Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PERPINDAHAN PUAN NURUL AZWANI

Perhatian… Minta kerjasama semua pelajar dan hadirin sakalian untuk memberi laluan
kerana kerana majlis kita akan berlangsung sebentar lagi.
Terima kasih.

Mengumumkan ketibaan yang diraikan Puan Nurul Azwani Bt Abdul Manan, diiringi
Yang Berusaha, En Ahmad bin Alli, Guru Besar SK Batang Maro, diiringi Yang Berusaha
, En Jonny Bin Ramlee, En. Yaakub bin Jelani & En Kasim bin Jarawi.

Para pelajar diingatkan berdiri ketika perarakan masuk guru-guru ke Dewan Sri Beting.
Bismillahirahmanirahim… Assalamualaikum… Salam sejahtera…dan selamat pagi

Yang dirai, Puan Nurul Azwani Bt Abdul Manan


Yang berusaha Encik Ahmad bin Alli, Guru Besar SK Batang Maro
Yang berusaha Encik Jonny bin Ramlee, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
  Yang berusaha Encik Yaakub bin Jelani, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang berusaha, Encik Kassim bin Jarawi, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Yang dihormati, En, Yazid bin Mas, Yang dipertua PIBG SK Batang Maro,

Para jemputan, barisan guru kanan mata pelajaran, guru-guru dan ibu bapa serta para
murid  yang dikasihi sekalian.

Majlis berbesar hati mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis


ringkas sempena Perpisahan dan perpindahan rakan kita Puan Nurul Azwani Bt Ab
Manan.

Kuning emas masaknya Padi,


Mawar merah dahannya berduri,
Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menghadirkan diri

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang,
Semangatmu dijulang
Kesungguhan bukan kepalang.

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang ditaburkan oleh Yang
Diraikan Puan Nurul Azwani Bt Ab Manan sepanjang hampir 16 tahun perkhidmatan
beliau di SK Batang Maro dari 18 September 2006 sehingga 16 Januari 2022.
Orang jawa berdagang ke Kota,
Singgah Di Acheh Membeli Gamat,
Tangan dirafak restu dipinta,
Doa dipohon moga selamat

Bagi memberkati majlis kita ini, marilah kita semua selaku insan kerdil sifat dan upaya di
sisi Allah s.w.t kita himpunkan segala harapan dan keinginan dengan bait-bait doa yang
akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Zulkiflie bin Mohamad Amran. Majlis dengan penuh
ta’zimnya mempersilakan.

Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi

Hadirin sekalian,

Majlis ringkas yang kita adakan ini merupakan majlis sempena perpisahan dan
perpindahan Puan Nurul Azwani. Banyak kenangan yang terpahat di setiap hati sanubari
kita masing-masing. Tidak kira sama ada yang dah lama bersama beliau mahupun yang
baru mengenali beliau. Sesungguhnya banyak cerita suka dan duka telah kita cipta
sepanjang kita bersama dengan beliau. Yang pastinya setiap memori itu pasti
meninggalkan kenangan yang mendalam di lubuk jiwa masing-masing.

Buah selasih di dalam puan,


Di bawa gadis ke tengah laman,
Segala kenangan dan jasamu tuan,
Sentiasa tersemat dalam ingatan.

Setelah sekian lama bersama, saya percaya banyak kata-kata yang ingin diluahkan,
yang dibicarakan dalam hati masing-masing. Dari itu marilah sama-sama mendengar
wakil bicara kita yang Dihormati Encik Ahmad bin Alli, Guru Besar SK Batang Maro
untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ahmad bin Alli atas ucapan
sebentar tadi.

Indah kilauan batu permata,


Bertambah indah di pakai putera,
Kini bersua bertentang mata,
Mungkin nanti intai-intai sahaja.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan yang


dihormati Encik Yazid Bin Mas, Yang Dipertua PIBG SK Batang Maro menyampaikan
ucapan perpisahan kepada yang diraikan pada hari ini. Dipersilakan.
Terima kasih kepada Encik Yazid Bin Mas atas ucapan sebentar tadi.

Sudah biasa kita dengari,


Patah tumbuh hilang berganti,
Namun tak sama dengan yang ini,
Tak mungkin ada galang ganti.

Seterusnya, marilah Bersama-sama kita hayati barisan ucapan terakhir yang meniti dari
bibir Puan Nurul Azwani pada hari ini dan ketika ini. Majlis dengan syahdunya,
mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan dan bicara akhir yang disampaikan
itu tadi.

Para hadirin sekalian.

Dari tebu menjadi gula,


Penambah manis di dalam kopi, ,
Daripada pelajar persembahan istimewa,
Khas buat dirai Puan Nurul Azwani
 
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita akan dihiburkan pula oleh alunan
suara daripada nyayian daripada pelajar-pelajar kita. Dengan itu, majlis mempersilakan.

(Persembahan murid)

Begitulah merdunya  alanun suara oleh pelajar-pelajar yang dihadiahkan khas buat
Puan Nurul Azwani yang tersayang. Sekalung penghargaan terima kasih atas
persembahan istmewa itu tadi.

Malam hari bulan purnama,


Penyeri hening malam kesunyian,
Walaupun berpisah jauh di mata,
Budimu tuan dalam ingatan.

Bagi menghargai jasa Puan Nurul Azwani, majlis menjemput sekali lagi En Ahmad Bin
Alli, Guru Besar SK Batang Maro diiringi para jemputan untuk menyampaikan
canderahati sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Diberusaha Encik Ahmad bin Alli atas
penyampaian cenderahati itu tadi dan terima kasih kepada Puan Nurul Azwani atas
kesudian menerima cenderahati kenangan dari kami. (Mintak tunggu di atas pentas)
Majlis meminta mana-mana rakan sejawat yang ingin menyampaikan hadiah sebagai
tanda kenang-kenangan kepada Puan Nurul Azwani untuk naik ka atas pentas. Majlis
mempersilakan.

Tuai padi antara Nampak,


Esok jangan layu layuan,
Intai kami antara Nampak,
Esok jangan rindu rinduan.

Batang selasih permainan budak,


Daun selasih di makan kuda,
Bercerai kasih jarak tiada,
Kenangan Bersama subur sentiasa

Kepada Puan Nurul Azwani,

Kami mendoakan semoga puan akan sentiasa sihat sejahtera dan gembira bertugas di
tempat baharu. Jika ada kelapangan jengok-jengoklah kami di sini.

Apa guna kepuk di ladang,


Kalau tidak berisi padi,
Jika ada umur yang panjang,
Moga kita berjumpa lagi.

Bulan mengambang bintang berkelipan,


Pungguk menangis rindukan bulan,
Andai menyinggung tersilap perlakuan,
Pohon maaf darimu tuan.

Rakan-rakan yang dihormati sekalian,


Majlis kita sampai di sini, sebelum kita bersurai dan menjamu selera, saya meminta
semua murid dan staf SK Batang Maro untuk berbaris dan bersalaman serta
memberikan ucapan selamat tinggal kepada yang dirai Puan Nurul Azwani dan disudahi
dengan sesi fotografi. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga kepada para hadirin sekalian yang hadir pada hari ini.

Sekian Wabilahitaufik Walhidayah. Wassalamualikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai