Anda di halaman 1dari 2

Pemerhatianterdapat dua jenis pemerhatian iaitu

pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut


serta. Pemerhatian tidak turut serta biasa digunakan
dalam kajian kualitatif. Dalam pemerhatian tidak turut
serta, pemerhati tidak terlibat secara langsung dalam
situasi yang diperhatikan (Gay & Airasian, 2000). Selepas
itu, penyelidik harus menentukan bentuk kutipan data
yang sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian.
Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui
kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian berstruktur dan
pemerhatian tidak berstruktur.
Pemerhatian berstruktur selalunya menggunakan senarai
semak pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan
menggunakan senarai semak lebih mudah untuk
dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik untuk
membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain.
Flanders (1976) telah mengemukan senarai semak
berkaitan interaksi guru-murid dalam bilik darjah. Beliau
menggunakan
senarai
semak
FIAC.
Pemerhatian
berstruktur dianalisis menggunakan frekuensi dan
peratus melalui senarai semak yang disediakan. Adalah
lebih mudah menganalisis pemerhatian menggunakan
senarai semak jika dibandingkan apabila menggunakan
pemerhatian tidak berstruktur. Selain itu, borang catatan
pemerhatian juga boleh digunakan. Borang ini mencatat
tingkah laku guru-pelajar mengikut sela masa yang
ditetapkan (Chua, 2006).
pemerhatian tidak berstruktur biasanya menggunakan
catatan nota lapangan. Pemerhatian tidak berstruktur

menggunakan catatan nota lapangan agak sukar untuk


dijalankan tetapi masih boleh digunakan dengan bantuan
rakan penyelidik lain atau merakam menggunakan video/
alat perakan audio. Semasa pemerhatian ini, penyelidik
akan mencatat beberapa perkara yang diperhatikan
seperti masa dan tempat pemerhatian dijalankan,
keadaan tempat pemerhatian, aktiviti yang dijalankan
dan refleksi penyelidik (Mohd. Najib, 1999). Pemerhatian
berstruktur dianalisis menggunakan frekuensi dan
peratus melalui senarai semak yang disediakan. Adalah
lebih mudah menganalisis pemerhatian menggunakan
senarai semak jika dibandingkan apabila menggunakan
pemerhatian tidak berstruktur.
Pemerhatian tidak berstruktur menggunakan catatan
nota
lapangan
yang
akan
dianalisis
dengan
mempersembahkannya dalam bentuk naratif dengan
cara memerihalkan semula apa yang terdapat pada
catatan nota lapangan pemerhatian serta menyebut
petikan perbualan guru-pelajar semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran (Morrison, 1993). Selain itu, tema-tema
juga boleh diperolehi daripada catatan berkenaan.
Catatan berkenaan juga boleh menerangkan keadaan
bilik darjah semasa pemerhatian dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai