Anda di halaman 1dari 17

Nama Fadial Bin Jamaludin S2121603

Modul JQB7001 Metodologi Penyelidikan

Pensyarah Dr. Marzudi Md Yunus

Bahagian A

1. Nyatakan ciri-ciri yang perlu bagi suatu penyelidikan akademik? (10 markah)

Penyelidikan merupakan suatu proses yang sistematik yang melibatkan proses

merancang kaedah penyelidikan, mengumpul data, menghurai data, dan melapor data.

Research is the process of collecting, analyzing, and interpreting data in order to

understand

a phenomenon (Leedy & Ormrod )Penyelidikan didefinisikan sebagai

penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai

sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan

ilmu pengetahuan manusia sejagat. (Manheim, 1977). Penyelidikan akademik yang baik

pastinya ada ciri-ciri tertentu.

Ketika menulis artikel atau esei akademik, kajian yang dijalankan hendaklah

tepat dan menepati ciri-ciri tertentu. Ini untuk memastikan agar penulisan tidak

songsang atau pun sesat. Ini merupakan tanggungjawab yang besar yang harus dipikul

setiap pengkaji kerana setiap hasil penulisannya bakal merubah persepsi dan pemikiran

setiap individu yang membacanya.

Pemilihan Tajuk

Ciri yang paling utama pula adalah berkenaan pemilihan tajuk. Tajuk yang

sesuai dapat mempengaruhi dan menentukan ciri penulisan dan kajian yang baik. Tajuk

yang dipilih hendaklah tajuk yang boleh dibincangkan dan mempunyai banyak cabang
untuk diolah dan dibahaskan. Tajuk persoalan ini penting diolah berdasarkan data,

fakta, huraian dan contoh.

Dalam memilih tajuk, pengkaji haruslah berdiri di alam nyata. Persoalan kajian

harus realistik dan boleh tercakup oleh pengkaji. Sebagai contoh, jika pengkaji memilih

tajuk ‘Kesan Pembelajaran di Rumah Terhadap Pelajar Sewaktu Pandemik Covid di

Singapura’. Hal ini agak fokus kerana pengkaji hanya ingin mengkaji kesan terhadap

pelajar di Singapura ketika pandemik Covid. Cakupan ini dapat diterima kerana ianya

agak fokus dan tidak begitu meluas.

Penggunaan Bahasa

Ciri seterusnya adalah berkenaan penggunaan bahasa. Bahasa yang digunakan

perlulah sesuai dan mudah difahami pembaca. Dengan menggunakan bahawa yang

sesuai, sesiapa sahaja yang membaca artikel yang disiapkan akan dapat mengikuti

serta memahami perbincangan serta isi yang ditulis. Hal ini demikian kerana penulis

dan pengkaji tidak tahu siapa yang bakal membaca penulisan dan kajiannya.

Penulisan akademik mesti ditulis dengan bahasa baku iaitu penggunaan bahasa

standard. Penulis harus mengelakkan daripada menggunakan bahasa yagn tidak formal

seperti bahasa pasar atau pun bahasa slanga. Ayat dalam penulisan juga harus

diperhatikan tatabahasa kerana kesilapan dalam menulis akan menimbulkan kekeliruan

kepada pembaca. Penggunaan bahasa yang tepat dan benar mempengaruhi maksud

yang ingin disampaikan oleh penulis dan pengkaji sesebuah penulisan dan kajian.

Kepanjangan Teks

Dalam menulis artikel, struktur ayat yang pendek, ringkas dan tepat adalah

menjadi pilihan dan merupakan antara ciri penulisan dan kajian yang baik. Ini untuk
memastikan pembaca dapat mengikuti perbincangan dan membantu pembaca mudah

memahami dan tidak membosankan. Sekiranya kajian dan penulisan artikel terlalu

panjang, maka hal ini akan membuat pembaca malas untuk meneruskan pembacaan

dan sukar untuk memahami perbincangan yang ingin disampaikan penulis. Struktur

ayat yang terlalu bahasa berbunga-bunga seperti penggunaan metafora, anafora,

hiperbola, inversi dan sebagainya akan menimbulkan kekeliruan kepada si pembaca.

