Anda di halaman 1dari 117

Bengkel Kepengadilan dan Kepegawaian

Badminton MSSD Daerah Pasir Gudang


Tentatif Bengkel
8.30 pagi : Sesi 1 Peraturan Badminton
10.00 pagi : Rehat Minum Pagi
10.30 pagi : Sesi 2 Latihan Scoresheet dan Case Study
12.00 tengah : Tamat
PERATURAN BADMINTON
1. PENGENALAN
- Peraturan berdasarkan ketetapan oleh BWF bagi
keseragaman mengawal permainan di semua negara.
- Sebagai panduan kepada pengadil untuk mengawal
perlawanan dengan sebaiknya mengikut Undang-
undang. Saranan juga untuk Hakim Garis dan Hakim
Servis.
- Permainan adalah untuk pemain.
2. PEGAWAI-PEGAWAI DAN KEPUTUSAN
MEREKA
- Pengadil bertanggungjawab kepada Referi.
- Hakim Servis dilantik Referi. Boleh ditukar oleh
Pengadil dengan persetujuan Referi.
- Hakim Garis dilantik Referi. Boleh ditukar oleh
Pengadil dengan persetujuan Referi.
- Keputusan pegawai muktamad (Undang-undang
17.5)
2. PEGAWAI-PEGAWAI DAN KEPUTUSAN
MEREKA
- Jika hakim garis tak nampak di mana bulu tangkis
dijatuhkan, pengadil buat keputusan. Jika tiada
keputusan: SEMULA (Undang-undang 17.6.6)
- Tanggungjawab Pengadil: gelanggang dan
persekitarannya.
Mula: mula masuk gelanggang sebelum perlawanan.
Akhir: tinggalkan gelanggang selepas perlawanan.
3. RINGKASAN PERATURAN BADMINTON

