Anda di halaman 1dari 43

Analisis Slanga Dalam Drama ‘Anak Metropolitan Siri 3’

b. menganalisis kosa kata slanga yang terdapat dan


c. mengenal pasti ciri-ciri perubahan makna slanga tersebut.
Bab 1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan
Bahasa merupakan satu alat yang amat penting dalam kehidupan manusia
sejagat. Bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi antara manusia
menjadikan bahasa itu memainkan peranan terpenting dalam kehidupan
manusia. Melalui bahasa manusia dapat melakukan pelbagai perkara dalam
kehidupan seperti menimba ilmu, bertukar informasi, menebarkan pemikiran,
menyatakan hasrat serta pendapat, bersosial dan pelbagai perkara lagi.
Bahasa juga menjadi wadah untuk mengukur ketrampilan, kewibawaan serta
status seseorang itu dari segi akademik, sosial dan juga ekonomi. Tidak
dapat dikesampingkan juga bahawa bahasa juga menjadi kayu pengukur
tamadun sesuatu kaum manusia.
Dalam kehidupan masyarakat Melayu khususnya, bahasa merangkumi
segala aspek kehidupannya bukan hanya sebagai alat komunikasi tetapi juga
sebagai satu sistem budaya. Bahasa yang baik atau betul tidak hanya bererti
baik atau betul dari segi peraturan tatabahasanya tetapi lebih penting lagi
adalah dari segi peraturan sosial, budaya atau adatnya. Di sinilah wujudnya
sosiolingustik.
Perkataan sosiolinguistik adalah gabungan perkataan ‘sosio’ dan
‘linguistik’. ‘Sosio’ membawa makna masyarakat dan ‘linguistik’ pula ialah
bahasa. Gabungan ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik adalah ‘satu
cabang dalam ilmu linguistik yang mengkaji perkaitan bahasa dengan
masyarakat’. (Nor Hisham Osman, 2002:2). Secara mudahnya, perkara pokok
dalam bidang ilmu ini adalah ‘bahasa dan masyarakat’. Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010:1519) mentakrifkan sosiolinguistik sebagai ‘kajian bahasa
dalam hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat’. Bahasa yang
digunakan manusia pula bervariasi bentuknya kerana bahasa digunakan
dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.
Chaer (2004:62) menyatakan bahawa variasi bahasa merujuk kepada
‘keragaman bahasa yang disebabkan oleh adanya kegiatan interaksi sosial

Page 1
yang dilakukan oleh masyarakat atau kelompok yang sangat beragam dan
dikarenakan oleh para penuturnya yang tidak homogen’. Dapat disimpulkan
bahawa disebabkan adanya pelbagai kegiatan interaksi sosial yang dilakukan
oleh masyarakat, maka variasi dalam berbahasa pasti berlaku. Salah satu
variasi yang terdapat ialah slanga.
Salah satu bentuk variasi bahasa ialah slanga. Kajian ini bakal
menyentuh kepelbagaian bahasa yang berbentuk slanga. Slanga wujud
dalam pelbagai golongan tertentu untuk tujuan menyampaikan sesuatu
maksud tanpa diketahui oleh masyarakat umum dan komunikasi yang ada
mengandungi kod rahsia. Penggunaan slanga bukan sahaja digunakan untuk
menyampaikan maklumat yang bersifat rahsia tetapi juga untuk membentuk
identiti kekitaan bagi golongan yang menggunakan slanga. Takrif mengenai
slanga bakal disentuh dalam bahagian seterusnya.

1.1 Objektif Kajian


Sesuatu kajian akan lebih terdorong dan terarah dengan adanya objektif serta
matlamat yang disasarkan dalam menemukan apa yang dikaji. Maka pengkaji
menetapkan dua matlamat dalam kajian ini:
a. mengenal pasti kosa kata slanga dalam kalangan gangster yang
terdapat dalam drama bersiri ‘Anak Metropolitan Siri 3’.
b. menganalisis kosa kata slanga yang terdapat dan
c. mengenal pasti ciri-ciri perubahan makna slanga tersebut.

1.2 Kaedah Kajian


Dalam usaha membuat analisis kajian ini, kaedah kepustakaan menjadi
pilihan utama pengkaji. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai buku serta
penulisan mengenai bidang yang sedang dikaji. Ramai sarjana yang pernah
mengkaji bidang ini dan juga terdapat banyak penulisan akademik juga artikel
yang ada mengenai subjek yang sama. Pemilihan data pula dibuat melalui
bahan yang terdapat dalam lelaman youtube iaitu drama bersiri Anak
Metropolitan 3.

1.3 Kepentingan Kajian


Kajian mengenai slanga kalangan gangster tidak banyak terdapat dalam
dunia akademik. Dengan itu, pengkaji berharap kajian ini dapat menambah

Page 2
pendokumentasian mengenai bidang yang dikaji iaitu slanga gangster.
Perkara ini dianggap penting kerana, golongan muda selalunya dikaitkan
dengan slanga gangster dan slanga gangster kerap menjadi ikutan golongan
muda. Dengan itu diharap melalui kajian ini dapat menjadi satu kesedaran
kepada golongan muda tentang impak slanga terhadap bahasa dan juga
sebagai informasi kepada para ibu bapa akan makna di sebalik bahasa
slanga yang digunakan golongan ini.
Seterusnya diharapkan juga agar kajian ini dapat menambah bahan
ilmiah dalam konteks Singapura yang sememangnya ketandusan bahan
ilmiah tentang isu atau bidang bahasa.

1.4 Bahan Kajian


Bahan kajian merupakan drama bersiri yang begitu popular ditayangkan di
kaca televisyen di Singapura. Drama Anak Metropolitan 1 arahan pengarah
Azroy Sultan ini pertama kalinya muncul di kaca televisyen pada tahun 2002,
diikuti pula dengan Anak Metropolitan 2 pada tahun 2008. Didorong oleh
sambutan yang diluar jangkaan, siri berikutnya iaitu Anak Metropolitan 3,
ditayangkan pada tahun 2012.
Siri ketiga sebanyak 13 episod kesemuanya memaparkan perjalanan
kehidupan tidak menentu para remaja yang terlibat dengan kegiatan
gangsterisme dan tekanan golongan remaja yang hidup dalam sebuah
negara metropolitan seperti Singapura. Pengarah Azroy Sultan begitu bijak
mengolah serta menyusun plot drama tersebut untuk memberi gambaran
jelas tentang kehidupan seorang remaja dalam konteks kehidupan Singapura.
Dalam drama ini, watak Azwan menjadi watak utama di mana dia
hidup dalam sebuah keluarga yang serba mewah tetapi dia ketandusan kasih
sayang daripada kedua ayah dan ibunya. Mereka merupakan karyawan yang
berjaya tetapi sering tiada di samping Azwan kerana kesibukan dalam karier
masing-masing. Hal ini menjadikan Azwan mula berjinak dengan kumpulan
gangster yang bagi Azwan dapat memberinya perhatian serta kasih sayang
yang dia dahagakan. Maka bermulalah kehidupan Azwan yang berliku-liku
serta menarik dengan penglibatan Azwan sebagai ahli kumpulan kongsi
gelap.

Page 3
Pada mulanya, drama ini mendapat pelbagai respons negatif daripada
para penonton kerana terdapat banyak nilai negatif seperti aksi perkelahian
antara kumpulan, aksi minum minuman keras serta adegan di kelab malam
yang dipaparkan namun apabila dilihat pula sudut pengajaran yang diberikan
buat ibu bapa dan juga golongan remaja sendiri, drama Anak Metropolitan
menjadi drama yang paling hit dalam sejarah drama Melayu di Singapura. Hal
ini kerana pada ketika itu filem bergenre gangsterisme banyak dikeluarkan
oleh para pembikin filem seperti KL Gangster, KL Gangster 2 dan lain-lain
lagi. Genre filem-filem berlatarkan kehidupan gangster mendapat tempat
dalam hati para penggemar filem ketika itu.
Berikut merupakan perincian data drama siri Anak Metropolitan 3.
Episod Durasi Lelaman Youtube
Episod 1 40’ 56 https://www.youtube.com/watch?v=9DnOGvHgbLo
Episod 2 40’ 05 https://www.youtube.com/watch?v=cHd8foegBLk
Episod 3 44’ 03 https://www.youtube.com/watch?v=6WRqVV3d2ww

Barisan Pelakon Utama


Ahmad Syarifullah Nufail Syazali Farhan Hassan
Erwin Dawson Lydia Asyqin Ikah Jamil
Nadiah M.Din Alfian Rahim Arif Salleh

1.5 Batasan Kajian


Kajian ini hanya akan memberi fokus pada perkataan slanga yang terdapat
dalam dua episod siri drama ‘Anak Metropolitan 3’. Pengkaji hanya memberi
fokus pada perkataan slanga yang terdapat dalam tiga episod terawal iaitu
episod satu, episod dua dan juga episod tiga dalam siri drama tersebut.
Satu lagi batasan yang diletakkan oleh pengkaji ialah dengan mengkaji
slanga yang mengalami perubahan makna daripada perkataan standard.
Dengan kata lain perkataan yang dikaji merupakan perkataan yang terdapat
dalam kamus. Perkataan slanga yang bukan daripada golongan perkataan
standard tidak akan dijadikan bahan korpus. Sebagai contoh perkataan ‘tiak’,
‘paitau’ dan ‘langsi’. Perkataan-perkataan ini tidak terdapat dalam kamus dan

Page 4
juga merupakan perkataan slanga yang diambil langsung daripada bahasa
Cina.

1.6 Konsep Slanga


Slanga wujud sebagai satu wadah komunikasi dalaman antara anggota
kalangan tertentu. Ada pelbagai slanga yang wujud seperti slanga mat rempit,
slanga mahasiswa, slanga penagih dadah dan lain-lain. Kepentingan slanga
ini digunakan golongan-golongan tertentu untuk menyampaikan mesej yang
hanya diketahui oleh lingkungan mereka dan bukan orang luar. Di sini slanga
memainkan peranan iaitu slanga menyimpan tahap kerahsiaan yang tinggi di
antara golongan sesama sendiri dan orang-orang yang tidak dalam
lingkungan itu tidak akan memahami maksud sesuatu slanga itu.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1511) mendefinisikan slanga
sebagai ‘kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku’. Kata-kata
tersebut biasanya digunakan dalam percakapan tidak formal dan tidak boleh
digunakan dalam penulisan atau dalam keadaan yang formal. Harimurti
Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga adalah bahasa yang
tidak rasmi dan lazim ‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari
luar kelompok memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan.
Dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003) dikatakan ‘slanga adalah
ragam bahasa tidak rasmi dan tidak baku yang sifatnya tidak tetap atau
mengikut musim’. Chaer dan Agustina (2010:62) mendefinisikan slanga
sebagai ‘variasi sosial yang bersifat khusus dan rahsia’. Slanga digunakan
oleh kalangan tertentu yang sangat terbatas dan slanga tidak boleh diketahui
oleh kalangan di luar kalangan tersebut.
Dengan itu dapat dirumuskan bahawa slanga merupakan bahasa
percakapan yang tidak tergolong sebagai bahasa baku. Satu peranan slanga
ialah dapat menyampaikan mesej atau informasi dalaman tanpa diketahui
orang dari luar kelompok. Slanga juga bersifat temporal dan berubah
mengikut peredaran zaman.

