Anda di halaman 1dari 7

KEMAHIRAN KEFAHAMAN

2.1

Definisi Kefahaman
Lamberg & Lamb (1980) mendefinisikan kefahaman sebagai kebolehan menterjemah idea daripada
satu bentuk ke satu bentuk yang lain, menginterpretasi idea, kesan, dan akibat.
Seseorang yang boleh membaca perlu memahami isi-isi bacaan yang sesuai dengan kematangannya untuk faedah diri
sendiri atau untuk orang lain sama ada untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan atau hiburan.
Kefahaman tentang isi-isi bacaan itu akan lebih bermakna sekiranya dapat dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman
yang sedia ada bagi memudahkan seseorang membuat telahan, taakulan, dan kesimpulan.
Kefahaman dalam konteks ini dapat diberi pengertian
menginterpretasi idea dan makna kepada bahan yang dibaca.

sebagai

kebolehan

membuat

penghuraian

atau

Kefahaman melibatkan bahasa, pengalaman, dan proses kognitif. Proses kognitif adalah asas utama dalam bacaan dan
kefahaman. Jika seseorang kanak-kanak itu menterjemahkan lambang-lambang kepada bunyi-bunyi bahasa dengan
intonasi yang betul tetapi masih gagal untuk memahami idea, mengaitkan sesuatu fakta, dan membuat telahan atau
kesimpulan maka kanak-kanak tersebut jelas mempunyai masalah dalam pemikiran khususnya kefahaman dalam
bacaan.
Proses kognitif dalam konteks kefahaman melibatkan perkara-perkara yang berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
2.2

keupayaan membuat perkaitan,


mengetahui perkaitan atau perhubungan,
pemindahan pembelajaran,
membuat telahan atau inferensss serta
menilai dan menghayati

Tahap Kefahaman
Kefahaman adalah matlamat terakhir dalam membaca. Oleh sebab membaca merupakan proses penguasaan bahasa
dan bahasa pula sebagai alat komunikasi maka bacaan itu tidak akan lengkap tanpa kefahaman.
Sejauh mana kefahaman seseorang murid terhadap apa yang dibaca akan dapat diketahui atau dikesan melalui ujianujian seperti menjawab soalan aneka pilihan, mengisi tempat kosong, betul-salah, suaikan, dan sebagainya. Kefahaman
seseorang murid akan terserlah berdasarkan hasil keputusan ujian tersebut.
Proses kefahaman dalam bacaan terbahagi kepada beberapa tahap seperti yang berikut:
2.2.1

Memahami Maksud Perkataan dan Ayat

Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap


kefahaman literal. Seperti mana yang telah
dibincangkan, bacaan dan kefahaman melibatkan proses kognitif. Proses kognitif yang paling rendah ialah mengingat
kembali. Kemahiran ini dapat dikuasai melalui latihan.
Bagi kanak-kanak pemulihan yang sebahagian besarnya mempunyai daya ingatan yang lemah, latihan ingatan
pendengaran dan ingatan penglihatan mestilah diberi penekanan.
Bahan bacaan yang disediakan untuk memahami maksud perkataan dan ayat hendaklah bermula dengan jumlah
bilangan perkataan yang kecil pada satu-satu masa. Soalan-soalan yang diajukan juga haruslah disediakan dalam
bentuk objektif manakala jawapan kepada soalan-soalan itu boleh didapati terus daripada teks bacaan berkenaan.
Contoh teks bacaan:
Ini buku.
Ini buku Abu.
Buku Abu biru.
Contoh soalan jenis mengisi tempat kosong:

2.2.2

i.

Ini ______________.

ii.

Ini buku __________.

iii.

Buku Abu _________.

iv.

Ini ______ Abu.

v.

Buku _______ biru.

Membuat Urutan Idea


Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman inferens. Tahap ini memerlukan murid
menginterpretasi, membuat perkaitan atau perhubungan, menaakul, dan membuat telahan.
Keupayaan seseorang murid berfikir serta melakukan operasi kognitif tersebut akan mempengaruhi keupayaannya
membuat urutan idea dari bahan yang dibaca.
Kanak-kanak pemulihan memang sering menghadapi masalah untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, guru pemulihan
perlu membiasakan murid-murid dengan latihan-latihan kefahaman inferens ini secara lisan sebelum kefahaman
inferens secara bacaan dilaksanakan.

Untuk membantu perkembangan kefahaman ini, guru perlu menyediakan soalan-soalan yang berstruktur serta
petunjuk-petunjuk lisan ke arah menampakkan kepada murid-murid isi-isi berkaitan agar mereka dapat
menginterpretasi maklumat yang dibaca.
Contoh teks bacaan:

Ini Abu.
Abu ada adik.
Abu ada kakak.
Ali adik Abu.
Ani kakak Abu.
Siti adik Ali.
Contoh soalan jenis mengisi tempat kosong:

2.2.3

i.

Adik beradik Abu ada _______ orang.

ii.

_______ kakak Ali.

iii.

Ani ada ______ orang adik.

Hubungan Sebab dan Akibat


Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kritis. Tahap kefahaman yang agak tinggi ini
memerlukan murid membuat hubungan sebab dan akibat serta mampu membuat kritikan berasaskan pemikiran
bercapah.

Kefahaman pada peringkat ini juga perlu dilatih dan diperkembangkan secara lisan dahulu. Murid-murid memerlukan
bantuan dalam menentukan perkara-perkara yang mereka baca sama ada benar atau tidak. Murid-murid juga perlu
dibantu supaya mereka dapat membuat penaakulan dan meramal kemungkinan serta membuat penghakiman
berasaskan hubungan sebab dan akibat.
Oleh sebab keupayaan proses kognitif yang terhad, murid-murid pemulihan mungkin menghadapi kesukaran untuk
melakukan proses kognitif ini. Namun, guru-guru pemulihan masih boleh membantu mereka untuk maju dengan
membiasakan mereka dengan soalan-soalan berdasarkan siri-siri cerita yang mereka baca.
2.2.4

Membuat Tafsiran/Andaian

Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap


merupakan tahap kefahaman tertinggi.

kefahaman kreatif. Tahap kefahaman kreatif

Terdapat pakar-pakar pengajaran bacaan menyatukan tahap kefahaman ini dengan tahap kefahaman kritis. Jika
dilihat dan dikaji dengan teliti tahap ini merupakan hasil daripada pencapaian murid-murid dalam tahap-tahap
sebelumnya.
Seseorang yang telah sampai ke tahap kefahaman kreatif ini sudah mampu menghayati bahan-bahan yang dibacanya.
Mereka juga membuat hubungan sebab dan akibat, membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah, dan membuat
andaian serta tafsiran sehingga mampu membina situasi baharu berasaskan andaian dan tafsiran tersebut.
Kefahaman pada peringkat ini juga akan menjadikan seseorang itu bertindak balas terhadap bahan yang dibacanya
dengan menunjukkan emosinya seperti gembira, sedih, marah, pilu, menangis, terharu, dan sebagainya.
Kefahaman pada peringkat ini juga akan menjadikan seseorang itu kreatif sehingga mereka berjaya menghasilkan
bentuk-bentuk penulisan yang boleh dinikmati oleh orang lain pula.
Kesimpulannya, seseorang yang telah mencapai tahap kefahaman kreatif ini seharusnya telah dapat;
i.
ii.

bertindak balas dengan menunjukkan emosinya.


menggunakan butir-butir yang diperoleh dari pembacaannya untuk menghasilkan daya kreatifnya.

3. Strategi Pengajaran-Pembelajaran Kefahaman


Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh merangsang pemahaman
mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep,
carta alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk
mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who,
, where, when,why, dan how).
http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html
Alat-alat berfikir seperti pemetaan semantik dan pengurusan grafik membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak
dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Ia juga boleh
membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal. Dengan itu, kefahaman kita
tentang terhadap sesuatu dapat ditingkatkan.
http://ramlanhamzah.tripod.com/RM/id1.html
1.

