Anda di halaman 1dari 37

NAMA PENSYARAH

DR NIK AZMAH BINTI NIK YUSUFF


TUGASAN KUMPULAN
KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (GRU 6014)
NAMA AHLI
LAURAH MARKUS (M20131000084)
RAMLE MAPALABONG (M20131000118)
VERAWATI WAHID (M20131000087)
ZAINAL ANDI SIKANDAR (M20131000197)
1. Temubual:
a. Berstruktur
b. Separa berstruktur
c. Tidak berstruktur
2. Pemerhatian:
a. Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian
Penuh)
b. Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai
Pemerhati)
3. Soal selidik
4. Artifak
Pengenalan Temu Bual
 Temu bual adalah satu perbualan antara dua orang
atau lebih (penemu bual dan yang ditemu bual). Temu
bual biasanya untuk memperolehi maklumat dari
seseorang.
 Dalam kajian kualitatif, temu bual merupakan berikut:
i. Proses pengumpulan data tentang perkara yang
tidak dapat diperhatikan (kepercayaan, prinsip
pegangan) atau perkara yang sukar diperoleh
(dokumen, diari)
ii. Suatu strategi untuk saling semakan dan
elucidating data yang dikumpulkan daripada
sumber lain (pemerhatian, dokumen, jurnal)
iii. Kaedah untuk meninjau dan mengesahkan
perspektif peserta kajian utama
iv. Strategi untuk memperoleh data sejarah
Bentuk Temu Bual
1. Tidak berstruktur
2. Berstruktur
3. Separa-berstruktur
i. Temu Bual Tidak Bersuktur
 Senarai soalan tidak dibina sebelum sesi temu
bual dijalankan
 Semasa sesi temu bual, penemubual akan
membina dan mengubah suai soalan selepas
satu soalan ditanya berdasarkan
i. Jawapan subjek kajian

ii. Objektif kajian. Soalan-soalan dibina

dalam sesi temu bual secara sepontan


i. Temu Bual Tidak Bersuktur
 Temu bual jenis ini biasanya dilaksanakan setelah
penemubual memerhati tingkah laku responden kajian.
Contoh seorang pengkaji menyelidik “Pengajaran Prinsip
Perakaunan menggunakan teknik Koperatif”. Pada mulanya,
pengkaji membuat pemerhatian dalam bilik darjah tentang
pengajaran guru, dan membuat laporan mengenai setiap
pemerhatiannya. Di samping itu, pengkaji juga melaksanakan
sesi temu bual ini tidak berstruktur ke atas guru dalam kelas
selepas setiap sesi pengajaran. Tujuan temu bual ini ialah
untuk memahami lebih mendalam mengenai perasaan,
motivasi guru sebelum, semasa dan selepas melakukan
pengajaran.
 Temu bual tidak berstruktur ini membantu pengkaji
memahami lebih mendalam mengenai fenomena sebenar
yang berlaku.
ii. Temu Bual Berstruktur
 Lebih formal, dirancang secara teliti dan
dilaksanakan mengikut satu senarai soalan
yang perlu dijawab oleh respondan.
 Setiap responden diberi bentuk soalan yang
sama.
 Contoh Soalan Temu Bual Berstruktur:
Contoh Soalan Temu Bual
Berstruktur
iii. Temu Bual Separa
Berstruktur
 Format temu bual separa berstruktur terletak
diantara temu bual berstruktur dan temu bual
tidak berstruktur.
 Pengkaji menyoal beberapa soalan formal
yang dibina sebelum sesi temu bual
dijalankan, tetapi penemubual juga diberi
kebebasan untuk menyoal dan menjelajah
lebih mendalam tentang jawapan responden
yang telah diberikan.
Teknologi Temu Bual
i. Kaset perakam
 Paling biasa digunakan, tetapi rakaman perlu ditranskripsikan
 Elok kalau ada mikrofon yang disambungkan ke perakam
 Letakkan dekat dengan peserta kajian
 Pastikan aras bunyi (volume) sesuai
 Pastikan ada bateri
 Pastikan alat perakam dan keset diperiksa/disediakan lebih awal
 Pastikan rakaman berjalan lancar; pastikan dari semasa ke semasa;
 Dengar rakaman secepat mungkin dan masukkan bahagian yang
tertinggal jika ada
ii. Menulis catatan
 Boleh dilakukan tetapi sukar untuk menulis pada masa memandang
peserta kajian (terutama temu bual tak berstruktur)
 Pertimbangan tentang apa yang perlu/tidak mengganggu proses
penulisan
 Sangat relevan kalau data non-verbal diperlukan
Teknologi Temu Bual
iii. Kamera Video

