Anda di halaman 1dari 6

BAHAS: REMAJA MERUPAKAN FAKTOR DOMINAN KEPADA PEMBENTUKAN

TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.



Remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan
datang. Pelbagai harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang
berguna serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara secara
keseluruhannya. Namun pada realitinya, sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula
menaruh kebimbangan tentang berbagai gejala sosial yang melanda remaja dan
seterusnya meruntuhkan akhlak anak-anak remaja masa kini.
Sama ada disedari atau tidak, perkembangan gejala-gejala sosial ini semakin
meningkat dari hari ke hari. Setiap hari dipaparkan berbagai cerita tentang pelbagai
salah laku yang dilakukan oleh remaja baik salah laku yang kecil mahu pun besar. Ini
turut menggambarkan betapa seriusnya fenomena ini dan langkah-langkah sewajarnya
perlu diambil bagi membendungnya dari terus menjadi barah dalam masyarakat
Malaysia.
Dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998, kadar jenayah yang
melibatkan remaja lelaki meningkat sebanyak 35 peratus, remaja perempuan 25
peratus, dan sepanjang tahun 1998 sebanyak 6338 kes baru yang membabitkan remaja
telah dilaporkan. Dalam laporan ini remaja Melayu yang beragama Islam adalah yang
paling banyak terbabit (Berita Harian, 12 Julai 2000).
Kajian salah laku oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah-sekolah
menengah harian pada tahun 1998 mendapati bahawa sejumlah 459 buah sekolah di
seluruh Malaysia dikatakan bermasalah (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2000).
Seramai 342 orang pelajar telah dibuang sekolah pada tahun 1989, 457 orang
pelajar pada tahun 1997, manakala 8,971 orang pelajar pada tahun 1989 telah
dikenakan tindakan disiplin berbanding 14,357 pelajar orang pelajar pada tahun 1997
(Utusan Malaysia, 25 Februari, 1999).
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia,
jumlah kes juvana yang dilaporkan pada tahun 2003 adalah sebanyak 4998 kes,
manakala pada tahun 2004 ia meningkat kepada 6056 kes. Kes ini melibatkan pelbagai
jenis salah laku jenayah yang dilakukan oleh remaja bawah umur termasuklah remaja
yang sedang bersekolah. Fenomena ini jelas menunjukkan bahawa masalah gejala
sosial remaja menjadi terus semakin meruncing sejak kebelakangan ini.

Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai
tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya.

Pengaruh Kawan
Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang disanjung oleh
kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu
mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan
personalitinya. Kanak-kanak yang kadang-kadang memegang kedudukn pimpinan di
dalam pimpinannya akan mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang.
Kanak-kanak yang tidak disukai oleh kawan-kawannya akan merasa inferior, rasa iri
hati, benci muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.

Satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support scale menyatakan , kanak-
kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka. (malecki & Elliott,
1999)

FUNGSI RAKAN SEBAYA
Fungsi rakan sebaya dapat dibahagi kepada dua:-
1.Sebagai agen peneguhan
Apabila kanak-kanak membesar, pengaruh rakan sebaya sebagai agen
peneguhan semakin meningkat. Ini jelas apabila kanak- kanak lebih suka
mendengar nasihat rakan sebaya dan tidak menghiraukan nasihat ibu bapa.
Kajian oleh Charlesworth & Hartup (1967) yang mengkaji jenis-jenis peneguhan
bagi remaja , merumuskan tedapat 3 jenis peneguhan iaitu:-
1. memberi sokongan dan persetujuan positif kepada rakan dalam bentuk
senyuman, menawarkan bantuan, memuji dan sebagainya.
2. menerima segala kelemahan dan kebaikan rakan.
3. Penyerahan iaitu berkongsi , menerima idea kanak-kanak lain,bermain
bersama-sama dan lain- lain.

