Anda di halaman 1dari 1

Tarikh : 15hb.

November 2022
Ruj. : PPMSB/2022/OPERASI(70)

Kepada : En. Noor Afandi Bin Hasan – Ketua Pegawai Eksekutif

Daripada : Norhayati Binti Baran – Pen. Pengurus Operasi

Perkara : PERMOHONAN PENGAMBILAN PEKERJA HARIAN BAHAGIAN OPERASI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Jabatan Operasi telah menerima satu permohonan jawatan dari En.
Somani bin Amat Seeram untuk berkhidmat di bahagian perladangan. Memandangkan Jabatan
Operasi kekurangan pekerja, saya mencadangkan supaya beliau dilantik sebagai “Buruh Am”
dengan bayaran gaji minima RM 1500.00/bulan bermula 22hb. November 2022.

3. Beliau adalah bekas pekerja Felda dan sangat berpengalaman dalam kerja-kerja
perladangan. Kemahiran tersebut boleh di gunapakai sebagai pekerja pelbagai seperti mengangkut
dan memunggah BTS, menuai dan lain-lain kerja penjagaan ladang yang bersesuaian. Walaupun
lantikan ini dibuat secara terus, perlantikan ini perlu dimasukkan dan disahkan di dalam mesyuarat
Jawatan Kuasa Perjawatan. Pengambilan segera ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kerugian
hasil syarikat yang disebabkan oleh kekurangan pekerja.

4. Besar harapan saya agar permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak
tuan, Semoga dengan penambahan pekerja ini dapat melancarkan lagi urusan pengeluaran hasil
dan penjagaan ladang.

Sekian, terima kasih.

“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”


“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah, Ulasan Ketua Pegawai Eksekutif

Cadangandiluluskan/Tidakdiluluskan

(NORHAYATI BINTI BARAN) …….…………...………….………………


Pen. Pengurus Operasi
Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd. ……………………..………………………

Tandatangan : .……………….………….
Tarikh : …………………………..

Anda mungkin juga menyukai