TERDAPAT 17 PERATURAN BADMINTON


&
1 HUKUM “COMMON SENSE”
3. RINGKASAN PERATURAN BADMINTON
- Peraturan 1: Gelanggang dan peralatan gelanggang
- Peraturan 2: Bulu tangkis
- Peraturan 3: Uji laju bulu tangkis
- Peraturan 4: Raket
- Peraturan 5: Peralatan dan ketetapan
- Peraturan 6: “Toss”
3. RINGKASAN PERATURAN BADMINTON
- Peraturan 7: Sistem skor
- Peraturan 8: Pertukaran petak gelanggang
- Peraturan 9: Servis
- Peraturan 10: Perlawanan Perseorangan
- Peraturan 11: Perlawanan Beregu
- Peraturan 12: Kesalahan gelanggang servis
3. RINGKASAN PERATURAN BADMINTON
- Peraturan 13: Batal
- Peraturan 14: Semula
- Peraturan 15: “Shuttle not in play”
- Peraturan 16: Permainan berterusan, Salah laku dan
dendaan
- Peraturan 17: Kepegawaian dan rayuan
Peraturan 6 “Toss”
6.1 Sebelum perlawanan dimulakan, “toss” perlu dibuat,
dan pihak yang memenangi “toss” boleh membuat pilihan
seperti dalam Peraturan 6.1.1 atau 6.1.2:
6.1.1 untuk memulakan servis atau terima servis dahulu
6.1.2 untuk memulakan perlawanan pada satu hujung /
petak gelanggang atau yang lain.
6.2 Pihak yang kalah “toss” kemudian membuat pilihan
yang sedia ada.
Peraturan 7 Sistem Skor
7.1 Satu perlawanan harus merangkumi “best of
three games” kecuali dinyatakan oleh pihak
penganjur.
7.2 Satu gem harus dimenangi oleh pihak yang
memenangi 21 mata dahulu, kecuali yang dinyatakan
dalam Peraturan 7.4 dan 7.5.
Peraturan 7 Sistem Skor
7.3 Pihak yang memenangi satu “rally” harus
diberikan satu mata kepada skor. Satu pihak dikira
memenangi “rally” sekiranya pihak lawan didapati
“batal” atau bulu tangkis berhenti dimainkan kerana
sentuh pada permukaan gelanggang bagi pihak
lawan.
Peraturan 7 Sistem Skor
7.4 Jika skor menjadi 20-sama pihak yang
mendahului dua mata dikira memenangi gem.
7.5 Jika skor menjadi 29-sama pihak yang mendapat
mata ke-30 dikira memenangi gem.
7.6 Pihak yang memenangi gem akan memulakan
servis pada gem seterusnya.
Peraturan 8 Pertukaran Petak Gelanggang
8.1 Pemain perlu tukar petak gelanggang:
8.1.1 pada akhir gem pertama.
8.1.2 pada akhir gem kedua, dan jika ada gem ketiga;
8.1.3 dalam gem ketiga di mana satu pihak memenangi 11 mata
dahulu, kecuali bagi perlawanan OKU.
8.2 Jika pertukaran petak gelanggang tidak dibuat seperti
yang disebut dalam Peraturan 8.1, ia perlu dijalankan
dengan serta-merta apabila kesilapan dikesan dan
perlawanan belum diteruskan. Skor sedia ada kekal.
Peraturan 9 Servis
9.1 Bagi servis yang betul, penerbangan bulu tangkis
harus ke atas dari raket pembuat servis untuk
melepasi jaring supaya, jika tidak dihalang, akan jatuh
pada petak servis penerima (sama ada pada atau
dalam garis sempadan); dan….
Peraturan 9 Servis
9.1.1 tiada mana-mana pihak menangguhkan pembuatan servis
apabila kedua-dua pembuat dan penerima telah bersedia.
9.1.2 bagi pergerakan kepala raket pembuat servis ke belakang,
sebarang penangguhan dalam memulakan servis (Peraturan 9.2)
dianggap sebagai penangguhan secara sengaja.
9.1.3 pembuat servis dan penerima servis harus berdiri dalam
keadaan pepenjuru bertentangan gelanggang servis (Rajah A) tapa
menyentuhi garis sempadan gelanggang servis.
Peraturan 9 Servis
9.1.4 sebahagian daripada kedua-dua kaki pembuat servis dan
penerima servis harus kekal bersentuhan dengan permukaan
gelanggang dalam kedudukan pegun dari permulaan servis
(Peraturan 9.2) sehingga servis dilakukan (Peraturan 9.3).
9.1.5 raket pembuat servis harus dikenakan pada tapak bulu tangkis
pada awalnya.
9.1.6 Seluruh bulu tangkis harus di bawah 1.15 meter dari
permukaan gelanggang pada saat raket pukul bulu tangkis.
Peraturan 9 Servis
9.1.7 pergerakan raket servis harus berterusan daripada mulanya servis
(Peraturan 9.2) sehingga servis dilakukan (Peraturan 9.3).
9.1.8 dalam percubaan membuat servis, pembuat servis tidak boleh
terlepas bulu tangkis.
9.2 Apabila pemain telah bersedia terhadap servis, pergerakan kepala
raket pembuat servis ke depan yang pertama adalah permulaan servis.
9.3 Apabila servis dimulakan (Peraturan 9.2), servis dilakukan apabila bulu
tangkis dipukul oleh raket pembuat servis, atau dalam percubaan
melakukan servis, pembuat servis terlepas bulu tangkis.
Peraturan 9 Servis
9.4 Pembuat servis tidak harus membuat servis sebelum penerima
bersedia. Walaupun begitu, penerima servis dianggap telah bersedia
jika cuba memulangkan servis.
9.5 Dalam acara beregu, apabila servis dilakukan (Peraturan 9.2,
9.3), pasangan lain boleh berdiri di mana-mana kedudukan dalam
gelanggang masing-masing, dengan syarat tidak menghalang
penglihatan pembuat servis atau penerima servis bagi pihak lawan.
