Anda di halaman 1dari 1

Kerangka Konseptual

Kajian Kerangka Konseptual pula bermaksud satu bentuk kerangka konsep yang
menerangkan secara ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian dan peringkat-
peringkat atau fasa- fasa dalam kajian. Ia juga boleh diasaskan di atas mana-mana teori
yang ada atau dibentuk sendiri berasaskan kajian-kajian terdahulu. Kerangka konsep lebih
bersifat tentatif dan belum dibangunkan secara sepenuhnya berbanding kerangka teori
(Norwood, 2000:78). Ertinya, ia merujuk sesuatu teori yang belum diuji. Lebih jelas lagi,
kerangka konsep adalah kerangka yang menunjukkan hubungan sebab-kesan antara
variabel tak bersandar (independent) dan variabel bersandar (dependent) yang biasanya
digambarkan dalam sebuah rajah atau grafik. Sama ada kerangka teori atau kerangka
konsep, kedua-duanya tertumpu kepada konsep dan pembolehubah yang hendak dikaji.
Kerangka teoritikal /konseptual ibarat peta kepada sesuatu kajian. Kedua-dua istilah ini
merujuk kepada garis panduan atau struktur yang menghubungkan semua variable atau
idea utama yang terlibat dalam kajian. kerangka konseptual adalah kerangka yang anda
dijalankan dalam sesuatu kajian anda dan ianya belum mantap lagi. Ia sebagai panduan
dan halatuju untuk menjalankan kajian. Manakala, kerangka teoritikal pula telah mantap,
atau kerangka konseptual yang telah pun diuji.. Namun kedua-dua istilah ini merujuk kepada
garis panduan atau struktur yang menghubungkan semua variabel atau idea utama yang
terlibat dalam sesuatu kajian bagi memudahkan pengkaji menentukan perkaitan variabel
dan idea-idea tersebut. Kedua-duanya lazim dipaparkan dalam bentuk grafik. Kepentingan
Kerangka Konseptual Kajian DalamPenyelidikan Kelemahan dalam sesuatu penyelidikan
berhubung dengan penggunaan struktur logik atau kerangka adalah seperti kerangka tidak
jelas, kerangka tidak berkait rapat dengan sebahagian perkara yang dikaji dan kerangka
terlalu kompleks. Menurut Garrison (2000), penjelasan kerangka secara ekspilisit
mempunyai kepentingan seperti berikut: i) masalah kajian boleh difahami dan diartikulasikan
dengan baik jika acuan itu dihuraikan dengan terperinci. ii) apabila kerangka konseptual
diartikulasikan dengan jelas, pengkaji bebas untuk memikirkan tentang kerangka alternatif
Selain daripada itu, kerangka konsep bertujuan untuk membantu pemahaman dan
penghuraian konsep-konsep penting. Misalnya, kerangka konsep menyatakan idea-idea
yang berkait dengan konsep utama dan memerihalkan pendekatan yang sistematik untuk
menggambarkan crri-ciri penting bagi konsep tersebut. Kerangka konsep membekalkan
konteks yang khusus dan batasan bagi menjalankan kajian. Akhir sekali, kerangka konsep

2. mengimplikasikan struktur yang dinamik. Di mana idea-idea yang tersusun yang


terkandung dalam kerangka konsep membekalkan struktur kepada kajian yang hendak
dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai