Anda di halaman 1dari 1

NOR ATIQAH BT SHAARI D20111048768 MENGKAJI MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN TERNAK DALAM KALANGAN WARGA FELDA

DI KELANTAN PERNYATAAN MASALAH Setiap bidang dalam keusahawanan di Malaysia mempunyai masalah dan kekangan yang tersendiri. Begitu juga halnya dengan sektor usahawan dalam penternakan yang berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Sejak dua tahun yang lalu, produktiviti ternakan yang telah dihasilkan oleh usahawan ternak dalam kalangan warga Felda di Kelantan kian merosot (Shaari,2012). Hal ini kerana masalah- masalah yang dihadapi oleh para usahawan telah membantutkan hasil ternakan yang dapat dikeluarkan pada setiap tahun. Tambahan lagi, keuntungan yang dapat dicapai oleh para usahawan ternak yang terdiri daripada warga Felda di Kelantan ini juga semakin berkurangan dari tahun ke tahun (Jabatan Veterinar Kelantan). Namun begitu, masih ramai di antara usahawan ternak di kawasan Felda ini tidak mengetahui punca-punca yang menyebabkan perniagaan penternakan mereka tidak mendatangkan hasil. Menurut En Ibrahim (2013), kebanyakan penternak menganggap ketidakberkesanan perniagaan mereka hanya disebabkan oleh penyakit yang menyerang haiwan ternakan mereka iaitu penyakit kuku dan mulut. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bagi membantu para usahawan ternakan mengenalpasti masalah-masalah yang

mempengaruhi perniagaan ternakan mereka. Hasil kajian ini amat penting bagi menjayakan usaha pembangunan industri penternakan tempatan, selain mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan daging. kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti dan merungkaikan apakah masalahmasalah dan cabaran-cabaran yang yang dihadapi oleh usahawan dalam kalangan warga Felda dalam bidang penternakan di Kelantan. Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan dalam kalangan warga Felda dalam bidang penternakan.

Anda mungkin juga menyukai