Peraturan 10 Acara Perseorangan
10.1 Gelanggang pembuat servis dan penerima servis
10.1.1 Pemain harus membuat servis dan menerima servis pada
petak kanan gelanggang masing-masing apabila pembuat servis
belum skor atau telah memenangi bilangan mata genap dalam gem.
10.1.2 Pemain harus membuat servis dan menerima servis pada
petak kiri gelanggang masing-masing apabila pembuat servis telah
memenangi bilangan mata ganjil dalam gem.
Peraturan 10 Acara Perseorangan
10.2 Tatacara “rally” dan kedudukan pada gelanggang
10.2.1 Dalam satu “rally”, pembuat servis dan penerima servis
boleh memukul bulu tangkis bergilir-gilir, dari mana-mana kedudukan
pada belah jaring pemain, sehingga bulu tangkis berhenti untuk
dimainkan (Peraturan 15).
Peraturan 10 Acara Perseorangan
10.3 Skor dan servis
10.3.1 Jika pembuat servis memenangi satu “rally” (Peraturan 7.3),
pembuat servis harus diberikan satu mata. Pembuat servis harus
sambung membuat servis dari belah petak gelanggang servis yang
lain.
10.3.2 Jika penerima servis memenangi satu permainan “rally”
(Peraturan 7.3), penerima servis harus diberikan satu mata. Penerima
servis harus menjadi pembuat servis baru.
Peraturan 11 Acara Beregu
11.1 Gelanggang pembuat servis dan penerima servis
11.1.1 Seorang pemain dari pihak servis harus membuat servis
pada petak kanan gelanggang apabila pembuat servis belum skor
atau telah memenangi bilangan mata genap dalam gem.
11.1.2 Seorang pemain dari pihak servis harus membuat servis
pada petak kiri gelanggang apabila pembuat servis telah memenangi
bilangan mata ganjil dalam gem.
Peraturan 11 Acara Beregu
11.1 Gelanggang pembuat servis dan penerima servis
11.1.3 Pemain bagi pihak penerima servis yang membuat servis
sebelumnya harus kekal pada petak gelanggang servis di mana dia
telah membuat servis. Corak songsang juga perlu diikuti bagi
pasangan penerima servis.
11.1.4 Pemain bagi pihak penerima servis yang berdiri pepenjuru
bertentangan kepada petak gelanggang servis bagi pihak pembuat
servis adalah penerima servis.
Peraturan 11 Acara Beregu
11.1 Gelanggang pembuat servis dan penerima servis
11.1.5 Pemain tidak dibenarkan bertukar petak gelanggang servis
masing-masing sehingga mereka memenangi mata selepas membuat
servis.
11.1.6 Penggiliran servis perlu dilakukan dari petak gelanggang
servis berdasarkan skor pihak pembuat servis, kecuali dinayatakan
dalam Peraturan 12.
Peraturan 11 Acara Beregu
11.2 Tatacara “rally” dan kedudukan pada gelanggang
Selepas servis dipulangkan, dalam satu “rally”, bulu tangkis boleh
dipukul oleh mana-mana pemain bagi pihak servis dan mana-mana
pemain bagi pihak penerima servis bergilir-gilir, dari mana-mana
kedudukan pada belah jaring pemain, sehingga bulu tangkis berhenti
untuk dimainkan (Peraturan 15).
Peraturan 11 Acara Beregu
11.3 Skor dan servis
11.3.1 Jika pihak pembuat servis memenangi satu “rally” (Peraturan
7.3), pembuat servis harus diberikan satu mata. Pembuat servis harus
sambung membuat servis dari belah petak gelanggang servis yang
lain.
11.3.2 Jika pihak penerima servis memenangi satu permainan
“rally” (Peraturan 7.3), penerima servis harus diberikan satu mata.
Penerima servis harus menjadi pembuat servis baru.
Peraturan 11 Acara Beregu
11.4 Urutan membuat servis
Dalam mana-mana gem, urutan membuat servis harus bermula:
11.4.1 dari pembuat servis pertama yang memulakan gem dari
petak gelanggang servis kanan;
11.4.2 kemudian pasangan penerima servis pertama;
11.4.3 kemudian pasangan pembuat servis pertama;
11.4.4 kemudian penerima servis pertama.
11.4.5 kemudian kembali ke pembuat servis pertama dan
seterusnya.
Peraturan 11 Acara Beregu
11.5 Tiada mana-mana pemain dibenarkan terlepas daripada
penggiliran membuat servis atau menerima servis, atau menerima
dua servis berturutan dalam gem yang sama, kecuali dinyatakan
dalam Peraturan 12 atau apabila batal atas salah laku dipanggil.
11.6 Mana-mana pemain bagi pihak pemenang boleh memulakan
servis dahulu pada gem seterusnya, dan mana-mana pemain bagi
pihak kalah boleh menerima servis dahulu pada gem seterusnya.
Peraturan 12 Kesalahan Gelanggang
Servis
12.1 Satu kesalahan gelanggang servis dilakukan apabila seseorang
pemain:
12.1.1 telah terlepas giliran dalam membuat servis atau menerima
servis; atau
12.1.2 telah membuat atau menerima servis dari petak gelanggang
servis yang salah.
12.2 Jika satu kesalahan gelanggang servis dikesan, kesalahan harus
dibetulkan apabila perlawanan belum diteruskan dan skor sedia ada
kekal.
Peraturan 13 Batal
Ia adalah batal:
13.1 jika satu servis adalah tidak betul (Peraturan 9.1)