Bab 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Sorotan Kajian

Page 5
Rencana yang bertajuk ‘Bahasa Slanga Remaja: Cabaran Memartabatkan
Bahasa Melayu’ tulisan Muhammad Daud (2012) membincangkan bagaimana
bahasa slanga sering mendapat perhatian daripada banyak pihak terutama
pihak yang cakna perihal bahasa. Namun ada kekeliruan yang berlaku kerana
ada yang menganggap bahasa slanga merupakan dialek daerah. Ada pula
yang mengaitkan bahasa slanga dengan cara pertuturan yang dipengaruhi
oleh bahasa asing, iaitu sebutan bahasa Melayu mengikut cara sebutan
bahasa asing. Ada pula yang menyatakan bahawa bahasa slanga sebagai
bahasa mesra. Perkembangan bahasa slanga semakin mendapat tempat
dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja. Hal ini
amat membimbangkan kerana slanga merencatkan usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan bahasa rasmi.
Penggunaan slanga yang meluas hanya akan menghakis keutuhan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi.
Menurut Asmah Hj Omar (1993) pula, dalam bukunya ‘Perancangan
Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Melayu’
menyatkan bahawa bahasa slanga merupakan satu kelainan bahasa yang
dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa slanga
memiliki ciri-ciri unik dalam bentuk ungkapan dan pengujaran sehingga
akhirnya bahasa slanga ini menjadi sangat sinonim, akrab dan berakar umbi
untuk membentuk identiti kumpulan. Penggunaan slanga juga bersandarkan
kepada key word atau kata kunci dalam pengujaran bahasa slanga yang
merupakan ciri-ciri uniknya bertujuan menguat, memberi lebih makna sambil
mengetengahkan identiti kelompok sosialnya. Bahasa jenis ini sering diguna
pakai oleh kumpulan rok, pelajar-pelajar universiti dan golongan profesional
semasa berkomunikasi bagi mengelak daripada diketahui oleh kumpulan
komuniti bahasa yang lain. Kata-kata jenis ini muncul dengan tiba-tiba dan
ianya juga mudah hilang dengan cepat. Perkataan bahasa ini dicipta daripada
bahasa dialek atau kaum tertentu termasuklah penjajah.
Sebuah artikel hasil tulisan Zaidi Ismail(2012) bertajuk Bahasa Melayu
dalam Media Baharu, pula membincangkan penggunaan bahasa Melayu
yang semakin melentur akibat penggunaan meluas bahasa gaul, singkatan
dan slanga yang tanpa segan silu di media sosial. Penulis membuktikan
bahawa penggunaan slanga dalam media sosial seperti Facebook, Twitter

Page 6
dan pelbagai lagi turut menimbulkan kerisauan terhadap penggunaan bahasa
yang tidak stabil. Penulis juga menggambarkan bahawa fenomena yang tidak
sihat ini bakal melunturkan serta melemahkan tunjang bahasa Melayu. Hal ini
kerana penggunaan meluas media sosial tidak dapat dikawal oleh mana-
mana pihak dan juga golongan remajalah merupakan golongan terbesar
pengguna media ini. Maka penggunaan slanga yang tidak terkawal dan
terpantau ini bakal membawa petaka pada bahasa Melayu.
Satu lagi kajian yang menarik dijalankan oleh Nik Safiah Karim(1981)
ke atas kelompok mahasiswa. Dalam artikel yang bertajuk ‘Bahasa Slanga di
kalangan mahasiswa Universiti Malaya-satu tinjauan sosiolinguistik’ Nik
Safiah Karim mengatakan bahawa sifat mahasiswa itu sendiri yang
menganggap diri mereka sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai
kecenderungan tersendiri. Maka dengan ciri-ciri yang ada golongan ini sering
mengasingkan diri mereka daripada masyarakat biasa. Berdasarkan kajian ke
atas mahasiswa Universiti Malaya(UM) dapat disimpulkan bahawa pertuturan
mahasiswa UM dikelaskan kepada dua peringkat iaitu pertuturan secara
formal dan informal. Semua bentuk perbualan serta penulisan dalam kuliah,
dalam seminar dan sebagainya berbentuk formal. Sementara itu pertuturan
tidak formal pula berlaku dalam perbualan antara pelajar. Di sinilah wujudnya
slanga mahasiswa. Slanga dalam kalangan mahasiswa UM wujud kerana
keperluan untuk mereka berbicara sesama sendiri tanpa dikesan oleh
pensyarah isi perbualan mereka dan juga untuk menyatakan secara tepat
perihal serta perkara-perkara yang berkaitan sesama sendiri. Slanga yang
digunakan juga dapat memperkatakan keadaan kehidupan sosial di kampus.
Maka penggunaan slanga antara mereka ini dapat mewujudkan satu identiti di
antara mereka.
Dalam artikel yang bertajuk ‘Bahasa Slanga di Kalangan Mahasiswa
Universiti Malaya’ tulisan Wong Khek Seng(1994) dalam Jurnal Dewan
Bahasa, beliau membuat soal selidik terhadap 150 orang pelajar yang
mengambil kursus Bahasa Melayu Lisan di Universiti Malaya(UM). Langkah
itu adalah untuk melihat perubahan dan juga perkembangan penggunaan
bahasa slanga di kalangan mereka. Apa yang didapati melalui kejian itu
adalah bahawa slanga wujud bukan sahaja dalam kalangan penagih dadah
serta golongan yang berpelajaran rendah tetapi penggunaan slanga juga

