Anda di halaman 1dari 4

Seterusnya teras ke-3 Malaysia Madani adalah merupakan Daya cipta atau dikenali

sebagau inovasi. Daya cipta akan dibudayakan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Objektif teras adalah untuk mengubah masyarakat Malaysia daripada masyarakat pengguna
semata-mata kepada masyarakat yang lebih aktif dalam menyumbang dan mencorak
revolusi digital dan teknologi yang merubah corak di dunia dan juga merupakan
pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi membolehkan penjelmaan daya cipta
dalam kehidupan manusia.1 Menurut kamus dewan edisi keempat menunjukkan bahawa
daya cipta bermaksud keupayaan atau kebolehan dalam mencipta sesuatu. 2 Maksud dari
daya cipta juga boleh dikatakan untuk memberikan insentif kepada pencipta untuk terus
melakukan karya-karya yang baru dan inovatif dengan memberikan perlindungan hukum
terhadap penggunaan yang tidak sah atau tanpa izin oleh orang lain. Dengan memiliki hak
cipta ini, pencipta dapat mengawal cara karya mereka digunakan, mendapatkan keuntungan
dari eksploitasi komersial dan juga mempertahankan keaslian dan integriti dalam karya
mereka.3

Daya cipta atau juga dikenali sebagai inovasi biasanya ditakrifkan sebagai idea yang
baharu, produk yang baharu atau sesuatu proses yang baharu yang merubah sesuatu
perkara menjadi lebih cekap, serta mencungkil potensinya yang sebelum ini yang belum
pernah diterokai oleh masyarakat. Malaysia Madani mentakrifkan daya cipta atau inovasi
dengan pembaharuan, reka cipta dan reka baharu. Daya cipta memainkan peranan yang
penting dalam dunia kreatif dan industri kreatif ini untuk memberikan insentif bagi inovasi
dan juga pengembangan karya-karya baru. Daya cipta sebagai salah satu rukun Malaysia
Madani akan mewujudkan proses perubahan berterusan, yang mendakap dan memperkasa
kreativiti rakyat. Malaysia Madani akan menyediakan persekitaran dan infrastruktur yang
mampu merangsang kreativiti dan menggalakkan penghasilan sistem, produk, idea dan
proses lebih maju.4

Menurut falsafah islam, konsep daya cipta atau inovasi kepada manusia tidak
dibahas secara terperinci. Namun, prinsip-prinsip Islam telah memberikan landasan bagi
perlindungan intelektual dan keadilan dalam konteks penciptaan dan penggunaan karya-
karya yang telah dilakukan. Islam juga sangat menghargai dan mengakui nilai sumbangan

1
Malaysia Madani. 2023. Di rujuk pada 10 Mei 2023 daripada https://malaysiamadani.gov.my/pengenalan/
2
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005 . Selangor : Dawana Sdn.Bhd
3
Berita Rtm. 2023. Malaysia Madani, membudaya daya cipta rakyat. Dimuat turun pada 20 April 2023, daripada
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis/62036-malaysia-madani-membudayakan-daya-cipta-rakyat
4
Ibid
intelektual dan kreatif individu dalam masyarakat. Prinsip umum dalam Islam adalah adil
dan tidak melanggar hak-hak orang lain, termasuk hak-hak intelektual kerana usaha
seseorang tidak boleh untuk ditindas dengan mudah.

Manusia diberikan akal oleh pencipta untuk selalu berfikir terutamanya ke arah yang
lebih baik dan mendapat kemajuan. Kita perlu tahu bahawa akal merupakan daya fikir yang
dimiliki oleh manusia untuk mengetahui hakikat sesuatu 5 dan juga untuk kemampuan
berfikir secara rasional.6 Oleh itu, daya cipta menurut teras Malaysia Madani sangat
menggalakkan masyarakat menggunakan akal untuk berfikir mengenai sesuatu yang baru.
Hal tersebut dapat menjalinkan lagi pemikiran seseorang ke arah sesuatu yang maju.
Jelaslah bahawa penggunaan akal sangat penting dalam sesuatu perkara terutamanya
dalam berinovasi kerana ia dapat menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada perkara
sekeliling di samping dapat memajukan sesebuah negara.

Sebagai rakyat Malaysia, kita juga perlu tahu kenapa inovasi ini sangat penting
kepada sesebuah negara dalam meningkatkan lagi nama Malaysia kepada dunia.
Perkembangan ekonomi merupakan salah satu kepentingan dalam inovasi kepada negara.
Hal ini demikian kerana inovasi ini memacu pertumbuhan ekonomi melalui penciptaan
industri, perkhidmatan dan juga produk-produk yang baharu yang dapat menjana pekerjaan
dan juga pendapatan mereka. Perkembangan ekonomi juga boleh berkembang melalui
pelaburan dalam inovasi kerana boleh merangsang keusahawanan dan menarik pelabur
asing juga dan dapat meningkatkan daya saing di peringkat global. 7

Bukan sahaja perkembangan ekonomi tetapi memperbaiki kualiti hidup juga


merupakan salah satu kepentingan daya cipta atau inovasi menurut teras Malaysia Madani
pada kali ini. Hal ini demikian kerana inovasi atau daya cipta ini dapat meningkatkan kualiti
hidup seperti dapat menyediakan penjagaan kesihatan, akses kepada maklumat yang lebih
baik dan juga ke arah pendidikan yang lebih baik. Sebagai contoh, kemajuan dalam
teknologi perubatan telah membawa kepada penawar dan juga rawatan kepada penyakit

5
Dr Wahbah al-Zhayli (1992), al-Usul al=Ammah li Wahdah al-Din al-Haq. Damsyik: al-Maktabah al-‘Abasiyyah,
hlm 136
6
Abdul Munir Mulkhan (1994), Paradigma Intelektual Muslim: Pengantar Filsafat Pendidikan Islam Dan Dakwah ,
c. 2. Yogtakarta: SIPRESS, hlm 42
7
Ibid
yang baharu manakala teknologi digital boleh meningkatkan akses kepada maklumat dan
juga kepada pendidikan.8

Kita tahu bahawa dalam islam tidak dijelaskan secara terperinci berkaitan dengan
daya cipta atau inovasi, tetapi terdapat beberapa nilai dan prinsip-prinsip yang sangat
releven berkaitan dengan daya cipta atau inovasi ini. Sebagai contoh, berbagi manfaat dan
pengetahuan kepada orang sekeliling kerana Islam sangat mendorong umatnya untuk
berbagi manfaat dan pengetahuan dengan masyarakat secara meluas. Walaupun hak cipta
daripada daya cipta seseorang memberikan perlindungan eksklusif kepada pemegang hak,
prinsip Islam juga mendorong untuk memanfaatkan karya-karya tersebut untuk kebaikan
umum dan kemajuan masyarakat. Jelaslah kita boleh lihat bahawa islam sangat
menggalakkan daya cipta atau inovasi dalam kalangan manusia kerana ia dapat melahirkan
seseorang manusia yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga kepada
masyarakat-masyarakat lain.

Selain itu, daya cipta menurut teras Malaysia Madani ini juga penting dalam sesuatu
pengurusan. Hal ini demikian kerana daya cipta dalam pengurusan merupakan kemampuan
mencipta pendekatan baru yang lebih berkesan dalam pengurusan sesebuah organisasi
terbabit. Manakala daya pembaharuan adalah daya usaha yang berterusan meningkat mutu
pengurusan daripada cara yang sedia ada. Pemimpin perlulah bertanggungjawab dalam
mengurus sesebuah organisasi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang untuk organisasi
kerana menurut Islam adalah suatu amanah yang penting. Pencapaian tersebut boleh
diperolehi jika pemimpin dilantik dari individu yang berkebolehan dan berwibawa. 9

Islam diutus Allah (s.w.t) untuk menyusun kehidupan manusia di peringkat individu
dan juga pada masyarakat untuk mencapai kemakmuran dan kecemerlangan hidup di dunia
dan seterusnya kecemerlangan di akhirat. Oleh itu, penumpuan kepada usaha untuk
mendidik individu dan juga menyusun masyarakat pada peringkat awal adalah bertujuan
untuk melahirkan individu yang berguna dan dapat mengatur sistem hidup masyarakat dari
masa ke semasa supaya dapat berfungsi dengan baik dan sekaligus dapat mengurangkan
segala bentuk permasalahan. Penyelesaian dalam Islam bukanlah hanya timbul akibat dari
sesuatu permasalahan yang dihadapi oleh manusia, tetapi Allah mengarahkan umat manusia

8
Ibid
9
Nik Mustapha (2008). Daya Cipta Dan Pembaharuan Dalam Pengurusan Organisasi. Institut Kefahaman Islam
Malaysia : Kuala Lumpur
pada awal lagi supaya di didik dan menyusun aktiviti kehidupan menepati fitrah
kemanusiaan. Pernyataan di atas merujuk kepada kepentingan dalam berfikir kepada
manusia supaya dapat menjalani hidup dengan baik dan dapat menjadi manusia yang
berguna kepada masyarakat dan juga kepada diri sendiri. 10 Hal ini berkaitan dengan teras
Malaysia Madani iaitu daya cipta atau dikenali juga sebagai inovasi yang mana
menggalakkan masyarakat melakukan pembaharuan kepada negara melalui daya cipta
manusia.

Secara kesimpulan, meskipun tidak ada hukum syariah yang secara khusus mengatur
hak cipta atau prinsip-prinsip Islam yang mencakup keadilan, etika dan penghargaan
terhadap usaha intelektual dalam inovasi memberikan panduan umum dalam memahami
daya cipta dalam konteks Islam. Perlindungan hak cipta dapat diatur oleh hukum nasional
atau peraturan yang mencerminkan nilai-nilai dalam Islam dan juga dapat memberikan
perlindungan yang memadai bagi sesuatu intelektual. Oleh itu, daya cipta atau inovasi ini
dalam teras Malaysia Madani menggalakkan seseorang berfikir menggunakan akal fikiran
sendiri dalam menghasilkan perkara yang baharu dan inovasi yang akan mereka hasilkan
bersifat tersebut menjadi unik, baharu, dan tidak terfikir oleh orang lain selain daripada
dirinya.11

10
Ibid
11
Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Khadijah Abdul Razak (2022). Proses Jana Idea untuk Menghasilkan Inovasi
Pengajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai