com
KAJIAN ETNOGRAFI
Pengenalan
Istilah Ethnos berasal dari perkataan Greek yang bermaksud manusia, bangsa atau
budaya. Menurut Agar (1986) dalam Sabitha Marican, (2005) menyatakan “graphy”
yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi
dan dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula jadi (field research). Pendapat ini
dipersetujui oleh dua sarjana iaitu Berg, (1995) dan Guy et al. (1987) dalam Sabitha Marican,
(2005).
Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang
paling asas dalam penyelidikan sosial. Kadang kala ia juga didefinasikan sebagai penjelasan
bertulis mengenai sesuatu budaya tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan
etnografi seperti “apakah budaya kumpulan itu?”. Oleh itu etnografi mengambarkan apa yang
dilakukan sesebuah masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Ia merupakan potret atau
gambaran mengenai manusia. Dengan demikian, kajian etnografi merupakan kajian yang
mengfokuskan pada penggambaran yang terperinci dan tepat dan bukan berunsur perkaitan
Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian yang praktikal untuk
mengkaji sesuatu kumpulan seperti pendidikan, kepercayaan, tingkahlaku dan bahasa. Kajian
kedprog@yahoo.com
laku, kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur politik, interaksi, kehidupan dan gaya dalam
masa dilapangan untuk interview, memantau dan medokumentasi bagi memahaminya. Masa
memberi gambaran secara khusus terhadap budaya manusia. Ia bermula lewat abad ke 19
dan awal abad ke20 dan kajian menggunakan kaedah etnografi mula diterbitkan pada 1920-
an dan 1930-an oleh “Chicago Scholl of Sociology” (Pole & Morrison, 2003). Sekitar tahun
1950an kajian etnografi masih baru dan menurut Hammersly (1998) sekitar tahun 1960-an
kajian yang menggunakan pendekatan antropologi dan sosiologi semakin berkurang tetapi
kajian menggunakan pendekatan etnografi semakin berkembang dan lebih banyak digunakan.
Kajian ini masih terbatas tetapi ianya terus berkembang sekitar tahun 1980an. Bermula
tahun 1980-an ahli etnografi telah mengenalpasti dan hanya memberi fokus kepada budaya
kumpulan, mengendalikan pemantauan, analisa data dan menulis kajian yang dilakukan
(Creswell, 2005).
etnografi juga perlu mengkaji kedua-dua kumpulan iaitu respoden dan tempat dimana
mereka berinteraksi secara serentak. Topik dalam kajian etnografi tidak dinyatakan secara
khusus pada awal kajian. Kajian yang dijalankan dalam skala yang kecil dengan bilangan
responden yang terhad dan kontek kajian yang kecil. Pengkaji etnografi mesti menjalankan
kedprog@yahoo.com
kajian dikawasan semulajadi responden dalam tempoh masa yang tertentu untuk mengumpul
data.
budaya manusia. Pengkaji sosial menggunakan kaedah etnografi untuk lebih memahami
budaya dan hubungan social menerusi pentafsiran dan praktikal. Keberkesanan kajian
etnografi bukan bergantung kepada perspektif penyelidik tetapi kepada dapatan data.
Etnografi pada awalnya menggunakan disiplin dalam antropologi iaitu meluangkan masa
dengan penduduk tempatan untuk membuat pemerhatian terhadap kehidupan dan amalan
mereka. Biasanya kajian etnografi traditional dilakukan secara individu dan mengambil masa
menggunakan kaedah kajian dengan membawa pengguna untuk mellihat bentuk dan
pengeluaran produk. Etnografi aplikasi dilakukan oleh kumpulan yang kecil dan biasanya
dilakukan dalam masa yang singkat iaitu dalam beberapa hari hingga beberapa bulan.
1. Memahami isu yang dikaji itu dari kaca mata kumpulan atau budaya tersebut.
kedprog@yahoo.com
institusi sosial
CIRI-CIRI ETNOGRAFI
1. Etnografi adalah merupakan pendekatan kajian jenis kualitatif. Iaitu ia lebih berfokus
2. Kajian dilakukan pada persekitaran semulajadinya atau di tapak kajian (Gay &
Airasian, 2003). Dalam erti kata lain, kajian ini merupakan satu kajian ke atas
persekitaran semulajadi ini bermaksud pembolehubah yang dikaji itu berada di dalam
Marican, 2005).