 Boleh memngganggu proses temu bual


 Sesetengah rang tidak selesa
 Minta izin dahulu – mungkin tidak bersetuju, fikirkan kaedah lain.
 Sesuai untuk perbincangan kumpulan
 Berguna dalam merakamkan interaksi verbal dan non-verbal
 Melibatkan penganalisisan yang kompleks

iv. Penggunaan telefon


 Sesuai kalau jarak peserta dengan penyelidik jauh, terlalu sibuk, orang berstatus tinggi.
 Petanda non-verbal tidak diperoleh.
 Rakaman audio boleh dilakukan.
 Perbualan boleh juga dirakamkan.

v. E-mail
 Berguna dalam kedudukan yang berjauhan.
 Gunakan soalan terbuka supaya tidak menjadi soal selidik.
 Peserta boleh mengambil masa untuk respon.
 Boleh dipindahkan terus ke dalam fail tertentu.
Populasi Temu Bual
 Populasi kajian melibatkan orang yang dikaji ataupun
sebagai orang yang mempunyai hubungan profesional
atau personal dengan populasi kajian
 Temubual mendalam boleh dilakukan kepada
i. individu yang mengalami sesuatu fenomena

ii. individu yang mempunyai hubungan dengan


populasi yang mengalami fenomena tersebut seperti
ahli keluarga, rakan-rakan, ahli masyarakat, dan
pakar yang mengendalikan sesuatu tugasan
profesional berkaitan fenomena tersebut seperti
contohnya doktor, guru, ahli politik, dan lain-lain yang
berkenaan.
Protokol Soalan Temu Bual
Bil. Jenis Soalan Penerangan Contoh
1 Soalan Pengenalan Membolehkan peserta ”Terangkan tentang diri anda dari aspek:
memperkenalkan diri pengalaman kerja,umur, jantina,”

2 Soalan Transisi Memperkenal topik yang ”Apakah yang anda faham tentang EQ?”
hendak dikaji dan
meminta respon peserta “Pernahkah anda membuat keputusan secara
terhadap pengetahuan beremosi?”
asas tentang topik
tersebut.
3 Soalan Kunci Soalan Utama yang ”Pada pandangan anda apakah faktor-faktor
menghasilkan jawapan mempengaruhi kecerdasan emosi?”
kepada soalan kajian
”Bagaimanakah anda menangani masalah
masalah emosi di tempat kerja?”

”Bagaimanakah anda menangani masalah


emosi dalam hubungan dengan ahli keluarga?”

4 Soalan Penutup Memeriksa jika peserta ”Adakah anda mempunyai apa-apa pandangan
mahu menambah lagi ditentang EQ?”
maklumat
KEKUATAN DAN KEKURANGAN TEMU BUAL
KEKUATAN KEKURANGAN
● Mengizinkan pemerhatian tentang ● Bergantung sepenuhnya kepada interaksi
interaksi kumpulan dalam suatu situasi kumpulan
terkawal ● Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah
● Sesuai bagi tema/topik yang kurang tajuk.
berstruktur ● Peserta mungkin mengarahkan
● Membolehkan penyelidik untuk perbincangan ke arah lain yang tidak
menghasilkan banyak data bagi suatu relevan.
topik khusus ● Sesetengah peserta mungkin mengawal
● Cepat dan mudah dilaksanakan perbincangan.
● Peserta lebih bebas untuk memberi dan ● Menimbulkan soal etika – soal kerahsian
menegaskan idea daripada temu bual kerana perbincangan terbuka; rakaman
perseorangan dan video untuk siapa?
● Dapat membekalkan data yang banyak ● Kurang sesuai bagi peserta yang kurang
dan mendalam keyakinan atau tidak biasa berbincang
secara terbuka.
● Mendapatkan peserta yang sesuai
mungkin sukar
 DEFINISI KAEDAH PEMERHATIAN
 Kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pembolehubah penyelidikan.
 Pemerhatian seorang penyelidik memerlukan teknik berkesan ,
terancang dan sistematik

