Anda di halaman 1dari 14

31 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

UNIT 3
PENYELIDIKAN KUALITATIF

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menjelaskan penyelidikan kualitatif.
2. Mengenalpasti rekabentuk, instrumen, pensampelan dan kaedah
analisis data penyelidikan kualitatif.
3. Membezakan penyelidikan kualitatif dengan penyelidikan
kuantitatif.

PETA KONSEP









PENGENALAN

Unit unit membincangkan tentang penyelidikan kualitatif. Terdapat beberapa reka
bentuk penyelidikan kualitatif yang perlu dikenal pasti oleh penyelidik sebelum
menjalankan kajian. Selain itu, instrumen dan teknik pensampelan yang sesuai
Penyelidikan
Kualitatif
Persampelan
Analisis Data
Instrumen Kajian
Reka Bentuk Kajian

32 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif


dengan kajian dijelaskan sebelum data dikumpul dan dianalisis bagi mendapatkan
jawapan kepada setiap persoalan kajian.

ISI KANDUNGAN
Apakah Itu Penyelidikan Kualitatif?
Penyelidikan kualitatif adalah satu bentuk kajian yang dijalankan untuk memahami
sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri. Bagaimana individu itu
bertindak, berinteraksi, menjalani kehidupan harian secara neutral, menunjukkan
reaksi dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang ditempuh. Input akhirnya ialah
satu hasil kajian yang memberi kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan
sebenar responden yang dikaji (Patton, 1985). Tujuannya ialah:

1. Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya.
2. Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji.
3. Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih.
4. Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam.
5. Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data
kajian).

Menurut Sabitha Marican (2005), penyelidikan kualitatif berfokus pada konteks
sesuatu perkara itu berlaku. Dengan kata lain, ia merupakan satu proses atau
bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dalam satu-satu suasana (setting) yang
hendak dikaji. Kajian jenis ini berfokus pada proses dan hasil. Hasil kajian pula
dipersembahkan dalam bahasa seharian. Kajian ini tidak bergantung kepada
nombor atau perkiraan statistik dalam memberikan penjelasan terhadap
pembolehubah yang dikaji.

Pendekatan kajian jenis ini digunakan untuk mengkaji suasana atau proses
yangsukar diukur dengan nombor, seperti imej diri, tingkah laku, perasaan dan
tindakan. Kajian kualitatif dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam
terhadap sesuatu perkara yang ingin dikaji (Marohaini, 2001). Selain itu, kajian
kualitatif juga dijalankan untuk mendapat maklumat terperinci berkaitan sesuatu

33 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah


perkara yang dikaji (Yin, 1984). Ini bermakna untuk mendapatkan maklumat
terperinci dan mendalam,kajian kualitatif perlulah dijalankan.Tambahan lagi, kaedah
ini boleh menerangkan peristiwa secara holistik dalam keadaan sebenar peristiwa
berlaku tanpa sebarang manipulasi oleh penyelidik. Kajian ini menjawab persoalan
berkaitan dengan mengapa sesuatu fenomena berlaku sedemikian dan bagaimana
ia berlaku. J usteru, kajian dijalankan untuk menjawab soalan mengapa dan
bagaimana yang dikemukakan oleh pengkaji. Pengkaji menjalankan kajian secara
mendalam untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian.

Contoh persoalan kajian secara kualitatif ialah:

1. Mengapa guru masih tidak menggunakan pendekatan konstruktivisme dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka?
2. Bagaimana guru menjalankan aktiviti konstruktivisme dalam pengajaran
matapelajaran Sains di sekolah rendah?

Dalam kajian kualitatif, penyelidik menjadi instrumen kajian (Creswell,1994).
Penyelidik kualitatif merupakan instrumen untuk mengutip data dan menganalisis
data. Penyelidik menyelidik peristiwa yang berlaku ketika kajian dijalankan. Kutipan
data dijalankan secara berterusan. Kajian ini jarang membincangkan ciri
kebolehpercayaan kerana kebolehpercayaan bergantung kepada subjektiviti
seseorang individu (M. Najib, 1999). Kajian kualitatif merupakan kajian secara
induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk dikembangkan,
dinyatakan dan dijelaskan.