Pemetaan semantik

Proses pemahaman selain berkaitan dengan proses visual, juga berkaitan dengan proses non-visual. Bahagian terpenting dari
informasi non-visual yang cukup berperanan dalam proses pemahaman adalah skemata. Dalam proses pemahaman, menurut
teori skemata, dimainkan oleh skemata-skemata yang dimiliki oleh seorang pembaca, serta tingkat kedalaman pemahaman itu
sangat dipengaruhi oleh latar belakang skemata isi. Menurut penulis, pengaktifan skemata isi dapat dilakukan dengan
pemetaan semantik (semantic mapping).
http://journal.um.ac.id/index.php/bahasa-seni/article/view/2492
Kegunaan :
1. Mengambil nota.
2. Simpanan nota ringkas.

3. Memanggil maklumat.
4. Mengembangkan isi.
5. Menyelesaikan masalah.
Disesuaikan/mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia. Kebetulan ia juga boleh dikaitkan dengan
bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan.
Digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian. Guru dan pelajar
boleh membuat peta minda mengikut aktiviti yang dijalankan.
Peta minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana ia dibuat berdasarkan
kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.
Pemetaan semantik: membantu pelajar dalam proses mengarang

Antara bentuk peta minda adalah :


1. Pengkelasan
2. Rantai urutan
3. Kitaran
4. Kitaran (berpusat)
5. Tangga hiraki
6. Pohon fikiran
7. Pengkelasan (berpusat)
Panduan membuat peta minda
Bahan :
1.
Pen/pensel berwarna.
2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik).
Persediaan :
a. Kenalpasti konsep/idea utama.
b. Bina dengan pantas.
c. Bina dengan riang dan positif.
d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan.
e. Dalam keadaan selesa & tenang.
f. Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.
Langkah-langkah dalam membina peta minda :
1.
Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas.
2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang sesuai.
3. Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama satu cabang untuk satu isi utama.
4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang.
5. Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan maklumat tambahan.
6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran.
7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan. Tuliskan maklumat tambahan.
Strategi-strategi untuk menjadikan peta minda lebih bermakna dalam ingatan :
1.
Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.
2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan berikutnya.
3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita.
4. Gunakan anak panah/warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-cabang.
5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.
http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm
2.

Carta organisasi
Carta Organisasi tidak mempunyai definisi yang khusus. Namun demikian ianya bolehlah ditakrifkan atau diertikan
sebagai : Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di
dakam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa ( authority) , tugas dan tanggungjawabnya.
Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut
struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu perlulah menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap

anggota organisasi itu. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas
dan kekeliruan yang akan menghalang dan mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.
http://arifomar.blogspot.com/2008/12/organisasi-adalah-lebih-dari-apa-yang.html

Bentuk struktur organisasi dalam kebanyakan organisasi adalah terlalu kompleks untuk difahami . Bagi mengatasi masalah
ini, carta organisasi digunakan untuk menjelaskan sistem atau susunan pengorganisasian dalam sesebuah organisasi .

Cara organisasi merupakan gambarajah yang menunjukkan fungsi-fungsi jabatan , unit-unit , atau individu-individu dan
bagaimana mereka berkait antara satu sama dengan lain.

Unit unit yang berasingan ditunjukkan dalam kotak-kotak segiempat yang berasingan. Kotak-kotak ini pula terus
dihubungkan antara satu sama lain menggunakan garisan terus . Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah dan
saluran rasmi komunikasi antara unit dalam organisasi.

Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan berikut:
a) Pembahagian Kerja
b) Hubungan ketua-pekerja bawahan
c) Jenis kerja yang dijalankan
d) Pengumpulan bahagian-bahagian kerja
e) Tingkat pengurusan
Ini dapat membantu kefahaman struktur yang menunjukkan fungsi, aktiviti dan hierarki di dalam sesebuah organisasi.

3.

Carta aliran
Alatan logik popular yang menunjukkan secara grafik jujukan operasi atau aliran kerja yang akan dilaksanakan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah.
Dengan lain perkataan carta alir menunjukkan algoritma dalam bentuk grafik.
Carta alir selalunya dibina di peringkat awal apabila sesuatu masalah pengaturcaraan hendak diselesaikan.
Carta ini sangat berguna untuk memahami logik masalah yang hendak diselesaikan.
Apabila carta alir telah dibina, adalah mudah untuk menulis atur cara komputer dalam apa jua bahasa pengaturcaraan.

http://books.google.com.my/books?id=eQ995zdkW0gC&pg=PA41&lpg=PA41&dq=definisi+carta+aliran&source=bl&ots=uNErbM
KQK&sig=mhAS4Q1loYcymlX4VOVPps9FXfI&hl=en&ei=hZY5TODYC5G2rAeHuP35CA&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnu
m=2&ved=0CBkQ6AEwATgK#v=onepage&q=definisi%20carta%20aliran&f=false

Carta aliran kerja bolehlah dimaksudkan sebagai gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan-tindakan
yang terlibat dalam aktiviti atau prosedur.