13.2 jika dalam membuat servis, bulu tangkis:
13.2.1 tersangkut dan kekal di atas jaring.
13.2.2 selepas melepasi jaring, tersangkut pada jaring.
13.2.3 dipukul oleh pasangan penerima servis.
Peraturan 13 Batal
13.3 jika dalam permainan, bulu tangis:
13.3.1 jatuh di luar sempadan gelanggang (iaitu bukan di atas atau
dalam garis sempadan)
13.3.2 gagal melepasi jaring.
13.3.3 sentuh pada siling atau tepi dinding.
13.3.4 sentuh pada orang atau pakaian pemain.
13.3.5 sentuh pada mana-mana objek atau orang di luar
gelanggang.
Peraturan 13 Batal
13.3.6 tersangkut atau tergantung pada raket dan kemudian
diayunkan apabila melakukan pukulan.
13.3.7 dipukul dua kali secara berterusan oleh pemain yang sama.
Namun, bulu tangkis yang terkena pada kepala dan kawasan bertali
raket dalam satu pukulan adalah bukan “batal”.
13.3.8 dipukul oleh pemain dan pasangan pemain secara
berterusan, atau
13.3.9 sentuh pada raket pemain dan tidak menunju ke
gelanggang pihak lawan.
Peraturan 13 Batal
13.4 Jika dalam permainan, seseorang pemain:
13.4.1 menyentuh jaring atau penyokongnya dengan raket, orang atau
pakaian.
13.4.2 ‘menyerang’ gelanggang pihak lawan melepasi jaring dengan
raket atau orang sendiri kecuali pemain melakukan pukulan bulu tangkis
ikut lajak dengan raket selepas titik sentuh pertama dengan bulu tangkis
adalah pada sebelah jaring pihak pemain yang membuat pukulan.
13.4.3 ‘menyerang’ gelanggang pihak lawan melalui bawah jaring
dengan raket atau orang sendiri sehingga pihak lawan dihalang atau
terganggu, atau
Peraturan 13 Batal
13.4.4 menghalang pihak lawan, iaitu menyebabkan pihak lawan
gagal melakukan pukulan sah apabila bulu tangkis dipukul ikut lajak
melepasi jaring.
13.4.5 mengganggu pihak lawan melalui apa jua tindakan secara
sengaja seperti menjerit atau membuat aksi.
13.5 jika pemain didapati bersalah, atau melanggari peraturan
tatatertib secara berulangan di bawah Peraturan 16.
Peraturan 14 Semula
14.1 “Semula” harus disebut oleh pengadil, atau oleh pemain (jika
tiada pengadil), untuk menghentikan permainan.
14.2 Ia adalah “semula”, jika:
14.2.1 pembuat servis melakukan servis sebelum penerima servis
bersedia (Peraturan 9.4)
14.2.2 semasa servis dilakukan, kedua-dua pembuat servis dan
penerima servis dibatalkan.
Peraturan 14 Semula
14.2.3 selepas servis dipulangkan, bulu tangkis:
14.2.3.1 tersangkut dan kekal di atas jaring; atau
14.2.3.2 selepas melepasi jaring, tersangkut pada jaring.
14.2.4 semasa permainan, bulu tangkis pecah dengan tapak
terpisah daripada bahagian lain bulu tangkis.
14.2.5 pada pendapat pengadil, permainan diganggu atau pemain
bagi pihak lawan diganggu oleh jurulatih.
Peraturan 14 Semula
14.2.6 hakim garis tidak dapat lihat dan pengadil atau “IRS” tidak
dapat membuat keputusan; atau
14.2.7 mana-mana situasi atau insiden yang tidak dapat dijangka
telah beralku.
14.3 Apabila “semula” berlaku, permainan sejak servis terakhir tidak
dikira dan pemain yang membuat servis terakhir harus membuat
servis semula.
Peraturan 15 “Shuttle Not In Play”
Bulu tangkis tidak ‘terlibat dalam permainan’ apabila:
15.1 ia terkena pada jaring atau tiang dan mula jatuh menuju ke
permukaan gelanggang bagi pihak yang memukul dari jaring.
15.2 ia terkena pada permukaan gelanggang; atau
15.3 satu ‘batal’ atau ‘semula’ berlaku.
Peraturan 16 Permainan berterusan,
salah laku dan dendaan
16.1 Permainan harus berterusan dari servis pertama sehingga
perlawanan berakhir, kecuali dinyatakan dalam Peraturan 16.2 dan
16.3.
16.2 Rehat:
16.2.1 tidak melebihi 60 saat bagi setiap gem apabila skor yang
mendahului mencapai 11 mata; dan
16.2.2 tidak melebihi 120 saat antara gem pertama dan kedua,
dan antara gem kedua dan ketiga (jika ada) dalam semua perlawanan.
Peraturan 16 Permainan berterusan,
salah laku dan dendaan
16.3 Penangguhan permainan
16.3.1 Jika berlaku situasi di luar kawalan pemain, pengadil boleh
menangguhkan permainan untuk seketika jika diperlukan.
16.3.2 Di bawah situasi tertentu referi berkuasa mengarahkan
pengadil untuk menangguhkan permainan.
16.3.3 Jika permainan ditangguhkan, skor sedia ada harus kekal
dan permainan harus disambung dari masa sebelum penangguhan.
Peraturan 16 Permainan berterusan,
salah laku dan dendaan
16.4 Melambatkan permainan
16.4.1 Pemain tidak dibenarkan melambatkan permainan demi
usaha mengembalikan tenaga atau factor angin mahupun menerima
nasihat.
16.4.2 Pengadil harus menjadi hakim utama dalam menentukan
dan menilai sebarang aksi melambatkan permainan.
Peraturan 16 Permainan berterusan,
salah laku dan dendaan