Pandangan Berdasarkan Bukti

Pandangan yang diketengahkan dalam artikel akademik mestilah diikuti dengan

bukti yang ditukil melalui kajian lepas yang telah dijalankan sarjana atau pengkaji lain

dalam bidang atau perkara yang sedang dikaji. Hal ini untuk memastikan bahawa

pandangan yang diberikan itu adalah melalui pemerhatian serta data yang diperolehi

dan juga dengan sokongan serta bukti sokongan dari teori atau pun dapatan pengkaji

yang telah menjalankan kajian dalam bidang tersebut. Dalam hal ini, jika pandangan

disokong oleh bukti akan membawa unsur kepercayaan terhadap pandangan yang

diberikan penulis.

Menghargai Karya Orang Lain

Seorang pengkaji mesri menghargai karya orang lain. Ini merupakan ciri pertama yang

perlu ada dalam diri setiap penulis dan pengkaji. Menurut Finnigan (2011), quoting is

like any other human activity, quoting is socially organised. Dengan erti kata lain,

membuat rujukan merupakan satu aktiviti sosial yang diterima dan direncanakan.

Adalah satu kebiasaan dalam membuat tukilan dari orang lain. Namun, apa yang tidak

dapat diterima adalah apabila seseorang penulis menciplak karya seseorang yang lain

dan selanjutnya membuat pengakuan bahawa karya itu adalah karya ciptaannya.
Dalam hal ini, perbuatan mengambil sesuatu bahan tanpa membuat sebarang

penghargaan kepada pemilik karya adalah salah dari segi Akta Hakcipta 1987 (Akta

332).

Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), “Perbuatan sama

ada memalsukan hasil kajian atau dokumen, menyalah gunakan dana penyelidikan dan

memplagiat hasil kerja orang lain tanpa keizinan adalah satu jenayah akademik”. Ciri

pertama ini menekankan etika ketika menjalankan penyelidikan untuk memastikan

penyelidikan yang asli dan berkualiti dapat dihasilkan.

Cara Penulisan

Gaya atau cara penulisan akademik tidak seharusnya bersifat berat sebelah

atau bersifat memihak mana-mana pihak. Penulisan sedemikian akan mengakibatkan

pembaca terpengaruh dan kemudiannya membuat pilihan atas dasar pujukan,

percanggahan dan juga atas sebab pemilihan yang telah ditentukan oleh penulis.

Pengkaji harus elakkan daripada membawa sebarang ideologi pihak yang

berkepentingan dan cuba mengasingkan diri dari membuat sebarang pemilihan

sebelum kajian dibuat. Hal ini melanggar etika penulisan dan penyelidikan kajian iaitu

dengan membuat rumusan sebelum menjalankan kajian.

Kesimpulan

Menulis serta menjalankan kajian memerlukan disiplin yang tinggi dan

terpimpim ciri-ciri yang harus ada pada seseorang pengkaji. Ini adalah untuk

memastikan kajian yang akan dijalankan itu merupakan kajian yang boleh

dipertanggung jawabkan dan ada unsur kesahihan dalam mencari jawapan terhadap

persoalan yang diketengahkan. Pengkaji harus selalu semat di hati nurani bahawa
kajian yang dijalankan itu bakal menyelesaikan permasalahan yang bakal menjadi

penawar kepada masyarakat. Jika tanggungjawab ini diambil mudah oleh sebilangan

penulis dan pengkaji, mutu penghasilan karya dan penulisan akademik tidak lagi

mendapat pengiktirafan dan bakal merundum nilai akademik generasi yang akan

datang.

3. Bagaimana seseorang penyelidik dapat menghasilkan sebuah permasalahan


kajian yang baik? (10 markah)

Dalam membuat kajian, aspek pernyataan masalah amat penting. Permasalahan

kajian adalah isu atau masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Menetapkan

permasalahan kajian adalah langkah pertama yang bakal menentukan samada sesuatu

kajian itu akan berjaya atau gagal. Penentuan permasalahan kajian menjadi titik mula

perjalanan seribu persoalan, andaian dan juga jawapan.