Carta aliran kerja ialah gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam sesuatu
aktiviti atau prosedur.

Carta aliran kerja menggambarkan secara grafik atau gambarrajah ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam satusatu aktiviti. Setiap langkah yang diambil hendaklah mengikut urutan yang betul dan jelas dilihat, iaitu dengan
menunjukkan secara jelas dan ringkas peringkat permulaan dan peringkat selesai. Dengan adanya carta aliran akan dapat:
i.
Memberikan kefahaman kakitangan mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing.
ii.
Menunjukkan dimana berlaku kelewatan, bottle neck dan kerja berulang-ulang.
iii.
Menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.

Penggunaan simbol-simbol tertentu dalam carta aliran adalah perlu disediakan selepas penyediaan proses kerja. Langkahlangkah bagi penyediaan carta aliran adalah seperti berikut:
i.
Rujuk proses kerja akitiviti yang terlibat.
ii.
Sediakan carta aliran kerja terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti tersebut.
iii.
Gunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan.

Carta aliran kerja diperlukan kerana ia dapat memperlihatkan dengan jelas setiap langkah atau tindakan yang perlu
diambil mengikut urutan yang betul,iaitu menunjukkan peringkat permulaan dan peringkat selesai yang dijelaskan secara
ringkas.

Carta aliran memberikan kefahaman kepada staf mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, carta
aliran juga dapat menunjukkan di mana berlaku kelewatan, bottleneck dan kerja berulang-ulang. Ia juga dapat
menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.

Simbol-simbol tertentu digunakan dalam carta aliran. Simbol-simbol itu termasuklah simbol tindakan, simbol aliran,
simbol pilihan/keputusan,simbol tindakan serentak dan simbol penyambung.
http://gurubashid.com/blog/fail-meja-ketua-panitia-dan-manual-prosedur-kerja/carta-aliran-kerja.html
Simbol-simbol yang digunakan:-

4. Pengurusan Grafik

Menghasilkan tujuan yang jelas untuk belajar kandungan pelajaran

Memperlihatkan apa yang sudah diketahui sebagai asas untuk belajar yang baru

Secara aktif mencadang dan menilai kemungkinan perhubungan dalam kandungan yang dikaji

Mentadbir proses berfikir mereka sendiri


http://www.slideboom.com/presentations/145399/Pengajaran-Pembelajaran-KBAT

Memberi penjelasan untuk kefahaman pelajar.


http://www.scribd.com/doc/2882944/MAKSUD-ISTILAH-KONSEP
Sejenis alat berfikir

Membantu mengurus fikiran

Tidak akan berfungsi tanpa kemahiran berfikir

Bentuk dan corak boleh diubahsuai


http://www.scribd.com/doc/4025887/Kemahiran-Berfikir?secret_password=&autodown=doc

Digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan menganalisis fakta dan data untuk
membantu menghurai masalah / situasi / kandungan

Antaranya adalah :
1. Membanding dan membeza.
2. Mengkelaskan.
3. Membuat urutan.
4. Menyusun mengikut keutamaan.
5. Membuat ramalan.
6. Menerangkan sebab.
7. Mengusul periksa andaian.
8. Membuat inferens.
9. Mentafsir maklumat.
10. Membuat gambaran mental.
11. Membuat analogi.
12. Membuat keputusan.
http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm

Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:


i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti
selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya,
ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat
Panjatlah lagi pokok itu. yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat
pokok,
iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam
bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca,
iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang
dibaca,
v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca,
vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam
bahan yang dibaca,
vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya
dalam buku.
Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara
keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah.
Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran
yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya
adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta
alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi,
menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting
adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where,
when,why, dan how).

Anda mungkin juga menyukai