Anda di halaman 1dari 6

C) Ciri-ciri Permasalahan Yang Dihadapi

i) Akademik

Daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap responden dapatlah dikenalpasti responden


ini sebagai murid lembam dimana murid ini masih belum dapat menguasai kemahiran
kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelemahan yang paling ketara
adalah dari segi tulisan. Seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, responden tidak berupaya
untuk menulis sendiri perkataan yang disebut oleh guru tetapi boleh menulis jika meniru
tulisan guru di papan putih. Murid ini menghadapi masalah dalam menulis perkataan-
perkataan dan mengambil masa yang lama untuk menulis dan tulisan murid ini terlalu buruk
dan amat tidak berpadanan dengan usia murid ini. Masalah kemahiran menulis ialah
kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang
berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul,
organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang
kompleks.

Masalah kemahiran tulisan mekanis merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada
murid yang bermasalah pembelajaran (Abdullah bin Yusof, 2006). Kemahiran menulis adalah
asas kepada pendidikan yang lebih baik bagi murid menguasai kemahiran asas 3M. Smith
(1998) menjelaskan bahawa ramai murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah
menulis dan kemahiran tulisan mekanis ini memerlukan seseorang menterjemah pemahaman
bahasa ke dalam sistem simbol. Pengamatan terhadap bentuk-bentuk huruf yang pelbagai dan
mengikut kategori huruf besar dan kecil banyak memberi kesan kepada murid pendidikan
khas.

Selain itu, murid ini menghadapi masalah dalam mengenal huruf-huruf. Murid ini mengambil
masa yang lama untuk mengenal huruf dan menghadapi masalah dalam mengenal setiap
huruf yang di tunjukkan oleh guru. Murid ini juga sukar untuk mengingati perkataan yang
ditunjukkan secara rawak. Huruf yang ditulis juga sering terbalik seperti p, q, b dan
d. Setiap kali guru memberi latihan. murid ini selalu akan mengambil masa yang agak lama
untuk menyelesaikan soalan serta tidak yakin dengan jawapan yang diberi. Pada pemikiran
murid ini, setiap jawapan yang diberi adalah salah.

Disebabkan murid ini menghadapi masalah dalam mengenal huruf serta dalam mengeja,
murid ini juga banyak menghadapi masalah dalam mengikuti pembelajaran di dalam kelas
lain. murid ini menghadapi banyak masalah dan sering tertinggal di dalam pembelajaran.
Guru-guru lain terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada murid ini agar tidak
ketinggalan di dalam pembelajaran.

ii) Komunikasi

Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di
antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol
yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan
idea dan bertukar-bertukar fikiran (Abdul Rahim Talib, 2007). Bertutur adalah
kegiatan melafazkan bunyi-bunyi ynag dilahirkan daripada alat sebutan(articulator), ia
merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia(Kamarudin Hj. Husin
1988).

Responden mempuyai masalah untuk berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan. Suaranya
tidak jelas dan mempunyai masalah dalam menyusun perkataan untuk membentuk ayat dalam
percakapan. Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik tetapi perbezaan dalam cara
kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami
oleh orang yang mendengar, ataupun cara kanak-kanak itu bercakap mengganggu pendengar
daripada memahami apa yang cuba disampaikan. Biasanya kanak-kanak yang mengalami
masalah pertuturan diabaikan oleh rakan-rakan kerana sukar bagi memahaminya dan ini
membawa kepada keadaan perkembangan bahasa yang semakin lambat, terutama dalam
kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berkomunikasi terhad.

Responden bermasalah untuk berkomunikasi kerana mengalami gangguan artikulasi.


Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang
abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak
sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkaraberikut:

i. Penggantian
ii. Pengguguran
iii. Penggubahan
iv. Penambahan
Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataandigantikan dengan
bunyi yang lain, misalnya malan untuk makanwabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering
berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.Pengguguran bunyi pula melibatkan
pengguguran atau menghilangkan sesuatubunyi konsonan.

Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya idung
untuk hidung, besa untuk besar, dan lain-lain.

Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga bolehmenghilangkan


maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggerismisalnya perkataan sip
disebut shlip . Sekiranya untuk perkataan susah, konsonans disebut dengan hembusan
angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyiperkataan tersebut, misalnya
sssyusyah

Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan sepertibawa disebut


bawah atau bawuah, animal disebut ammanimal atau ammaminal.

Selain masalah artikulasi, responden juga mempunyai masalah struktur gigi yang tidak
sekata. Gigi juga merupakan salah satu alat artikulasi. Alat artikulasi ialah organ yang
berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Bagi mengeluarkan bunyi bahasa pula, terdapat
banyak alat artikulasi yang terlibat (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008 : 93). Terdapat banyak alat
artikulasi yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa seperti lidah, gigi, anak tekak, bibir
atas dan bibir bawah.

Selain lidah, gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun
peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai
penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang
seterusnya menghasilkan bunyi. Jadi masalah responden yang mempunyai gigi yang tidak
sekata menyebabkan bunyi yang dikeluarkan tidak jelas dan sukar difahami sehingga
membataskan komunikasi responden dengan pelajar lain dan guru.

iii) Interaksi Sosial

Selain tidak dapat berkomunikasi dengan baik, responden juga mengasingkan diri dari orang
lain. Ini disebabkan responden kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan guru dan
rakan-rakannya. Wujudnya perasaan kurang yakin pada diri adalah kerana responden
mempunyai konsep kendiri yang negatif, kurang cerdas, emosi dan interaksi sosialnya kurang
baik. Untuk mengelak daripada malu dan kurang selesa responden cuba membentuk
mekanisme helah diri dan sentiasa menyembunyikan diri daripada perhatian guru dan rakan-
rakan sekelasnya.

Merujuk kepada teori Perkembangan Psikososial Erikson, manusia mempunyai keperluan


asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap
keperluan tersebut.Menurut teori Erikson,terdapat lapan peringkat perkembangan emosi
manusia. Setiap peringkat timbul tingkah laku positif dan negative yang membawa kepada
penyelesaian psikologikal kerana konflik emosi yang berlaku. Murid yang berada pada tahap
perkembangan psikososial kurang keyakinan diri dan merasa takut menyertai aktiviti
pembelajaran serta menghadapi masalah penyesuaian emosi. Perkembangan kanak-kanak di
tahap awal, jika disalah asuh akan menyebabkan kanak-kanak suka menyendiri dan
bermasalah ketika berada di alam persekolahan.

Berkait dengan rakan-rakan responden yang selalu meminggirkan responden dalam sebarang
aktiviti, sentiasa mengkritiknya dan diketawakan membuatkan responden menjadi terlalu
sensitif dan bersikap kecil hati Responden mempunyai interaksi social yang lemah, sukar
untuk mencari kawan, diketepikan oleh murid lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru.
Murid menjadi pendiam bila diajukan soalan kerana murid tidak mempunyai keyakinan diri
untuk menjawab soalan yang diberikan.Menurut Dr Koh Boh Boon (1980), keyakinan diri
yang rendah menyebabkan murid kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai kegiatan
pelajaran dalam bilik darjah.

d) Agensi Yang Terlibat Dalam Usaha Mengatasi Permasalahan

Agensi-agensi kerajaan atau bukan kerajaan dapat membantu dalam memberikan khidmat
sokongan kepada murid yang bermasalah lembam ini. Khidmat sokongan merupakan satu
kumpulan orang yang mempunyai kepakaran dan keperihatinan dalam kerja kerja sosial .
Mereka terdiri daripada para professional yang mahir dalam bidang tertentu dan bekerja
secara berpasukan dan tidak berdasarkan bayaran. Khidmat sokongan ini boleh diberikan
samaada dalam bentuk khidmat kepakaran, penasihat, kemudahan, perundangan, kewangan
atau psikologi dalam menangani murid- murid bermasalah bagi mencapai matlamat
pendidikan. Perkembangan khidmat sokongan telah bermula sekitar tahun 1970-an apabila
ahli-ahli psikologi percaya bahawa konsultasi perlu dipermudahkan.

