Anda di halaman 1dari 1

DEFINISI KEPIMPINAN Definisi kepimpinan dari segi bahasa dan istilah mengikut Kamus Dewan adalah terbitan daripada

pimpin membawa erti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti keupayaan memimpin.

KONSEP KEPEMIMINAN Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan sebagai kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat (Robbins, 2003). Kepemimpinan merupakan keupayaan untuk

mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan & pegangan nilai ahli-ahli dalam kumpulannya (Leithwood & Janti, 1999). Manakala menurut pendapat Konntz dan ODonnel (1984), kepimpinan secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh iaitu satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama. Menurut Fulmer (1988), kepemimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah sesuatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya. Kepemimpinan adalah sebagai kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi (Kim & Maubourgne, 1992).

Anda mungkin juga menyukai