Anda di halaman 1dari 9

Etnografi

(Ethnography)

Pendahuluan

Etnografi merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering
digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi dan dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula
jadi (field research). Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian yang praktikal
untuk mengkaji sesuatu kumpulan seperti pendidikan, kepercayaan, tingkahlaku dan
bahasa. Merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk menerangkan, menganalisa dan
meinterpretasi bentukculture-sharing sesuatu kumpulan seperti tingkah laku, kepercayaan.
Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam
penyelidikan sosial. Kajian etnografi merupakan kajian yang mengfokuskan pada penggambaran yang
terperinci dan tepat dan bukan berunsur perkaitan .

Mengenali dan memahami masyarakat adalah suatu tugasan yang sukar.Ianya memberikan
perspektif yang berbeza-beza.Etnografi adalah usaha yang dijalankan oleh manusia dengan
komitmen yang pelbagai kerana setiap orang mempunyai latar belakang, biografi , dan identiti yang
berbeza.Asal istilah etnografi bermula dari istilah antropologi.Tahap pertama
perkembangannya ialah sebelum tahun 1800-an.Kata etnografi berasal dari bahasa Yunani iaitu
bererti sebuah deskripsi mengenai orang-orang atau tentang penulisan budaya.Menurut Ember &
Ember (1990) entnografi adalah satu penelitian antroplogi budaya.Oleh itu ia adalah pengembaraan
suatu budaya atau cara hidup dalam sesuatu komuniti.Ia menjelaskan sesuatu budaya atau mana-
mana aspek budaya.Ringkasnya etnografi ialah usaha untuk memahami budaya melalui rangkaian
pengamatan dan interprestasi manusia, yang berinteraksi dengan manusia yang lain.Frey et al (1992)
berpendapat etnografi digunakan untuk meneliti perilaku manusia dalam lingkungan
spesifik semulajadi. Penelitian etnografi kadang memerlukan masa panjang, dan
interaksi temu muka dengan masyarakat di suatu daerah dengan menggunakan sejumlah kaedah
pengumpulan data.
Pada awal abad ke -20 seorang penyelidik mungkin menghabiskan rata-rata 2 hingga 3 tahun
untuk memperoleh gambaran tentang masyarakat dan budayanya. Salah satu contoh kajian
ethnografi yang dijalankan olehTaylor(1983) ialah kajian etnografi yang terperinci selama 3tahun ke atas 6 buah
keluarga, setiap satu keluarga mempunyai seorang kanak-kanak berumur antara 6 hingga7 tahun.
Kanak-kanak ini dianggap oleh ibu bapa merekasebagai sudah boleh belajar membaca dan menulis.
Setiapkeluarga juga mempunyai seorang atau dua orang lagikanak-kanak, dan mereka berumur
antara 6 bulan hingga17 tahun. Walaupun semua keluarga ini adalah darikalangan orang kulit putih
dan kelas pertengahan dantinggal di Bandar-bandar, salah satu dapatan menarikkajian Taylor ini adalah
tabiat-tabiatliterasiyang berbeza-beza dari satu individu ke satu individu yang lain, dankepelbagaian dalam
sejarah literasi para ibu bapa. (MurielSaville- T,1991)

Etnografi, Kebudayaan dan Masyarakat


Secara umum etnografi disebut sebagai menuliskan tentang kelompok masyarakat. Secara
khusus hal tersebut juga bermakna menuliskan tentang kebudayaan sebuah kelompok masyarakat.
Disebutkan bahawa seluruh manusia, dan juga beberapa binatang (seperti orangutan dan gorila)
menciptakan, mentransmisikan, membahagi, merubah, menolak, dan menciptakan kembali budaya
di dalam sebuah kelompok. Semua peneliti etnografi dimulai, dan diakhiri penelitiannya dengan
berfokus pada pola-pola ini, dan sifat-sifat yang dipersamakan atau disepakati bersama,
membentuk sebuah kebudayaan masyarakat. Dokumen yang dihasilkan dari fokus tersebut disebut
dengan etnografi.