Dalam menghasilkan sebuah permasalahan kajian, pengkaji harus bersedia

untuk menerangkan rasional dan juga mempertahankan isu mahupun topik yang ingin

dikaji. Langkah ini dapat meyakinkan pengkaji bahawa kajian yang bakal dijalankan itu

sesuatu yang relevan dan perlu dikaji. Pernyataan masalah yang berkesan menjelaskan

apa yang hendak dikaji, bagaimana dan setakat mana hendak dikaji, dan berbentuk

operasi

Terdapat ciri-ciri tertentu dalam melakarkan satu permasalahan yang baik. Ciri-

ciri ini memudahkan pengkaji mencerakinkan dan mendefinisikan permasalahan kajian.

Hal ini penting kerana dalam apa-apa kajian, pendefinisian yang jelas dan jitu akan

memudahkan pengkaji menjalankan kajiannya. Jika permasalahan masalah dapat


dijelaskan dengan baik, hal ini akan memandu pengkaji dalam pelbagai aspek seperti

mendapatkan golongan responden yang harus dilibatkan, memilih metod kajian yang

paling sesuai dan juga mencari penyelesaian bagi masalah yang diketengahkan.

Pernyataan Masalah

Antara ciri permasalahan kajian yang baik ialah menulis penyataan masalah

dengan jelas dan padat. Menurut Bryman, Alan (2007) clarity and precision of a well-

written statement does not make sweeping generalizations and irresponsible

pronouncements. Menulis pernyataan masalah haruslah padat dan jelas dan tidak

menimbulkan sebarang unsur ketaksaan atau ambiguiti.

Sebagai contoh, cuba berikan perhatian terhadap tajuk ini, ‘Kesan Penurunan

Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Masyarakat Melayu di Singapura Masa Kini’. Tajuk

ini jelas jika dibaca sesiapa akan isu yang ingin diketengahkan pengkaji iaitu isu

penurunan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura

sekarang ini. Pengkaji ingin mengkaji kesan yang bakal dihadapi jika fenomena ini terus

berlaku. Tajuk yang diberi memberikan gambaran kepada pengkaji dan pembaca skop

kajian iaitu kesan yang akan dihadapi akibat penurunan penggunaan bahasa Melayu.

Tempat kajian juga dikecilkan pada negara Singapura dan masa juga dinyatakan iaitu

masa kini. Tajuk yang spesikfik ini dapat memandu pengkaji untuk memberikan fokus

dan skop tertentu dalam kajian yang akan dijalankan.

Penjanaan Pelbagai Soalan Dalam Kajian

Satu lagi ciri yang menentukan sama ada permasalahan kajian itu dikira baik

atau pun tidak adalah pertanyaan samada persoalan kajian itu bakal menjanakan
pelbagai soalan kajian. Persoalan kajian akan menyebabkan beberapa rangkaian

persoalan susulan yang ada kena mengena dengan tajuk yang dipilih pengkaji.

Sebagai contoh :

‘Kesan Penurunan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Masyarakat Melayu di

Singapura Masa Kini’.

 Adakah masalah ini berlaku juga pada etnik lain atau hanya pada
masyarakat Melayu?
 Apakah fenomena ini akan mengakibatkan bahasa Melayu itu pupus
sama sekali?
 Apa faktor-faktor menyebabkan penurunan penggunaan bahasa Melayu
ini?
 Apa harus dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian?

Semua soalan ini dapat dijana mengikut tajuk yang diberikan di atas. Ini

menunjukkan bahawa permasalahan kajian ini dianggap satu permasalahan kajian

yang baik. Dengan mencari jalan penyelesaian menerusi kajian yang akan dijalankan,

pengelidik akan menambah dunia ilmiah dan menyajikan dapatan yang dapat

membantu golongan masyarakat yang menghadapi masalah ini dan sekali gus

menambah ilmu pengetahuan.

Pengaplikasian Teori

Menurut Jim Stewart et al (2010) teori didefinisikan sebagai a supposition or a

system of ideas intended to explain something. Takrifan ini menyatakan bahawa teori

ialah suatu sangkaan atau sistem idea yang bertujuan untuk menerangkan sesuatu. Di

sini jelas bahawa teori adalah merupakan penjelasan, tentang mengapa dan

bagaimana sesuatu berlaku. Menurut Ence Surahman (2020) pula, teori merupakan
sekumpulan pembangunan (konsep), definisi, dan proposisi yang berfungsi melihat

fenomena secara sistematik dan menyeluruh, melalui spesifikasi hubungan antar

variable, sehingga dapat berguna untuk menjelaskan dan meramalkan fenomena.

Teori sangat penting dalam membina permasalahan kajian. Terori dapat

membantu pengkaji memberi hujah dan menyokong segala perbicangan yang

diketengahkan. Jadi adalah penting untuk pengkaji membuat penelitian sama ada

persoalan kajian yang hendak dijalankan itu boleh diaplikasikan sebarang teori yang

sudah mantap.

Sebagai contoh, kajian ‘Kesan Penurunan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam

Masyarakat Melayu di Singapura Masa Kini’, pengkaji menerapkan teori Language Shift

dalam kajiannya untuk melihat fenomena penggunaan yang merudum yang sedang

berlaku terhadap bahasa Melayu di Singapura. Teori language shift menerangkan

bahawa akan berlaku peralihan kepada bahasa yang dahulunya tinggi dari segi

penggunaan serta kepentingan kepada bahasa baru yang diangkat dari segi status

serta kepentingan. Dalam hal ini, bahasa Inggeris menampakkan kewibawaannya dan

dianggap lebih penting, maka masyarakat Melayu beralih bahasa dari bahasa Melayu

ke bahasa Inggeris. Hal ini merupakan intipati teori peralihan bahasa yang sedang

berlaku di Singapura.

Sorotan Literatur

Pengkaji harus meneliti sama ada permasalahan kajian yang dibuat itu ada

bahana literatur yang bersangkutan dengan persoalan yang ingin dibuatnya. Adanya

sorotan kajian lalu memberi gambaran kepada pengkaji bahawa masalah yang ingin

dikajinya itu merupakan satu kajian yang penting dan pernah juga dikaji oleh sarjana
ataupun pengkaji lain. Hal ini menunjukkan bahawa kajian yang dihendak dijalankan itu

merupakan sesuatu yang penting. Walau pun sudah ada kajian-kajian lepas yang

dibuat tentang topik ataupun perkara tersebut namun pasti ada terdapat kelompongan

isu yang masih boleh dikaji untuk menyempurnakan masalah-masalah yang berkait

dengan permasalahan yang sama.

Isu Baharu dan Relevan

Ciri terakhir yang harus difikirkan pengkaji dalam membuat penentuan

permasalahan kajian adalah menentukan jikalau permasalahan itu masih baharu dan

masih relevan kepada masyarakat. Pengkaji harus bertanya jika permasalahan kajian

yang ingin dikaji itu masih hangat diperkatakan atau ianya satu masalah lampau yang

sudah tidak berlaku lagi. Kajian yang melibatkan perihal terkini dan relevan akan

memberi jawapan kepada perkara-perkara yang masih samar-samar atau sama sekali

kabur.

Sebagai contoh, tajuk ‘Kesan Pembelajaran di Rumah (Home Based Learning,

HBL) ketika Pandemik Covid 19 Terhadap Pelajar Sekolah Rendah di Singapura’. Tajuk

ini merupakan satu tajuk yang sangat relevan dan terkini untuk dikaji. Hal ini merupakan

satu keadaan yang sedang berlaku ketika ini dan jawapan-jawapan yang dizahirkan

oleh pengkaji boleh dimanfaatkan oleh golongan pendidik.

Kesimpulan

Menentukan persoalan kajian adalah langkah utama pertama yang harus diambil

oleh pengkaji semasa menjalankan penyelidikan. Sebagai klise, jika dapat membentuk

persoalan kajian yang mantap dan baik, separuh tindakan kajian telah berjaya

dilakukan. Hal ini adalah kerana persoalan kajian dapat memandu penyelidik untuk
menentukan kaedah kajian, mencari teori dan mengaplikasikannya dan juga

membincangkan perihal kajian dengan jelas.

