Anda di halaman 1dari 62

ETIKA DARI PERSPEKTIF AGAMA, BUDAYA & FALSAFAH BARAT

PERSPEKTIF AGAMA
Agama merupakan pendorong utama kepada tingkah laku manusia. Perbincangan :

Agama Islam Agama Hindu Agama Buddha Agama Kristain Ajaran Confusionisme

Agama Islam
Para Rasul dipertanggungjawabkan memikul tugas membawa akhlak yang mulia, Akhlak terpuji yang perlu diikuti oleh umat Islam adalah akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Akhlak Rasulullah s.a.w adalah Al- Quran
(hadis riwayat Bukhari)

Sesempurna iman seseorang mukmin adalah mereka yang bagus akhlaknya


(hadis riwayat Muslim)

Agama Hindu
Ajaran agama Hindu berdasarkan kitab Veda yang mengandungi dasar-dasar ketuhanan dan prinsip-prinsip etika yang wajib dipegang teguh oleh pengikutnya. Prinsip tersebut ialah sifat patuh dan disiplin dalam melaksanakan upacara keagamaan. Tanda kebaikan : kemerdekaan,kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan.

Tanda kejahatan : penghambaan, sakit, fakir dan kecelakaan. Etika dalam agama Hindu bergantung pada prinsip Brahma yang menjadi dasar kepada norma yang teratur dan bermatlamat. Ianya bermaksud keadilan, kebaikan, kesucian, benar, sederhana dan suci.

Brahma menjadi kod etika yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Brahma merupakan satu matlamat hidup yang mesti diikuti berdasarkan kelas dan status seseorang.

Agama Buddha
Pengajaran Buddha diasaskan oleh Siddartha Gautama. Menurut ajaran Buddha terdapat Empat Kebenaran Mulia atau etika yang diperjuangkan iaitu
i. ii. iii.

iv.

hidup manusia penuh penderitaan manusia menderita kerana nafsu manusia perlu menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada penderitaan dan mencapai nirwana penderitaan dapat dihapuskan dengan mengamalkan Jalan Lapan Lapis Mulia

Jalan Lapan Lapis Mulia menurut ajaran Buddha ialah pengetahuan yang baik, pemikiran yang baik, pertapaan yang baik, perkataan yang baik, keinginan yang baik, kelakuan yang baik, usaha yang baik dan kehidupan yang baik.

Kerangka dasar ajaran Buddha ialah

ajaran tentang Sradha (keyakinan) : memiliki keyakinan terhadap Tuhan, adanya para Buddha kitab suci dan nirwana, ajaran tentang Sila (etika) : sila atau budi pekerti manusia boleh mencapai satu kebijaksanaan yang sempurna, ajaran tentang ritual (bhakti) : rasa hormat dan sujud kepada sesuatu yang harus dihormati.

Agama Kristian
Diasaskan oleh Jesus Christ kitab Injil Ajaran agama Kristian menitikberatkan unsur kasih sayang dan belas kasihan antara sesama manusia. Ajaran asasnya ialah mencintai Tuhan dengan sepenuh hati dan mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri. Tujuan hidup bukan hanya untuk mengumpul kebendaan, kedudukan dan pangkat kerana itu tidak kekal.

Ajaran Confusionisme
Dibawa oleh Kung Fu Tze, seorang ahli falsafah China yang terkenal membawa nilai-nilai murni dalam ajarannya. Ajaran etika beliau termasuklah;

orang yang bijaksana mampu untuk mencapai kesempurnaan berbanding dengan orang biasa, kebijaksanaan boleh dicapai melalui proses berfikir, menaakul, menganalisis, meneliti dan belajar mencari kebenaran. Hanya kebenaran dapat menghasilkan etika yang baik,

mengasingkan diri dengan tujuan mengabdikan diri kepada Tuhan. Perbuatan mengasingkan diri untuk beribadat dianggap beretika, sentiasa gemarkan majlis ilmu, masyarakat digalakkan mengamalkan etika yang baik dan mengelakkan etika yang jahat supaya hidup selesa dan bahagia.

BUDAYA & RELATIVISME ETIKA


Masyarakat Malaysia pelbagai budaya, mempunyai adat dan sistem nilai yang berbeza. Wujud konsep relativisme. Sesuatu tindakan dianggap beretika (betul) jika selari dengan kehendak adat, undang-undang dan nilai-nilai masyarakat tersebut.

Dapatan daripada Emming (1980), Emmet (1979), MacIntyre (1976) menyokong pendapat bahawa salah satu ciri insan bermoral ialah peka dan memahami keperluan terhadap peraturan dalam masyarakat.

Ahli masyarakat biasanya patuh pada satu sistem kepiawaian moral. Fungsi kepiawaian moral dalam masyarakat menurut Velasquez (1992) : menolak sifat mementingkan diri resolusi kepada konflik sosial

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA ?

Rukun Negara Lagu Kebangsaan

Corak Pengurusan Malaysia


Dapatan dari MIM, Cenderung kepada gaya pengurusan British, disamping gaya Asian. Ketua yang mampu memberi pemahaman mengenai matlamat organisasi digemari. Bekerja secara kolektif. Pengurus yang berkesan perlu memiliki kuasa mempengaruhi (bukannya memaksa).

Pengurus mesti bertanggungjawab pada setiap tindakan. Pengurus mesti kreatif. Ganjaran diberi berasaskan merit. Perayaan/upacara organisasi digemari. Perbuatan agresif sukar diterima. Tidak kritikal dalam menilai orang lain.

LATAR BELAKANG & BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA


Melayu Cina India Peribumi Sarawak Peribumi Sabah Masyarakat Campuran

NILAI ETIKA SEJAGAT


Lebih mementingkan hal-hal kerohanian (agama tidak dipisahkan dari kehidupan). Kemoralan sosial kolektif (keteraturan dan keharmonian lebih penting dari kebebasan peribadi). Materialisme melampau dicemuh. Kesetiaan (Raja dan pemimpin). Ketaatan kepada ibu bapa nilai yang tinggi. Kasih sayang terhadap isteri (kesetiaan pada keluarga)

Autoriti suami/isteri. Nilai sahabat. Pemberian sedekah (duit raya/ang pow) Gotong-royong, kenduri kendara, adat menziarah (masyarakat mendahului individu)

PERSPEKTIF BARAT
Teori asal etika adalah berasal daripada teori keperibadian mulia. Aristotle mengatakan bahawa adalah suatu keperluan insan untuk mempraktikkan teori keperibadian mulia dalam segala urusan demi melancarkan urusan sehariannya. Teori ini juga menekankan konsep 'the golden mean' iaitu mencari kebaikan dalam keadaan keseimbangan diantara keinginan ini agar tidak melampau dalam setiap perilaku.

Dari mana datangnya disiplin ilmu ini? Falsafah adalah suatu tunjang ilmu. Perlu diakui bahawa falsafah adalah kajian yang menyeluruh tentang hakikat ilmu. Teori falsafah Yunani kelihatan terawang-awangan dan mungkin ada percanggahan dengan kajian penemuan sains hari ini adalah disebabkan tiadanya panduan wahyu Allah SWT. Al Quran yang diturunkan sebenarnya memudahkan manusia daripada membuang masa manusia mencari kebenaran tentang sesuatu hal. Walaubagaimanapun, falsafah tetap perlu dipelajari agar dalil secara nazarah (pemerhatian/pencerapan dan penilaian) dapat menguatkan pegangan dan teori yang ada di dalam Al Quran.

Teori Deontologikal Prinsip Kewajipan Eksistensialisme Teori Teleologikal Utilitarianisme Egoisme

Adakah semua falsafah etika daripada Barat bersifat sekular?

TEORI DEONTOLOGIKAL
Menolak aliran Teleologikal Ada fakta bersifat intrinsik dan menjadikan sesuatu perlakuan atau peraturan itu patut, wajib, baik. Menitikberatkan sifat perlakuan atau ciri peraturan itu sendiri (bukannya akibat perbuatan tersebut). Etika: niat, tujuan atau motif, bukannya atas apa yang sebenar dilakukannya.

Manusia mesti dijadikan tujuan bukannya alat. Terbahagi kepada dua aliran, deontologi peraturan (ada peraturan/himpunan peraturan yang standard) dan deontologi situasi/tindakan (peraturan moral bersifat spesifik dan mengikut situasi).

BAIK ATAU TIDAK BAIK?


Menderma kepada orang yang memerlukan kerana telah dilatih berbuat demikian sejak kecil. Memulangkan buku ke perpustakaan dengan kadar segera kerana takut didenda. Memakai pakaian yang sopan untuk hadir kuliah kerana telah biasa mengenakan pakaian yang sedemikian ketika keluar dari rumah. Memperlahankan radio atas kesedaran bahawa ia akan mengganggu rakan sebilik. Membayar cukai pendapatan untuk membangunkan negara. Melayan tetamu dengan baik kerana mahu menggembirakan tetamu tersebut. Menderma darah kepada orang lain untuk menunjukkan bahawa dirinya adalah seorang yang bertanggungjawab. Berniaga dengan jujur untuk mengekalkan reputasi baik perniagaan. Mengulangkaji kursus Etika Perniagaan bersungguh-sungguh atas dasar tanggungjawab sebagai pelajar UPSI. Tidak meniru rakan dalam ujian Etika Perniagaan kerana patuh kepada peraturan akademik UPSI.