Kebudayaan bukan sebuah sifat individual. Meskipun demikian seorang individu boleh
disebut sebagai menciptakan pola-pola budaya dengan menemukannya dan mengkomunikasikannya
dengan yang lainnya. Bentuk atau unsur budaya ada hanya ketika hal tersebut dibahagi dengan orang
lain di dalam kelompok. Kebudayaan terdiri dari pola-pola perilaku dan kepercayaan kelompok yang
berlangsung secara terus menerus. Kerana, sebuah kelompok (bahkan kelompok kecil sekali pun)
harus mengambil kira perilaku atau kepercayaan dan mempraktikkannya secara terus menerus jika
hal tersebut akan didefinisikan sebagai sifat budaya daripada sebagai peribadi atau individual.

Tujuan Kajian Etnografi

Tujuan Kajian Etnografi adalah untuk memahami isu yang dikaji dari kaca mata kumpulan atau
budaya tersebut,kajian etnografi berusaha untuk menambah pengetahuan mengenai sesuatu budaya
atau mengenalpasti corak interaksi sosial dan membangunkan satu penafsiran yang menyeluruh
terhadap sesuatu masyarakat atau institusi sosial.

Tujuan penelitian etnografi untuk menggambarkan budaya atau subkultur dengan seperinci
mungkin, termasuk bahasa, adat istiadat, nilai-nilai, upacara keagamaan dan undang-
undang.Maknanya ia mempunyai tujuan mencari dan menggambarkan budaya sesuatu masyarakat
atau organisasi tertentu.Fokus penyelidikan adalah pola-pola yang tercermin dalam sikap tidak dan
prikelakuan masyarakat atau organisasi yang diteliti.ada pun yang dicari dalam kajian ini beerti bukan
hal yang Nampak melainkan yang terkandung dalam hal yang nampak tersebut.

Umumnya jenis kajian ini mensyaratkan seorang peneliti yang berpengalaman, harus dapat
membenammkan dirinya dalam budaya mayarakat yang diteliti.Maknanya dia harus bersosialisasi
dirinya sendiri ke dalam budaya tersebut dan cuba menjelaskannya.Menjadi sebahagian budaya yang
baharu tersebut dan kadangkala ia menjadi masalah apabila hendak kembali kepada budayanya
sendiri.

Etnografi berfokus pada pertanyaan:Apakah budaya sekelompik orang.Gagasan budaya


merupakan inti etnografi.Ciri penting dalam penelitian etnografi adalah setiap kelompok manusia
manusia secara bersama-sama untuk jangka waktu tertentu dan memperkembangkan
budaya.Menurut Earl babbie, 1998:282 , etnografi menghuraikan budaya tertentu secara holistik.
Selain data secara holistik ciri-ciri lainnya ialah
Bersifat ilmiah(pengkaji harus memahami gejala empiric dalam kehidupan seharian
Pengkaji adalah instrumen yang penting dalam pengkajian data
Bersifat keterangan iaitu mencatat dengan teliti fenomena budaya yang dilihat, dibaca.
Digunakan untuk memahami bentuk-bentuk kes tertentu
Analisisi bersifat induktif
Pengkaji harus bersikap seperti masyarakat yang dikajinya.
Data dan informasi mesti diperolehi dari orang yang asal
Kebenaran informasi mesti diperiksa dengan data yang lain(maklumat diperiksa dan dipadankan
dengan data bertulis)
Subjek penelitian disebut peserta (buku juga disebut peserta)
Pengkaji harus menaruh perhatian pada masalah penting yang diteliti dari orang yang diteliti dan
bukan etnik
Menggunakan data kualitatif dan kuantitatif tetapi lebih banyak menggunakan kualitatif

Ringkasnya tujuan etnografi boleh dikecilkan skopnya dan dilihat dalam 4 perspektif iaitu:

Etnografi akademik
Lazimnya dilakukan oleh golongan akademik (utk menambah pengetahuan / celik akal dlm kalangan
pelajar / rakan sejawat )
Lebih berfokus kpd pembinaan asas pengetahuan berkaitan dgn sst budaya / teori
Cth: penyelidikan etnografi dalam konsep darah dalam kinship Orang Asli.

Etnografi aplikasi
Bertujuan utk membuat perubahan sosial yg dpt mempengaruhi polisi institusi ( hospital, sekolah dan
agensi kerajaan)

Etnografi tradisional / klasik


Penyelidik akan tinggal bersama dan menghuraikan pelbagai kumpulan sosial.
Data yang dikumpul ialah data tekstual, cth : jurnal refleksi atau nota lapangan.
Lebih menjurus kepada akademik

Etnografi analitik
Melibatkan kerja lapangan yang meluas dan pelbagai jenis (pemerhatian turut serta, temubual informal
dan formal, pengumpulan dokumen, membuat rakaman dan sebagainya)

Jenis Etnografi

Secara umumnya skop penyelidikan etnografi terbahagi kepada dua iaitu:


Makroetnografi Mikroetnografi

Suatu penyelidikan yang cuba menjelaskan Memberi fokus (dipilih kerana mewakili
keseluruhan cara hidup sesebuah elemen penting dalam kehidupan kumpulan
kumpulan/komuniti tersebut) kepada keadaan tertentu pada tempat
dalam situasi kumpulan atau institusi yang
lebih besar
Lebih memberi fokus secara terus terhadap
interaksi bersemuka peserta dalam kumpulan
atau institusi yang diselidik.

Seorang ahli antropologi Amerika, R.Naroll menyusun suatu senarai prinsip yang digunakan
oleh para antropologi untuk menentukan batas-batas dari masyarakat, senarai itu mengandungi:
1. Kesatuan masyarakat yang dilingkungi satu desa atau lebih
2. Kesatuan masyarakat yang terdiri dari penduduk yang menuturkan satu bahasa atau satu loghat
bahasa.
3. Kesatuan masyarakat yang dibatasi oleh garis batas suatu daerah politikal dan pentadbiran
4. Kesatuan masyarakat yang batasnya ditentukan oleh rasa identiti penduduknya sendiri
5. Kesatuan masyarakat yang ditentukan oleh suatu kawasan geografi
6. Kesatuan dalam masyarakat ditentukan oleh kesatuan ekologi(hubungan antara makhluk dan
sekitarnya)
7. Kesatuan masyarakat dengan penduduk yang mengalami satu pengalaman yang sama.
8. Kesatuan masyarakat dengan susuanan sosial yang seragam
9. Kesatuan masyarakat dengan penduduk yang frekuensi interaksinya adalah sama tahapnya.

Bagaimanapun sesetangah pihak mengkelaskan jenis penyelidikan etnografi kepada kelas-kelas


berikut:
Jenis etnografi Keterangan
Etnografi realis Etnografi yang objektifnya ditulis secara saintifik
Etnografi pengakuan Laporan pengalaman kerja lapangan ahli etnografi
Etnografi sejarah hidup Kajian terhadap seorang individu yang berada dalam konteks
budayanya
Etnografi auto Satu refleksi kendiri daripada penelitian oleh seorang individu
yang berada dalam konteks budayanya
Etnografi mikro Kajian yang berfokus kepada satu aspek tertentu bagi satu
kumpulan budaya
Etnografi kajian kes Analisis satu kes perorangan,peristiwa, aktiviti atau proses.
Etnografi kritikal Kajian terhadap perempuan dan amalan budaya yang menarik
kuasa dan menekan mereka.
Etnografi pasca moden Etnografi yang ditulis untuk mencabar masalah-masalah
dalam masyarakat kita
Etnografi novel Penulisan fiksyen yang berfokus kepasa aspek kebudayaan
sesuatu kumpulan.