Bahagian B

5. Jelaskan bagaimana sesuatu teori yang digunakan dalam penulisan tesis dapat
membantu menyelesaikan penyelidikan yang dilakukan. (10 markah)

Takrifan teori menyatakan bahawa teori adalah suatu sangkaan atau sistem idea

yang bertujuan untuk menerangkan sesuatu. Theory is a supposition or a system of

ideas intended to explain something (Jim Stewart et al. 2010). Di sini jelas bahawa teori

adalah merupakan penjelasan, tentang mengapa dan bagaimana sesuatu berlaku.

Menurut Ence Surahman (2020) pula, teori merupakan sekumpulan pembangunan

(konsep), definisi, dan proposisi yang berfungsi melihat fenomena secara sistematik

dan menyeluruh, melalui spesifikasi hubungan antar variable, sehingga dapat

berguna untuk menjelaskan dan meramalkan fenomena.

Persoalannya apakah penting teori digunakan dalam sesuatu kajian atau

penyelidikan? Mengapa harus menggunakan teori dan apa peranan teori dalam

penyelidikan? Pertanyaan ini sering menjadi perbualan pokok para pelajar universiti

yang melakukan kajian ataupun penyelidikan.

Secara umum, teori merupakan satu set pernyataan yang teratur dan bersepadu

yang menerangkan, menerangkan dan meramalkan tingkah laku. Teori dipengaruhi

secara langsung oleh nilai budaya dan sistem kepercayaan pada zaman itu. Teori
sangat penting kerana ianya membimbing dan memberi makna kepada apa yang dilihat

ketika itu. Apabila pengkaji menyiasat dan mengumpul maklumat melalui pemerhatian,

pengkaji memerlukan idea yang jelas tentang apa maklumat penting untuk dikumpul.

Teori yang mantap dan disahkan oleh penyelidikan berfungsi sebagai asas

kukuh untuk menentukan tindakan yang praktikal. Dengan mengaplikasikan teori dalam

sesuatu permasalahan kajian, pengkaji akan dapat sandaran dan panduan kepada

pengkaji melakarkan tindakan selanjutnya dalam penyelidikan yang dijalankan.

Alderson (1998) menjelaskan theory is at the heart of practice, planning and

research and all thinking involves theories. Teori mempengaruhi dan merupakan nadi

dalam penyelidikan yang dapat menjayakan atau pun menggagalkan sesuatu

penyelidikan. Teori sangat mempengaruhi cara data dikumpulkan, dianalisis, difahami

dan digunakan dalam pembincangan,tengah

Sebagai contoh, kajian bertajuk ‘Kesan Penurunan Penggunaan Bahasa Melayu

Dalam Masyarakat Melayu di Singapura Masa Kini’, pengkaji menerapkan teori

Language Shift dalam kajian. Teori Language Shift menerangkan bahawa akan berlaku

peralihan kepada bahasa yang dahulunya tinggi dari segi penggunaan serta

kepentingan kepada bahasa baru yang diangkat dari segi status serta kepentingan.

Dengan mengaplikasikan teori tersebut, pengkaji terbimbing dan dapat melihat

fenomena peralihan bahasa yang berlaku di Singapura. Masyarakat Melayu lebih

menggunakan bahasa Inggeris yang lebih penting dari segi komunikasi antara kaum

dan juga dari segi ekonomi. Hal ini merupakan intipati teori peralihan bahasa yang

sedang berlaku di Singapura.


Dalam contoh yang diberikan ini, pengkaji terbimbing melalui teori language shift

mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Singapura. Pengkaji memahami bahawa

fenomena ini sudah berlaku di beberapa negara dan teori ini satu teori yang mantap

dan telah dibuktikan kesahihannya.

Menurut Caroline Bradbury et al (2014) the use of theory as an integral part of

the research endeavour. Penggunaan teori dalam penyelidikan adalah satu langkah

penting dalam penyelidikan. Teori sebagai panduan menyempurnakan penyelidikan

seharusnya menjadi satu etika kerja yang harus kita amalkan.

6. Jelaskan bagaimana kajian literatur dapat digunakan secara signifikan dalam


sesebuah penulisan tesis pelajar. (10 markah)

Kajian literatur merupakan salah satu aspek penting dalam menjalankan

sebarang kajian. Menurut Fink, Arlene (2014) a literature review surveys books,

scholarly articles, and any other sources relevant to a particular issue, area of research,

or theory, and by so doing, provides a description, summary, and critical evaluation of

these works in relation to the research problem being investigated.

Secara ringkasnya, kajian literatur mungkin hanya memberikan ringkasan

sumber utama, tetapi dalam sains sosial, kajian literatur biasanya mempunyai corak

organisasi dan menggabungkan kedua-dua ringkasan dan sintesis, selalunya dalam

memahami konsep-konsep tertentu. Matlamat mana-mana tinjauan literatur adalah

untuk meringkaskan dan mensintesis hujah dan idea pengetahuan sedia ada dalam

bidang tertentu tanpa menambah sebarang sumbangan baharu.

Idea dan Hala Tuju Kajian


Kajian literatur dapat digunakan dengan baik dalam sesebuah tesis pelajar jika

kajian literatur memberi idea dan hala tuju kajian tentang penyelidikan yang akan

dijalankan. Ini merupakan salah satu kepentingan kajian literatur. Hal ini kerana kajian

literatur dapat memberi gambaran keseluruhan subjek, isu, atau teori yang sedang

dipertimbangkan, bersama-sama dengan objektif kajian literatur. Literature reviews are

designed to provide an overview of sources you have explored while researching a

particular topic and to demonstrate to your readers how your research fits within a

larger field of study (Fink, Arlene. 2014). Bagi penyelidikan, kajian literatur memberi

hala tuju untuk mencapai kejayaannya.

Maklumat Pemboleh Ubah

Melalui pembacaan kajian literatur, pengkaji juga akan diperkenalkan dan dapat

mengumpul maklumat pemboleh ubah yang ingin dikaji. Dengan pengetahuan sedia

ada, kajian literatur membantu penyelidik memutarkan topik penyelidikan. Penyelidikan

juga akan dapat melihat kesilapan yang berlaku dalam kajian lepas melalui pembacaan

kajian literatur. Sebenarnya sorotan literatur hanya melibatkan proses membaca dan

mengambil nota daripada kajian lepas yang berkaitan dengan penyelidikan yang

dijalankan.

Pemilihan Metod Kajian

Membaca kajian literatur pastinya akan membantu penyelidik untuk membuat

pilihan metodologi kajian yang mahu dijalankan samada kuantitatif atau pun kualitatif.

Ada juga pengkaji yang memilih untuk menggunakan kedua-dua metod sekali dalam

penyelidikan. Setelah membaca beberapa kajian literatur, pengkaji akan didedahkan


kepada beberapa metod penyelidikan dan akan memberikan sedikit informasi kaedah

mana yang lebih sesuai untuk diguna pakai pengkaji dalam menjalankan penyelidikan.

Gap of Knowledge

Gap of knowledge merujuk pada kelompongan yang berlaku pada kajian-kajian

lalu ketika membaca kajian literatur. Jurang penyelidikan ini dapat diteliti dan diterokai

lebih lanjut untuk mewujudkan fakta terkini teori untuk menambah nilai kepada

penyelidikan yang ada. Selalunya dalam bahagian kesimpulan kajian literatur, akan

dikenal pasti jurang yang wujud dalam cara sesuatu masalah telah dikaji sehingga kini.

Ini boleh memberikan peluang untuk pengkaji memilih tajuk berdasarkan jurang yang

dinyatakan.

Mengetahui Status Kajian

Kajian literatur juga memberikan maklumat kepada pembaca dan pengkaji untuk

mengetahui status kajian sesuatu topik. Jadi peranan kajian literatur adalah untuk

memberitahu jika sesebuah kajian itu sudah dijalankan atau pun belum. Hal ini

membantu pengkaji untuk memastikan topik yang hendak dikaji itu belum dikaji sesiapa

dan mengelakkan dakwaan plagiat. Maka dengan membaca beberapa kajian literatur,

pengkaji akan mendapat maklumat ini.

Sumber Rujukan

Kajian literatur mengenai bidang yang sama pastinya sarat dengan rujukan

bibliografi sarjana dalam negeri dan luar negara. Semua ini dapat ditukil dengan

membaca kajian literatur. Oleh kerana pengkaji akan menjalankan penyelidikan dalam

bidang yang sama, maka sumber rujukan yang ada dalam kajian literatur yang dibaca

ini sedikit sebanyak dapat digunakan oleh penyelidik. Hal ini akan menguatkan lagi
aspek keteguhan kajian dan juga aspek kepercayaan pembaca terhadap argumen

mahu pun perbincangan yang diketengahkan.

Kesimpulan

Kesemua fakta yang dinyatakan di atas menunjukkan betapa pentingnya

peranan kajian literatur yang dapat digunakan secara signifikan dalam sesebuah

penulisan tesis. Membaca kajian literatur lalu memberi pengetahuan kepada pengkaji

mengenai status kajian lepas dan membentangkan kepada pengkaji, apa yang sudah

dikaji, apa yang belum dikaji dan apa yang perlu disambung kajian. Kajian literatur juga

memberikan pengkaji pengetahuan mendalam terhadap topik yang dipilih jika topik itu

sesuai atau tidak atau pun topik yang dipilih harus dibuat perubahan tertentu. Akhir

sekali kajian literatur membawa langsung penyelidik untuk masuk ke bidang itu dan

mengetahui prasarana kajian literatur mengenai sesuatu topik kajian. Maka tidak dapat

dikesampingkan betapa pentingnya kajian literatur ini kepada pengkaji untuk

membangunkan tesis atau pun kertas kajiannya.

Rujukan

Alderson P. 1998. The importance of theories in health care. BMJ 1998; 317 :1007
doi:10.1136/bmj.317.7164.1007

Bryman, Alan. 2007. The Research Question in Social Research: What is its Role? International
Journal of Social Research Methodology 10 : 5-20;

Caroline Bradbury, Julie Taylor, Oliver Herber. 2014. How theory is used and articulated in
qualitative research: Development of a new typology. C. Bradbury-Jones et al. / Social
Science & Medicine 120 (2014) 135e141

Ence Surahman et al. 2020. KAJIAN TEORI DALAM PENELITIAN. JKTP Jurnal Kajian
Teknologi Pendidikan e-ISSN 2615-8787 49 JKTP Vol 3 No (1) Februari (2020): 49-58
http://journal2.um.ac.id/index.php/jktp/index

Fink, Arlene. 2014. Conducting Research Literature Reviews: From the Internet to Paper.
Fourth edition. Thousand Oaks, CA: SAGE
Finnegan, R. 2011. Controlling Quotation: The Regulation of Others’ Words and Voices. In Why
Do We Quote?: The Culture and History of Quotation (1st ed., pp. 221–252). Open Book
Publishers.
https://doi.org/10.2307/j.ctt5vjt3z.13

Henry L. Manheim. 1977. Sociological Research. Illinois.

Jim Stewart, Victoria Harte. 2010. What is theory? Journal of European Industrial Training Vol.
35 No. 3, 2011 pp. 221-229 Leeds Metropolitan University, Leeds, UK.

John Creswell. 2009. Research Design. Qualitative, Quantitative and Mixed Methods.
Approaches. Third Edition. Sage Publications. Los Angeles • London • New Delhi •
Singapore

Leedy, P. & Ormrod, J. (2001). Practical research: Planning and design (7th ed.). Upper Saddle
River, NJ: Merrill Prentice Hall. Thousand Oaks:

Makna Teori . Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) Kamus versi online/daring (dalam
jaringan)

Shahrinnahar Latib. 2019. Plagiat cemar kesucian bidang Pendidikan. bhnews@bh.com.my


https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/07/581009/plagiat-cemar-kesucian-
bidang-pendidikan
Jawapan:
Nama:
No Metrik:

Anda mungkin juga menyukai