Anda di halaman 1dari 10

Bab 1 Pengenalan Kepada Pengurusan Inovasi

Pengenalan
Inovasi adalah satu daripada perkataan yang menjadi perbincangan dikalangan kita pada masa kini.
Firma mengambil berat tentang kemampuan mereka untuk berinovasi, di mana masa hadapan
mereka didakwa bergantung kepada inovasi ( Christensen and Raynor, 2003), dan banyak syarikat
perunding sibuk meyakinkan firma tentang bagaimana mereka dapat membantu memperbaiki
prestasi inovasi. Ahli politik juga mengambil berat mengenai inovasi, bagaimana mereka membentuk
polisi yang merangsang inovasi yang telah menjadi topik hangat perbincangan di pelbagai peringkat
dalam kerajaan.
Objektif Pembelajaran
Di akhir bab ini pelajar akan mampu untuk:

Mengenalpasti kepentingan inovasi


Menerangkan maksud dan sifat pengurusan inovasi
Memberi pengenalan kepada pendekatan pengurusan kepada inovasi
Menghargai sifat kompleks pengurusan inovasi didalam organisasi
Menggambarkan sudut perubahan inovasi melangkaui waktu
Mengenalpasti peranan individu penting di dalam proses
Mengenalpasti keperluan melihat inovasi sebagai proses pengurusan

Kepentingan Inovasi
Firma perlu mampu untuk menyesuaikan diri dan berkembang sekiranya mereka mahu bertahan
lama dalam industri. Perniagaan beroperasi dengan pengetahuan yang mana pesaing-pesaing
mereka tidak dapat dielakkan akan memasuki pasaran dengan produk yang boleh merubah asas
kepada persaingan. Kemampuan firma untuk berubah dan menyesuaikan diri merupakan perkara
penting untuk terus kekal lama.
Sudah tentu firma yang telah mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin teknikal dan pasaran telah
menunjukkan kemampuan mereka untuk berjaya membangunkan produk baharu. Industri teknologi
inovasi telah memacu perkembangan ekonomi secara menyeluruh bagi menginovasikan firma dan
negara. Teknologi inovasi juga merupakan komponen penting dalam perkembangan masyarakat.
Kajian mengenai Inovasi
Pada abad ke-19 sejarahwan ekonomi melihat pemacuan perkembangan ekonomi berlaku kerana
peredaran teknologi. Walaubagaimanapun usaha yang sedikit telah terarah kepada pemahaman

bagaimana perubahan teknologi menyumbang kearah perkembangan ekonomi. Scrumpeter adalah


salah seorang daripada pakar ekonomi yang menekankan kepentingan produk baru sebagai
perangsang kepada perkembangan ekonomi. Beliau juga tidak bersetuju persaingan yang berlaku
hasil daripada kemunculan produk baru adalah jauh lebih penting daripada perubahan harga
marginal produk sedia ada. Markx merupakan orang pertama yang mencadangkan bahawa inovasi
perlu dikaitkan dengan gelombang perkembangan ekonomi. Selain itu, semasa perang dunia berlaku,
penyelidikan dan pembangunan ( R&D) pihak tentera telah menghasilkan teknologi termaju dan
inovasi, termasuklah radar, aero-angkasa dan persenjataan baru.
Pandangan Schumpeterian melihat firma sebagai berbeza- merujuk kepada bagaimana firma
menguruskan sumber mengikut masa dan membangunkan kemampuan yang menggalakkan
perkembangan inovasi. Perbezaan penekanan ditetapkan melalui displin yang berbeza dalam
menerangkan bagaiamana inovasi terjadi dan membawa bersama kerangka didalam rajah 1.1

Pembangunan
Sains dan
teknologi yang
pasti memacu
kepada input
pengetahuan

Individu
Kreatif

Fungsi
Operasi
dan
Aktiviti
Firma

Firma
membangunkan
pengetahuan,
proses dan
produk

Rekabentuk Firma dan


Perhubungan Luar

Perubahan masyarakat dan


keperluan pasaran membawa
kepada permintaan dan peluang

Rajah 1.1 Gambaran keseluruhan proses inovasi


Gambaran proses inovasi ini termasuklah perspekif ekonomi, strategi pengurusan perniagaan, dan
gelagat organisasi yang mana cuba untuk melihat kepada aktiviti dalaman. Proses ini juga
menyatakan firma membina hubungan dengan firma lain, bersaing dan berkerjasama antara satu
sama lain. Selain itu, akitiviti individu di dalam firma juga boleh mempengaruhi proses inovasi. Setiap
firma yang mempunyai rekabentuk organisasi yang unik akan menggambarkan kaedah ia telah dibina

sendiri dari masa ke masa. Ini terdiri daripada rekaan dalaman, termasuklah fungsinya dan
perhubungan yang dibina dengan pembekal, pesaing, pelangaan dan lain-lain yang berkaitan. Model
kerangka ini mengiktiraf bahawa perkara ini mempunyai kesan yang dipertimbangkan ke atas
perkembangan inovasi firma. Begitu juga dengan cara mereka menguruskan fungsi individu
dikalangan pekerja. Perkara ini dikenalpasti secara berasingan didalam model kerangka yang
mempengaruhi proses inovasi.
Keperluan kepada melihat inovasi dari sudut organisasi
Kebanyakkan kajian berkenaan inovasi telah menunjukkan sebagai suatu artifak (barangan buatan
manusia) yang mana kadangkala diasingkan daripada pengetahuan dan kemahiran dan tidak
diletakkan kedalam kepakaran ( know-how). Kepastian ini membawa kepada pemahaman mudah,
dan bukannya salah faham keatas pembentukan inovasi. Bahagian ini menerangkan mengapa inovasi
perlu dilihat kedalam konteks organisasi dan juga proses didalam organisasi. Rajah 1.1 menunjukkan
besarnya perbezaan displin yang menyumbang kearah pemahaman kita tentang proses inovasi.
Adalah penting untuk mengingati bahawa firma tidak beroperasi sendiri. Mereka berdagang antara
satu sama lain, bekerja bersama didalam bidang tertentu dan juga bersaing sesama mereka.
Oleh itu, peranan firma merupakan faktor utama dalam memahami inovasi. Seperti dibincangkan
sebelum ini, keadaan ekonomi mempunyai peranan penting untuk dimainkan. Begitu juga dengan
gelagat organisasi, sebagai mana kita cuba untuk memahami apakah aktiviti yang diperlukan untuk
berjay. Kajian ke atas pengurusan juga akan menjadikan sumbangan ketara keatas bidang tertentu
seperti pemasaran, penyelidikan dan pembangunan ( R&D), operasi pengilangan dan persaingan.
Pada masa kini, bagaimanapun sumber memerlukan dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran,
wang dan pengalaman pasaran, bermaksud inovasi ketara adalah berkait rapat dengan organisasi.
Dengan itu, peringatan yang berpatutan bahawa kebanyakkan pembangunan inovasi dan sains
seperti penemuan contohnya telefon bimbit dan perisian komputer serta pembangunan perkakasan
adalah berkait dengan organisasi jika dibandingkan dengan individu.
Berfikir Sejenak Jika dua firma berbeza, saiz yang sama, beroperasi dalam industri yang sama,
memperuntukkan jumlah yang sama dalam R&D, adakah tahap inovasi mereka akan sama?
Penglibatan individu di dalam proses inovasi
Di dalam Rajah 1.1 mengenalpasti individu sebagai satu komponen proses inovasi. Di dalam
organisasi terdapat individu yang mengenalpasti permasalahan, mempunyai idea dan melakukan
hubungan kreatif serta terlibat untuk memulakan rekacipta. Lebih-lebih lagi, didalam organisasi

individulah yang berperanan sebagai pengurus yang memutuskan aktiviti apa perlu dilaksanakan,
jumlah sumber yang ingin digunakan dan bagaimana sumber itu digunakan.
Permasalahan Definisi dan Elemen Berkaitan Inovasi
Keusahawanan
Pengurusan inovasi merupakan salah satu elemen dalam keusahawanan, Inovasi dan keusahawanan
dilihat mampu membantu menghasilkan teknologi baharu. Lebih-lebih lagi, usahawan dilihat
berkehendakkan kepada merubah perkara yang penting melalui inovasi.
Rekabentuk
Bagi kebanyakkan orang rekabentuk adalah tentang membangunkan dan mencipta sesuatu, justeru
itu bagaimana ianya berbeza daripada inovasi. Secara tradisionalnya rekabentuk merujuk kepada
perkembangan lukisan, perancangan dan lakaran.

Kejuruteraan
Mekanikal
Elektronik
Kimia
Pengilangan

Produk
Fesyen
Rekabentuk
Perubahan
perindustrian
pasaran/masyarakat
Penampilan luaran
Gaya
Faktor manusia
Pengharapan
Keperluan kualiti
pengguna
Kajian, pengetahuan dan pengalaman dibina dari masa ke masa akan
membolehkan organisasi untuk memaklumkan tiga bidang di bawah
Penyelesaian
Pembentukan
Tren rekabentuk
Kejuruteraan
konsep
Rekabentuk fungsian
Bentuk
Fesyen
Kecekapan kos
Warna
Pengayaan
Pengilangan
Grafik
Emosi
Penimbangan
Pembungkusan
Pembungkusan
Ergonomi ( kajian
tentang hubungan
pekerja dan
persekitaran tempat
kerja

Pembangunan
Produk Baharu
Rajah 1.2 Perhubungan antara aktiviti pembangunan dengan persekitaran rekabentuk

Input pengetahuan membawa keapa pembangunan produk

Input pengetahuan membawa keapa pembangunan produk

Lingkungan aktiviti rekabentuk

Rajah 1.2 menunjukkan sepanjang paksi mendatar, lingkungan luas antara akiviti-aktiviti yang
merekabentuk merangkumi daripada rekabentuk pakaian kepada rekabentuk dalam elektronik. Paksi
menegak pula menunjukkan bagaimana bidang rekabentuk menyumbang kepada hasil daripada
pilihan warna dan kecekapan kos; kesemua itu dimbil kira dalam pembangunan produk. Oleh itu
rekabentuk adalah aplikasi aktiviti dalam penyelidikan dan pembangunan, dan untuk mengatakan
bahawa dalam sesetengah industri seperti pakaian umpamnya, rekabentuk adalah komponen utama
dalam pembangunan produk. Dalam industri lain, bagaimanapun, seperti farmasi, rekabentuk hanya
terdiri daripada sebahagian kecil dalam aktiviti pembangunan produk.
Inovasi dan rekacipta
Ramai antara kita yang masih keliru tentang terma inovasi dan rekacipta. Benar inovasi adalah
sebahagian daripada rekacipta tetapi kedua-duanya tidak sama. Inovasi itu sendiri adalah luas
konsepnya yang boleh difahami dalam beberapa cara. Myers dan Marquis (1969) menyatakan inovasi
bukanlah hanya satu fungsi tetapi merupakan keseluruhan proses daripada sub-proses yang saling
berhubung kait. Ianya bukan sekadar konsep kepada idea baharu begitu juga dengan rekaan peranti
baharu, juga bukan pembangunan pasaran baharu. Proses ini keseluruhannya berlaku dalam mod (
pengendalian pemprosesan) bersepadu. Berikut merupakan persamaan mudah yang membantu
menunjukkan hubungan antara dua terma ini:
Inovasi = Konsep teoritikal + rekacipta teknikal + ekploitasi pengkomersialan
Konsep idea baru merupakan permulaan kepada inovasi. Idea baru sendirinya, apabila menarik
bukanlah rekacipta mahupun inovasi, ianya cuma merupakan konsep ataupun pemikiran ataupun
juga koleksi pemikiran. Proses untuk menukarkan pemikiran intelektual kepada artifak ( barang
buatan manusia) baharu yang ketara adalah merupakan rekacipta. Disini bermula dimana sains dan
teknologi memainkan peranan penting. Ditahap ini rekacipta memerlukan penggabungan dengan
kerja keras oleh ramai orang yang berbeza untuk menukarkan mereka kepada produk yang boleh
meningkatkan prestasi firma. Aktiviti-aktiviti ini kemudianya menggambarkan eksploitasi (peluang
menggunakan sumber).
Walaubagaimanapun, proses yang lengkap ini menggambarkan inovasi. Ini menunjukkan bahawa
tanggapan inovasi merupakan satu proses dengan jumlah ciri-ciri tersendiri yang perlu diuruskan.
Secara ringkasnya, inovasi bergantung kepada rekacipta tetapi rekacipta perlu untuk dimanfaatkan
kepada aktiviti pengkomersialan sebelum ianya boleh menyumbang kepada organisasi. Dengan itu,
inovasi merupakan pengurusan kesemua aktiviti yang terlibat dalam penjanaan idea, pembangunan
teknologi, pengilangan dan pemasaran untuk produk, proses pengilangan dan kelengkapan baru (

