Anda di halaman 1dari 10

Tuesday, May 6, 2008

Astro memperkosa hak pengguna Malaysia

Syarikat televisyen bersatelit pertama di Malaysia lahir pada tahun 1996. Hampir 2.4 juta
pengguna menggunakan perkhidmatan ini. Sudah dua belas tahun ia beroperasi di Malaysia,
namun kerajaan Malaysia gagal mengawal aktiviti syarikat ini hatta untuk meletakkannya di
bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kenapa ?

Astro bermaharajalela seolah-olah sebuah badan yang mempunyai kekebalan. Segala aduan dan
rungutan pengguna di Malaysia diibaratkannya ‘tidak makan saman’.

Astro milik MEASAT Broadcast Network System diterajui oleh Dato’Badri Masri, Mohd
Khader Merican, Tan Poh Ching dan beberapa individu lain.

Apa yang menghairankan, Shaziman Abu Mansor Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi
Malaysia, yang pernah kelihatan cuba menjadikan dirinya juara dalam isu Lojng di Kelantan,
kini sangat-sangat kelihatan seperti bebal dan kaku kerana belum dapat melakukan apa-apa bagi
mempastikan Astro terikat dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beberapa orang kawan memberitahu, sebagai pengguna mereka telah dipermainkan oleh Astro.

Abdul Rahman Ayob seorang pengguna dari Jitra Kedah memberitahu, “program yang
disogokkan biasanya adalah yang lama. Selalu juga Astro menayangkan sesuatu program itu
berulang kali. Kami sudah bosan dan pernah beberapa kali mengadu kepada Astro. Masih
ditakok lama”.

Suresh Mohan dari Sungai Petani pula mengatakan, “jika kita terlewat membayar bil satu hari,
denda RM10.00 dikenakan. Saya mengadu ke beberapa tempat termasuk kepada Persatuan
Pengguna dan Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi Malaysia tetapi tiada apa-apa
perubahan”.

Abdul Moin dari Alor Star pula menyesal dengan kakitangan Astro Alor Star. “Bila saya
mengadu tentang mutu siaran yang kurang berkualiti ketika cuaca hujan, kakitangan
perempuannya ketawakan saya. Kata mereka, sudah ramai yang mengadu, tunggu tengoklah”

Bukan setakat itu sahaja. Difahamkan pakej yang disogokkan tidak mengikut selera penonton.
Pelanggan tidak diberikan pilihan tetapi bayaran tetap juga dikenakan.

Malah, caj-caj teknikal sehingga RM50.00 juga dikenakan apabila mereka memperbaiki apa-apa
kerosakkan yang wujud hasil kelemahan syarikat mereka sendiri. Pelanggan dijadikan mangsa.

Apabila ada orang mengatakan bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling kejam di dunia, saya
masih beranggapan ianya adalah satu fakta yang kurang tepat. Bangsa Yahudi tidak menindas
bangsanya sendiri. Mereka sayangkan bangsa mereka. Mereka tidak mengambil kesempatan di
atas kesusahan, penderitaan dan di atas tangisan air mata bangsa sendiri. Mereka melindungi
bangsa Yahudi 'biar apa' dunia katakan.

Tetapi dalam hal ini, Astro masih tidak diikat dengan apa-apa lesen. Kenapa tidak ada lesen lain
yang dikeluatrkan sebagai saingan kepada syarikat ini ?

Siapa agaknya gunting dalam lipatan yang memperkosa hak rakyat Malaysia sebagai pengguna?

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

SEJAK stesen televisyen swasta Astro melancarkan perkhidmatan Astro First pada 11 Januari
lalu, pelbagai reaksi yang diberikan oleh penggiat-penggiat seni filem tanah air.

Bagi yang menyokong, mereka melihat Astro First mampu menyelamatkan penerbit-penerbit
filem yang gagal meraih kutipan tinggi apabila produk mereka disiarkan di saluran berkenaan
selepas ia tamat tayangannya di pawagam.

Kewujudan perkhidmatan tersebut juga dilihat boleh memberi peluang kepada penggiat filem
memperoleh hasil keuntungan yang lebih atau senang kata ‘duit poket’ kepada mereka.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, yang dipetik daripada
artikel keluaran mStar Online minggu lalu berpendapat pengenalan Astro First akan menjadi satu
era baru dunia perfileman tanah air kerana ia dapat membantu penerbit filem kecil mencari
keuntungan.