3. Kajian ini melibatkan interaksi yang intim dan bersemuka di antara penyelidik dan
respondan (Gay & Airasian, 2003). Iaitu dalam proses mengumpul maklumat,
penyelidik akan melibatkan diri secara langsung dalam kumpulan masyarakat yang
kedprog@yahoo.com
dikaji. Penyelidik itu sendiri adalah merupakan instrumen kepada kajiannya( Massey,
1998). Penglibatannya di dalam masyarakat ini akan mengambil masa yang tertentu
iaitu antara enam hingga satu tahun. Interaksi besemuka yang digunakan antaranya
adalah seperti temu-bual dan pemerhatian oleh penyelidik. Temu-bual yang dijalankan
tidak sama seperti dalam perbualan biasa. Penyelidik akan banyak bertanyakan soalan
jelas akan tujuan soalan tersebut. Selain daripada itu, penyelidik juga harus mampu
gambaran yang sebenar (Sabitha Marican, 2005). Oleh itu, di dalam kajian ini
4. Kajian ini mengambarkan refleksi yang tepat tentang perspektif dan tingkah-laku
responden-responden yang terlibat (Gay & Airasian, 2003). Ini adalah kerana tujuan
kajian adalah untuk mendapatkan pandangan sebenar individu dan kumpulan yang
5. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data yang induktif, interaktif dan
rekursif dan strategi yang lebih analitik untuk membina sesuatu teori kebudayaan
dalam bentuk nota. Nota ini akan dihuraikan semula berdasarkan kepada apa yang
telah berlaku hasil daripada permerhatian oleh penyelidik. Setela data dikumpul,
semua catatan semasa penyelidikan akan disusun semula untuk dianalisa secara
6. Menurut Hammersey (1998 ) pendekatan kepada pengumpulan data dalam kajian ini
adalah tidak berstruktur, iaitu ia tidak mengikut sepenuhnya perancangan yang teliti
seperti yang disediakan diawal kajian. Begitu juga dengan klasifikasi atau kategori-
kategori yang digunakan untuk menginterpretasi apa yang dikatakan oleh orang
ramai, ianya tidak diberikan atau ditetapkan di peringkat awal kajian. Tetapi ini tidak
bermaksud penyelidikan ini tidak bersistematik, ianya hanya bermaksud data yang
diambil adalah dalam bentuk data-data mentah. Iaitu data yang diperolehi boleh
sebanyak mungkin dan ianya diperolehi dalam tempoh masa yang realistik.
Penyelidikan ini lebih bebas daripada jenis penyelidikan yang lain. Kebebasan
penyelidikan ini adalah merujuk kepada pemilihan kaedah dalam mengumpul data.
Kajian ini lebih fleksibel berbanding dengan lain-lain bentuk kajian (Sabitha Marican,
2005).
7. Kajian ini menggunakan pelbagai sumber data, iaitu termasuk data kuantitatif dan
data kualitatif (Gay & Airasian, 2003). Menurut Massey (1998), data boleh dalam
bentuk dokumen bertulis, nota catatan yang ditulis di lapangan oleh penyelidik
terbuka oleh responden), pita audio dan pita video. Data kuantitatif juga boleh
gambaran cerita berdasarkan kepada pengalaman sebenar individu yang diselidik dan
gambaran yang lengkap terhadap kawasan kajian, penyelidik perlu bersedia untuk
kedprog@yahoo.com
mempertimbangkan pelbagai jenis data. Kepelbagaian jenis data ini hanya boleh
didapati dengan melakukan pelbagai kaedah untuk mendapatkan data tersebut. Walau
daripada pelbagai sumber, pemerhatian dan perbualan yang tidak formal selalunya
dalam kontek sosio-politik dan sejarah. (Gay & Airasian, 2003) . Iaitu menurut
Massey (1998), ahli penyelidik etnografi menekankan bahawa kita berada dalam
dunia sosial dan untuk memahami tingkah laku, nilai-nilai dan maksud mana-mana
individu atau kumpulan yang dikaji, latar belakang budayanya perlu diambil kira. Ini
juga disokong oleh Hammersley (1998) iaitu kajian ini mengambilkira semua tingkah
laku sosial di dalam sesuatu kawasan, kejadian atau persekitaran. Oleh itu, kajian ini
berkenaan dengan kehidupan seharian seseorang dengan struktur sosial yang lebih
luas. Menurut Pole dan Morrison (2003), penekanan kepada data dan analisis yang
berasaskan kepada data yang diambil dari dalam kawasan, kejadian atau persekitaran
itu sendiri.
menginterpretasi keputusan yang diperolehi untuk memahami isu yang dikaji( Gay &
Airasian, 2003).
kedprog@yahoo.com
10. Kajian boleh berubah dan diperhalusi lagi disepanjang proses kajian kerana
(Sanders, 2005). Iaitu di dalam kajian ini, usaha untuk menambahkan pengetahuan
mengenai sesuatu budaya atau mengenal pasti corak interaksi sosial akan dibuat
secara berterusan Lazimnya di dalam kajian ini, ulasan-ulasan karya kajian lepas dan
kriteria lepas tidak digunakan sebagai hipotesis. Kajian ini juga tidak bertujuan untuk
menyokong atau menolak hipotesis. Ulasan karya ke atas kajian-kajian lepas itu
11. Fokus kajian adalah kecil, iaitu mungkin hanya melibatkan satu set atau kumpulan
manusia pada skala yang kecil. Malahan di dalam penyelidikan sejarah kehidupan, ia
langsung terhadap kegiatan manusia dalam konteks sosial dan budaya sehari-hari. Etnografi
berusaha mengetahui motivasi serta kekuatan-kekuatan apa sahaja yang membuat manusia
melakukan sesuatu. Contohnya, kalau anda memiliki hobi mengamati secara langsung
mengenai perilaku orang, kebiasaan seseorang mahupun kumpulan atau perusahaan dalam
konteks sosial dan budaya sehari-sehari, maka sebenarnya anda sedang melakukan etnografi.
kedprog@yahoo.com
1.Salah satu contoh kajian ethnografi yang dijalankan oleh Taylor(1983) ialah kajian
etnografi yang terperinci selama 3 tahun ke atas 6 buah keluarga, setiap satu keluarga
dianggap oleh ibu bapa mereka sebagai sudah boleh belajar membaca dan menulis. Setiap
keluarga juga mempunyai seorang atau dua orang lagi kanak-kanak, dan mereka berumur
antara 6 bulan hingga 17 tahun. Walaupun semua keluarga ini adalah dari kalangan orang
kulit putih dan kelas pertengahan dan tinggal di Bandar-bandar, salah satu dapatan menarik
kajian Taylor ini adalah tabiat-tabiat literasi yang berbeza-beza dari satu individu ke satu
individu yang lain, dan kepelbagaian dalam sejarah literasi para ibu bapa. (Muriel Saville-
T,1991)
2.Kajian yang pernah dilakukan oleh pakar antropologi adalah kajian dalam perkembangan
tanpa mendapat pendidikan secara formal tetapi mereka belajar melalui contoh dan
pengajaran secara langsung yang dipengaruh oleh ibu bapa dalam masyarakat itu sendiri.
seperti memerhati orang dewasa , belajar melalui pemainan serta menari dan bercerita.
3.Kajian mengenai gaya hidup di kalangan komuniti yang sudah pencen (Jacob, 1974)
4.Kajian di kalangan wanita yang mempunyai anak yang berhadapan dengan masalah
tempat perlindungan atau tidak ada rumah (Thrasher & Muwbray, 1995).
Kelebihan Etnografi
1. Etnografi boleh digunakan oleh penyelidik yang mengunakan kaedah kuantitatif atau
kualitatif.
3. Penyelidik dapat berinteraksi berhadapan dengan sampel atau subjek yang terlibat.
4. Refleksi yang lebih tepat didadapti terhadap perspektif dan tingkah laku perserta /
sampel.
menyebabkan data yang dikutip adalah lebih tepat dan mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi.
7. Strategi lebih analitik untuk membina teori, tingkah laku atau pembudayaan setempat.
kedprog@yahoo.com
8. Dapat menggunakan konsep budaya sebagai alat untuk melihat komuniti dan
9. Rangka dan tindakan penyelidikan dapat dilakukan berdasarkan konteks sosio politik
dan sejarahnya.
11. Apabila penyelidik ethnografi melibatkan diri dalam ethografi secara tidak
langsungnya mereka membina hubungan dari pelbagai aspek dengan subjek yang
terlibat.
12. Kaedah ethonografi sangat berguna kepada kumpulan peniaga sebagai alat untuk
KELEMAHAN ETNOGRAFI
Terdapat beberapa kelemahan dalam kaedah penyelidikan dan penulisan pelaporan etnografi.