Etnografi feminis Satu penyelidikan terhadap wanita dan amalan budaya yang
menghalang kuasa dan mendominasi mereka

Ciri ciri penyelidikan Etnografi

Etnografi mempunyai ciri-ciri yang tertentu iaitu:-

Budaya yg memandu tingkah laku manusia dalam kumpulan kecil diselidik dalam konteks
persekitaran harian

Penyelidik menyertai sesebuah kumpulan untuk jangka masa yang lama supaya boleh hidup dua
kehidupan secara serentak; insider (dlm kumpulan) outsider ( pemerhati dalam kump )

Pemerhatian dan temubual informal menjadi sumber maklumat utama walaupun sumber lain boleh
digunakan.

Pengumpulan data dilaksanakan secara tidak begitu berstruktur supaya data dapat dikumpul secara
dengar-dengar penyelidik dapat memperoleh sebanyak mungkin maklumat berhubungan
kehidupan seharian kumpulan

Data yang banyak dengan huraian yang kaya serta mendalam tentang kumpulan yang diselidik
dianalisis untuk mengekstrak makna dan fungsi tingkah laku kumpulan dan dilaporkan dalam
bentuk huraian dan penjelasan verbal.

Sifat Etnografi

Emzir (2008) , mengatakan prosedur penelitian etnografi bersifat kitaran.Ia merangkumi enam
langkah iaitu:
i. Pemilihan suatu projek etnografi.
ii. Mengajukan soalan etnografi. Terdapat tiga jenis soalan etnografi, iaitu soalan deskriptif, struktur,
dan kontras.
iii. Pengumpulan data etnografi. Dengan cara pemerhatian peserta, kita akan mengumpulkan data dari
aktiviti mengamati aktiviti orang, ciri-ciri fizikal, dan situasi sosial. Setelah data diperolehi, mungkin
untuk menyempitkan penelitian dengan memerhati semula.
iv. Pembuatan suatu rakaman etnografi. Pada tahap ini hal yang dapat dilakukan adalah pengambilan
catatan lapangan, pengambilan foto, pembuatan peta, dan penggunaan cara-cara lain untuk merakam
observasi.
v. Analisis data etnografi. Terdapat tiga jenis analisis yang akan di gambarkan secara umum dalam
makalah ini iaitu:-
a. analisis domain (mendapatkan gambaran umum dan menyeluruh dari objek penelitian)
b. taksonomi (menjadikan domain-domain yang dipilih menjadi lebih mudah)
c. tema budaya (mencari hubungan di antara domain dan hubungan dengan keseluruhan yang
selanjutnya dinyatakan dalam tema-tema sesuai dengan fokus dan subfokus penelitian.
vi. Penulisan sebuah etnografi. Ertinya setelah tahap penelitian diselesaikan maka tugas selanjutnya
adalah menuliskan hasil penelitiannya tersebut. Ada enam langkah yang disyorkan harus diikuti
ketika mulai menuliskan sebuah etnografi:
a. memilih khalayak
b. memilih hipotesis
c. membuat senarai topik dan garis besar
d. menulis naskah kasar
e. menyemak semula garis besar dan anak tajuk
f. mengedit naskah kasar

Penentuan Sampel

Ada lima jenis penentuan sampel dalam etnografi iaitu :-

pilihan sederhana hanya menggunakan satu kriteria sahaja seperti umur atau wilayah subjek
pilihan menyeluruh pilihan berdasarkan kes, tahap, dan unsur yang relevan
pilihan kuota apabila penduduk besar untuk itu populasinya dijadikan bebberapa kumpulan
sepeeti pekerjaan dan jantina.
Pilihan menggunakan rangkaian maklumat dari salah satu warga pemilik budaya
Pilihan dengan perbandingan antara kes membandingkan kes kes yang ada sehingga diperolehi
ciri ciri tertentu misalnya yang teladan dan mempunyai pengalaman khas.

Daripada kesemua cara di atas boleh dipilih salah satu cara tetapi jika menggunakan kesemuanya
penyelidik akan mampu menggunakan langkah yang tepat selaras dengan apa yang diteliti.Apa yang
lebih peting sampel diambil secara pragmatik dan bukan secara rawak. Penyelidik mestilah tahu
konteks masyarakat yang ditelitinya dan juga mestilah mempertimbangkan aspek aspek lain yang
ada dalam budaya tersebut.Oleh itu penyelidik haruslah mengutamakan titik perhatian di mana unsur
yang penting diberi perhatian dan unsur lain hanyalah peserta sahaja.