atau menambah baik). Definisi inovasi sebagai pengurusan proses juga membawa kepada
pembezaan sesuatu inovasi dan produk, yang mana pada akhirnya menjadi hasil kepada inovasi.
Kreativiti pula merupakan pemikiran idea baru dan sesuai dan inovasi adalah perlaksanaan idea yang
berjaya dalam organisasi.
Jenis jenis Inovasi
Jenis Inovasi
Inovasi Produk
Inovasi Proses
Inovasi Organisasi
Inovasi Pengurusan
Inovasi Pengeluaran
Inovasi Pemasaran/ Komersial
Inovasi Perkhidmatan
Jadual 1.1. Topologi Inovasi

Contoh
Pembangunan produk baharu dan penambahbaikan produk
Pembangunan proses pengilangan baru
Bahagian usahaniaga baru, sistem komunikasi dalaman baru,
pengenalan kepada prosedur perakaunan baru
Sistem Pengurusan Kualiti Menyeluruh ( Total Quality Management,
TQM)
Kitaran Kualiti, sistem pengilangan Just in-time (JIT), perisian
perancagan pengeluaran baru.
Penyusunan Kewangan Baru, pendekatan jualan baru cth
pemasaran langsung
Pekhidmatan kewangan berasaskan internet

Sains dan Teknologi


Sains boleh didefinisikan sebagai satu pengetahuan bersistematik dan berformula. Terdapat
perbezaan ketara antara sains dan teknologi. Teknologi dilihat sebagai aplikasi sains dan boleh
diterjemah dalam pelbagi cara ( lefever, 1997) . ianya penting bahawa teknologi bukanlah
kemalangan alam sekitar. Ianya adalah produk tindakan sengaja daripada manusia. Teknologi adalah
pengetahuan diaplikasikan kepada produk dan proses pengeluaran. Teknologi datang daripada
penggunaan dan manipulasi sains kepada konsep, proses dan peranti. Justeru itu, teknologi
merupakan hasil pengembangan sains yang memarakkan enjin industri dan juruteralah yang
menjadikan teknologi berlaku dan bukan saintist.
Model-model Inovasi
Model Linear
Penciptaan pengetahuan
baru di dominasi oleh
universiti dan organisasi
besar yang berasaskan
sains

Asas sains dan teknologi

Pembangunan teknologi
yang di dominasi oleh
organisasi

Pengguna menyatakan
keperluan dan kehendak
mereka menerusi
penggunaan produk

Pembangunan teknologi

Keperluan pasaran

Rajah 1.3 Kerangka Konseptual Inovasi


Terdapat dua variasi model linear inovasi :
Model pemacu teknologi ( tolakan teknologi) apabila saintis membuat penemuan tidak dijangka,
teknologi diaplikasikan untuk membangunkan idea produk, dan jurutera dan pereka merubah idea
tersebut kepada prototaip untuk diuji. Ianya terpulang kepada pengilang untuk mentukan kaedah
mana perlu digunakan untuk mengeluarkan produk secara berkesan. Pada akhirnya pemasaran dan
jualan akan mempromosikan kepada pengguna yang berpotensi.
Tolakan Teknologi

Penyelidikan dan
Pembangunan

Pengilangan

Pemasaran

Pengguna

Tarikan Pasaran

Penyelidikan dan
Pembangunan

Pemasaran

Pengilangan

Pengguna

Rajah 1.4 Model Linear Inovasi


Model Tarikan Pasaran model pemacu keperluan pelanggan ini menumpukan kepada peranan
pemasaran sebagai langkah utama idea baru hasil daripada hubungan rapat dengan pelanggan.
Dengan ini seterusnya ini akan seterusnya disalurkan kepada R&D ( Penyelidikan dan Pembangunan)
untuk tujuan rekabentuk dan kejuruteraan seterusnya proses pengilangan untuk pengeluaran.
Model Gandingan Serentak
Model linear cuma mampu untuk memberikan penerangan mengenai di mana rangsangan awal
terbentuknya inovasi, dan itulah, di mana cetusan idea atau keperluan dimulakan. Model gandingan
serentak pada Rajah 1.5 mencadangkan bahawa terdapat keputusan gandingan serentak untuk
pengetahuan dan terdapat 3 fungsi yang akan merangsang inovasi. Tambahan lagi, tanda bermulanya
inovasi tidak diketahui terlebih dahulu.
Pengilangan

Penyelidikan &
Pembangnunan

Pemasaran

Rajah 1.5 Model Gandingan Serentak.


