Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Kajian dan Sumbangan Hasil Kajian

Terdapat beberapa kepentingan dan sumbangan dalam menjalankan kajian mengenai


perubatan tradisional dalam masyarakat Cina. Antara kepentingannya ialah dapat
memberi pendedahan umum kepada masyarakat tentang perubatan tradisional masyarakat
Cina. Oleh sebab masyarakat kurang pendedahan dalam hal ini, hasil kajian ini dapat
membantu masyarakat serba sedikit mengenai pelbagai jenis perubatan tradisional
perubatan dalam masyarakat Cina yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

Selain itu, melalui kajian yang dijalankan masyarakat mampu mengetahui pelbagai
faedah dan kelebihan menggunakan perubatan tradisional dalam masyarakat Cina dari
pelbagai aspek seperti kos, penyembuhan dan merupakan salah satu kaedah rawatan yang
selamat untuk diamalkan memandangkan kaedah perubatan tradisional ini tidak
menggunakan sebarang bahan kimia yang membahayakan dan hanya menggunakan
bahan atau sumber dari alam semula jadi.

Seterusnya, masyarakat akan dapat mengenalpasti dan didedahkan dengan lokasi


bagi mendapatkan rawatan perubatan tradisional dalam masyarakat Cina melalui hasil
kajian ini kerana kajian ini dijalankan bagi merungkai perubatan tradisional dalam
masyarakat Cina. Hal ini dapat memudahkan masyarakat bagi menggunakan alternatif ini
untuk merawat pelbagai jenis penyakit yang dialami tanpa bingung mengenai lokasi bagi
mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai