah (KIR)

miskin tegar. Setiap

peserta akan diberikan dividen/saham yang akan memberi pulangan pendapatan bulanan melebihi RM1,000 sebulan dan boleh mencecah sehingga RM2,000 sebulan hasil daripada pertanian tersebut.

Sasaran utama penghasilan projek agropolitan ini antaranya adalah untuk membantu mengeluarkan peserta daripada garis kemiskinan, meningkatkan purata pendapatan peserta dari RM300.00 kepada RM1,800.00 sebulan sekeluarga dengan penglibatan peserta secara aktif di ladang, mewujudkan ekonomi mapan serta terancang dan meningkatkan liputan dan kualiti prasarana asas, utiliti, ameniti dan kemudahan sosial.

4.

SUMBANGAN AGROPOLITAN

i.

Ekonomi

Rajah 3: Pembangunan Projek Agropolitan di Gahai ialah lambang kesungguhan kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar. (Sumber: Kosmo, 2010)

Kejayaan yang boleh dibanggakan di bawah Projek Agropolitan Gahai ialah tanaman nanas yang mencatat jualan berjumlah RM40,000 setakat bulan Oktober 2009. Malahan, produk nanas Hibrid N36 iaitu kacukan Gandul dan Sarawak yang dihasilkan di kampung itu dijangka dieksport ke negara-negara Arab pada tahun 2010.

Pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) pula dalam perbincangan dengan Iran untuk memasarkan nanas keluaran negara. Sampel juga telah dihantar bagi pemasaran. Nanas yang ditanam ialah jenis Hibrid N36 iaitu benih terbaik yang istimewa dan mempunyai nilai eksport yang tinggi selain rasanya yang manis. Sebanyak RM265,494 diperuntukkan bagi projek tanaman nanas agropolitan Gahai melibatkan 420,000 pokok nanas. Kejayaan ini adalah kerana usaha gigih petani menerusi perubahan sikap melaksanakan sesuatu projek pertanian kerana kerajaan telah menyediakan bantuan baja, racun dan kepakaran.

Rajah 4: Kebun Dapur Sumber: Utusan Malaysia, 2009

Peserta Projek Agropolitan itu, mengusahakan tanaman serai atau nama saintifiknya 'cymbopogon citratus' di tanah terbiar seluas enam hektar berdekatan rumahnya untuk menambah pendapatan keluarganya. Bermodalkan sedikit wang simpanan, sekumpulan anggota agropolitan menyewa tanah milik

10

penduduk dengan sewa RM3,000 sebulan. Selepas berbelanja hampir RM3,000 untuk projek berkenaan, tanaman itu telah boleh dipasarkan dan berjaya mengembalikan semula modalnya. Dalam tempoh lima bulan ini, sebanyak 21,600 rumpun serai telah dipasarkan pada 2010.

Menurut pengusaha, setiap rumpun mengandungi antara lima hingga enam batang serai manakala setiap sehektar terdapat sebanyak 21,600 batang. Mereka memberitahu, setiap sehektar terdapat 20,000 kilogram serai yang

boleh dipasarkan ke bandar berdekatan. Menerusi perjanjian ladang kontrak dengan Lembaga Perusahaan Pertanian Persekutuan (FAMA), serai dijual dengan harga antara 60 sen hingga 80 sen seikat. Pada pusingan pertama, sebanyak 20,000 kilogram serai dijual dengan perolehan kasar dijangka mencapai sehingga RM16,000. Perolehan itu telah digunakan untuk modal pusingan kedua bagi projek tanaman tersebut. Peserta juga telah memulakan tanaman cili merah dan nanas menerusi perolehan itu di tanah terbiar di kawasan tersebut.

11

Rajah 5: Hasil tanaman cili di Agropolitan Gahai

Namun begitu, Projek Agropolitan ini bukan sahaja terhad kepada tanaman getah, nanas, cili merah, malahan peserta agropolitan di sini turut menjalankan pelbagai aktiviti tanaman komersial yang lain seperti timun, kacang panjang, tembikai dan sebaginya. Kejayaan-kejayaan ini adalah hasil daripada semangat peserta agropolitan tersebut dalam mengubah corak pendapatan mereka di samping bimbingan dan bantuan yang disediakan oleh pihak RISDA dan FAMA. Segala hasil tersebut telah dipasarkan kepada pihak FAMA.

12

Rajah 6: Tanaman kacang panjang

Rajah 7: Tanaman tembikai

13

Rajah 8: Hasil tanaman timun.

ii.

Sosial/Infrastruktur Di samping pembangunan ladang, kompleks penempatan serba moden

turut disediakan meliputi 50 lot rumah, medan info desa, dewan serbaguna, masjid, bangunan kedai, industri kecil dan sederhana, setor, padang permainan dan tabika. Selain memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi,

pelaksanaan projek agropolitan turut disertai dengan penyediaan infrastruktur asas, utiliti dan kemudahan sosial untuk dinikmati oleh penduduk luar bandar.

14

Rajah 9: Koperasi Aropolitan Gahai Berhad Sumber: Kerja Lapangan, 2013

Beberapa penduduk yang ditemui menyatakan rasa selesa dengan infrastruktur yang disediakan di samping berpeluang menambah pendapatan daripada hasil ladang. Selain pertanian, penduduk turut menghasilkan pelbagai kraftangan yang menarik daripada bahan terbuang seperti surat khabar untuk dijadikan pasu dan bakul. Usaha untuk memajukan industri tempatan sentiasa mendapat perhatian pihak kementerian yang mana ia mampu membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anak kampung itu sendiri.

15

iii.

Pendidikan

Rajah 10: Tabika Agropolitan Gahai, Lipis

Dalam sesebuah masyarakat, nilai murni amat perlu diterapkan bagi mewujudkan suasana yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilakukan pada peringkat awal proses sosialisasi, iaitu semasa individu itu berada pada peringkat persekolahan, selain penerapan nilai yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah. Penerapan nilai melalui pendidikan mendefinisikan nilai sebagai peraturan perlakuan standard yang menjadi pegangan ahli masyarakat, ditentukan oleh masyarakat mengikut budaya masyarakat tersebut (Supeka et,al., 1976). Tujuan penerapan nilai adalah untuk mempengaruhi diri individu dengan nilai tertentu yang berbentuk universal dan mutlak, yang difikirkan baik dan sesuai.

Oleh yang demikian Agropolitan ini turut menekan aspek pembentukan nilai murni melalui pendidikan. Agropolitan menyediakan pendidikan bertaraf 16

permulaan seperti tadika. Tadika memberi peluang pendidikan awal kepada lebih 20 oang kanak-kanak agropolitan dan masyarakat setempat. Jika sebelum iin kampung yang berhampiran dengan agropolitan ini menghadapi masalah kerana kekurangan murid, namun masalah tersebut dapat diatasi apabila pelajar dari kampung Tanjung Gahai berpeluang belajar bersama-sama dengan pelajar tadika Agropolitan. Ternya Agropolitan memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya penduduk Tanjung Gahai.

Rajah 11: Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai Kewujudan Agropolitan ini juga turut memberi manfaat yang besar kepada sekolah yang berhampiran dengan Agropolitan ini. Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai turut menghadapi masalah yang sama iaitu kekurangan murid. Sebelem kewujudan Agropolitan ini bilangan pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai berada pada tahap yang kritikal sekitar 50 orang sahaja. Apabila Agropolitan diwujudkan bilangan pelajar telah bertambah sekitar 90 orang sekaligus memastian sekolah ini melepasi tahap bilangan murid yang kritikal. Kewujudan

17

Agropolitan ternyata memberi impak yang positif kepada pembangunan institusi pendidikan setempat.

iv.

Kesihatan Kesihatan amat penting dalam kalangan masyarakat pada masa kini.

Kepentingan baik dari segi rohani mahupun jasmani. Setiap insan perlu menjaga kesihatan diri agar kehidupanlebih sempurna dan terjamin. Harta yang

melimpah tidak bermakna jika badan sakit .Perkara yang perlu diutamakan ialah memilihmakanan yang seimbang. Pilihlah makanan yang banyak mempunyai zat yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karboidrat, protein dan lain-lain.

Dalam aspek kesihatan ini Agropolitan tidak ketinggalan mendapat pengurusan dan nasihatkesihatan yang berguna, Klinik bergerak 1Malaysia disedikan kepada penduduk setempat untuk memastikan kesihatan peserta

terjamin. Penduduk Agropolitan ini akan mendapat aksese klinik ini setiap minggu. Sumbangan kilinik bergerak ini tidak terhad kepada keluarga peserta Agropolitan sahaja malah penduduk sekitarnya tuurt menerima tempias kewujudan Agropolitan ini. Mereka juga turut pemerisaan kesihatan di klinik bergerak ini. mendapat perkhidmatan

18

Rajah 12: Klinik bergerak 1Malaysia.

v.

