Anda di halaman 1dari 6

1 (AWAL MAJLIS)

Bismillahhirrahmanirrahim……
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera….

Yang berusaha,
En. Mohd Jamil bin Yang
Guru Besar SK Sultan Abdullah

Tn. Hj. Azahari bin Mohd Nordin


Penolong Kanan Pentadbiran

En. Mohd Redzuan bin Mohd Navawi


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Mohd Fadzil bin Mohd Arif


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang diraikan…
Puan Rose Aniza binti Abdul Rauf
Puan Zalela binti Mohd Yusoff
Puan Siti Zanariah binti Mohamed
dan
Puan Nor Azlien binti Azman

Barisan guru, serta para hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian…

Selamat datang ke “Majlis “ sempena meraikan pertukaran 4 orang sahabat


kita, iaitu…

Puan Rose Aniza binti Abdul Rauf


Puan Zalela binti Mohd Yusoff
Puan Siti Zanariah binti Mohamed
dan
Puan Nor Azlien binti Azman

Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi pada majlis yang cukup bermakna pada malam
ini.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dahannya berduri,
Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menghadirkan diri.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Bagi menambah keberkatan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan,
mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz Syed Abdul Hadi bin Syed
Abdul Malik.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Aamiin aamiin ya rabbal ‘Alamin…


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Syed Abdul Hadi bin Syed
Abdul Malik atas bacaan doa itu tadi.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Fadzli
bin Abu Kassim, selaku Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SK Sultan Abdullah
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan…

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Fadzli bin Abu Kassim atas
ucapan itu tadi.

Kembang harum si bunga kemboja,


Buat hiasan si anak dara,
Terhidang sudah jamuan di meja,
Dipersilakan semua menjamu selera.

Dengan itu dipersilakan hadirin dan hadirat sekalian untuk menjamu selera.
TAMAT

2 (SELEPAS JAMUAN)

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Sambil kita menjamu selera, kita teruskan lagi majlis kita pada malam yang
berbahagia ini.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,


Itu adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan.

Sudah biasa kita dengari,


Patah tumbuh hilang berganti,
Namun tak sama dengan yang ini,
Tak mungkin ada galang ganti.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Rose Aniza binti Abdul Rauf
yang kini berkhidmat sebagai Pembantu Pengurusan Murid di SK Changkat Ibol
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan….

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.

Malam hari berlagu unggas,


Memecah kesunyian di dalam hutan,
Walaupun terpisah tempat dan tugas,
Budimu tuan dalam ingatan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Zalela binti Mohd Yusoff yang
kini bertugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Matang Gelugor.
Untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan….

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.

Kain songket cantik kilauan,


Ditenun oleh orang Kemaman,
Tidak terbalas budimu tuan,
Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Siti Zanariah binti Mohamed yang kini telah
kembali berkhidmat di kampung halamannya di negeri Kelantan untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Kini tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan daripada Puan Nor Azlien binti
Azman, yang kini bertugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Simpang
untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan……..

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mendengarkan ucapan
daripada Encik Mohd Jamil bin Yang, selaku Guru Besar SK Sultan Abdullah.
Dipersilakan…

(UCAPAN)

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis seterusnya adalah penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan
buat insan-insan yang kita raikan pada malam ini.

Majlis mempersilakan….
Puan Rose Aniza binti Abdul Rauf
Puan Zalela binti Mohd Yusoff
Puan Siti Zanariah binti Mohamed
dan
Puan Nor Azlien binti Azman
….untuk ke hadapan bagi menerima cenderamata kenang-kenangan.

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Mohd Fadzil bin
Mohd Arif, Penolong Kanan Kokurikulum bagi mengiringi Tuan Haji Azhari bin
Mohd Nordin, Penolong Kanan Pentadbiran, selaku wakil PIBG untuk menyampaikan
cenderahati daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sultan Abdullah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya, majlis menjemput En. Mohd Redzuan bin Navawi, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid bagi mengiringi Encik Mohd Jamil bin Yang untuk menyampaikan
cenderahati daripada Kelab Guru dan Kakitangan SK Sultan Abdullah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan……

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada para pengiring dan penyampai
cenderahati sebentar tadi

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

DENGAN ITU BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI.


TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA DEMUA INSAN-INSAN YANG
DIRAIKAN KERANA SUDI BERSAMA KITA PADA MALAM INI. TERIMA
KASIH JUGA KEPADA PARA HADIRIN DAN HADIRAT YANG TELAH SUDI
MELUANGKAN MASA BAGI MENJAYAKAN MAJLIS KITA PADA MALAM
INI. SEMOGA BERJUMPA LAGI DI LAIN WAKTU DAN KETIKA.

SEKIAN SAHAJA MAJLIS KITA PADA MALAM INI.


SALAM HORMAT DARIPADA KAMI….
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH DAN SALAM
SEJAHTERA.

TAMAT

3 (BERGANTUNG PADA MASA)


Majlis kita pada malam ini diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati daripada
Kelab Guru dan Kakitangan kepada semua warga SK Sultan Abdullah…

Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Azhari bin
Mohd Nordin, Penolong Kanan Pentadbiran, bagi mengiringi Encik Mohd Jamil bin
Yang, Guru Besar SK Sultan Abdullah untuk menyampaikan cenderamata tersebut.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…..

Dipersilakan…….
(rujuk senarai nama)

Anda mungkin juga menyukai