Anda di halaman 1dari 1

Puan Aida Binti Muhammad

Zida Jaya Enterprise


1518-2,Taman Islam,
Jalan Bakau Tinggi,
24000 Kemaman

Yang Dipertua
Majlis Perbendaharaan Kemaman
b/p :Wan Isa Bin Wan Ahmed,
Penolong pengarah
Bahagian Perlesenan
Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, Tarikh : 15 hb. Januari, 2018

Tuan,

RAYUAN : PERMOHONAN LESEN PENJAJA TEMPAT AWAM


DI ALAMAT : PETAK LETAK KERETA, SEBELAH PASARAYA PANTAI SELAMAT, 24000 KEMAMAN

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan saya Puan Aida Binti Muhammad merayu kepada pihak tuan agar dapatlah
meluluskan permohonan lesen penjaja tempat awam beralamat di No Petak : D17, Jalan Abdul
Rahman ini kerana :

2.1 Memandangkan permohonan sewa petak bagi tujuan meletakkan kiosk untuk
menjual makanan dan minuman telah diluluskan. (Bersama ini saya lampirkan surat
kelulusan, rujuk MPK/BLK/22/06/02 Jld 7- (23))

2.2 Kesesuaian lokaliti tersebut dipilih kerana ianya petak yang terasing dari petak
meletak kenderaan yang lain. (Bersama ini dilampirkan gambar petak bagi rujukan pihak
tuan).

3. Besarlah harapan saya agar rayuan ini diberi pertimbangan sewajarnya dan mendapat kelulusan
dari pihak tuan. Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..........................................
(Puan Aida Binti Muhammad
Zida Jaya Enterprise)

Anda mungkin juga menyukai