Ini kerana promosi percuma turut diberikan sebelum ditayangkan pada saluran tersebut dan pada
masa yang sama ia adalah jalan terbaik bagi menyekat masyarakat daripada membeli cekera
padat digital (DVD) cetak rompak secara berleluasa.

Namun, sejauh manakah kebaikan yang mampu diperoleh oleh penerbit filem tempatan jika
masyarakat sudah selesa menonton filem di rumah pada masa akan datang?

Apakah kaki wayang masih setia ke panggung apabila Astro First diperkenalkan? Tambah pula
kini hampir setiap rumah memiliki televisyen LCD serta ‘home theater system’, ia pasti
mengundang keselesaan dan kepuasan dalam menyaksikan sesebuah filem tersebut.

Menerusi saluran Astro 480, Astro First menawarkan perkhidmatan tontonan filem-filem baru
dengan hanya perlu membayar RM15 bagi setiap judul filem yang ingin ditonton.
Dari segi keuntungan pihak Astro First akan membayar kepada produser berdasarkan jumlah
tertentu bagi setiap RM15 yang dibayar oleh pelanggan.

Sebagai permulaan, perkhidmatan Astro First bakal menyiarkan tiga filem baru iaitu Aku Masih
Dara, Damping Malam dan Ngangkung.

Berdasarkan temu bual pihak Mingguan mStar dengan beberapa penggiat seni tempatan, mereka
mengatakan kewujudan perkhidmatan Astro First yang menyiarkan filem-filem baru pada
saluran tersebut selepas dua minggu ia ditayangkan di pawagam, mampu merosakkan industri
filem tanpa disedari.

Filem tempatan boleh lingkup – Erma Fatima

Walaupun penerbit dan pengarah, Erma Fatima, tidak lagi terbabit dengan penghasilan filem
selepas mengarah Diva Popular pada tahun 2006, dia begitu prihatin dengan jatuh bangunnya
industri perfileman.

Baginya, Astro First boleh menghancurkan filem tempatan secara senyap kerana masyarakat
tidak akan ke panggung menonton filem tempatan lagi pada masa akan datang nanti.

“Tanpa disedari ia boleh menjahanamkan industri kerana orang akan kurang ke pawagam untuk
menonton filem tempatan.

“Masyarakat hari ini baru saja menerima filem-filem tempatan dengan baik, tiba-tiba
perkhidmatan sebegini pula muncul.

“Perlu diingat, Astro First dibuka tanpa mengambil sebarang risiko. Mereka akan meraih
keuntungan berdasarkan langganan yang dibuat. Saya pun tak faham mengapa sesetengah
penerbit bersetuju bekerjasama dengan mereka (Astro First),” katanya dengan nada kesal.

Tambah Erma, sepatutnya pihak Astro perlu mengkaji dan berbincang dengan pihak Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional (Finas) serta persatuan-persatuan filem lain sebelum memulakan
perkhidmatan tersebut untuk melihat kebaikan dan keburukan saluran itu.

Malah perkhidmatan tersebut perlu ditentang seratus peratus oleh pihak persatuan melainkan
filem tersebut disiarkan selepas enam bulan tamat tayangan di panggung seperti di negara-negara
luar.

“Saya tidak melihat kepada wang ringgit tetapi kita boleh agak masa depan filem tempatan kita
akan jatuh seperti yang pernah berlaku di Indonesia dahulu.

“Sudahlah selama ini panggung wayang menganaktirikan filem-filem tempatan dengan


mewujudkan syarat wajib tayang. Mereka lagi suka dan boleh hidup dengan tayangan filem-
filem antarabangsa sahaja.
“Pelik, kenapa tiada siapa mengambil tindakan tentang hal ini dan apabila Astro First muncul,
segelintir mereka menyokong. Nampaknya industri kita akan lingkup,” tegasnya.

Bagaimanapun, Erma berharap agar pihak penerbit filem memikirkan masa depan filem terbitan
mereka sebelum memberi kerjasama menyiarkan filem dalam Astro First.