Page 7
meresap masuk ke kalangan pelajar-pelajar universiti. Kajian beliau juga
menzahirkan bahawa kebanyakan leksikal slanga yang digunakan bersifat
tidak formal(informal) sehari-harian(kolokial) dan hanya giat digunakan dalam
bentuk lisan. Kata-kata slanga yang digunakan tidak meresap masuk dalam
penulisan. Penggunaan slanga di kalangan pelajar UM juga memperlihatikan
beberapa fungsi sosial yang berkait rapat dengan aspek sosiolinguistik. Ciri
fungsi ekonomis memainkan peranan yang paling penting dalam mencipta
slanga di kalangan pelajar UM. Sebagai contoh perkataan Dewan Tunku
Canselor ditukar pada akronim DTC. Satu lagi ciri yang terdapat dalam
penciptaan slanga tertentu ialah ciri emosi. Sebagai contoh, dalam frasa ‘mak
tiri’ diberikan kepada seseorang yang bersifat garang, tidak menunjukkan
sebarang rasa belas kasihan dan selalu mencari kesalahan. Kekata ‘sotong’
pula ialah kiasan bagi orang yang lemah lembut keperibadiaannya. Wong
Khek Seng juga dapati bahawa slanga bersifat kontemporari, dinamik dan
sementara. Di akhir kajian itu, beliau membuat kesimpulan bahawa slanga
memenuhi fungsi komunikasi sosial yang penuh dengan ekspresi serta identiti
penggunanya.
Sorotan kajian yang dipaparkan menunjukkan bahawa slanga
sememangnya berlaku dalam masyarakat dan selalunya ianya lebih dekat
dengan golongan muda. Slanga juga menimbulkan pelbagai masalah serta
keprihatinan tertentu pada golongan yang cakna bahasa. Ini kerana slanga
dilihat sebagai satu anasir yang menggugah dan mengganggu keutuhan
bahasa dalam sesebuah negara. Walau bagaimana pun, slanga merupakan
satu fenomena yang akan terus wujud kerana keperluan yang dibawanya
dalam membawa sesuatu makna rujukan tertentu untuk golongan tertentu.

Bab 3 BAHAN KAJIAN

3.0 Bahan Korpus- Data Kajian Slanga ‘Anak Metropolitan Siri 3’

Berikut merupakan data yang dapat dikumpulkan daripada bahan yang ada.
Data daripada Episod 1
SN Data Durasi
01 Lu jangan cakap longkang. 1’ 11

Page 8
02 Gua goyang bro sebab lu takda. 1’ 41
03 Jangan sebarang sentuh wa punya budak. 2’ 40
04 Mana kau tangkap? 16’ 48
05 Kocek dia besar ok. 16’ 53
06 Jantan gini macam kau dah dapat cekup, kau jangan lepas. 17’ 24
07 Kau boleh buat jantan lentuk kat kau. 17’ 48
08 Sebab tu Fahrin lekat macam super glue kat kau. 17’ 51
09 Si Fahrin tu kacang jer beb. 18’ 05
10 Macam mana dia boleh sauh boy friend kau? 18’ 29
11 Dia orang punya busuk semua orang tahu. 26’ 18
12 Eh semalam punya cerita lu jangan berbual lah 30’ 40
13 Kalau wa nak tiak Hakim, Man mesti turun 31’ 07
14 Selagi wa tak kicap muka dia. 31’ 17
15 Itu perempuan dia kan. 31’ 44
16 Kita jangan kecoh. 31’ 49
17 Senang-senang lu boleh duduk dalam. 37’ 00
18 Budak yang ikut korang tu budak baju 37’ 12
19 Lu Man punya budak. 38 00
20 Takkan budak sekolah tahi itu macam lu tak boleh handle. 38 12

Data daripada Episod 2


21 Wa mahu lu orang ajar dia. 2' 09
22 Ku jangan buih gua boleh tak 2' 39
23 Alamak beruk! 3' 32
24 Kalau ada apa-apa lu picit gua 4' 53
25 Ku jangan buat tahi kat sana. 18' 28
26 Lu perangai lah. 21' 32
27 Wah bukan main berkepit lagi kau dengan dia 22' 04
28 Azwan tu yang tangkap lentuk kat aku tau. 22' 07
29 Mana tahu lu orang sudah pijak ni wayar. 34' 24
30 Dia takkan jentik kalau lu orang tak langgar dia. 34' 29
31 Dia takkan jentik kalau lu orang tak langgar dia. 34' 29
32 Lu orang punya kubur lu orang jawab sendiri 34' 58
33 Dia dah start jiwang dekat aku 36' 32

Data daripada Episod 3


34 Telinga gua dah start berdarah kau tahu tak! 16’ 55
35 Aku pun nak belah ni. 20’07
36 Angkat barang? 27’ 51
37 Tempat kerja lu ada lobang tak? 34’ 30
38 Mana lu dapat badan? 39’36
39 Nita tu wa kasi dia ayat-ayat cinta, dia cair. 40’08
40 Aku kasi kau hasil, kau main tahi belakang aku. 40’14

3.1 Golongan Kata

Page 9
Senarai perkataan yang dikumpulkan disenaraikan mengikut kelas kata dan
golongannya. Berikut pula merupakan senarai kata slanga yang dikesan
dalam bahan mengikut kelas kata.