Politik

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan

kerajaan tempatan. Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar. Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil "psefologi". Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem

19

pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Dalam isu politik khususnya pilihanraya, Agropolitan sangat membantu dalam mengubah keputusan pilihanraya bagi peti undi Jelai. Kewujudan Agropolitan membantu kemenangan yang mutlak kepada calon bertanding pada piliharaya umum ke 12 lepas. Kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional Dato Wan Rosdy bin Wan Ismail. Selain politik berkaitan pilihanraya pembangunan politik tempatan juga turut berkembang. Bilangan penduduk yang bertambah mewujudkan suasana pentadbiran beberapa badan seperti Persatuan Belia menjadi lebih aktif. Belia Agropolitan membentuk satu gabungan ahli yang mantap dengan penganjuran beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti perlawanan bolasepak, bacaan yasin dan sebagainya. Penganjuran aktiviti yang banyak daripada golongan belia ini membantu perkembangan minda penduduk dalam berpersatuan. Belia yang

berpersatuan akan berkembang dari aspek minda, daya fikir, semangat berpasukan dan sebagainya. Persatuan belia ini juga sangat membantu dalam

20

usaha menjaga seluruh ahlinya dalam menjaga sahsiah dan perilaku agar tidak terlibat dalam gejala nagetif seperti judi, arak , zina , dadah dan sebagainya.

5.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa Projek Agropolitan

Gahai sememangnya memberi satu impak yang positif kepada Masyarakat. Kerajaan telah memperuntukkan jutaan ringgit untuk mewujudkan agropolitan ini. Matlamat kewujudan antaranya untuk membebaskan golongan berpendapatan rendah untuk keluar daripada kemiskinan. Agropolitan bukan sahaja memberikan peluang kedua kepada kehidupan pesertanya. Malah memberi peluang berdikari untuk pesertanya menambah pendapatan. Projek ini sekaligus mengeluarkan pesertanya daripada tahap kemiskinan tegar.

Perancangan kerajaan sangat teliti dalam membantu peserta selamat keluar daripada kemiskinan. Bermula dengan pemberian rumah berharga RM 35000 peserta Agropolitan dibantu dengan sedikit ruang belakang rumah untuk dibuat kebun dapur. Kebun dapur ini sesuai untuk tanaman sayur-sayuran bagi membantu mengurangkan perbelanjaan dapur para peserta. Selain itu ladang turut diberi dan tanah lapang yang ditinggalkan digunakan sepenuhnya untuk menambah pendapatan seperti buah-buahan, sayur sayuran dan tanaman komersial.

21

Agropolitan ini juga sangat memberi impak positif kepada kampung sekitarnya. Kampung Tanjung Gahai meghadapi masalah kekurangan penduduk kerana rata-rata golongan muda lebih berminat untuk berhijrah ke bandar. Hasilnya kampung tersebut menghadapi masalah kerana hanya didiami oleh golongan tua. Kewujudan Agropolitan memberi nafas baru kepada kampung ini kerana Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai bertambah hampir sekali ganda bilangan pelajarnya. Selain itu aktiviti masjid menjadi lebih ramai pesertanya hasil kewujudan Agropolitan ini. Sememangnya Agropolitan sangat membantu perkembangan sosial kampung yang berdekatan iaitu Kampung Tanjung Gahai.

RUJUKAN Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. 2008. Usaha Berterusan Kerajaan Negeri Ringankan Beban Hidup Rakyat. Bil 2/Feb/08 (16-29 Feb,08) (Jld 3. Atas Talian. http://www.pahang.gov.my/index.php/berita/arkibberita/290-arkib/khabar-pahang?start=15 [18/1/2013] Utusan Malaysia . 2009. Projek Agropolitan berjaya. Atas Talian. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2009&dt=0612&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm&arc =hive [19/1/2012] 2009. Ucapan bajet tahunan 2009. Atas Talian. http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Teks2009.pdf [19/1/2013] RISDA. 2009. Atas Talian. http://www.risda.gov.my/html/download/suara/Suara_Risda_2009_03.pdf [19/1/2013] KOSMO. 2010. Nanas N36 ke negara Arab: Nanas yang ditanam ialah jenis Hibrid N36 iaitu benih terbaik yang istimewa dan mempunyai nilai eksport yang tinggi selain rasanya yang manis. Atas Talian. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?

22

y=2010&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2IV91qG5 O [18/1/2013]

23

Anda mungkin juga menyukai