2. Dalam kajian silang-budaya terdapat risiko untuk membuat andaian yang salah
dengan menganggap hasil dapatan membawa maksud yang sama merentasi budaya
(Garson, 2006).
kedprog@yahoo.com
3. Kajian etnografi yang rasmi lazimnya memakan masa yang agak lama sehingga
4. Hasil dapatan dan persembahan keputusan yang condong kepada kualitatif adalah
5. Kebanyakan kaedah etnografi menggunakan bilangan peserta yang kecil dan suasana
6. Dalam suatu kajian yang tertentu, fokus yang keterlaluan boleh menyebabkan
7. Kajian etnografi banyak bergantung kepada kesahan pengalaman secara langsung dan
KESIMPULAN
Dalam Sesebuah organisasi seperti organisasi pendidikan, kerajaan, industri atau politik
selalunya akan membuat beberapa tinjauan bagi mengumpulkan penerangan yang terperinci
tentang fenomena yang sedang berlaku dengan tujuan untuk mendapatkan data lalu
menggunakan data tersebut untuk membuktikan situasi dan amalan-amalan yang wujud atau
untuk membuat perancangan yang lebih baik demi memperbaiknya. Oleh yang demikian
kajian etnografi merupakan kaedah yang memainkan peranan yang penting bagi tujuan-
tujuan tersebut.
kedprog@yahoo.com
Sebelum melakukan lebih banyak kemajuan, sesebuah organisasi itu perlulah mengetahui
fenomena yang berlaku di persekitarannya terutama keadaan dan budaya masyarakat sekitar.
Justeru, dengan adanya kajian etnografi ini boleh memberi sumbangan yang besar dan sangat
penting terhadap pemahaman mereka yang terlibat tentang fenomena budaya masyarakat
tertentu yang meliputi sosial, ekonomi, politik, agama dan kepercayaan serta kekeluargaan.
Data-data yang diperolehi dari kajian etnografi sememangnya banyak boleh membantu
sesebuah organisasi itu dalam merancang dan melakukan sebarang pembaharuan dengan
Walau bagaimanapun, kajian etnografi juga mempunyai sedikit kelemahan yang mungkin
akan menjadi halangan bagi proses penambahbaikan atau kemajuan dalam sesebuah negara
atau organisasi tertentu. Data-data yang diperolehi mungkin ada kekurangannya kerana data
yang diperolehi tidak selengkap seperti yang dikehendaki oleh pengkaji kerana responden
yang dipilih itu mungkin tidak mempunyai ciri-ciri yang ada dalam budaya yang dikaji,
responden yang dipilih juga kurang jujur dalam memberikan gambaran sesuatu situasi dan
terdapatnya masalah budaya dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai banyak pantang
larang dan tidak mahu bekerjasama demi menjayakan kajian tersebut walaupun hal tersebut
Selain itu, pengetahuan tentang sesetengah fenomena dalam masyarakat tertentu dalam
sesebuah negara itu tidak boleh diuji dengan menggunakan data dari hanya satu negara atau
organisasi sebab satu kes sahaja tidak dapat memberikan maklumat atau variasi yang cukup
Tempoh masa kajian juga merupakan satu lagi kekangan yang memperlambat proses
membuat sesuatu tindakan kerana maklumat atau data-data yang dikehendaki memerlukan
penyelidik membuat penelitian dan pengamatan yang penuh ke atas sesebuah masyarakat
yang dikaji dan ini memakan jangka masa yang agak panjang.
Sungguhpun banyak kelemahan dan kesukaran yang dihadapi tetapi usaha-usaha telah dibuat
membangunkan satu penafsiran yang menyeluruh terhadap sesuatu masyarakat atau institusi
sosial maka kajian dengan kaedah ini masih perlu dan amat penting untuk dilaksanakan
kerana dapatan-dapatan kajiannya lebih banyak membantu dan dapat memberikan maklumat
yang diperlukan oleh pihak-pihak atau organisasi tertentu dalam mereka melaksanakan dasar
Rujukan
Miller, Daniel (1987) Material Culture and Mass Consumption. Blackwell, London.
Massey, A(1998). The way we do things around here: the culture of ethnography. Retrieved
from http://www.geocities.com/Tokyo/2961/waywedo.htm
Pole, C. & Morrison, M. (2003). Ethnography for education. Glasglow:Bell& Bain ltd.