Anda di halaman 1dari 4

Dapatan Kajian

Dapatan kajian merupakan hasil kajian yang telah dianalisis oleh pengkaji menerusi
instrumen terhadap pemerhatian, tembual serta soal selidik yang dianalisa bagi mencapai
objektif kajian yang dilakukan. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat diketahui sama ada
persoalan terhadap apa yang dikaji telah terjawab menerusi kesemua data-data yang telah
dikumpulkan dalam penyelidikan ini dengan berbagai cara seperti penggunaan statistik
kekerapan, peratusan, pembinaan jadual, graf dan sebagainya. Dalam pada itu, setiap kajian
yang telah dilakukan hasil dapatan kajian ini memainkan peranan yang sangat penting bagi
mendapatkan apa yang diperlukan dan permasalahan yang timbul hasil daripada objektif
kajian mengenai sesuatu kajian yang diselidik. Oleh itu, sebanyak 20 artikel berkaitan
pembangunan dalam mesin pembersihan kasut yang telah dianalisis dalam bahagian dapatan
kajian ini bagi mendapatkan segala persoalan mengenai masalah terhadap objektif kajian.

Berdasarkan 20 artikel yang telah dianalisis, kaedah penyelidikan ini yang digunakan
dalam kajian untuk menganalisis data yang telah dikaji menerusi bab metodologi bagi
pengumpulan data dan maklumat yang ingin dicapai dalam matlamat semua kajian. Kajian ini
dilakukan bagi mengenalpasti masalah utama dalam membangunkan sesuatu produk yang
menghadapi kekurangan serta kelemahan teknik mahupun peralatan yang memerlukan
penambahbaikan yang lebih baik untuk hasil yang berkesan bagi memudahkan pengguna
untuk menggunakan produk tersebut. Malahan, penyelidik dapat mengaplikasikan setiap
teknik yang telah dianalisis dan digunakan dalam sistem tersebut. Menerusi artikel yang
berkaitan, pengkaji menyatakan bahawa kadar masa serta kadar haba juga diselaraskan
dengan sesuai dan diperlukan dalam mempengaruhi kebolehfungsian mesin pengeringan
sesuatu produk yang dimasukkan supaya memudahkan serta pengeringan yang dilakukan
dengan cepat.

Di samping itu, menurut setiap artikel yang telah dianalisis, pengkaji dapat
mengenalpasti bahawa dalam pemilihan model yang berkaitan, ianya memerlukan model
yang berasaskan penggunaan dan bukannya berasaskan pemilikan supaya dengan permintaan
pelanggan ataupun pengguna ini dapat menghasilkan pengeluaran produk yang lebih baik dan
membantu untuk meningkatkan sesuatu perniagaan dalam kawalan produk tersebut. Dengan
masalah yang melanda pengeluar, satu sistem servis telah dihasilkan bagi menyelesaikan
permasalahan untuk tidak membebankan pengguna jika syarikat dapat menjamin penjualan
produk yang baik seperti mesin basuh, sistem automatik pencucian kereta, sensor bagi
pembersihan kasut dan sebagainya.

Seterusnya, apa yang dapat disimpulkan menerusi keseluruhan artikel ini juga,
pengkaji menyatakan dalam penilitian penghasilan produk, ianya memerlukan jangka hayat
yang panjang supaya dapat menarik pengguna untuk membeli produk tersebut yang
bersesuaian dengan kualiti yang ditetapkan. Oleh itu, kajian ini meneliti masalah yang
berkaitan apabila penyelidik merasakan apa yang diketahui dengan realiti yang sebenar
menerusi jurang antara teori dan praktis. Faktor penentu ditentukan sama ada sesebuah kajian
dengan pengeluaran mesin pembersihan kasut dalam perspektif kajian kerja yang boleh
mengurangkan masa pengeluaran, masa operasi dan menghapuskan proses yang tidak
produktif.
Kajian Literatur

Kajian literatur adalah kajian yang berilmiah iaitu kajian terdahulu yang dikumpulkan
melalui penerbitan secara penulisan yang telah ditapis dengan lebih spesifik bagi membantu
proses rekabentuk terhadap sesuatu produk yang akan dihasilkan. Mengikut kajian literatur
ini sangat berperanan penting terhadap sesuatu produk yang dihasilkan tidak mengikut
keperluan malah dengan penggunaan pada zaman berteknologi ini. Menurut pengkaji, ianya
dapat mengenalpasti kekurangan yang terdapat pada produk tersebut dan memenuhi
kehendak pengguna tanpa menimbulkan sebarang masalah pada produk yang direka. Oleh
itu, keseluruhan artikel yang dikaji berkaitan pembangunan dalam mesin pembersihan kasut
yang telah dianalisis dalam bahagian kajian literatur ini bagi menentukan penghasilan sesuatu
produk itu dapat diguna pakai dengan baik dan berkesan.

Berdasarkan keseluruhan artikel yang dikaji ini, pengkaji menyatakan bahawa habuk
dan kotoran juga mudah melekat pada permukaan kasut justeru dengan penghasilan ciptaan
rekabentuk yang baru secara automatik dapat memudahkan pengguna menggilap kasut yang
boleh menjadikan kasut kelihatan bersih dan kemas serta tidak menggunakan tenaga kerja.
Kajian masa lepas juga boleh dikaji untuk kegunaan pada masa hadapan terhadap analisis
yang dilakukan untuk melihat tahap peningkatan dalam mencipta rekabentuk berkaitan mesin
pembersihan kasut. Pemilihan kaedah kajian diadaptasikan dari kajian masa terdahulu.
Setelah kaedah dan teknik kajian yang sesuai dikenal pasti dapat menjawab persoalan kajian,
carian dokumen dilakukan berdasarkan isu yang ditetapkan. Kajian ini juga merumuskan
bahawa cadangan-cadangan untuk kajian masa depan dan kesimpulan bagi kajian yang
dijalankan juga dikemukakan dengan jelas. Implikasi daripada hasil kajian dilihat berkaitan
peningkatan dalam keputusan responden mengenai mesin penggilap kasut automatik.
Seterusnya, daripada keseluruhan artikel yang telah dikaji, pengkaji menggunakan
berbagai kaedah untuk menarik pengguna dengan mencadangkan agar model yang dilakukan
mestilah selaras dengan objektif kajian mengikut tahap kualiti dan kuantiti serta
penambahbaikan dalam produk yang ingin dibangunkan selaras dengan tajuk kajian. Apabila
kaedah yang digunakan bersesuaian dengan keadaan semasa maka akan mewujudkan jurang
antara pengeluar dan pengguna mengikut analisa hasil kajian yang berbeza, kekurangan
kajian, pemboleh ubah atau konteks yang berbeza melalui cadangan kajian lanjutan. Oleh itu,
pengumpulan data yang mengandungi pernyataan masalah, penyelidikan, idea, pembuatan
dan penilaian bagi memastikan produk berfungi dengan betul mengikut perancangan projek
supaya pengguna dapat menggunakan produk dengan yakin dan memberi kesan yang
memuaskan.

Anda mungkin juga menyukai