 Kidder (1981) menyatakan, pemerhatian dianggap sebagai alat


kajian apabila:
a. Ia digunakan untuk mencapai tujuan kajian
b. Dirancang dengan rapi
c. Direkod secara sistematik
d. Diperiksa dan dikawal kesahan dan kebolehpercayaannya.
FOKUS PEMERHATIAN
 Kaedah pemerhatian berasal dari kajian
ethnografik yang bertujuan mempelajari
perspektif populasi yang dikaji dalam
konteks peserta sendiri.

 Pemerhatian digunakan untuk mengkaji


interaksi yang kompleks dalam latar sosial
yang sebenar.

 Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah


sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan
keputusan yang dibuat lebih tepat.
FOKUS PEMERHATIAN

 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian:

i. Tujuan mengadakan kajian- permasalahan kajian


ii. Pertimbangan praktikal- masa, kewangan, jarak tempat
pemerhatian
iii. Struktur pemerhatian yang akan dilakukan- berstruktur,
tidak berstruktur
iv. Elemen yang boleh difokuskan semasa pemerhatian:
a. latar fizikal

b. partisipan

c. aktiviti dan interaksi

d. perbualan

e. faktor-faktor kurang jelas tetapi penting

f. perlakuan pemerhati sendiri


 Contoh penggunaan kaedah pemerhatian:

a. mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-


kanak
b. kesan kesesakan terhadap kecenderungan
pemberontakan
c. kesan kebisingan terhadap tingkah laku
agresif

 Kaedah pemerhatian juga sering digunakan


dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan
latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru
pelatih.
STRUKTUR PEMERHATIAN
 Memerlukan perancangan yang baik dan teliti.
 Mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara
sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah
dicatatkan secara rapi dan betul.
 Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan
boleh dipercayai.
 Melibatkan pengumpulan data visual, deria
bau, dengar, sentuh dan rasa
 Pemerhatian yang naturalistik
Kaedah pemerhatian:
a. Pemerhatian Bukan Peserta
(Pemerhatian Penuh)
b. Pemerhatian Peserta (Peserta
sebagai Pemerhati)
Pemerhatian Bukan Peserta
(Pemerhatian Penuh)
 Pemerhati pasif

 Pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk


membuat pemerhatian.

 Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang


semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk
membuat pemerhatian secara teliti terhadap segala
gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati.

 Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan


seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset,
dan kamera video.
Pemerhatian Peserta
(Peserta sebagai Pemerhati)

 Pemerhati aktif

 Pemerhati menjadi seorang daripada ahli


dalam kumpulan yang hendak diperhati dan
pada masa yang sama ia membuat
pemerhatian.

 Menggunakan kaedah pemerhatian ini,


penyelidik memainkan dua peranan iaitu
sebagai peserta dan pemerhati.
PEMERHATIAN BUKAN PEMERHATIAN PESERTA
PESERTA
Responden kajian mungkin tidak Penyelidik dapat mengalami
menyedari akan kehadiran sendiri aktiviti-aktiviti yang
pemerhati dan dengan itu ia akan dirancangkan dan ini menjadikan
menunjukkan tingkah laku yang dapatan pemerhatian lebih sah
tulen dan tidak berpura-pura. dan boleh dipercayai.

Data-data yang diperoleh lebih Menggunakan kaedah ini juga


tulen dan ini akan menyumbang memungkinkan maklumat-
kepada ketepatan maklumat yang maklumat yang tersembunyi atau
dikumpul. yang tidak dijangka dapat
diperhati diperingkat awal.
CARA MEMBUAT PEMERHATIAN

4 cara membuat pemerhatian:


1. Pemerhatian secara langsung
 boleh dilakukan setiap masa dengan meneliti segala
perlakuan dan kejadian dalam situasi yang dikaji.
 Teknik ini tidak memerlukan apa-apa perlatan
khas melainkan pen dan kertas saja. Guru/
pensyarah penyelidik perlu membuat
beberapa pertimbangan sebelum melakukan
permerhatian
 Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan:
i. Apakah yang hendak diperhatikan?
- Berdasarkan fokus penyelidikan yang telah
dipilih, penyelidik hendaklah menentukan
aspek- aspek yang boleh diperhatikan, sama
ada jenis dan turutan peristiwa, perlakuan
murid atau perlakuan penyelidik sendiri.
- Perkara-perkara tersebut hendaklah spesifik
dan dapat dinyatakan secara eksplisit.
ii. Mengapakah pemerhatian tesebut dilakukan?
 Setiap orang ada anggapan dan jangkaan sendiri
(existing theories) tentang sesuatu isu.
 Pemerhatian membantu seseorang penyelidik
membina semula teori tersebut agar memperolehi
satu fahaman baru (theoretical reconstruction)
iii. Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan
berapakah tempoh masa yang diperlukan?
 Penyelidik hendaklah jelas tentang masa waktu
untuk membuat pemerhatian agar data yang
relevan dapat diperolehi dan tidak mengganggu
perjalanan tugas lain yang lebih utama.
CARA MEMBUAT
PEMERHATIAN
2. Penggunaan Alat Perakam

 Pengunaan perakam audio dapat membantu merekodkan


interaksi lisan yang berlaku antara kumpulan sasaran
dengan pemerhatian ataupun antara kalangan kumpulan
sasaran.
 Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar dapat
dirakamkan dengan tepat.
 Data-data penting boleh diperolehi daripada rakaman
audio melalui proses tiga fasa berikut:
 dengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk
mendapat gambaran umum,
 dengar semula untuk mencari data-data penting
 dengar sekali lagi untuk membuat transkripsi tentang
data-data penting
CARA MEMBUAT
PEMERHATIAN
3. Gambar foto

 Gambar foto merupakan suatu media yang amat


berkesan untuk merekodkan perlakuan atau
keadaan fizikal secara holistik.
 Foto juga dapat menonjolkan “body language”
terbayang oleh sasaran dikaji tetapi terabai oleh
pemerhati kerana pada ketika itu dianggap sebagai
tidak signifikan.
CARA MEMBUAT
PEMERHATIAN
4. Rakaman video

 Rakaman video melanjutkan kelebihan foto dan


rakaman audio dengan menunjukkan juga pergerakan
sasaran dikaji serta turutan dan tempoh masa
peristiwa.
KAEDAH PEMERHATIAN
KELEBIHAN KELEMAHAN

 Pemerhatian terhadap sampel-  Peserta yang diperhati mungkin


sampel kajian adalah lebih berlakon apabila tingkah laku mereka
terperinci, jelas,teliti dan tepat diperhati dan diteliti.
dan ini akan menyumbang
kepada dapatan kajian yang lebih  Peserta mungkin merasa tidak selesa
sah serta boleh dipercayai dan senang hati apabila tingkah laku
mereka diperhati.
 Maklumat yang diperoleh
daripada pemerhatian sama ada  Pemerhati yang tidak
dijangka atau tidak boleh menjadi bertanggungjawab mungkin akan
bahan rujukan penting dalam membuat pemerhatian yang tidak
konsisten dan sesuka hati mereka.
kajian.

 Pemerhati mungkin bias terhadap


 Penyelidik boleh memastikan sampel yang diperhatikan disebabkan
bahawa maklumat yang diperoleh faktor lain seperti perbezaan ras,
daripada pemerhatian benar- budaya, fahaman, dan nilai.
benar dari sampel yang ingin
dikaji bukan wakil sampel yang
telah dikenal pasti.
 Popular: murah dan mudah ditadbir berbanding kaedah lain seperti temu bual secara
lisan ataupun telefon.
 Tujuan penggunaan: mengumpul maklumat dan pendapat peserta melalui satu siri
soalan.
 Bentuk soalan:
i. Soalan jenis tertutup- responden perlu menjawab soalan yang berkaitan dengan
format yang telah ditetapkan. Jawapan boleh berbentuk dikotomi (ya/tidak;
betul/salah; lelaki/perempuan); responden memilih jawapan yang ditetapkan/sedia
ada.
-Soalan aneka pilihan dengan jawapan bersifat nominal (seperti jenis kaum)
-Soalan berbentuk ordinal (misalnya peringkat kebolehan pelajar)
-Soalan berbentuk skala (contohnya, pencapaian pelajar)
ii. Soalan jenis terbuka- responden diminta merumuskan jawapan sendiri atau
menyatakan pendapat mereka; Respon kurang berstruktur dan pelbagai
 Fakta-fakta tertentu atau pendapat yang diperolehi adalah jelas dan boleh digunakan
untuk membantu memperolehi maklumat atau menjadi panduan semasa
menjalankan kaedah kajian yang seterusnya seperti temubual.
 Apabila merancang soalan, adalah penting untuk mengenalpasti tujuan kajian
Perkara yang perlu difikirkan dalam pembinaan soal selidik:

 Adakah soalan ini perlu? Adakah ia berkaitan dengan tujuan


soal selidik?
 Adakah soalan tersebut jelas, tepat dan tidak menyebabkan
salahtafsir?
 Adakah soalan itu tidak bias? Adakah ia tidak menjurus
kepada jawapan tertentu?
 Adakah soalan senang difahami dan tidak terlalu kompleks?
 Adakah soalan bersifat tertutup? Soalan terbuka boleh
sangat berguna kerana ianya membenarkan respon bebas
tetapi terlalu banyak soalan boleh menyebabkan kesukaran
analisis.
 Artifak merujuk kepada sebarang produk
atau hasilan individu atau kumpulan akibat
tabiat sosial, budaya atau tingkah laku
mereka.

 Jenis artifak yang lazimnya digunakan ialah


e-mel, memo, nota, buku latihan pelajar,
gambar, video atau foto yang dihasilkan
peserta atau berkaitan dengan aktiviti
peserta yang diselidik.
 Terdiri daripada pelbagai jenis dokumen
seperti laporan, minit mesyuarat, hasil
penerbitan yang berkaitan dan jurnal refleksi.
 Penggunaan bergantung kepada objektif
kajian
 Contoh; sekiranya tujuan penyelidikan ialah
membuat perbandingan buku teks matematik
di negara yang berlainan, maka buku teks dan
penerbitan kurikulum negara tersebut menjadi
data utama penyelidikan.
 Jurnal refleksi
- Nota refleksi yang disediakan oleh peserta
berdasarkan proses atau situasi yang
dilaluinya.
- Instrumen ini membantu penyelidik memahami
dan membuat interpretasi terhadap peserta
kajian.
- Sesuai digunakan untuk penyelidikan yang
melibatkan kajian proses pemikiran dan
perlakuan individu.
BIBLIOGRAFI
 Bailey, C. A. (2006). A guide to qualitative field research
(2nd ed.). Thousand Oaks CA: Pine Forge Press.
 Braun, V. , & Clarke, V. (2013). Successful qualitative
research: A practical guide for beginners. Thousand Oaks
CA: Sage.
 Chua, Y. P. (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan:
Buku 1 Kaedah Penyelidikan. Serdang: Mc Graw Hill
Education.
 Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
 Othman Lebar. (2009). Penyelidikan Kualitatif:
Pengenalan kepada teori dan metod. Tanjong Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris .

Anda mungkin juga menyukai