Bahan bahan etnografi berasal dari masyarakat yang disusun secara deskriptif yang menyangkut
pelbagai aspek kehidupan untuk meninjau salah satu aspek yang diteliti. Ia mampu melakarkan
fenomena budaya selengkap-lengkapnya. Menurut Koentjaraningrat (1990:333) ia meliputi unsur
unsur kebudayaan secara universal iaitu bahasa, sistem teknologi , organisasi sosial, sistem
pengetahuan, kesenian dan sistem agama.Namun semua ini tidaklah semestinya digunakan
semuanya.Penyelidik boleh menggunakan sub tertentu yang dirasakan penting.

Penetapan model etnografi memerlukan strategi khusus iaitu penyelidik mestilah:-


Menjadi pengamal asalkan apa yang dipilih mampu mewakili fenomena.
Usahakan tempat yang asing dari penyelidik
Jangan terlalu berpegang kepada rencana penyelidik ia boleh berubah setelah dilapangan
Fikirkan sejumlah topik yang sukar dicapai.

Pengkaji etnografi mengenal dua reka bentuk kajian iaitu kajian kes dan multiple site dan subjek
studies .Ia akan mencari keunikan budaya pada kawasan tertentu.Penyimpangan merupakan kes yang
menarik dan kan menjadi sorotan penyelidik sedangkan muliple site dan subjek studies lebih
cenderung untuk meneliti skop yang lebih luas. Dari dua reka bentuk demikian, dapat dinyatakan
bahawa etnografi adalah salah satu model kajian budaya yang mengangkat hal-hal
khusus. Kekhususan penelitian budaya adalah pada kemampuan memanfaatkan model etnografi
sejelas yang mungkin.

Langkah-langkah Etnografi
Sebagai sebuah model, tentu saja etnografi mempunyai ciri-ciri dan langkah-langkah
tersendiri.Langkah yang dimaksudkan adalah seperti yang dikemukakan oleh Spradley
(1997) dalam buku Kaedah Etnografi, sebagai berikut:

1. menetapkan informan.- mempunyai lima syarat iaitu


Enkulturasi penuh (mengetahui budaya miliknya dengan baik)
Penglibatan langsung
Suasana budaya yang tidak dikenali (akan menerima seadanya tanpa tokok tambah)
Mempunyai masa yang cukup
Non-analitis
Penyelidik sekuarang-kurangnya mempunyai dua hingga tiga syarat dan penyelidik seharusnya tahu
siapa yang layak menjadi informannya.
2. Melakukan wawancara kepada informan. Dijalankan dengan penuh persahabatan.informan perlu
diberitahu tentang tujuan etnografi (meliputi rakaman,model wawancara, masa dan dalam bahasa
yang difahaminya), penjelasan soalan (meliputi soalan deskriptif, struktur, dan kontras). Wawancara
hendaknya jangan sampai menimbulkan kecurigaan kepada informan.
3. Membuat catatan etnografi - Catatan dapat berupa laporan ringkas, laporan yang diperluas, jurnal
lapangan, dan perlu diberikan analisis atau interpretasi. Catatan ini juga sangat fleksibel, tidak harus
menggunakan kertas ini itu atau buku ini itu, melainkan cukup sederhana saja.
4. Mengajukan soalan deskriptif untuk menggambarkan keadaan tempatan.
5. Melakukan analisis wawancara etnografis - Analisis dikaitkan dengan simbol dan makna yang
disampaikan informan. Tugas penyelidik adalah memberi laluan simbol-simbol budaya serta
mengenal pasti peraturan dan pengekodan
6. Membuat analisis domain - penyelidik menggunakan istilah mencakupi apa yang dikatakan oleh
informan
7. Mengajukan soalan struktur - soalan untuk melengkapkan soalan deskriptif.Contoh apakah cara
orang pekak berkomunikasi?
8. Membuat analisi taksonomik - usaha pemfokusan soalan yang telah diajukan.Ada lima langkah iaitu:-
pilih sebuah domain analisis taksonomi(contoh siapa-siapakah penghuni penjara)
pengenalan kerangka substitusi yang tepat untuk analisis
cari subset di antara beberapa istilah
cari domain yang lebih besar
buat taksonomi sementara
9. mengajukan soalan kontras contoh sountuk mencari perbezaan wanita, gadis, perempuan, orang
dewasa, perempuan simpanan
10. Membuat analisis komponen - dilakukan ketika dan setelah di lapangan. Hal ini untuk mengelakkan
manakala ada hal-hal yang masih perlu ditambah, akan dilakukan wawancara ulang kepada informan
11. Mencari tema-tema budaya
12. Menulis etnografi