Seterusnya kolaborasi diperkenalkan. Kolaborasi adalah usahasama di antara beberapa pihak,


kumpulan dan organisasi. Pihak-pihak yang terlibat dalam kolaborasi di sekolah ialah kaki
tangan sekolah seperti guru besar, guru pendidikan khas, pentadbir dan staf sokongan
sekolah, pakar-pakar perubatan, terapi, jurupulih, patologis, jururawat, motivator, ibu bapa,
penjaga dan ahli keluarga. persatuan-persatuan dalam komuniti, jabatan-jabatan kerajaan
seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan dan organisasi
bukan kerajaan (NGO).

Antara sebab perlunya bantuan dari agensi khidmat sokongan adalah kerana ketidakuapayaan
murid-murid yang memerlukan pengendalian yang berbeza caranya, membuat keputusan
secara berpasukan tentang penempatan jenis persekolahan kanak-kanak pendidikan khas,
setiap murid yang mengalami masalah yang berlainan memerlukan latihan kemahiran dan
kemudahan peralatan yang berbeza, memerlukan bantuan tenaga yang ramai untuk
dikendalikan, setiap kanak-kanak khas mempunyai masalah sampingan yang berkait rapat
dengan masalah kefungsian dan kebolehan untuk belajar perlu dirujuk kepada beberapa
pakar.

Antara Agensi-agensi yang terlibat ialah Badan Bukan Kerajaan (NGO). Peranan badan
bukan kerajaan ialah untuk mengesan dan menjalankan rawatan, pembelajaran dan
penerimaan kanak-kanak berkerperluan khas. Mereka juga memberi bantuan dan nasihat
kepada keluarga kanak-kanak berkerperluan khas serta dan memberi penerangan kepada ibu
bapa, para professional dan orang ramai. Mereka juga berperanan untuk memberi asuhan-
asuhan kepada kanak-kanak berkerperluan khas dan kanak-kanak cacat anggota dan mental.
Kanak-kanak ini diberi latihan mental dan fizikal. Badan-badan bukan kerajaan juga
menganjurkan program-program terapi pertuturan bagi murid-murid sumbing bibir dan
lelangit. Di samping itu, ia juga memberi khidmat sokongan kepada ibu bapa yang
memerlukan perkhidmatan ini. Mereka juga membantu murid berkeperluan khas seperti
murid-murid sindrom down mendapat pelajaran serta latihan kemahiran hidup sebelum
mereka dihantar ke sekolah khas kerajaan. Badan kerajaan ini juga menjalankan aktiviti
seperti mengesan murid-murid buta untuk didaftar dan dirujuk. Mereka juga menjalan
program tindakan awal early intervention, menjalankan program pra sekolah, memberi
nasihat kepada ibu bapa dan menjalankan program penglihatan terhad. Terdapat beberapa
pusat yang ditubuhkan oleh badan-badan bukan kerajaan seperti Malaysian Care, Persatuan
Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan, Persatuan Orang Buta
Malaysia, Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Cleft Lip and Palate Association of Malaysia,
NURY, TASPUTRA PERKIM dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Kanak-kanak lembam juga terdiri daripada kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan
rawatan daripada pakar perubatan untuk memulih masalah pertuturan. Rawatan yang
dilakukan menggunakan pendekatan teknologi dan perubatan terkini yang pesat membangun
dari semasa ke semasa. Pakar perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan
peranan penting dalam pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak
berkeperluan khas (exceptional children) yang dilakukan oleh ahli perubatan berasaskan
kepada ciri-ciri perubatan.

Terdapat enam pakar perubatan yang terlibat dalam pendidikan khas iaitu pediatrik,
neurologi, terapi pertuturan, terapi fizikal, audiologi dan oftomologi. Pediatrik
bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dengan
mengesan punca masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut seperti genetik,
kewarisan, prenatal dan postnatal. Terapi pertuturan pula diadakan untuk mengesan masalah
komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa kanak-kanak.Terapi pertuturan ini akan
menggunakan pelbagai pendekatan, teknik dan cara untuk membantu kanak-kanak seperti
gagap, sumbing dan kanak-kanak yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur.
Terapi fizikal pula adalah untuk menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-
kanak, melatih kemahiran hidup serta kemahiran untuk membantu diri.

Anda mungkin juga menyukai