16.5 Nasihat dan meninggalkan gelanggang
16.5.1 Hanya apabila bulu tangkis tidak lagi dimainkan (Peraturan
15) dan sehingga pemain-pemain telahpun mengambil kedudukan
membuat servis dan terima servis, barulah seseorang pemain
dibenarkan untuk menerima nasihat dalam satu perlawanan.
16.5.2 Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang semasa
perlawanan tanpa kebenaran pengadil, menyebabkan kelambatan
permainan, kecuali semasa rehat seperti yang disebut dalam
Peraturan 16.2.
Peraturan 16 Permainan berterusan,
salah laku dan dendaan
16.6 Seseorang pemain tidak harus:
16.6.1 sengaja melakukan sebarang yang melambatkan atau
menangguhkan permainan.
16.6.2 sengaja mengubahsuai atau merosakkan bulu tangkis untuk
mengubah kelajuan atau penerbangan.
16.6.3 bertingkah laku secara agresif atau tidak beradab; atau
16.6.4 bersalah melanggari peraturan tatatertib yang dinyatakan
dalam Peraturan Badminton.
Peraturan 16 Permainan berterusan,
salah laku dan dendaan
16.7 Pengurusan perlanggaran dan tatatertib
16.7.1 Pengadil harus mengenakan sebarang perlanggaran dan
tatatertib Peraturan 16.2, 16.4.1, 16.5.2 atau 16.6 dengan:
16.7.1.1 memberikan amaran kepada pihak bersalah; atau
16.7.1.2 membatalkan pihak bersalah, jika telah diberikan
amaran sebelumnya; atau
16.7.1.3 membatalkan pihak bersalah jika didapati melakukan
tingkah laku tatatertib.
Peraturan 16 Permainan berterusan,
salah laku dan dendaan
16.7.2 Dalam membatalkan satu pihak (Peraturan 16.7.1.2 atau
16.7.1.3), pengadil harus melaporkan kes pihak bersalah kepada referi
yang berkuasa untuk membatalkan penyertaan pihak bersalah
daripada perlawanan.
Peraturan 17 Kepegawaian dan rayuan
17.1 Referi bertanggungjawab sepenuhnya dalam semua perlawanan
kejohanan.
17.2 Pengadil yang dilantik harus bertanggungjawab sepenuhnya
dalam perlawanan, gelanggang dan persekitaran. Pengadil harus
melaporkan sebarang kepada Referi jika perlu.
17.3 Hakim servis arus teriakkan pembatalan servis oleh pembuat
servis jika berlaku (Peraturan 9.1.2 hingga 9.1.8).
Peraturan 17 Kepegawaian dan rayuan
17.4 Seseorang hakim garis perlu menunjukkan isyarat sama ada bulu
tangkis jatuh “dalam” pada atau “keluar” dari garis.
17.5 Keputusan pegawai adalah muktamad bagi semua mata
kebenaran (“point of fact”) di mana pegawai tersebut
bertanggungjawab kecuali:
17.5.1 pada pendapat pengadil, jika terdapat keraguan
munasabah terhadap kesilapan teriakan dan isyarat hakim garis, maka
pengadil boleh mengubah keputusan hakim garis.
Peraturan 17 Kepegawaian dan rayuan
17.6 Pengadil harus:
17.6.1 menjalankan dan menguatkuasakan Peraturan Badminton
dan, terutamanya, teriak “batal” atau “semula” jika berlaku;
17.6.2 memberikan keputusan kepada sebarang rayuan berkaitan
dengan mata yang dipertikaikan, jika wujud sebelum servis seterusnya
dibuat.
17.6.3 memastikan pemain dan penonton sentiasa diberitahu
tentang perkembangan perlawanan.
Peraturan 17 Kepegawaian dan rayuan
17.6.4 melantik atau menggantikan hakim garis mahupun hakim servis
dengan merujuk kepada referi.
17.6.5 menyusunatur tugas pegawai lain supaya dilaksanakan jika tiada
lantikan pegawai
17.6.6 jika pegawai yang dilantik tidak dapat memberikan isyarat
(“unsighted”), ikut pada tanggungjawab tersebut atau teriak “semula”
17.6.7 catat dan laporkan semua perkara berkaitan dengan Peraturan
16 kepada referi; dan
17.6.8 rujuk kepada referi semua rayuan berkaitan dengan peraturan
sahaja (sama ada sebelum servis seterusnya dimulakan atau sebelum tamat
perlawanan)
ARAHAN KEPEGAWAIAN TEKNIKAL (ITTO)
5.1 Sebelum Perlawanan:
Di luar gelanggang, pengadil perlu:
- mendapatkan lembaran skor (scoresheet).
- mendapatkan bulu tangkis yang mencukupi.
- bawa toss coin, jam randik tangan, pen yang mencukupi.
- sediakan kad kuning, merah.
5.2 Sebelum Perlawanan:
Di dalam gelanggang, pengadil perlu:
- catat masa perlawanan diumumkan dan tunggu pemain lapor
diri.
Contoh:
Perlawanan dipanggil pada 9.00 pagi. Jika pemain tidak muncul,
9.02 pagi – panggilan kedua
9.04 pagi – panggilan terakhir
9.05 pagi – “walkover”
5.2 Sebelum Perlawanan:
- semak pakaian pemain (tidak mewakili mana-mana kelab atau
daerah)
- menjalankan toss dan catatkan pilihan yang dibuat oleh pihak
yang menang dan kalah. (Rujuk Peraturan 6).
- memulakan jam randik selama 2 min.
- Teriak “bersedia” pada 1 min 20 saat untuk pemain berhenti
memanaskan badan.
- Tulis pada lembaran skor maklumat.
- Pastikan kedudukan kerusi hakim garis dan jurulatih betul.
5.3 Permulaan perlawanan
- Pengadil perlu mengumumkan perlawanan dengan
penggunaan bahasa yang ditetapkan:

Tuan-tuan dan puan-puan, di sebelah kanan saya (sambil


tunjuk tangan kanan pada pemain sebelah kanan), Lee Zii
Jia, SMK ABC; dan di sebelah kiri saya (sambil tunjuk tangan
kiri pada pemain sebelah kiri), Lee Chong Wei, SMK XYZ.
Lee Chong Wei mulakan servis, kosong sama, mula.
5.4 Semasa perlawanan
Pengadil harus:
- menggunakan bahasa yang ditetapkan oleh BWF.
- mencatat dan teriak skor. Sentiasa teriak skor pembuat
servis dahulu.
- Semasa servis, memerhati kedua-dua pembuat servis
tetapi lebih keutamaan kepada penerima servis.
5.4 Semasa perlawanan
Batal servis yang boleh diteriak:
-Batal servis, kaki.
-Batal servis, pergerakan berterusan.
-Batal servis, tapak bulu tangkis.
-Batal servis, penangguhan sengaja.

Pengadil tidak boleh membatalkan servis pemain disebabkan terlalu tinggi


atau batang raket tidak menuju ke bawah. Namun pengadil boleh
memberikan teguran kepada pemain jika dikesan atau terdapat aduan.
Hakim servis akan dilantik jika perlu.
5.4 Semasa perlawanan
Batal penerima servis yang boleh diteriak:
-Batal servis, kaki.
-Batal servis, penangguhan sengaja.
5.4 Semasa perlawanan
Pengadil harus:
- teriak batal berdasarkan Peraturan 13.
- teriak “Tukar Servis” jika pihak lawan mendapat mata.
- mengumumkan skor diikuti “Rehat” atau “Tukar Servis”, skor, “Rehat”
bagi setiap rehat dalam gem.
- Selepas 40 saat rehat, teriak “Gelanggang ……, 20 saat” sebanyak dua
kali.
- ulang skor diikuti “Mula” selepas rehat.
- jika kedua-dua pihak tidak perlu rehat, gem diteruskan.
5.4 Semasa perlawanan
Pengadil harus:
- betulkan keputusan hakim garis jika perlu dengan:
“Pembetulan, masuk.” jika bola jatuh dalam atau
“Pembetulan, keluar” jika bola jatuh keluar atau
“Semula” jika tiada keputusan dibuat.
5.5 Pelanjutan Gem
- Jika mana-mana pihak yang memenangi 20 mata dalam setiap
gem, teriak skor pemenang diikuti “mata akhir” atau “mata
penamat”, diakhiri skor penerima servis.
Contoh: 20, mata akhir, 19 // 20 sama.
- Jika mana-mana pihak memenangi 29 mata, dalam setiap gem
dan bagi setiap pihak, teriak skor pemenang diikuti “mata akhir”
atau “mata penamat”, diakhir skor penerima servis.
Contoh: 29, mata akhir, 28. // 29, mata akhir, sama.
5.6 Akhir setiap gem
- Gem mesti diteriak serta-merta apabila “rally” akhir telah
tamat bagi setiap gem.
- Selepas gem pertama, teriak:
“Gem pertama dimenangi oleh Lee Zii Jia, 21-18”
- Selepas gem kedua (jika ada gem penentuan), teriak:
“Gem kedua dimenangi oleh Lee Chong Wei, 21-19; satu
gem sama.”
5.6 Akhir setiap gem
- Jika tiada gem penentuan atau tamat perlawanan, teriak:
“Perlawanan dimenangi oleh Lee Zii Jia, 21 - 18, 21 – 19.”
- Pengadil perlu memulakan jam randik setelah teriak “Gem”.
- Bagi setiap gem yang berakhir, pemain perlu tukar petak
gelanggang (“Change end”) dan diberikan 120 saat rehat.
- Selepas 100 saat, pengadil perlu teriak:
“Gelanggang ….., 20 saat” sebanyak dua kali. Jurulatih perlu
meninggalkan gelanggang dan pemain perlu kembali ke
gelanggang.
5.6 Akhir setiap gem
- Untuk memulakan gem kedua, teriak:
“ Gem kedua, kosong sama, mula.”
- Jika ada gem penentuan, teriak:
“Gem akhir, kosong sama, mula.”
5.7 Selepas perlawanan
- Selepas perlawanan, pengadil perlu mencatat masa tamat,
tempoh perlawanan, dan bilangan bulu tangkis yang
digunakan pada lembaran skor.
- Pengadil perlu menandatangani lembaran skor dan serah
kepada referi kejohanan untuk disemak.
- Pengadil perlu melaporkan sebarang isu kepada referi jika
ada kepada referi untuk tindakan selanjutnya.
Lain-lain:
- Pengadil perlu memastikan pemain-pemain meninggalkan gelanggang
tanpa kebenaran pengadil kecuali waktu rehat (Peraturan 16.2).
- Pemain dibenarkan mengelap peluh atau mengelap peluh dan minum
dengan kebenaran pengadil.
- Gelanggang perlu dimop sekiranya didapati permukaan basah untuk
mengelakkan pemain tergelincir.
- Jika pemain dikenalpasti melambatkan atau melengahkan perlawanan
secara sengaja, amaran secara lisan perlu diberikan. Jika kesalahan
berulang, amaran “kad kuning” diberikan. Jika pemain masih berulang
kesalahan, amaran “kad merah” diberikan dan referi dipanggil.
Lain-lain:
Tatacara amaran:
1. Amaran lisan
Contoh: Lee Chong Wei, mari sini. Anda tidak boleh ……..
2. Amaran kad kuning
Contoh: Lee Chong Wei, mari sini. “Lee Chong Wei, amaran kerana
salahlaku.”
3. Amaran kad merah
Contoh: Lee Chong Wei, mari sini. “Lee Chong Wei, batal kerana
salahlaku.” Angkat tangan kanan untuk memanggil referi.
Lain-lain:
- Pengadil perlu pastikan jurulatih tidak memberikan
sebarang nasihat semasa “rally”. “Semula” diteriak jika
jurulatih didapati mengganggu pihak lawan semasa “rally”.
- Pengadil perlu peka kepada etika pakaian jurulatih / guru
pengiring supaya berseluar panjang dan berkasut tertutup.
Jurulatih luar tidak dibenarkan sepanjang perlawanan.
- Pertukaran bulu tangkis adalah bergantung kepada
keputusan pengadil.
Lain-lain:
- Pengadil perlu pastikan jurulatih tidak memberikan
sebarang nasihat semasa “rally”. “Semula” diteriak jika
jurulatih didapati mengganggu pihak lawan semasa “rally”.
- Pengadil perlu peka kepada etika pakaian jurulatih / guru
pengiring supaya berseluar panjang dan berkasut tertutup.
Jurulatih luar tidak dibenarkan sepanjang perlawanan.
- Pertukaran bulu tangkis adalah bergantung kepada
keputusan pengadil.
LEMBARAN SKOR
CASE STUDY / EXAMPLES OF SCENARIO
CONTOH 1:
Anda telah memperoleh lembaran skor daripada urusetia dan
memulakan jam randik tangan. Anda mendapati terdapat satu
pemain yang belum melapor diri. Apakah tindakan sewajarnya?