PRINSIP KEWAJIPAN (DUTY)


Pengasas: Immanuel Kant (1724-1804) Prinsip kemoralan adalah satu kewajipan. Sesuatu perlakuan dianggap betul dan bermoral sekiranya ada niat untuk jadikan peraturan tersebut sebagai undang-undang sejagat (tidak mengambil kepentingan diri).

Apa yang dikatakan baik ?


Individu mesti ada tekad baik (good will) untuk lakukan sesuatu (atas dasar ia adalah kewajipan bukannya mengikut nafsu dan perasaan). Manusia inginkan: bakat minda (kecerdasan, kebijaksanaan, pertimbangan) Hadiah/pemberian alam (kekuasaan, kekayaan) Ciri watak (keberanian, ketabahan, pengawalan diri) namun keinginan ini mesti bersyarat iaitu dengan niat/motif dan tujuan yang baik.

PRINSIP KEWAJIPAN (DUTY)


Motif/tujuan/niat yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah citarasa, kemahuan atau kecenderungan semulajadi tetapi dengan kerelaan sendiri. Seseorang akan mempunyai kerelaan hati jika motif/tujuan/niat tindakannya ialah satu kewajipan moral yang diakui. Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri.

Kategorikal Imperatif
Imperatif : arahan atau himpunan arahan yang harus dipatuhi oleh semua dan boleh disamakan dengan undang-undang semulajadi. Kewajipan atau undang-undang mutlak digambarkan sebagai satu set Prinsip Moral (bertindak sebagaimana kita mahu orang lain bertindak).

KRITIKAN TERHADAP PRINSIP KEWAJIPAN


Tidak dapat membezakan antara konsep kewajipan dan kecenderungan. Grassian: ada sifat good will yang palsu; tidak kritis dalam menerima konsep-konsep tertentu. Durkheim & Warnock: tuntutan tanpa syarat (tidak boleh dan tidak patut lakukan perkara yang tidak bermakna pada diri).

KRITIKAN TERHADAP PRINSIP KEWAJIPAN Ross: Etika Kant terlalu keras - prinsip tanpa kekecualian (tidak ambil kira kesan daripada perlakuan manusia). Frankena: tiada panduan untuk menentukan perlakuan yang sesuai (timbul konflik akibat kewajipan yang berlainan). Prinsip/perlakuan yang logik tidak boleh disejagatkan.

EKSISTENSIALISME
Pengasas: Jean Paul Sarte Kewujudan manusia mendahului zatnya (tidak difikirkan, tidak mengikut spesifikasi, tiada tujuan) Manusia bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambilnya. Kemoralan berasaskan andaian kebebasan Manusia tidak boleh menghapuskan kebebasan kerana adanya kesedaran (mematuhi peraturan masyarakat)

EKSISTENSIALISME (samb.)
Manusia sedar (Being-for-Itself), manusia tidak sedar (Being-in-Itself) perlu sedar & berusaha untuk mencapai tujuan kewujudan. Wujudkan keyakinan palsu (kerana kewujudan tidak mempunyai tujuan) . Motif masa lalu tidak menentukan perlakuan sekarang/meramal perlakuan masa depan. Nilai moral sentiasa berubah. Menekankan Freedom of Choice (kebebasan jasmani, kehendak dan moral) First Hand Choice (berdasarkan pilihan moral).

KRITIKAN TERHADAP EKSISTENSIALISME


Emmet dll: First Hand Choice melibatkan banyak tuntutan & masa. Gagal menunjukkan perbezaan antara yang moral dgn yang bukan moral. Individu tidak perlu mencipta nilai baru.

sumber : rsrevision.com

sumber : www.sandiegohistory.org/journal

TEORI TELEOLOGIKAL
Penilaian moral terhadap sesuatu peristiwa hanya boleh dibuat selepas perlakuan itu disempurnakan. Dikenali dengan consequentialism. Dikatakan BAIK - perlakuan tersebut menghasilkan akibat yang lebih baik berbanding daripada tindakan alternatif yang lain.

sejenis teori yang mendakwa bahawa semada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat (consequences) atau hasil daripada sesuatu tindakan. Setiap tindakan yang mendatangkan kesan yang baik adalah tindakan beretika Peraturan/tindakan adalah juga bermoral jika faktor kebaikan melebihi kejahatan.

E G O I S M E

sumber : www.herculas.gcsu.edu

EGOISME
Pengasas: Friedrich Wilhelm Nietzche (1844-1900). Kemoralan sosial (patuh kepada undang-undang masyarakat) adalah untuk hamba abdi. Terbahagi kepada aliran iaitu individu, peribadi dan universal.