3.1.1 Kata Nama

Longkang kacang sauh


Kicap perempuan baju
Budak Tahi buih
Beruk perangai tahi
wayar. kubur barang
lobang badan hasil
Carta 3.1a
3.1.2 Kata Kerja
goyang sentuh tangkap
cekup lentuk lekat
berbual turun ajar
picit berkepit lentuk
jentik langgar jiwang
berdarah belah
Carta 3.1b
3.1.3 Kata Adjektif
besar busuk kecoh
dalam cair
Carta 3.1c

Perkataan yang dikumpulkan melalui data yang ada ialah sebanyak 40


patah perkataan dengan perkataan ‘lentuk’ dan ‘tahi’ dianalisis dua kali
mengikut konteks yang berlainan dan memberikan makna slanga yang
berlainan. Daripada senarai golongan kata dapat dilihat bahawa taburan
bilangan perkataan mengikut dapatan seperti di bawah ini:

Page 10
Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif
18 17 5
Carta 3.1d
Carta 3.1d, menunjukkan bahawa bilangan perkataan daripada
golongan kata nama dan kata kerja membentuk sebahagian besar senarai
slanga yang bakal dikaji.
Dapatan ini jika dibuat gambaran pie akan menjadi begini:

Golongan Kata
Kata Adjektif 13%

Kata Nama 45%

Kata Kerja 43%

Gambar Rajah 3.1e

Daripada gambar rajah 3.1e, jelas kelihatan bahawa golongan kata


kerja (42%) dan kata nama (45%) banyak dimanupulasikan oleh pengguna
bahasa untuk dijadikan slanga dalam perbualan mereka. Perkara ini mungkin
disebabkan kata nama dan kata kerja merupakan dua perkara yang lebih
bersifat visual manakala kata adjektif pula bersifat abstrak. Mungkin juga
daripada kata nama dan kata kerja itu penutur boleh memberikan gambaran
yang lebih tepat serta padat mengenai sesuatu perkara.

Bab 4 ANALISIS DATA

4.0 Analisis Slanga Gangster


Berikut merupakan analisis data bahan slanga gangster yang terdapat dalam
drama Anak Metropolitan 3.

4.1 Perkataan 'longkang'


Lu jangan cakap longkang.

Page 11
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:955)
parit, limbahan

Longkang dalam makna kamus merujuk kepada ‘parit atau limbahan’ yang
selalunya berisi dengan pelbagai kotoran yang mengalir di dalammya. Ada
pelbagai jenis sampah sarap serta kotoran yang boleh didapati dalam
longkang. Mengambil fitur ini, slanga ‘longkang’ yang digunakan dalam slanga
gangster itu merujuk kepada ‘perkara yang tidak benar dan yang tidak sahih’
atau ‘perkara yang bukan-bukan’ yang dicakapkan oleh seseorang. Dalam erti
kata lain, orang yang ‘cakap longkang’ itu sebenarnya ‘merepek’ tentang
sesuatu perkara. Jika dianalisis, terkesan bahawa perkataan ‘longkang’
mengalami perubahan kelas kata daripada kata nama ke kata adjektif.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Lu jangan cakap longkang.
Bahasa Standard Lu jangan berbual merepek lah.

4.2 Perkataan 'goyang'


Gua goyang bro sebab lu takda.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:483)
1. tidak diam keadannya, sentiasa bergerak berayun-ayun,
2. ki tidak tetap keadaannya; selalu berubah

Perkataan ‘goyang’ yang digunakan oleh golongan gangster ini merujuk


kepada ‘rasa takut’ yang menyelubungi dirinya. Apabila dirujuk kamus, ada
kemungkinan bahawa slanga ‘goyang’ ini mungkin diambil daripada makna
kiasan yang seperti diberikan di atas iaitu ‘tidak tetap keadaannya; selalu
berubah’. Kiasan ini menggambarkan keadaan goyah seseorang yang tidak
tetap pendiriannya ataupun diselebungi rasa takut. Jika seseorang itu goyah
semangatnya, pasti akan diselubungi rasa takut.
Perkataan ‘goyang’ juga mengalami perubahan kelas kata kata ‘goyang’ di
sini. Kekata goyang yang mulanya kata kerja kini berubah menjadi kata
adjektif yang menunjukkan sifat takut dalam seseorang.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.

Page 12
Slanga Gangster Gua goyang bro sebab lu takda.
Bahasa Standard Gua takut sebab kau tak ada.

