Anda di halaman 1dari 1

Nama Penuh Pemohon

Alamat Penuh Pemohon

Pegawai Pembangunan Zon 2,


Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap,
Lot No:003041, 06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman. Hari Bulan Tahun

Tuan,

PERMOHONAN BANTUAN PERNIAGAAN KELENGKAPAN BENGKEL MOTOSIKAL

Semoga Tuan berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Dengan segala hormatnya, perkara
di atas adalah dirujuk.

2. Saya Nama Penuh Pemohon, bernombor kad pengenalan 00000-00-000, ingin


membuat permohonan bantuan kelengkapan alatan perniagaan bengkel membaiki motosikal.
Untuk makluman pihak Tuan, saya telah membuka dan menjalankan perniagaan secara kecil-
kecilan membaiki motosikal di kediaman rumah saya sendiri sudah satu tahun lebih dan
bercadang meneruskan serta mengembangkan perniagaan tersebut. Hal ini demikian kerana,
permintaan servis membaiki motosikal dari penduduk dan masyarakat sekitar sangat
menggalakkan. Hal ini, membolehkan saya menjadikan perniagaan ini sebagai punca
pendapatan utama saya.

3. Justeru itu, saya memohon pertimbangan pihak Tuan, bagi membolehkan saya
meneruskan dan mengembangkan perniagaan ini. Disini saya senaraikan alatan atau
kelengkapan yang menjadi keperluan bagi saya meneruskan perniagaan servis membaiki
motosikal.

1. Mesin Pemampat Udara ( The Air Compressor )


2. Set Lengkap Sepanar ( Cantilever Metal Tool Box Set Tools )

4. Sehubungan itu, saya berharap agar pihak Tuan dapat meluluskan permohonan
bantuan kelengkapan perniagaan bengkel motosikal ini. Disini, saya sertakan nombor telefon
peribadi saya 000-0000000, serta emel: nama@gmail.com bagi memudahkan urusan serta
sebagai rujukan pihak Tuan. Kerjasama pihak Tuan dalam mempertimbangkan dan seterusnya
meluluskan permohonan ini amat saya alu-alukan dan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………….
(Nama Penuh Pemohon)

Anda mungkin juga menyukai