Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) PANCHOR

BT 6, JALAN KLUANG.

83300 BATU PAHAT, JOHOR.

KERTAS KERJA

MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN STOR SUKAN

ANJURAN:

PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (PISMP)

SEMESTER 1 TAHUN 3 AMBILAN JUN 2015

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN


1.0 PENDAHULUAN
Stor sukan di sekolah merupakan satu bilik yang perlu diambil perhatian oleh
pihak sekolah. Ia tidak boleh dipandang remeh oleh pihak sekolah kerana bilik
ini akan memberikan manfaat yang tersendiri kepada murid-murid. Oleh itu,
stor sukan ini perlu dibersihkan dan disusun sebaiknya mengikut keperluan
dan kuantiti alat sukan.

2.0 RASIONAL
Projek ini dilaksanakan adalah untuk menyusun atur peralatan yang ada di
dalam stor sukan dan menceriakan stor sukan. Murid-murid yang akan
memasuki stor sukan ini akan mendapat manfaat daripada cara penjagaan dan
penggunaan alatan yang betul. Selain itu, mural untuk mengukur ketinggian
murid juga akan dilukis di tepi stor sukan. Hal ini akan memudahkan guru dan
murid untuk mengukur ketinggian murid dari semasa ke semasa.

3.0 NAMA PROJEK


‘MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN STOR SUKAN SJK (C) PANCHOR’

4.0 TARIKH

13 - 19 OGOS 2017

5.0 MASA

8 PAGI HINGGA 1 TENGAH HARI

6.0 ANJURAN
Guru Praktikum Sem 1 Tahun 3 Ambilan Jun 2015 SJK(C) Panchor

7.0 OBJEKTIF PROJEK


7.1 Meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan.
7.2 Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik.
7.3 Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di stor
sukan.
7.4 Melatih bakal guru supaya lebih berkemahiran dalam pelbagai bidang
dan sentiasa mencurahkan khidmat bakti kepada semua khususnya
warga sekolah.
7.5 Sebagai salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim antara guru
pelatih dengan warga sekolah.

8.0 LOKASI PROJEK


Stor Sukan SJK (C) Panchor

9.0 JAWATANKUASA INDUK


Guru Pembimbing PJ dan Guru Praktikum di SJK (C) Panchor

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Kertas A4 warna 5 5 x RM 1.00
2 Double tape 2 2 x RM 3.00
3 Plastik laminate 30 30 x RM 2.00
4 Cat Dinding (Warna Hitam dan Perang) 2 2 x RM40.00
5 Cat Rak 1 RM50.00
6 Berus Cat 3 3 x RM 10
JUMLAH RM 231.00

11.0 SUMBER KEWANGAN


1) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Panchor

12.0 PENUTUP

Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada murid-murid.
Ia sekaligus dapat meningkatkan lagi keselesaan pengguna dan sedikit
sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang
kepentingan penjagaan stor sukan. Oleh itu, adalah menjadi hasrat dan
harapan jawatankuasa pelaksana supaya projek ini mendapat perhatian,
pertimbangan dan seterusnya sokongan daripada semua pihak. Segala
kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,

.......................................

(OOI LI ZHI)

Setiausaha Pelaksana,

Projek Membersih Dan Menceriakan Stor Sukan,

SJK(C) Panchor 2017,

IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Disemak oleh, Disokong oleh,

…………………………….. …………………………………….

(PN. HOE SIN LING) (EN. SIA HOCK POH)

Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Besar,

SJK (C) Panchor SJK (C) Panchor

Bt 6, Jln Kluang. Bt 6, Jln Kluang.

83300, Batu Pahat, Johor. 83300, Batu Pahat, Johor.

Anda mungkin juga menyukai