4.3 Perkataan 'sentuh'


Jangan sebarang sentuh wa punya budak.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:1457)
1. kena sedikit pd, berhantuk sedikit dengan, mengenai(dua benda),
bersenggol
2. bh bersetubuh’ bersetubuhan
3. memperkatakan secara sepintas lalu sahaja(tdk secara terperinci)
4. menyinggung perasaan, mengganggu perasaan

Perkataan ‘sentuh’ dalam slanga gangster di sini mungkin mengambil makna


rujukan pertama dalam kamus tetapi ianya bukan merujuk pada ‘bersentuhan
antara kulit’ antara mereka. Perkataan ‘sentuh’ di sini membawa makna
‘jangan letak tangan’ atau ‘jangan memukul’ ahli kumpulannya. Mungkin
slanga ini tercipta atas perlakuan menyentuh yang melibatkan perbuatan
menyentuh antara kulit dua orang yang terlibat. Maka dari situlah tercipta
slanga ‘sentuh’ yang merujuk kepada perbuatan memukul.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Jangan sebarang sentuh wa punya budak
Bahasa Standard Jangan suka-suka pukul wa punya budak.

4.4 Perkataan 'tangkap'


Mana kau tangkap?
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:1602)
1. memegang sesuatu dgn tangan atau alat, memegang sesuatu yang
bergerak cepat dll(dan tidak melepaskannya), memerangkap binatang dsb
2. menadah atau menyambut barang yg bergerak cepat atau yang
dilemparkan
3. mendatangi dan menahan orang yg berbuat kejahatan(melakukan
jenayah)
4. mengambil sebagai tawanan, menawan

Page 13
5. menerima atau memetik(siaran radio dsb)
6. menerima atau dapat mengerti, memahami
7. mencerap(dgn pancaindera)

Begitu menarik jika dikaji perkataan ‘tangkap’ yang digunakan dalam slanga
gangster. Dalam makna kamus makna rujukan keempat seperti yang
dipaparkan di atas benar-benar sesuai dengan makna ‘tangkap’ yang
digunakan iaitu merujuk kepada ‘mengambil sebagai tawanan; menawan’.
Dalam dialog ini, Nita bertanyakan Emmy bagaimana Emmy dapat ‘tangkap’
lelaki seperti Azwan. Maka sebenarnya, Nita bertanyakan Emmy bagaimana
dia dapat menawan hati Azwan untuk menjadi teman lelakinya. Perkataan
‘tangkap’ ini benar-benar menggambarkan aksi ‘menangkap hati’ seseorang.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Mana kau tangkap?
Bahasa Standard Macam mana kau tawan hatinya?

4.5 Perkataan 'besar'


Kocek dia besar ok.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:1602)
1. tidak kecil ukurannya; lebih drpd sedang ukurannya
2. hampir dewasa; tahu membezakan yg buruk drpd yg baik
3. ukuran sesuatu benda
4. paling tinggi pangkatnya dalam sesuatu jawatan; paling berpengaruh
atau berkuasa

Dalam dialog ini, ‘besar’ di sini dirujuk khusus pada kocek. Dialog ini berlaku
antara Nita dan Emmy yang memperkatakan tentang Azwan. Menurut Emmy,
kocek Azwan ‘besar’. Begitu jelas sekali sebenarnya apa yang dimaksudkan
oleh Emmy di sini ialah bahawa Azwan itu seorang yang kaya dan banyak
wang. Hal ini kerana selalunya kocek digunakan untuk menyimpan wang. Jadi
ayat ‘Kocek dia besar ok’ memperkatakan soal kemewahan yang dimiliki oleh
Azwan. Menariknya jika dilihat pada makna kamus, makna pertama, ketiga

Page 14
dan keempat merujuk kepada saiz, ukuran dan kekuasaan yang menunjukkan
makna rujukan ‘besar’ buat slanga yang diperkatakan.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Kocek dia besar ok.
Bahasa Standard Koceknya banyak duit ok. / Dia banyak duit
ok.

4.6 Perkataan 'cekup'


Jantan gini macam kau dah dapat cekup, kau jangan lepas.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:257)
1. menutup tapak tangan atas sesuatu, menangkap(lalat, belalang) dgn
tapak tangan
2. ki menawan atau menangkap (orang dll)

Merujuk kepada makna kamus seperti yang dipaparkan di atas, maka dapat
ditakrifkan bahawa perkataan ‘cekup’ dalam slanga gangster si sini merujuk
pada makna kedua dalam takrif kamus iaitu sebagai kiasan ‘menawan atau
menangkap’ hati seseoang. Dalam dialog ini, Nita menyatakan kepada Emmy
bahawa Emmy beruntung mendapat teman lelaki sekaya Azwan dan
sememangnya Emmy tidak boleh sama sekali ‘melepaskan’ Azwan. Yang
menariknya perkataan ‘cekup’ ini benar-benar memberi gambaran yang jelas
untuk menangkap seseorang dan tidak dilepaskan orang itu.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Jantan gini macam kau dah dapat cekup, kau
jangan lepas.
Bahasa Standard Lelaki begini, kau dah tawan, kau jangan
lepas.

4.7 Perkataan 'lentok'


Kau boleh buat jantan lentok kat kau.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:925)
melentok, terlentok terkulai(ke bawah atau ke sisi), miring(kerana lemah

Page 15
dsb)

Amat menarik bila dianalisis makna kamus dan makna slanga ‘lentok’ seperti
yang diberikan di atas. Dalam dialog ini, Emmy memuji Nita kerana
keupayaan Nita membuat teman lelakinya seolah-olah melentok dan tunduk
mengikut apa kemahuan Nita. Makna ‘lentok’ dalam kamus merujuk kepada
pengertian ‘melentok, terlentok terkulai’. Sebagaimana yang digambarkan
oleh Emmy bahawa Nita boleh membuat ‘jantan’ terkulai layu kepadanya dan
menurut segala kemahuannya. Maka itulah makna slanga ‘lentok’ dalam
konteks ini.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Kau boleh buat jantan lentok kat kau.
Bahasa Standard Kau boleh buat lelaki terkulai layu mendengar
kata rayuan engkau.

4.8 Perkataan 'lekat'


Sebab tu Fahrin lekat macam super glue kat kau.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:911)
1. = berlekat, melekat tidak tanggal atau lekang(kerana dipaku, diikat), tdk
terlepas, menempel
2. mudah melekit(spt benda-benda yg bergetah)
3. = melekat ki rapat atau karib(persahabatan dll), kekal
4. melekat ki tidak berubah-ubah(hala. pandangan)
5. melekat ki pakaian
6. melekat ki tertarik kpd(hati dll), terpaut pd

Perkataan slanga ‘lekat’ ini pula mempunyai persamaan makna dengan


beberapa takrif dalam kamus. Sebagai contoh senarai 6 memberi takrif
bahawa ‘lekat’ dalam makna kamus merujuk kepada ‘tertarik kepada’. Di sini
Emmy memuji keupayaan Nita yang membuatkan Fahrin ‘terus setia’ dan
seolah-olah ‘terikat’ pada Nita. Dialog di atas diungkapkan Emmy kepada
Nita. Emmy puji melangit kebolehan Nita yang dapat membuat Fahrin terpikat
dengan Nita seolah-olah dia melekat macam super glue. Slanga ini juga

Page 16
mengalami perunahan kelas kata iaitu daripada kata kerja menjadi kata
adjektif.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Sebab tu Fahrin lekat macam super glue kat
kau.
Bahasa Standard Sebab tu Fahrin terikat kat kau.

4.9 Perkataan ' kacang'


Si Fahrin tu kacang jer beb.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:650)
sejenis tumbuhan dan buahnya

Slanga ‘kacang’ ini sebenarnya merujuk pada aksi atau teknik makan kacang.
Jika seseorang itu ingin makan kacang, terlebih dahulu haruslah mengopek
kulitnya dahulu. Mengopek kulit kacang ini sebenarnya satu perkara yang
amat mudah sekali. Di sini ‘kacang’ sebenarnya merujuk kepada betapa
mudahnya melakukan sesuatu perkara itu. Dalam dialog ini, Nita menyatakan
bahawa untuk dia menundukkan teman lelakinya itu (Fahrin) ialah satu
perkara yang sangat mudah sekali.
Dalam penakrifan makna slanga ini, berlaku perubahan kelas kata
daripada kata nama kepada kata adjektif bagi kekata kacang ini.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Si Fahrin tu kacang jer beb.
Bahasa Standard Si Fahrin tu mudah/senang jer beb.

4.10 Perkataan 'sauh'


Macam mana dia boleh sauh boy friend kau.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:1398)
alat yg berkait dan berat, yg dilabuhkan dlm air supaya perahu(kapal dll)
tidak hanyut, jangkar

Page 17
Fitur makna ‘sauh’ yang diberikan oleh Kamus Dewan ini dapat
menggambarkan makna tersirat dalam slanga ini. ‘Sauh’ dalam makna kamus
merujuk kepada satu objek yang digunakan untuk memastikan kapal, perahu
mahupun sampan tidak hanyut dipukul ombak. Dalam dialog di atas, Nita
bertanyakan Emmy bagaimana ‘dia boleh sauh boy friend’ Emmy. Maknanya
Nita bertanyakan bagaimana teman lelaki Emmy boleh diambil dan dipikat
oleh rakan Emmy. Bagaimana teman lelaki Emmy boleh jatuh hati dengan
rakan Emmy. Perkataan ini juga mengalami perunahan golongan kata
daripada kata nama menjadi kata kerja.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Macam mana dia boleh sauh boy friend kau.
Bahasa Standard Macam mana dia boleh pikat boy friend kau.

4.11 Perkataan 'busuk'


Dia orang punya busuk semua orang tahu
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:228)
1. berbau tidak sedap(kerana sudah buruk dll)
2. jahat, dengki khianat

Busuk di sini mempunyai dua makna kamus seperti yang tertera di atas.
Kedua-dua makna busuk mempunyai konotatif negatif iaitu ‘berbau tidak
sedap’ serta ‘jahat, dengki khianat’. Dalam slanga gangster seperti yang
dipaparkan dalam dialog di atas, maksud penutur apabila menggunakan
slanga ‘busuk’ di sini merujuk kepada ‘niat serta hati seseorang yang tidak
baik’. Satu lagi takrif makna slanga ini ialah ‘berniat jahat’. Dapat dilihat
bagaimana pencipta slanga ini yang begitu tajam pemerhatiannya mengenai
sesuatu fitur dan merujuk pada sesuatu yang membawa makna yang sama.
‘Busuk’ dalam kamus merujuk pada deria hidung tetapi ‘busuk’ dalam slanga
gangster merujuk pada hati serta keperibadian yang ‘busuk’.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Dia orang punya busuk semua orang tahu
Bahasa Standard Dia orang punya niat tidak baik semua orang
tahu