Jenis-jenis penyelidikan kualitatif

Penyelidikan kualitatif dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Berikut adalah
jenis-jenis kajian kualitatif:

1. Kajian Etnografi

Istilah etnografi bermaksud portrait of a people. Menurut Sabitha Marican (2005),
etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan

34 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif


sosial. Kadang kala ia juga didefinasikan sebagai penjelasan bertulis mengenai
sesuatu budaya, tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada
maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kajian lapangan.Ia adalah
kajiandeskriptif ke atas budaya, sub-budaya, institusi atau kumpulan sesebuah
masyarakat. Kajian jenis ini juga dikatakan satu kajian yang mendalam tentang
perlakuan spontan dan semulajadi dalam sesuatu kelompok sosial. Ianya bertujuan
untuk mendapatkan kefahaman tentang perkaitan antara budaya dan perlakuan.
Kajian jenis ini asalnya dikembangkan oleh ahli-ahli antropologi. Dalam kajian ini
subjek atau responden dirujuk sebagai sumber maklumat. Kajian jenis ini mengkaji
tentang budaya dan manusia yang menumpukan kepada budaya sesuatu kelompok
manusia, bagaimana mereka bertingkahlaku, berinteraksi antara satu sama lain.
Dengan kata lain, ia bertujuan untuk mengetahui kepercayaan, nilai, perspektif,
motivasi dan bagaimana perkara-perkara ini berkembang dan berubah mengikut
masa dan situasi. Participant observation. Kajian ini biasanya menggunakan teknik
pemerhatian, temubual (sama ada temubual secara formal atau tidak formal),
analisis dokumen, penelitian sejarah hidup dan penulisan diari. Interpretasi data
sosio-budaya daripada perspektif subjek kajian dijelaskan dengan menggunakan
bahasa dan istilah setempat untuk menjelaskan sesuatu fenomena. Contoh kajian
etnografi ialah: Kajian mengenai gaya pembelajaran pelajar di rumah.

2. Kajian kes

Menurut Merriem (1998), kajian kes digunakan untuk memahami secara mendalam
tentang subjek yang dikaji, berfokus tentang proses berbanding output,
mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan.
Melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik
darjah. Contohnya, kajian tentang tanda tingkahlaku bermasalah dan penyebab cara
meluahkan perasaan dan emosi seorang pelajar.

3. Kajian sejarah

Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa
lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara pada
masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka pada masa akan datang.

35 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah


Contohnya, Kajian kesan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam kalangan pelajar sekolah
menengah.

4. Kajian naratif

Satu kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana manusia
membina makna dalam kehidupan mereka. Ia memberi tumpuan kepada makna
yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku
dalam kehidupan mereka. Contohnya, Kajian Analisis Naratif Filem Romantik
Korea: Winter Sonata.

Reka Bentuk Kajian Kualitatif

Terdapat beberapa reka bentuk kajian kualitatif. Antaranya ialah:

1. Bentuk Kajian lapangan data dikutip melalui temubual dengan responden
kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji.

2. Bentuk Kajian Kes adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes.
a. Berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek,
komuniti atau sebahagian daripada program.
b. Satu kes adalah satu unit asas analisis.
c. Data kes termasuk data temuduga, dapatan pemerhatian, data rekod
danyang digunakan ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan
analisis dokumen.

3. Bentuk Kumpulan Terfokus proses pengutipan data melalui temubual khas
untuk kumpulan kecil.
a. Perlu berbincang menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar
dan bawah sedar.
b. Satu kaedah untuk mendapatkan maklumat berasaskan pendapat,
pengalaman dan sikap.

36 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif



4. Bentuk Kajian Tindakan bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan
sesuatu masalah spesifik.
a. Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian.
Proses kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan
refleksi.

5. Bentuk Analisis Dokumen kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan
menganalisis kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian.

6. Bentuk pelbagai Pendekatan pendekatan ini mencantumkan dua atau
lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif.
a. Pengutipan data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah.

Instrumen Kajian Kualitatif

Penilaian Dokumen dalam kajian kualitatif merujuk kepada suatu rekod tentang
pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan seseorang, rekod bertulis tentang
sejarah institusi, aktiviti, peristiwa atau persembahan. Peringkat analisis data ialah
secara Pra Masuk (jenis, lokasi, aksesbiliti, jangkamasa dokumen), Merekod (jenis
kod, proses rekod diisi), Memproses (pengukuran data, pamir data, verifikasi data)
dan Interpretasi (dapatan utama/sekunder). Instrumen Pemerhatian bagi kajian
kualitatif mempunyai ciri-ciri seperti satu atau lebih pemerhati diletakkan ditempat
yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan; membantu
pemerhati dengan menggunakan prainstruksi, pilih pemerhati dan sediakan mereka
untuk pemerhatian; dan pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat
pemerhatian.
Alat menemuduga adalah soalan temuduga yang merupakan soalan
perbualan yang mempunyai tujuan tertentu seperti Temuduga berstruktur atau
piawai (soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respon yang spesifik),
Temuduga separuh berstruktur atau separuh piawai (soalan adalah daripada
beberapa siri soalan pra-penentuan atau soalan terbuka telah dibangunkan,
Temuduga tanpa berstruktur (soalan temuduga adalah tanpa
standard).Kebolehpercayaan dan Kesahan kajian kualitatif adalah bergantung

37 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah


kepada alat atau instrumen yang digunakan dalam kajian, proses mengutip data
dan kaedah analisis data yang dijalankan.Triangulasi merupakan satu konsep yang
digunakan umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta dan navigasi. Terdapat
beberapa jenis triangulasi iaitu Triangulasi data yang melibatkan pengutipan
pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama, Triangulasi
penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati
tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama, Triangulasi teori yang melibatkan
penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama dan
Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk
menyelidik fenomena yang sama.


Persampelan Kajian Kualitatif

Dalam kajian kualitatif kaedah persampelan bukan rawak digunakan (non-probability
sampling). Terdapat empat jenis persampelan bukan rawak iaitu persampelan
mudah (subjek kajian yang mudah diperoleh), persampelan bertujuan (pengkaji
menggunakan pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk
memilih subjek yang hendak dikaji darpada populasi), persampelan bola salji
(Snow ball) (mengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu
semasa kita menjalankan kajian dan persampelan kuota (quota sampling)
(pemilihan sampel secara mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel
yang ditentukan).
AKTIVITI 3.1
Satu analisis terhadap filem dokumentari The Kinta Story (1949) telah dilakukan
untuk mengenal pasti mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Pemilihan
visual oleh penerbit yang merepresentasikan faktor sosial, teknologi dan pengaruh
budaya luar telah mempengaruhi tahap literasi dan pembinaan makna oleh
penonton, seterusnya menjadikan filem dokumentari ini sebagai bahan sampingan
secara senyap untuk menyuntik nilai pensejarahan dan kekejaman komunis di mata
masyarakat. Pada pandangan anda apakah reka bentuk kajian kualitatif ini?
J elaskan cara pelaksanaannya.

38 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif


Analisis Data Kualitatif

Data kajian kualitatif yang didapati daripada dokumen, temuduga atau pemerhatian
akan melalui fasa analisis seperti berikut :

1. Tahap pra-analisis semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan
dilengkapkan. Semua nota dilabel menurut jenis.
2. Tahap kemasan data data ditranskripsikan dalam word processing atau
dalam format analisis tekstual menggunakan komputer.
3. Tahap pamiran data data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda
(tally) dan rumusan.
4. Tahap verifikasi data semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan
dinyatakan dengan tepat.
5. Tahap dapatan penyemakan dan interpretasi dapatan. Contohnya, bagi
data dokumen: data dikutip dan diubah menjadi teks, teks dilabel dan
dikategorikan agar beberapa tema dapat diwujudkan agar bentuk frasa yang
sama serta hubungan dan kesamaan atau perbezaan dapat dikenal pasti.
Selepas itu data yang telah ditapis dinilai mengikut kajian lepas.

Jadual 3.1 Perbezaan Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif

PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF
Istilah yang berkaitan
dengan pendekatan
Eksperimental
Hard data
Perspektif luaran
Empirikal
Positivist
Fakta sosial
Statistik
Etic
Etnografi (Kajian tentang sosio
budaya)
Kerja lapangan
Soft data
Symbolic Interaction
Perspektif dalaman
Naturalistic
Ethnomethodologi
Diskriptif
Pemerhatian
Phenomenological
Dokumentari
Riwayat hidup
Kajian kes

39 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah


Ekologikal
Konsep utama Pemboleh ubah
Mengoperasi definisi
Kebolehpercayaan
Hipotesis
Kesahan
Kesignifikanan statistik
Replikasi
ramalan

Makna
Pemahaman sejagat
Definisi situasi
Kehidupan harian
Pemahaman
Proses
Rundingan
bertujuan praktikal
pembinaan sosial
Grounded Theory
Gabungan teori Structural functionalisim
Realism,Positivism
Behavioralisme
Logical Empiricm
Systems Theory
Symbolic Interaction
Ethnomethodology
Phenomenology
Budaya
Idealisme

Gabungan Akademik Psikologi
Ekonomi
Sosiologi
Sains politik
Sosiologi
Sejarah
Anthropologi
Matlamat Menguji teori
Memperjelaskan fakta
Perihalan statistik
Ramalan
Hubungan antara pemboleh ubah
Membina konsep
Memerihal realiti pelbagai
Grounded Theory
Meningkatkan pemahaman
Reka bentuk Berstruktur
Ditentukan lebih awal
Formal
Spesifik
Prosedur kajian yang terperinci
Terbuka kepada perubahan
Fleksibel
Umum
Membuat tekaan terhadap cara
penyelidikan
Penulisan cadangan
penyelidikan
Panjang lebar (detail)
Menyatakan hipotesis
Terperinci dan jelas fokusnya

Prosedur spesifik dan terperinci

Tinjauan bahan kajian yang
mendalam

Ditulis sebelum data dipungut


Ringkas
Spekulatif
Mencadangkan bidang
penyelidikan yang hendak dikaji

Ditulis selepas mendapat
sebahagian daripada data

Tinjauan bahan kajian tidak
mendalam

Pernyataan pendekatan yang

40 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif


umum
Data Kuantitatif
rekod boleh dikira
Kiraan dan ukuran
Pembolehubah yang boleh
didefinisikan

Statistik
Diskriptif
Dokumen peribadi
Nota kerja lapangan
Gambar
Pendapat perseorangan
Dokumen rasmi
Bahan-bahan artifak
Persampelan Besar
Berstrata
Kumpulan kawalan
Tepat
Pemilihan secara rawak
Mengawal pengganggu
pembolehubah
Kecil
Tidak mewakili populasi
Persampelan teoritikal
Perposive (bertujuan)
Teknik / kaedah Eksperimen
Tinjauan
Temubual berstruktur
Kuasi eksperimental
Pemerhatian berstruktur
Set data
Permerhatian
Mengkaji pelbagai dokumen dan
artifak
Pemerhatian turut serta
Temubual tidak berstruktur
Hubungan dengan
responden
J angka pendek
Hubungan tidak akrab
Mengekalkan status sebagai
penyelidik dan responden

Empati
Menekankan unsur kepercayaan
Kesamarataan

Hubungan mesra
Responden sebagai rakan

Mengutamakan keobjektifan
Alat Kajian Inventori
Soal selidik
Indeks
Komputer
Skala
Ujian
Alat perakam suara
Transciber
Penyelidik bertindak sebagai alat
kajian
Analisis data Deduktif
Statistikal
Dilaksanakan selepas pungutan
data

Berterusan
Model, tema dan konsep
Induktif
Analisis bersifat induktif
Constant Comparative method

Permasalahan dalam
menggunakan
pendekatan
Mengawal pemboleh ubah yang
lain
Mengambil masa panjang
Kesukaran menyaring data

