Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Latar Belakang Jurnal

Nama Penulis :

Che Zanariah Che Hassan


Fadzilah Abd Rahman

Tajuk Artikel :

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah

(The Implementation Teaching And Learning in Writing Skills At The Primary School)

Nama Jurnal :

Jurnal pendidikan bahasa melayu

(Malay Language Education Journal (MyLEJ) )

Tahun Penerbitan :

2011

Jenis Artikel :

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk deskriptif melalui kaedah

tinjauan soal selidik.


2.0 Pendahuluan

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu

pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran

menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang

betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.


Menurut Don Bryne (1979), beliau menyatakan bahawa simbol grafik semasa

menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan

dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Hal ini meliputi beberapa

aspek iaitu menggunakan pelbagai jenis ayat, mencatat dan menyusun maklumat,

menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif serta membuat ulasan tentang bahan

yang didengar, ditonton dan dibaca.


Konsep menulis ialah melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun

dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid
juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan

dan menulis kesimpulan. Tujuan mengarang secara amnya adalah untuk melahirkan

murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk

tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.


Menurut Roselan Baki (2003), beliau menyatakan bahawa menghasilkan penulisan

merupakan suatu proses yang kompleks. Oleh sebab itu, penulisan perlulah

dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara sistematis. Menurut Suhaimi Yunus

(2009), ternyata kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh murid-murid untuk

menduduki peperiksaan bertulis. Kemahiran menulis yang efektif adalah sangat penting

bagi mencapai kejayaan dalam akademik pelajar terutamanya bagi subjek Bahasa

Melayu.

3.0 Kritikan Artikel

3.1 Reka Bentuk Kajian


Jurnal ini telah menyatakan dengan jelas tentang reka bentuk kajian yang

digunakan dalam kajian yang dijalankan. Reka bentuk kajian yang digunakan

ialah kajian deskriptif melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik.

Jurnal ini telah menyatakan dengan jelas tanpa ada sebarang keraguan

berkaitan reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajiannya. Bahasa yang

digunakan adalah ringkas, padat dan mudah difahami kerana dinyatakan dengan

jelas tanpa ada maksud yang tersirat. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan

adalah sesuai untuk mencapai objektif dan persoalan kajian yang dikaji dalam

kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah tinjauan cross-sectional iaitu digunakan

untuk mengutip data yang menggambarkan sikap, pendapat atau kepercayaan

semasa.
Menurut Berg et. al. (1979), kajian deskriptif menerangkan fenomena dengan

menganalisis data deskriptif yang diperolehi daripada soal selidik atau media

yang lain. Dalam kajian ini semua perolehan data dianalisis dan diterangkan

secara deskriptif melalui kajian soal selidik. Jenis kaedah soal selidik yang
digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik bentuk tertutup. Hal ini kerana

soalan soal selidik dalam kajian ini adalah berstruktur dan responden hanya

memilih jawapan yang ditentukan. Penganalisisan data untuk soal selidik kajian

ini juga telah meliputi perkara seperti latar belakang responden dan persoalan

kajian yang hendak dikaji oleh penyelidik.


Menurut Skager dan Weinberd (1979), soal selidik merupakan instrumen

yang kerap digunakan dalam kajian deskriptif. Menurut Tuckmen (1988), beliau

menyatakan bahawa kerjasama daripada responden mudah diperolehi menerusi

kaedah ini. Soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan

dengan sikap, persepsi dan pandangan selain dari keterangan latar belakang

(Mohd Najib Abdul Ghafar, 2003). Penyelidik juga telah menggunakan item-item

soal selidik yang boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert 1 hingga

5. Menurut Gay & Airasian (2000), beliau menyatakan bahawa item-item soal

selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan

semantik, skala Thurstone dan skala Gutman. Oleh itu, jurnal ini telah

menggunakan kaedah kajian yang tepat dan bertepatan dengan pendapat tokoh-

tokoh tersebut.

4.0 Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini adalah melibatkan guru-guru Bahasa Melayu dari enam buah

sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu. Populasi kajian adalah sesuai kerana

sasaran pengkaji adalah kepada guru-guru. Populasi yang digunakan adalah sesuai

dengan kajian kerana jurnal ini ingin mengkaji pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran kemahiran menulis. Hal ini kerana kajian yang dilaksanakan adalah sesuai

untuk digeneralisasikan kepada guru-guru.


Namun, jurnal ini tidak menjelaskan secara spesifik tentang populasi dan sampel

kajian. Jurnal ini hanya menyatakan tentang populasi dan sampel kajian dalam

metodologi sahaja. Sampel kajian adalah melibatkan 110 orang guru yang mengajar

Bahasa Melayu di enam buah sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu. Menurut

pendapat Mohd Najib Abdul Ghafar (2003), setidak-tidaknya 30% daripada populasi itu
sudah dianggap mencukupi bagi saiz sampel. Menurut Marican (2006), kajian tinjauan

digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan

atau ribuan responden. Oleh kerana populasi yang besar, maka pengumpulan data yang

digunakan dalam kajian ini ialah kaedah persampelan secara rawak mudah (simple

random sampling).
Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu

populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2000). Jurnal ini telah memilih kaedah

persampelan yang tepat kerana pemilihan sampel secara rawak adalah daripada

sesuatu populasi yang telah dikenal pasti iaitu dalam kajian ini adalah terdiri daripada

guru-guru Sekolah Kebangsaan Gong Kepas, Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek,

Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Sekolah

Kebangsaan Tengku Bariah dan Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran sekitar daerah

Kuala Terengganu. Dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa jurnal ini telah mengenal

pasti daripada populasi guru yang ingin dijadikan sampel kajian beliau.

5.0 Instrumen Kajian

Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan

penyelidikan yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, kaedah soal selidik digunakan

untuk mengumpul data. Instrumen kajian yang digunakan oleh jurnal ini adalah yang

kerap digunakan. Oleh itu, jurnal ini telah menggunakan instrumen yang sesuai dalam

kajian yang dijalankan ini. Jurnal ini tidak menyatakan secara spesifik tentang instrumen

kajian tetapi hanya menjelaskan secara umum dalam metodologi kajian beliau. Menurut

Mohd Majid Konting (2004), soal selidik merupakan salah satu alat pengukuran yang

digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat

yang tepat dan berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Jurnal

ini telah menggunakan instrumen yang tepat dan sesuai kerana kajian beliau adalah

berbentuk pendidikan.
Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (2003), soal selidik selalu digunakan untuk

mengukur konsep yang berkaitan sikap, persepsi dan pandangan selain dari keterangan

latar belakang. Tuckman (1978), berpendapat bahawa instrumen berbentuk soal selidik
dan temu bual merupakan dua cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat

daripada responden selain daripada membuat pemerhatian terhadap tingkah laku

mereka. Cates (1990), menyatakan bahawa kaedah soal selidik adalah bagus dan amat

berkesan jika ia disediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan

boleh dipercayai. Oleh itu, dapat dilihat dengan jelas sekali bahawa jurnal ini

menggunakan instrumen yang sesuai dengan kajian yang dibuat untuk mengkaji sikap

guru. Melalui instrumen kajian yang digunakan, kesahan dan kebolehpercayaan adalah

tinggi kerana jurnal ini menggunakan SPSS untuk menganalisis data yang diperolehi.

Data yang diperolehi dianalisis dengan terperinci dalam bentuk purata min, skor min dan

sisihan piawai.

Rumusnya, kebolehpercayaan instrumen kajian dalam kajian ini mempunyai tahap

kebolehpercayaan yang tinggi kerana alat yang digunakan iaitu borang soal selidik dan

SPSS untuk menganalisis data adalah mampu memberi jawapan yang tepat seperti apa

yang ditunjukkan dalam jadual.

6.0 Prosedur Penyelidikan

Jurnal ini tidak memenuhi prosedur penyelidikan seperti yang terdapat dalam format

prosedur penyelidikan pendidikan. Terdapat 13 prosedur penyelidikan pendidikan yang perlu

dipatuhi dalam membuat kajian. Jurnal ini tidak menyatakan satu persatu tentang prosedur

tersebut. Jurnal ini tidak menyatakan masalah kajian secara terperinci dalam kajian yang

dibuat ini. Selain itu, jurnal ini juga tidak menyatakan persoalan kajian dengan lebih spesifik.

Pembaca kurang memahami kerana penyelidik menggabungkan objektif dan persoalan

kajian yang hendak dikaji.


Jurnal ini juga tidak menyatakan hipotesis kajian yang dijalankan ini. Jurnal ini

seharusnya menyatakan hipotesis kajian bagi memberikan pendapat awal kepada pembaca

tentang apa yang hendak dikaji. Oleh itu, jurnal ini perlu memperbaiki dan menambahbaik

prosedur penyelidikan ini supaya lengkap dan pembaca mendapat maklumat yang lebih

terperinci lagi tentang kajian yang dijalankan ini.


Prosedur pengumpulan data adalah sesuai dengan reka bentuk kajian yang dijalankan.

Pengumpulan data menggunakan borang soal selidik adalah sesuai bagi reka bentuk kajian

tinjauan deskriptif. Jurnal ini telah menggunakan prosedur pengumpulan dan reka bentuk

kajian yang sesuai. Hal ini kerana jumlah populasi dan saiz sampel kajian adalah sesuai

dengan kaedah soal selidik. Menurut Marican (2006), kajian tinjauan digunakan untuk

mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan atau ribuan

responden. Dalam kajian beliau saiz sampel yang terlibat adalah 110 orang guru dan ini

bersesuaian dengan pendapat Marican (2006).


Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (2003), soal selidik selalu digunakan untuk mengukur

konsep yang berkaitan sikap, persepsi dan pandangan selain dari keterangan latar

belakang. Jurnal ini ingin mengkaji sikap guru dan ini amat sesuai dengan pendapat Mohd

Najib Abdul Ghafar (2003). Teknik pengumpulan data adalah disokong oleh pendapat tokoh

yang lepas iaitu menurut Mohd Majid Konting (2004), soal selidik merupakan salah satu alat

pengukuran yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Ia digunakan untuk

mendapatkan maklumat yang tepat dan berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan dan

sebagainya.

7.0 Analisis Data

Analisis data merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data

serta prosedur statistik. Tujuan analisis data ialah dapat mempersembahkan data kepada

bentuk yang lebih bermakna. Oleh itu, data yang dikumpul perlu dianalisis dengan bijak dan

teratur.
Kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis deskriptif. Analisis ini

ialah mengorganisasi dan menyimpulkan maklumat secara numerik dengan sesuatu

pembolehubah penyelidikan satu persatu. Biasanya analisis jenis ini ialah menggunakan

jadual, grafik atau diagram. Dalam kajian ini, data dianalisis dengan menggunakan SPSS

dan dipersembahkan dalam bentuk jadual yang menjelaskan tentang skor min, purata dan

sisihan piawai bagi mengkaji persoalan kajian beliau.


Jurnal ini telah menggunakan teknik menganalisis data yang sesuai dan menjawab

persoalan kajian dalam penyelidikan yang dijalankan. Teknik soal selidik adalah sesuai
dengan persoalan yang diutarakan. Selain itu juga, soalan-soalan soal selidik adalah teratur

serta menepati objektif kajian jurnal ini. Jurnal ini juga telah memberikan justifikasi bagi

penggunaan teknik analisis data dengan jelas sekali. Menurut Berg et. al.(1979), kajian

deskriptif menerangkan fenomena menganalisis data deskriptif yang diperolehi daripada

soal selidik atau media lain.

8.0 Kekuatan Dan Kelemahan Kajian

Kekuatan kajian ini ialah jurnal ini telah menyatakan dengan jelas tentang reka bentuk

kajian yang dijalankan tanpa menggunakan ayat yang panjang. Pembaca dapat

memahami dengan jelas tentang reka bentuk kajian penyelidikan ini. Dengan ini,

pembaca akan berasa lebih seronok untuk membaca kajian tersebut. Jurnal ini juga

menyatakan dengan jelas tentang tajuk kajian beliau. Pembaca dapat memahami tajuk

kajian beliau kerana ringkas dan menggunakan bahasa yang mudah difahami.
Selain itu, jurnal ini juga menggunakan SPSS untuk menganalisis data. Kebanyakan

para pengkaji menggunakan SPSS untuk menganalisis data untuk mendapatkan

ketepatan hasil kajian beliau. Dengan menggunakan SPSS ini juga, jurnal ini dapat

menganalisis data dengan cepat dan mudah kerana menggunakan sistem komputer.
Jurnal ini juga menggunakan kaedah pengumpulan data yang sesuai dengan objektif

dan persoalan kajian beliau iaitu kaedah soal selidik. Teknik pengumpulan data adalah

disokong oleh pendapat tokoh yang lepas iaitu menurut Mohd Majid Konting (2004), soal

selidik merupakan salah satu alat pengukuran yang digunakan dalam penyelidikan

pendidikan. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan berkenaan

fakta-fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar

(2003), soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan sikap,

persepsi dan pandangan selain dari keterangan latar belakang.