Model Interaktif
Sains terkini dan teknologi
termaju dalam masyarakat

Idea

Penyelidikan & Pembangunan

TARIKAN PASARAN

Pengilangan

TOLAKAN TEKNOLOGI

Pemasaran

Produk Komersial

Keperluan masyarakat
dan pasaran

Rajah 1.6 Model Interaktif Inovasi


Sumber : Adaptasi daripada R. Rothwel dan W. Zegveld (1985) Reindustrilisation and Technology, Longman, London

Model interaktif ini menggabungkan model tolakan teknologi dan tarikan pasaran. Model ini
menekankan bahawa inovasi berlaku hasil daripada interaksi dengan pasaran, asas sains dan
kemampuan organisasi. Seperti Model Gabungan Serentak, tiada tanda permulaan yang jelas.
Penggunaan aliran maklumat digunakan untuk menerangkan bagaimana inovasi terjadi dan boleh
terbentuk dalam bentuk yang lebih luas.
Jadual 1.2 Kronologi pembangunan model inovasi
Tarikh

Model

Ciri-ciri

1950/60-an

Tolakan - Teknologi

Proses linear berturutan mudah; menekankan kepada R&D;


pasaran adalah penerima hasil R&D

1970-an

Tarikan Pasaran

Proses

linear

berturutan

mudah;

penekanan

kepada

pemasaran; pasaran adalah sumber untuk meneruskan R&D;


R&D mempunyai peranan yang cenderung kepada reaksi.
1970-an

Rekabentuk Dominan

Abbernathy dan Utterback (1978) menerangkan bahawa sistem


inovasi akan melalui tiga peringkat sebelum rekabentuk
dominan terjadi

1980-an

Model Gabungan

Penekanan terhadap menghubungkan R&D dan pemasaran

1980/90-an

Model Interaktif

Menggabungkan tolakan-teknologi dan tarikan-pasaran

1990-an

Inovasi Senibina

Mengiktiraf peranan firma dalam memasukkan pengetahuan


dalam menggalakkan inovasi

1990-an

Model Jaringan

Penekanan terhadap himpunan pengetahuan dan hubungan

luaran
2000-an

Inovasi Terbuka

Chesbrough

(2003)

menekankan

untuk

melanjutkan

eksternalisasi (kos yang harus ditanggung atau manfaat tidak


langsung yang diberikan dari suatu pihak akibat aktiviti
ekonomi) terhadap proses inovasi dari segi hubungan dengan
input pengetahuan dan kerjasama untuk mengekploitasi output
pengetahuan.

Jadual 1.6 Penerangan untuk kemampuan inovatif


Firma Inovatif

Penerangan tentang kemampuan berinovasi

Apple

Ketua Pegawai Eksekutif yang inovatif

Google

Kebebasan bersaintifik kepada pekerja-pekerja

Samsung

Kepantasan pembangunan produk

IBM

Berkongsi patent dengan kerjasama

BMW

Rekabentuk

Starbucks

Pemahaman mendalam tentang pelanggan dan budaya

Toyota

Hubungan rapat dengan pembekal

Mencipta kemampuan
teknikal

Penerokaan Sains

Mencipta wawasan sosial

Mencipta fungsi teknikal


Penyelidikan teknologi

Keusahawanan

Peralihan Pasaran

Rajah 1.7. Kitaran inovasi dengan kitaran saling berhubungan.

Ciptaan Produk

Mencipta nilai kepada


pelanggan

Rumusan bab
Bab permulaan ini telah melihat memperkenalkan subjek ini dengan pengurusan inovasi dan
meletakkan kandunganya bersama-sama teori perkembangan ekonomi. Bab ini juga menekankan
kepentingan memahami bagaiman firma menguruskan inovasi dan bagaimana perkara akan lebih
baik dengan mengamalkan persepktif pengurusan.
Tahap pemahaman bagi subjek inovasi telah meningkat dengan ketara semenjak setengah abad lepas
dan semasa pelbagai model inovasi telah dicipta. Kekuatan dan kelemahan untuk ini sedang disemak
dan kerangka konseptual telah dibentangkan yang mana menekankan hubungan dan pertindihan
antara bahagian dalaman dan organisasi luaran.

Anda mungkin juga menyukai