Jawapan: Selepas dua minit, mohon urusetia membuat


panggilan kedua. Selepas dua minit kemudian, mohon urusetia
membuat panggilan terakhir. Satu minit selepas panggilan
terakhir, pihak yang tidak hadir dikira “walkover”.
CONTOH 2:
Apakah yang perlu anda buat sebelum membuat “toss”?

Jawapan:
- Bertanya nama pemain dan sekolah.
- Memastikan pakaian mengikuti kod etika seperti tidak ada
nama kelab/daerah/negeri, baju berlengan.
- Meminta pemain/jurulatih untuk memanggil seorang murid
bertugas sebagai hakim garis.
CONTOH 3:
Di manakah barang pemain perlu diletakkan?

Jawapan:
- Di sebelah kiri dan kanan kerusi pengadil.
CONTOH 4:
Dalam satu perlawanan, apabila permainan dihentikan,
salah satu pemain meminta untuk minum air. Apakah
tindakan pengadil?

Jawapan:
-Pemain hanya dibenarkan untuk mengelap peluh,
bukannya minta kebenaran minum air.
CONTOH 5:
Anda sebagai pengadil nampak pemain sedang mengikat tali
kasut. Tindakan anda adalah ….?

Jawapan:
- Memanggil pemain dan memberikan ingatan supaya perlu
meminta kebenaran daripada pengadil.
CONTOH 6:
Anda baru teriak skor 11-9, rehat. Kedua-dua pemain tidak
mahu rehat dan ingin sambung bermain. Anda…?

Jawapan:
- Menyebut skor semula “11-9, mula” tanpa perlu
menunggu 1 min.
(Begitu juga jika pemain telah kembali ke gelanggang
sebelum 1 min, perlawanan boleh diteruskan)
CONTOH 7:
Salah seorang pemain memulakan servis dan bulu tangkis
jatuh di luar garis servis pendek. Anda …….?

Jawapan:
- Teriak “keluar, tukar servis, skor.”
CONTOH 8:
Sekiranya raket pemain melepasi bawah jaring pihak lawan,
apakah tindakan anda?