SEJARAH EGOISME
Rakyat: golongan Tuan & golongan Hamba Abdi. Peperangan golongan hamba abdi menang. Konsep baik menurut perintah Tuhan bukannya menjadi bangsawan. Golongan bangsawan berubah nilai pengorbanan diri, suara batin, menyedari konsep pahala dan dosa. Perubahan ini ditentang oleh Nietzche dan menyatakan konsep baik ini adalah ciptaan rakyat biasa.

SEJARAH EGOISME (samb.)


Nietzche: untuk menjadi SUPERMAN, seseorang mesti menolak konsep pengorbanan diri dan diganti dengan konsep pemeliharaan diri, pengasihan diri, kepentingan diri dan ego. Bezakan setiap unsur dari untung dan rugi. Kaum bangsawan mesti menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undangundang moral.

Manusia tidak perlu bermasyarakat dan berorganisasi. Eksploitasi golongan lemah demi kemajuan.

KRITIKAN TERHADAP EGOISME


Nietzche sebagai ateis yang tidak bermoral. Pentingkan diri, suka menindas orang lain. Egois tiada iltizam utk berkhidmat kepada masyarakat (Ross, 1998). Pengorbanan diri adalah sifat semulajadi manusia. SUPERMAN akan mati jika semua rakyat dikuasai.

Peraturan tidak boleh bersifat individualistik. Mac Intyre: konsep SUPERMAN diterapkan dalam fahaman Nazi; Nietzche mempunyai perasaan tidak bertanggungjawab; Paradigma tekad untuk berkuasa akan membawa huruhara.

UTILITARIANISME
Pengasas: Jeremy Bentham (1748-1832) : manusia dipengaruhi oleh keseronokan/kebahagiaan dan kesakitan/kedukaan. Perlakuan yang menghasilkan lebih banyak keseronokan dan kebahagiaan merupakan perlakuan yang bermoral (dilihat dari segi kuantiti).

Kemoralan : satu usaha untuk mencapai keseronokan (tidak semestinya perkara baik). John Stuart Mill (1806-1873) the greatest happiness principle : melihat dari segi kuantiti dan kualiti keseronokan. Kualiti keseronokan bagi Mill mengambilkira faktor pendidikan, keperihatinan terhadap orang lain dan perasaan moral daripada sesuatu tingkah laku (keseronokan intelektual).

KALKULUS HEDONIK BENTHAM

UTILITARIANISME
Utiliti : kesudahan yang baik dan yang dihajatkan, dapat dimanfaat sepenuhnya oleh insan terbanyak. Contoh : Aza sedang membuat keputusan sama ada menepati temu janji dengan seorang rakan sekolah yang sudah lama terpisah atau menghadiri jemputan ke satu majlis keramaian di tempat kerjanya. Pertimbangan Aza : memungkiri temu janji dengan rakan lama, hanya rakannya sahaja yang kecewa. Jika tidak menghadiri majlis keramaian, ramai rakannya akan kecewa. Akhirnya Aza menghadiri majlis keramaian tersebut.

Terbahagi kepada Utilitarian Tindakan dan Utilitarian Peraturan . Contoh : peperangan.

sumber : www.rrrevision.com

KRITIKAN TERHADAP UTILITARIANISME


Nietzche: menentang idea kesakitan Utilitarianisme (untuk berkuasa perlu atasi rintangan). Prinsip Bentham dan Mill mendorong manusia bertindak secara tidak baik dengan. alasan utk menyekat perkara yang lebih buruk. Durkheim & Parekh: konsep keseronokan & kesakitan adalah subjektif serta kabur. Tidak semua manusia memburu keseronokan & membenci kesakitan.

KRITIKAN TERHADAP UTILITARIANISME


Perlakuan baik/buruk tidak boleh diukur. Tidak semua keseronokan dikaitkan dengan kebaikan / kesakitan dengan kejahatan. Frankena: keseronokan & kebahagiaan adalah berbeza. Mill: tiada manusia dapat memberikan jumlah perasaannya dengan tepat.

ETIKA dan ETIKET

ETIKET ? Pengertian
Adab

sopan, peraturan pergaulan & budi bahasa Dalam Islam, etiket merupakan ilmu yang mengajar perlakuan baik dan buruk berdasarkan ajaran Allah SWT dan RasulNya.

Etiket Menceritakan bagaimana melakukan sesuatu perkara, Menjurus perkara lahiriah, Menyentuh mengenai hubungan sosial manusia.

ETIKA vs ETIKET
Kedua-duanya merupakan konsep yang berbeza namun masih membicarakan persoalan baik dan buruk perlakuan manusia.

Anda mungkin juga menyukai