“Saya tak kisah Asto First diwujudkan. Cuma janganlah siarkan filem yang baru ditayangkan
selepas dua minggu, sekurang-kurangnya biarlah selepas lima atau enam bulan tayangannya.”
katanya.

Beri kesan buruk – Ahmad Puad Onah

Sementara itu Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah berkata,
walaupun kemunculan Astro First merupakan medium baru kepada penerbit untuk meraih
keuntungan, ia perlu dikaji semula agar tidak mengganggu perjalanan industri perfileman
tempatan.

Katanya, dari segi pelan jangka panjang ia ternyata memberi kesan buruk. Lebih-lebih lagi
apabila rancangan untuk menambahkan jumlah pawagam sebanyak 10 hingga 12 buah tahun ini,
ia pasti akan menjejaskan dari segi kehadiran jumlah penonton di pawagam.

“Sukar untuk saya katakan di sini kerana pihak persatuan perlu mengkaji semula baik buruk
perkhidmatan tersebut diwujudkan. Memang ia sebuah platform baru dalam dunia perfileman
kita dan secara umumnya kita sokong.

“Bagaimanapun dari segi kesan jangka masa panjang, ia mungkin akan terjejas. Saya difahamkan
pihak pawagam sedang berbincang dan meneliti semula rancangan untuk penambahan jumlah
pawagam di negara kita.

“Ini kerana, bila filem baru mula ditayangkan di panggung, masyarakat hanya perlu menunggu
untuk beberapa minggu sahaja sebelum menikmati filem tersebut di rumah. Mereka tak payah
nak tengok wayang.

“Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan keluarga, langganan RM15 bagi sebuah filem adalah jumlah
harga yang murah untuk ditonton dengan jumlah orang yang ramai,” ujarnya.

Tambah Ahmad Puad, selain menjejaskan kutipan tiket pawagam, berkemungkinan besar ia
memudahkan pengedar cetak rompak yang mampu merakam filem tersebut menerusi saluran itu.

“Jangan terkejut jika DVD cetak rompak filem tempatan akan bertambah kerana kerja pengedar
cetak rompak akan menjadi lebih senang.

“Tapi biasalah, dalam mana-mana perniagaan sekalipun, untuk memperoleh sesuatu, kita perlu
korbankan sesuatu Ertinya, jika pihak penerbit ingin menjana pendapatan dengan cara
perkhidmatan tersebut, mereka juga perlu berkorban dengan mengambil risiko masalah cetak
rompak.
“Saya rasa jika ingin meneruskan perkhidmatan sedemikian, ada baiknya jika kita mengikut cara
di Hollywood yang hanya membuat ‘home video’ dan siaran televisyen selepas enam bulan
sesebuah filem baru itu ditayangkan,” katanya.

Bagaimanapun pihak PFM sedang menunggu pihak Finas untuk berbincang dan mengkaji
semula kelebihan dan kekurangan perkhidmatan Astro First.

Justeru itu, jika kajian mendapati saluran itu memberi banyak keburukan berbanding kebaikan,
berkemungkinan besar perkhidmatan tersebut perlu diubah cara tayangannya.

Difahamkan, mesyuarat akan diadakan pada minggu depan untuk mendapatkan gambaran jelas
dan kesan-kesan terhadap industri perfileman berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun pihak Finas akan membuat pemantauan selama sebulan bagi memastikan filem
yang disiarkan itu tidak menjejaskan kutipan jualan tiket.

Tidak semua mahu ke panggung – Pensyarah

Pensyarah Kanan Penyiaran dan Pengiklanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Muhamad
Sham Shahkat Ali, pula berpendapat, pengenalan Astro First merupakan satu alternatif baru
kepada masyarakat yang tidak gemar ke panggung.

Ia juga di lihat mampu menarik minat orang ramai agar menonton filem-filem tempatan di
rumah.

“Kita perlu melihat perspektif audiens yang berbeza. Perlu diingat, tidak semua orang yang
gemar ke panggung wayang. Justeru, kita memiliki dua audiens yang berlainan iaitu kaki wayang
dan golongan yang menunggu tayangan filem di televisyen.

