Anda di halaman 1dari 3

CIRI- CIRI KAJIAN

ETNOGRAFI
1. Kaji tentang kaum/bangsa
• Meliputi politik, sosial dan ekonomi.
• Menurut (Gay & Airasian, 2013), ia bermaksud pembolehubah yang dikaji itu berada dalam
persekitaran semula jadi dan persekitaran yang tidak di kawal oleh penyelidik (Sabitha Marican,
2005).
2. Dijalankan dalam masa beberapa bulan/ bertahun kerana pengkaji perlu meneliti kebudayaan sesuatu
masyarakat.
3. Kajian kualitatif kerana memerlukan penelitian mendalam dan kefahaman luas, bertujuan untuk membantu
pembaca mengetahui apa yang terjadi di lingkungan di bawah pengamatan.
• Deskripsi detail dan pertanyaan mendalam adalah kualiti dari perhitungan kualitatif.
• Deskripsi yang cukup dan pertanyaan langsung harus dimasukkan untuk membantu pembaca memahami
secara penuh latar penelitian dan pemikiran orang yang terwakili dalam generatif naratif yang
diseimbangkan oleh analisis interpretasi.
4. Data yang banyak dengan huraian yang kaya serta mendalama tentang kumpulan yang diselidik dianalisis.
• Keputusan pemerhatian akan dicatatkan dalam bentuk nota serta dihuraikan semula dan disusun semula
untuk menganalisis secara keseluruhan (Sabitha Marican, 2005).
5. Data dalam informasi diperolehi daripada orang asal.
• Kajian melibatkan interaksi bersemuka penyelidik dan responden (Gay & Airasian, 2013) iaitu
seperti pemerhatian dan temubual oleh penyelidik (bertanyakan soalan dengan jelas).
6. Analisis bersifat induktif. Kajian menggunakan pelbagai sumber data (pemerhatian, rakaman,
temubual, pita audio dan pita video (Massey, 1998). Manakala menurut Hammersley
(1998),walaupun
data didapati pelbagao sumber, pemerhatian dan perbualan yang tidak formal akan menjadi sumber
utama.

Anda mungkin juga menyukai