2. Rakan sebaya sebagai model sosial
Bermaksud rakan sebaya memberitahu cara mereka perlu bertingkah laku dalam
situasi yang berbeza.contoh , remaja gemar meniru tingkahlaku rakannya.
Biasanya remaja meniru tingkahlaku rakannya yang popular dan sudah
membentuk hubungan rapat dengannya (hartup, 1983)
PENGARUH RAKAN SEBAYA
Larson & Richards (1994),ibubapa kekal sebagai orang yang penting dalam
kehidupan remaja, tetapi tahap kemesraan & closeness antara ibubapa dan anak
remaja selalunya menurun semasa remaja.
Hubungan remaja dengan ibubapa dan rakan sebaya semasa remaja bukan
hanya dari segi kuantiti tetapi juga dari segi kualiti.
Remaja menunjukkan bahawa mereka bergantung lebih kepada rakan
berbanding ibubapa untuk companionship dan intimacy (intim)
Intimacy darjah ukuran bagaimana dua orang berkongsi pengalamanperibadi,
rasahati dan perasaan
Menurut Harry Stack Sullivan (1953), iaitu orang pertama yang melahirkan idea
tentang pentingnya imtimacy dalam hubungan remaja, menurut beliau keperluan
intimacy dengan rakan sebaya semakin kuat semasa praremaja dan awal
remaja. Semasa berumur sepuluh tahun, kebanyakan rakan remaja akan
mempunyai rakan istimewa dari jantina yang sama
BAGAIMANA RAKAN SEBAYA DIPILIH
1. Orientasi pendidikan meliputi tingkahlaku di sekolah, pencapaian
pelajaran.(menurut Berndt, 1996)(Rujuk Arnett , page 231)
2. Medik atau aktiviti masa lapang. Cenderung pilih yang sama aktiviti.
3. Penglibatan dalam tingkahlaku berrisiko, contoh minum arak, merokok dan
sebagainya
PERANAN RAKAN SEBAYA KEPADA REMAJA
Pengganti keluarga
Mekanisma transisi hidup
Pemberi sokongan sosial dan akademik
Agen sosialisasi
Memperkembangkan konsep perhubungan sosial
Pembentukan personaliti
Kumpulan rujukan
Pembentukan konsep kendiri
Tempat meluahkan perasaan dan penyelesaian masalah
Pendengar
Membina nilai komitmen dalam persahabatan
Tempat mencari identiti
Mempengaruhi kecenderungan
Meneguhkan nilai ibu bapa dan membuat pendirian sendiri
Kaunselor Rakan Sebaya
Pengawalan tingkahlaku dan peningkatan pencapaian akademik
Tempat mencuba peranan baru dan berkongsi pengalaman
Tempat untuk mencuba peranan, menyelesai masalah dan membesar
Peluang menjadi pemimpin
Peluang berinteraksi dan memahami jantina berlainan.
MENGAPA RAKAN SEBAYA BEGITU MAGNETIC KEPADA REMAJA
Seltzer & Waterman(1998)
Wujudnya frameworklessnes dalam hidup remaja.
Zaman remaja wujud Peership , iaitu persahabatan yang unik. Buat
perbandingan dengan tingkahlaku remaja lain.
Berkongsi minat yang sama (Hotacsu,1989)

FRAMEWORKLESSNESS
kekurangan panduan, arahan dan
batasan dalam kehidupan.Frameworklessness bermula dengan perubahan fizikal
diri remaja yang drastik dan tidak pasti tentang masa depan .Pada awal remaja ,
mereka mula mencari identiti sendiri. Rujukan utama mereka tentang tingkahlaku
ialah kumpulan rakan sebaya. Rakan sebaya adalah tempat melafazkan
fikiran dan emosi (Seltzer and Waterman, 1996)
Peership
Iaitu persahabatan yang unik kepada remaja. Rakan sebaya berumur lebih
kurang sama dengan remaja tersebut. Rakan sebaya bagi remaja terdiri
daripada rakan persekolahan, rakan yang tinggal di kawasan perumahan yang
sama,rakan-rakan dalam aktiviti riadah dan sukan yang sama.Wujud kumpulan
rujukan psikologikal remaja apabila remaja memerlukan pemisahan dari
kongkongan ibubapa untuk menjadi dewasa.Meraka lebih bergantung
kepada rakan sebaya.rakan sebaya merupakan sumber utama dalam meniru
gaya dan tingkahlaku dan aspirasi
Seltzer dan waterman (1996)menjelaskan remaja membuat perbandingan
tingkahlaku remaja lain dalam membuat keputusan tentang masa depan
mereka.Wujud satu kebimbangan di kalangan remaja tentang masa hadapan
mereka dan bagaimana mencapainya cita-cita dan aspirasi sedemikian.
Lonelines(Roscoe & Skomski, 1989).Lelaki lebih rasa sunyi dari perempuan,
kerana lelaki sukar untuk meluahkan perasaan mereka(their feeling).
Konsep alone vs lonely
Psychologists Vygotsky , Piaget bersetuju bahawa hubungan rakan sebaya
mempnyai satu hubungan yang unik dari segi kognitif,sosial,perkembangan
emosi.
Larson & Richards (1994) mengariskan 2 sebab:-
o Rakan mencerminkan dirinya sendiri..Cth:Dia rasa apa yang saya rasa
tentangsesuatu,dan dia amat memahami apa yang saya maksudkan.
o Remaja merasakan amat bebas dan terbuka bila bersama rakan sebaya
berbanding dengan ibubapa.


Kajian tentang remaja di Holland oleh BoisReymond &Ravesloot,1996)
Hampir sama dengan kajian di Amerika.
Persoalan: dengan siapa mereka berkomunikasi tentang diri, personal
feelings,kesedihan/kedukaan dan rahsia
Umur remaja : 15 hingga 19 tahun

HASIL KAJIAN

HUBUNGAN KOMUNIKASI %
IBUBAPA 20%
BAPA 3%
RAKAN SEBAYA hampir 50%

Kajian oleh Younis & smolar (1985) yang dijalankan ke atas lebih
seribu oran remaja mendapati lebih 90% menyatakan mempunyai
sekurang-kurangnya seorang kawan rapat yang sangat bermakna .
70% bersetuju dengan kenyataan:-
kawan baik saya lebih memahami saya daripada ibubapa
Saya sangat selesa sekarang dan mempelajari banyak hal dariapada kawan
rapat berbanding ibubapa
Saya lebih mengenali diri saya dengan kawan rapat berbanding ibubapa
(Bois-reymond & Ravesloot,1996) Kajian dengan remaja Holland berumur 15
hingga 19 tahun mengenai dengan siapa mereka berkomunikasi tentang
perasaan personal, tentang kesedihan dan rahsia mereka, hampir separuh
daripada remaja menamakan rakan sebaya, hanya 20% menamakan satu @
dua ibubapa meraka. Hanya 3% menamakan bapa mereka.

Anda mungkin juga menyukai