“Bila terdapatnya saluran baru, ia mampu menarik lebih ramai orang untuk menyaksikan
sesebuah filem itu,” katanya.

Bagaimanapun tambah Sham, pihak penerbit perlu menerima keadaan di mana sasaran kutipan
boxoffice mungkin tidak dicapai.

“Saya tak nampak perkara ini dapat menjejaskan industri perfileman tempatan. Dengan trend
baru ini, ia menjadi satu pilihan buat orang yang kurang gemar ke panggung wayang dan mereka
ada pilihan sama ada mereka ingin membeli DVD ataupun melanggan Astro First.

“Saya percaya jika kita lihat ia secara positif, tiada kerugian yang berlaku. Sebaliknya jumlah
penonton yang menyaksikan sesebuah filem itu yang akan bertambah,” ujarnya
Keistimewaan dan kekurangan saluran TV Astro

[color=red][/color][email=zainuri@bharian.com.my][color=#0000ff][/color][/email] [table=360]
[tr][td][color=#0000ff]
[img=360,263]http://www.bharian.com.my/Wednesday/Hip/20090527062734/mainpix1.jpg[/im
g]
[/color][b]dari kiri; VJ Khushboo, afdlin Shauki, Lisa Surihani dan Farid Kamil pada majlis
pelancaran Mustika, baru-baru ini.[/b]

[/td][/tr][/table]ASTRO adalah satu lagi kumpulan media berpengaruh ketika ini dalam
perkhidmatan TV dan radio komersial Terus Ke Rumah atau Direct-To-Home (DTH). Ia
memulakan operasi pada tahun 1996 dengan 22 saluran tetapi sekarang menyediakan lebih 100
saluran TV berbayar dalam empat bahasa - bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil - ke seluruh
negara dan Brunei. Astro juga kini mempunyai dua juta pelanggan.

Kumpulan ini juga mengendalikan lapan daripada 17 stesen radio digital dengan lapan
daripadanya adalah radio FM terestrial (radio percuma). Semua stesen radio ini secara
keseluruhan mempunyai kira-kira 11 juta pendengar.

Baru-baru ini, TV Astro melancarkan pakej terbaru yang dikenali sebagai Mustika. Pakej
Mustika ini yang ditawarkan pada harga RM12.90 mengandungi tiga lagi saluran baru iaitu Astro
Warna, Astro Citra dan Astro B4U.

Pakej Mustika adalah antara beberapa pakej ditawarkan oleh Astro selain Dynasty, Maharaja,
Astro On Demands, Astro Box Office Movies atau Astro Box Office Sport. Ia sebenarnya adalah
kreativiti Astro untuk meningkatkan pendapatannya. Ia memberi pilihan kepada penonton. Bagi
pelanggan yang berkemampuan mungkin boleh menambahkan pakej ini.

Kita juga akui betapa Astro juga sudah berusaha sebaik mungkin untuk memantapkan
kandungannya. Dalam hal ini sudah tentu mereka memperbaiki kualiti perkhidmatan dan
kandungan untuk saluran Astro Ria, Astro Prima, Oasis dan Ceria. Begitu juga dengan saluran
yang khusus dengan kandungan berita iaitu Astro Awani.

Astro Awani juga semakin baik dan mendapat perhatian penonton apabila pengurusannya
memperkenalkan pelbagai segmen dan slot baru sejak akhir-akhir ini.
Sejajar dengan perkembangan semasa yang berlaku dalam negara, sudah tiba masanya Awani
memperkenalkan slot khusus untuk berita domestik.

Ketika ini, hal ehwal berita domestik kadang-kadang bercampur aduk dengan berita luar negara
seperti dalam Awani Global. Malahan saluran Awani boleh menggunakan kelebihan yang
dimiliki dengan melaporkan berita tempatan secara lebih mendalam dan terperinci kerana
tempoh masa yang panjang.

Lagipun, inilah kelebihan saluran Astro Awani berbanding stesen lain yang waktu siaran
beritanya agak terhad.

Hanya saluran Kirana saja sudah tiada. Kita tidak pasti sama ia digantung sementara waktu atau
dimansuhkan terus bagi memberi laluan kerana tiada sebarang makluman diberikan daripada
Astro.
Bukan saja saluran bahasa Melayu, pastinya Astro turut membuat tindakan yang terhadap
kandungan dalam bahasa Cina dan Tamil.