Manakala, kelemahan kajian ini pula ialah jurnal ini tidak menyatakan dengan jelas

tentang hipotesis kajian dan cara analisis data dengan menggunakan SPSS. Pembaca

hanya dapat mengetahui daripada jadual dan hasil kajian yang ditunjukkan dalam

penulisan artikel beliau sahaja. Selain itu, jurnal ini juga tidak menyatakan secara

spesifik tentang permasalahan kajian beliau. Walaubagaimana pun, pembaca dapat


memahami masalah yang hendak dikaji melalui objektif kajian beliau. Tambahan lagi,

jurnal ini tidak mengikut prosedur penyelidikan seperti yang telah ditetapkan dan ini

menyebabkan kajian beliau tidak lengkap. Hal ini menyebabkan pembaca kurang

memahami kajian beliau.

9.0 Cadangan

Antara beberapa cadangan yang boleh dibuat penambahbaikan oleh jurnal ini tentang

kajian ini ialah perlu menyatakan dengan lebih spesifik tentang hipotesis kajian serta

permasalahan kajian beliau supaya mudah difahami oleh pembaca sekaligus dapat

menarik minat pembaca untuk membaca kajian ini.


Selain itu, jurnal ini juga perlu mengikut prosedur penyelidikan yang sepatutnya

supaya pembaca lebih tertarik dan memahami kajian ini untuk dibuat rujukan. Jurnal ini

perlu mengikut langkah-langkah yang perlu dipatuhi semasa membuat penyelidikan.

Antara langkah-langkah tersebut ialah menyatakan masalah kajian, menetapkan objektif

kajian, membentuk soalan kajian, membentuk hipotesis kajian, melakukan tinjauan

literature, merancang reka bentuk kajian, menentukan prosedur persampelan, membina

instrumen kajian, kebolehpercayaan dan kesahan instrumen kajian, menentukan

prosedur mengumpul data, mengumpul data, menganalisis data yang dikutip dan

membincang serta melaporkan hasil kajian. Bagi memantapkan lagi kajian ini, jurnal ini

mestilah mengikut prosedur seperti yang dinyatakan itu. Ini dapat menjadikan sesuatu

kajian itu lebih lengkap dan sempurna serta dapat memberikan lebih kefahaman kepada

pembaca.
Rujukan

Diperoleh pada November 01, 2013 daripada http://ocw.utm.my/


Diperoleh pada November 01, 2013 daripada

http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/ghazali.pdf
Diperoleh pada November 02, 2013 daripada

http://ipgmkdri.edu.my/ibrahim/Nota_PenyelidikanTindakanI_PKP3113.pdf
Diperoleh pada November 02, 2013 daripada http://tajulariff60.blogspot.com/2011/03/2-

prosedur-penyelidikan-tindakan-konsep.html
Diperoleh pada November 02, 2013 daripada http://www.cikgudahlia.com/2011/10/kesahan-

dan-kebolehpercayaan-validity.html
Diperoleh pada Oktober 29, 2013 daripada http://www.slideshare.net/mohdkhamdani/cara-

analisis-data
Diperoleh pada Oktober 29, 2013 daripada

https://docs.google.com/document/d/1gSr12ai62bwDxwoSd68advlDQec67SJo_sMqz

w46gk0/edit
Diperoleh pada Oktober 30, 2013 daripada http://kheru2006.i8.com/HBEF2503/topik5.htm
Diperoleh pada Oktober 30, 2013 daripada http://www.cikgudahlia.com/2011/11/kajian-

tinjauan-soal-selidik-dan.html
Diperoleh pada Oktober 30, 2013 daripada

http://pgsrkent08.edublogs.org/files/2009/12/Kemahiran-Menulis.pdf

Said, M., Rizal, M., & Thay, C. Y. (2012). Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan Pelajar Yang

Mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi

Pengajian 2007-2008, Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Journal of

Technical, Vocational & Engineering Education, 6, 59-72.


Yahaya, A., & Kiaw Geok, Y. (2003). Keberkesanan program pemulihan akhlak di sekolah Henry

Gurney Tunas Bakti.

Anda mungkin juga menyukai