Jawapan:
- perlawanan diteruskan sekiranya raket tidak mengganggu
atau menghalang pihak lawan.
CONTOH 9:
Dalam satu “rally”, tiba-tiba bulu tangkis dari gelanggang sebelah
jatuh masuk ke kawasan belakang gelanggang anda. Pada masa
itu pemain anda telah menghabiskan “rally” dengan membuat
pukulan jaring. Apakah tindakan anda?

Jawapan:
- Teriak “tukar servis (jika berkaitan), skor”.
(Teriak “semula” jika bulu tangkis telah mengganggu
perlawanan)
CONTOH 10:
Apakah yang perlu anda lakukan sebelum memulakan pengumuman
perlawanan?

Jawapan:
- Teriak “Bersedia” selepas 1 min 20 saat.
- Memastikan gelanggang dan persekitaran adalah dalam kawalan
(contohnya tiada bulu tangkis jatuh, permukaan gelanggang tidak basah).
- Memastikan guru pengiring duduk di tempat sepatutnya dengan kod etika
pakaian betul.
- Mengenalpasti keberadaan hakim garis.
CONTOH 11:
Semasa rehat, anda nampak jurulatih dan pemain lain masuk ke
gelanggang untuk memberikan nasihat, anda….?

Jawapan:
- Berikan teguran kepada guru pengiring supaya jurulatih dan
pemain perlu meninggalkan gelanggang.
- Hanya seorang guru pengiring sahaja dibenarkan masuk.
- Jika perlu, angkat tangan kanan untuk bantuan daripada
Referi.
CONTOH 12:
Dalam satu “rally”, pemain A telah membuat pukulan bulu
tangkis tetapi bulu tangkis tidak melepasi jaring dan mula
jatuh. Sebelum bulu tangkis jatuh pada permukaan, raket
pemain B telah sentuh pada jaring. Tindakan anda?

Jawapan:
- Berikan mata kepada pemain B. (Shuttle not in play)
CONTOH 13:
Anda mendengar guru pengiring yang duduk di atas kerusi yang ditetapkan
asyik bersorak dan berikan arahan semasa “rally” berjalan. Anda perlu……

Jawapan:
- Berikan amaran lisan kepada guru pengiring.
- Teriak “semula”.
- Memanggil referi jika kesalahan berulang.
(Guru pengiring hanya boleh memberikan nasihat apabila “rally” tamat.)
CONTOH 14:
Anda nampak bulu tangkis jatuh keluar dari gelanggang,
tetapi hakim garis memberikan isyarat “masuk”. Anda
perlu…..

Jawapan:
- Teriak “Pembetulan, keluar, tukar servis (jika berkaitan),
skor”
CONTOH 15:
Anda terdengar bunyi telefon bimbit keluar dari beg pemain.
Apakah tindakan anda?

Jawapan:
- Memanggil pemain untuk matikan telefon bimbit, berikan
kad kuning dan teriak “(Nama pemain), amaran kerana
salah laku).
CONTOH 16:
Pemain cuba menyelamatkan bulu tangkis tetapi terluka tangan. Jari
berdarah tidak berhenti. Apakah tindakan pengadil?

Jawapan:
- Memanggil referi segera untuk menghentikan pendarahan.
- Mencatat masa yang diambil.
- Memastikan pemain lain berada di kawasan gelanggang berdekatan
pengadil.
- Memanggil hakim garis untuk mop gelanggang.
CONTOH 17:
Semasa rehat selepas tamat gem pertama, pemain ingin
meninggalkan gelanggang untuk mengambil air minuman.
Pengadil …..?

Jawapan:
- tidak membenarkan pemain meninggalkan gelanggang, tetapi
guru pengiring yang membawa masuk air minuman tersebut.
(Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali
sebab-sebab kecemasan dan perlu merujuk kepada Referi)
CONTOH 18:
Jika anda mendapati tiada hakim garis, keputusan anda ….?

Jawapan:
- bergantung kepada apa yang telah anda lihat.
CONTOH 19:
Pemain sedang memukul bulu tangkis di sebelah jaring diri
dan ikut lajak sehingga raket melepasi jaring. Adakah
pukulan dibatalkan?

Jawapan:
- Tidak.
CONTOH 20:
Sekiranya pemain berasa kaki rejang dan tidak ingin meneruskan permainan
tetapi rehat dan duduk di atas lantai, apakah yang perlu dilakukan oleh
pengadil?

Jawapan:
- Bertanya keadaan pemain sama ada dia masih boleh sambung main ke
tidak.
- Memanggil referi untuk keperluan perubatan (hanya sekali setiap gem).
- Memastikan pemain tidak cuba melengahkan atau melambatkan
permainan atas sebab memulihkan tenaga.
CONTOH 21:
Anda mendapati kedua-dua pemain terlupa untuk bertukar
petak gelanggang. Apakah yang perlu anda buat?

Jawapan:
- Selepas “rally” tamat, minta kedua-dua pihak bertukar
petak gelanggang dengan serta-merta. Skor sedia ada
masih dikekalkan.

Anda mungkin juga menyukai