Dalam persaingan yang sengit, sememangnya setiap stesen TV dan radio akan sentiasa lebih
kreatif dan inovatif dalam usaha menarik seramai boleh penonton, pendengar atau pelanggan.
Kemunculan media alternatif seperti internet juga turut memberikan cabaran kepada stesen radio
dan TV.

Inilah yang dilakukan oleh Astro terhadap semua saluran radio dan stesen TV di bawah
kumpulannya.

Dalam usaha memberikan nilai tambah dan memperbaiki kualiti kandungan programnya, TV
Astro juga perlu melihat beberapa perkara yang tidak digemari oleh penonton/pelanggan.

Ini termasuk terhadap [b][color=red]program yang diulang siar terlalu kerap[/color][/b]. Memang
betul alasan pengurusan Astro adalah untuk memberi peluang kepada pelanggan baru, tetapi
pada masa janganlah pula mengetepikan kehendak pelanggan lama yang setia dengan Astro.

Ulang siar sesuatu program memang tidak dapat dielakkan kerana selain masalah stok program
baru, ia juga memberi peluang kepada penonton yang terlepas menonton program kesukaan
masing-masing. Cuma, penjadualan ulang siar itu perlulah dikemaskini supaya tidak terlalu
dekat.

Mungkin sesebuah program itu boleh di ulang siar dua kali sehari dan setiap tiga atau empat hari
dengan waktu siaran berbeza. Harus juga diingat kadang-kadang program yang di ulang siar pun
bukan program baru tetapi sudah disiarkan di stesen TV lain pula. Jadi, program seperti ini jarak
waktu ulang siar mestilah lebih jauh.

Selain ulang siar program, satu lagi perkara yang mengganggu keseronokan menonton program
di Astro ialah[b] [color=red]kekerapan menyiarkan iklan promo[/color][/b][color=red].[/color]

Ini tidak berlaku dalam pakej Movies atau program yang disiarkan secara langsung.
Apa yang kerap berlaku ialah apabila menonton di saluran dokumentari seperti Discovery,
National Geographic, History, Science & Technology, Travel, AFC, AXN dan sebagainya.

Ada ketikanya tertanya-tanya perlukan iklan promo program sendiri ini dibuat dengan bertalu-
talu kepada penonton supaya jangan lepaskan peluang untuk menontonnya. Iklan promo itu
seolah-olah hendak ‘berleter’ terhadap perkara yang sama sehingga akhirnya menimbulkan rasa
tidak puas hati kepada penonton.

[color=red][b]Memanglah iklan atau promo program sendiri itu penting, tetapi usahlah terlalu
kerap sangat siarannya. Lakukanlah secara berpada-pada. Ini sudahlah dibuat setiap hari, dibuat
pula sekerap yang boleh, bukan saja pada satu saluran, tetapi hampir semua saluran. Ia benar-
benar ‘satu seksaan yang melemaskan penonton’.[/b][/color]
[b][color=#ff0000][/color][/b]
[b][color=#ff0000][/color][/b]
[color=black]haku pon xpuas ati dgn astro sbb citer dok ulang2 jer..pastu iklan perlu ade ke..kan
dh dpt duit kita dok byr tetiap bulan tuh?? :o [/color]
[color=#000000][/color]
[color=#000000]saluran movie lak dok letak citer2 klasik/citer xbest..byr mahal2 bukan nk tgk
citer ampeh la dolll..:L :@ [/color]

9 April 2008

CYBERJAYA: Stesen televisyen satelit berbayar, Astro, tidak dibenarkan menambah saluran
hingga memperbaiki kelemahan dalam perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai.

Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah diarahkan supaya tidak meluluskan sebarang
permohonan daripada Astro bagi penambahan saluran.

“Saya sendiri tidak berpuas hati dengan pakej yang dilanggani apabila terpaksa membayar
saluran yang saya tidak tonton kerana ia dimasukkan dalam pakej famili.

