Anda di halaman 1dari 2

PohonMeranti tiga sebatang

Ditebang orang tiga pemuka


Tuan dinanti sudahlah datang
Apa perkara nan kita buka...

Yang Berbahagia Encik Zulkifli B. Sulaiman Ketua WHIP Majlis Perbandaran Kulaijaya, Yang dihormati
Puan Noorlaila Bt. Selamat Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Kulaijaya, C/Inspektor Encik Abdul Zaki
Ketua Balai Kulaijaya, Encik Mizan B. Ibrahim Pengerusi KRT Zon Jalan Tekukur merangkap Pengerusi
Persatuan Penduduk Jalan Tekukur, Ahli-ahli Majlis, Tetamu jemputan, AJK KRT Zon Jalan Tekukur,
anggota-anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS), Warga penduduk Jalan Tekukur Bandar Putra Kulaijya.
Assalamualaikum WB dan salam sejahtera.

Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
limpah rahmatNYa kita diberikan kekuatan untuk berhimpun serta bersama-sama menyertai Gotong-
Royong Perdana 1 Malaysia di Jalan Tekukur Bandar Putra.

Bagi memulakan majlis, marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar
segala urusan kita pada hari ini mendapat rahmat. Untuk itu, majlis segala hormatnya menjemput Ustaz
Rizal B. Ismail untuk memimpin bacaan doa..

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Rizal Bin Ismail di atas bacaan doa itu tadi.

Tuan-tan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Majlis pada malam ini diteruskan dengan mempersilakan Pengerusi KRT Zon Jalan Tekukur Encik Mizan
B. Ibrahim untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Di persilakan.

Demikian tadi ucapan alu-aluan daripada Encik Mizan B. Ibrahim Pengerusi KRT Zon Jalan Tekukur.
Terima kasih diucapkan.

Tanpa membuang masa lagi dipersilan Pn Noorlaila Bt. Selamat selaku Pegawai Perpaduan Daerah
Kulaijaya untuk memberikan sedikit ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih Pn Noorlaila atas ucapan dan penerangan itu tadi semoga anggota SRS mendapat input
yang berguna.

Sidang hadirin warga Tekukur yang budiman. Kini majlis dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan
Yang Berbahagia Encik Zulkifli B. Sulaiman Ketua WHIP Majlis Perbandaran Kulaijaya untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Skim Rondaan Sukarela Jalan Tekukur
Bandar Putra Kulaijaya. Dipersilakan.
Terima kasih Kepada Encik Zulkifli B. Sulaiman atas ucapan perasmian itu tadi.

Sebagai simbolik perasmian SRS majlis mempersilakan Encik Mizan B. Ibrahim mengiringi Encik Zulkifli
memotong riben pondok SRS. Dipersilakan.

Terima kasih
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada ketua-ketua anggota SRS. Dipersilakan Encik Amran
B. Tumian, Encik Abdul Rahman B. ……………………………………………. Encik Kamarul………………………………………
Encik Sofian B. ……………………………………………..

Sebagai tanda kenang-kenangan dipersilakan Encik Mizan B. Ibrahim Untuk menyampaikan


cenderamata kepada Encik Zulkifli B. Sulaiman.

Program diteruskan dengan sedikit ceramah dan salam perkenalan oleh C/Inspektor Abdul Zaki B. Zainal
Ketua Balai Polis Kulai. Sebelum itu saya bacakan sedikit informasi tentang Penceramah kita pada hari
ini.

Nama beliau ialah C/Inspektor Abdul Zaki B. Zainal Ketua Balai Kulai

Beliau berasal dari ………………………………………………………………………………………………………………..


Berumur …………………………………………………………………….
Mempunyai ………………………………………….anak dan ………………………………… isteri
Sekarang beliau tinggal di
Sekarang beliau menjawat jawatan: ………………………………………………………sejak ………………………….

Dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima Kasih.

Sebagai tanda penghargaan, dipersilakan Encik Mizan B. Ibrahim untuk menyampaikan sedikit
cenderamata penghargaan kepada C/Inspektor Abdul Zaki B. Zainal. Dipersilakan

Sebelum kita berpisah dengarlah serangkap pantun daripada saya

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Allah bersua lagi

Anda mungkin juga menyukai