Bagi penyelidik memang sukar untuk menentukan informan .Untuk itu informan mestilah orang yang
tahu,dewasa, sihat jasmani dan rohani, tidak mempunyai kepentingan peribadi dan berpengetahuan
luas.

Pemilihan Informan
Boleh melalui empat cara iaitu:-
i. Secara sampingan.Maknanya penyelidik menemui seseorang yang sama sekali belum diketahui pada
salah satu wilayah penelitian. Penyelidik boleh menyamar sebagai pembeli atau penjual tertentu ke
suatu wilayah. Yang penting, sikap dan perilaku penyelidik tidak menimbulkan kecurigaan
ii. Menggunakan orang-orang yang telah dikenal sebelumnya. Penyelidik berusaha menghubungi
beberapa orang, mungkin melalui orang terdekat. Cara ini dipandang lebih efektif, kerana penyelidik
boleh mengemukakan maksudnya dengan lebih selesa. Melalui orang dekat tersebut, penyelidik boleh
meyakinkan bahawa kajiannya akan dihargai.
iii. Sistem quota.Maknanya informan telah dirumuskan kriterianya, misalkan ketua organisasi, dukun
dan sebagainya.
iv. Secara snowball.Maknanya informan bermula dengan jumlah kecil (satu orang), kemudian atas
cadangan orang tersebut, informan kunci menjajdi semakin besar sampai jumlah tertentu.Informer
akan berkembang terus, sampai memperoleh data yang banyak.
Dari cara-cara tersebut, penyelidik boleh memilih salah satu yang paling sesuai. Pemilihan
berdasarkan pada aspek kemudahan penyelidik

Kelebihan dan kelemahan Etnografi

Secara ringkas kelebihan dan kelemahan etnografi boleh dilihat dari jadual dibawah:
Kelebihan Kelemahan
Menghasilkan pemahaman yang Mengambil masa yang lama untuk mencari dan
mendalam.Kerana yang dicari dalam penelitian mengumpulkan data
ini bukan hal yang nanpak, melainkan yang
terkandung dalam hal yang Nampak tersebut.
Mendapatkan atau memperoleh data dari Perspektif pengkajian kemungkinan
sumber utama dipengaruhi oleh kecenderungan budaya
peneliti
Mengasilkan deskripsi yang kaya dengan Pengaruh budaya yang diteliti dapat
penjelasan yang spesifik dan terperinci mempengaruhi psikologi pengkaji, ketika
pengkaji hendak kembali kepada budayanya
Pengkaji berinteraksi langsung dengan Pengkaji yang tidak memiliki kemampuan
masyarakat social yang akan diteliti sosialisasi, terdapat kemungkinan penolakkan
dari masyarakat yang diteliti
Membantu kemampuan berinteraksi kerana Mungkin seorang pengkaji yang memiliki latar
membantu kemampuan bersosialisasi dalam belakang pengetahuan yang kuat, mengetahui
budaya yang ia cuba untuk jelaskan. dengan jelas subjek yang akan diteliti atau
dipelajarinya.

Anda mungkin juga menyukai