“Pada masa ini, terdapat banyak kelemahan yang boleh Astro baiki. Saya minta SKMM tidak
membenarkan lagi Astro menambah saluran hingga SKMM berpuas hati dengan usaha
penambahbaikan perkhidmatan yang diberikan Astro,” katanya pada sidang media selepas
mengadakan lawatan ke SKMM di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Pengerusi SKMM Datuk Halim
Shafie.

Sebelum ini, pelanggan Astro merungut apabila terpaksa membayar caj RM50 berikutan masalah
mendapatkan siaran apabila syarikat itu melaksanakan pemindahan salurannya daripada satelit
Measat-1 kepada Measat-3 mulai 2 Februari lalu.

Shaziman berkata, Astro juga digesa supaya ‘berhijrah’ ke Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 mulai tahun ini supaya perkhidmatannya lebih mudah dikawal selia SKMM.

“Astro kini tidak dikawal selia sebarang akta sejak pemansuhan Akta Penyiaran dan Akta
Telekom pada 1998 apabila Akta Komunikasi dan Multimedia berkuat- kuasa menyebabkan
terdapat beberapa pengurangan daripada aspek penguatkuasaan yang boleh dilakukan SKMM
terhadap mereka,” katanya.

Source : Harian Metro, 9 April 2008 

Kelemahan Astro Terjawab

Bintulu : Sebut sahaja Astro di Malaysia ini siapa yang tidak tahu. Kini pemasangan astro di
rumah-rumah kediaman seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai siaran hiburan
disediakan kepada pelanggan. Ianya mudah dan pelanggan hanya perlu menekan butang siaran
yang telah ditetapkan sahaja. Namun Krew SI mendapat pelbagai respon kritikan daripada
pengikut setia blog ini mengenai kelemahan astro. Salah satunya ialah apabila hujan, astro ini
umpama ‘kucing kehilang ibunya’. Dalam bahasa yang mudah, ‘hilang punya’. Skrin televisyen
terus bertukar menjadi gelap. Jadi Krew SI turun padang bertemu wakil Agensi Angkasa Negara
(Angkasa), bagi mendapatkan punca hal ini berlaku.

Tidak dapat dinafikan astro sangat bergantung kepada satelit sebagai sumber komunikasi
pertama mereka. Secara umumnya, satelit adalah objek berputar di angkasa mengelilingi objek
lain yang lebih besar seterusnya mengekalkan posisi dalam graviti objek tersebut. Satelit dengan
capaian komunikasi serantau diperkenalkan pada 1960 dengan memantulkan transmisi sehala
melalui ECHO 1 sementara pelopor generasi satelit baru dimulakan pada 1962 apabila TelStar
yang mempunyai pemancar penerima serta penghantar isyarat diperkenalkan.

Bercakap soal penerimaan isyarat, satelit mampu menghantar isyarat pada gelombang rendah
secara terus membolehkan penerimaannya di bumi melalui perkakasan penerima menjangkau
liputan meluas ke pelusuk dunia. Jadi, tidak hairanlah kalau dikatakan satelit sebagai jawapan
kepada persoalan sambungan liputan di kawasan pedalaman terutama membabitkan
perkampungan yang sukar dijangkau sistem komunikasi lain.

Namun dalam kes astro ini, satelit harus mengekalkan orientasinya atau menghadap pada arah
yang tertentu bagi menjayakan misinya. Sekiranya hujan lebat, kumpulan awan tebal akan
menghalang pancaran satelit kepada antena astro secara terus.

Pemetaan menerusi satelit ke antena astro tidak tepat atau jitu menyebabkan segala maklumat
tergendala sementara. Maka akibatnya tiada maklumat dapat disampaikan kepada para
pelanggan. -SI
Posted by Bersama at 5:22 PM

Kebodohan ASTRO

Para penterjemah di ASTRO tu samada faham bahasa Inggeris atau buat-buat tak faham. Mutu
penterjemahan amat teruk sampai kadang-kadang aku boleh tergelak membaca hasil terjemahan
suatu adegan walau adegan tersebut adalah adegan sedih.

"I got you" - dengan niat asal dalam cerita untuk memberitahu,

"Saya faham"

maka ASTRO dengan riang gembira menterjemahnya menjadi,

"Saya dapat awak"

Para penterjemah ASTRO, terjemah ni,

"I'm an idiot!"

Anda mungkin juga menyukai