41 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah


Terlalu rigid
Kesahan

Kebolehpercayaan
Prosedur tidak rigid
Sukar mengkaji responden yang
besar jumlahnya




RUMUSAN

Penyelidikan kualitatif adalah lebih sukar dilakukan kerana data adalah subjektif.
Tiada alat ukur khusus yang mana penyelidik adalah alat ukur utama. Oleh itu
Penyelidik untuk kajian jenis ini perlukan latihan untuk memberi gambaran
terperinci dan mendalam tentang sesuatu kejadian/fenomena/organisasi atau
komuniti (unit sosial). Penyelidikan kualitatif adalah inkuiri holistik dan instrumen
bergantung kepada kuasa pemerhatian penyelidik.Penekanan kepada kualiti
(subjektif), sampel adalah purposif (bukan rawak) dan analisis data adalah secara
induktif. Menerusi kajian kualitatif ia dapat membina teori asas/dasar (grounded
theory). Penyelidikan kualitatif yang baik perlu mengandungi kriteria seperti
penyelidik mengambil kira semua perkara dalam membantu pemahaman, tidak
membuat keputusan awal atau tanggapan mengenai kajian sehinggalah mereka
berada di dalam konteks penyelidikan sebenar. Fokus kepada individu, interaksi
seorang dengan seorang yang lain dan memerlukan peruntukan masa yang panjang
di set kajian dengan responden dan apa yang penting ia memerlukan penyelidik
mendapat sendiri datanya terus dari responden. Seharusnya penyelidik kajian
secara kualitatif mestilah berfikiran terbuka bagi setiap penerangan yang diberi,
elakkan bias, memerlukan maklumat jelas dan mendalam mengenai kajian,
termasuk juga pandangan responden. Berasaskan kepada tanggungjawab
AKTIVITI 3.2
J elaskan perbezaan penyelidikan kualitatif dengan kuantitatif dari segi
instrument dan cara penganalisisan data?

42 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif


penyelidik untuk mendapatkan persetujuan responden di samping memastikan etika
penyelidikan terjamin.

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah maksud Triangulasi dalam penyelidikan?
2. Terangkan bagaimana kesahan dan kebolehpercayaan kajian kualitatif dapat
ditingkatkan?
3. J elaskan bagaimana kajian kualitatif dengan kuantitatif berbeza dari aspek
berikut:
a. matlamat b. alat kajian
c. persampelan d. reka bentuk

RUJUKAN

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berg, B.L. (2001). Qualitative Research Methods for the Social Sciences. Boston:Allyn
and Bacon.

Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan
Buku 1, Kuala Lumpur:McGraw-Hill.

Chua Yan Piaw. (2006b). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik
Penyelidikan Buku 2. Kuala Lumpur :McGraw-Hill.

Creswell (1994). Research Design: Qualitative & Quantitative Approaches. Thousand
Oaks,CA:Sage Publications.
Creswell, J . W. (2008).Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods
Approaches (3 rd ed). Thousand Oaks, CA:Sage Publications.

Glaser, B.G., & Strauss, A.L. (1967).The Discovery of Grounded Theory: Strategies
for Qualitative Research. New York: Aldine.

43 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah


Marohaini. (2001). Penyelidikan kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian.
Selangor:Penerbit Universiti Malaya.
Merriem, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in
Education: Revised and Expanded from Case Study Research in Education.
San Francisco: J ossey-Bass.

Miles, M., & Huberman, A.M. (1994). Qualitative Data Analysis. Thousand Oaks,CA:
Falmer Press.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

Patton, M.Q. (1985; 2002). Qualitative Research and Evaluation Methods. Thousand
Oaks,CA: Sage Publication.

Robert K. Yin. (1984). Case Study Research: Design and Methods. Thousand Oaks:
Sage Publication.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling J aya: Prentice
Hall.

Tesch, R. (1990). Qualitative Research: Analysis Types & Software Tools.
Bristol:Routledge.

Weber, R.P. (1990). Basic Content Analysis. Newbury Park, CA: Sage
























44 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

Anda mungkin juga menyukai