Page 18
4.12 Perkataan 'berbual'
Eh semalam punya cerita lu jangan berbual la.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:208)
1. bunyi spt air yg memancar dr mata air(air mendidih dll)
2. pancaran(luapan) air(drpd mata air atau air mendidih)
3. omong kosong, borak
Slanga ‘berbual’ jika dikaji mengambil sempena makna ketiga dalam kamus.
Dialog ini diungkapkan oleh Jeff apabila salah seorang anggota kumpulan
seterunya mengatakan tentang sesuatu perkara. Jeff menjawab dengan nada
marah supaya seterunya itu jangan ‘bercakap kosong atau omong kosong’
mengenai perkara yang berlaku semalam. Jeff meminta dia supaya jangan
cakapkan perkara yang telah lalu.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Eh semalam punya cerita lu jangan berbual la.
Bahasa Standard Eh semalam punya cerita lu jangan
dicakapkan la.

4.13 Perkataan 'turun'


Kalau wa nak tiak Hakim, Man mesti turun.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:1744)
1. dari tempat yg lebih tinggi ke tempat lebih rendah, dr atas ke bawah
2. (datang) dr hulu ke hilir atau dr daerah atas angin ke bawah angin
3. dr pedalaman kampung ke bandar
4. mengendap ke bawah(keladak dlm air dll)
5. surut air
6. hampir terbenam matahari

Di sini kita lihat perkataan slanga ‘turun’ digunakan untuk memberikan takrif
‘mesti datang dan ada’ bersama. Dialog ini diungkapkan oleh Din yang
mahukan ketuanya iaitu Man untuk ada bersama jika dia mahu bertarung
dengan Hakim. Ada kemungkinan kekata ‘turun’ digunakan oleh kerana
konteks kehidupan di Singapura yang mana rakyatnya tinggal di rumah-

Page 19
rumah pangsa. Maka untuk berjumpa mereka harus turun ke bawah. Dalam
hal ini juga mungkin makna pertama dan kedua dalam kamus memenuhi
takrif ‘turun’ yang digunakan.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Kalau wa nak tiak Hakim, Man mesti turun.
Bahasa Standard Kalau wa nak tiak Hakim, Man mesti datang
dan ada bersama.

4.14 Perkataan 'kicap'


Wa mesti kicap muka dia.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:787)
Benda cair yang hitam warnanya dibuat drpd air kacang soya(digunakan
dlm masakan)

Nampaknya daripada makna kamus, slanga ‘kicap’ yang digunakan tiada


langsung kaitan langsung dengan apa yang diperkatakan dalam dialog di
atas. Sebenarnya pencipta slanga ini menggunakan fitur kicap itu untuk
menggambarkan darah. Kekata ‘kicap’ di atas mewakili darah yang akan
keluar dalam pergaduhan. Darah yang telah kering akan berubah warna
daripada merah pekat kepada kehitam-hitaman. Dengan itu sebenarnya
dalam tuturan ini, watak Din mahu memukul Azwan sehingga keluar darah
muka Azwan.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Wa mesti kicap muka dia.
Bahasa Standard Wa mesti kasi berdarah muka dia.

4.15 Perkataan 'perempuan'


Itu perempuan dia kan.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:1182)
1. wanita, lawan laki-laki
2. isteri, ᷄ jalang, pelacur, ᷄ joget, penari joget, ᷄ simpanan, perempuan yg
dijadikan simpanan untuk tujuan seks

Page 20
Slanga ‘perempuan’ yang digunakan di sini ada besar kemungkinan merujuk
pada makna kedua yang terpapar dalam kamus. Ini berdasarkan perihal
perwatkan kasar serta kehidupan tidak bermoral kumpulan ini di mana
mereka tidak segan silu bermesra dan mungkin juga melakukan kegiatan
seks bebas. Maka ‘perempuan’ di sini lebih merujuk pada perempuan
simpanan ataupun perempuan yang tidak bermoral yang boleh diperlakukan
apa sahaja.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Itu perempuan dia kan.
Bahasa Standard Itu perempuan simpanan dia kan.

4.16 Perkataan 'kecoh'


Kita jangan kecoh.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:700)
1. tipu(spt curang dalam menimbang barang, menipu tentang kualiti
barang dll)
2. heboh, bising, riuh

‘Kecoh’ di sini ada kaitannya dengan makna kedua dalam kamus. Dialog ini
diungkapkan oleh Jeff kepada Fahrin ketika mereka berada di sebuah kelab
malam. Jeff tahu perangai Fahrin yang sentiasa membuat ‘kecoh’ atau
perlakuan yang boleh menimbulkan kekecohan. Dalam adegan ini, Fahrin
meraba punggung seorang perempuan dan ini menyebabkan Man(kepala
samseng seterunya) menjadi begitu marah kerana perempuan itu sebenarnya
ialah teman wanita Man. Man tidak puas hati dengan perlakuan Fahrin.
Hampir-hampir Jeff dan Fahrin diserang oleh anggota kumpulan Man.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Kita jangan kecoh.
Bahasa Standard Kita jangan buat kacau.

4.17 Perkataan 'dalam'


Senang-senang lu boleh duduk dalam.

Page 21
Kamus Dewan Edisi Empat (2010: 306)
1. jarak(jauhnya) ke bawah atau ke dasar permukaan(air, tanah dsb)
2. tidak cetek
3. bukan sedikit, tdk sempit lebih drpd kadar yg perlu
4. mengandungi makna yg tdk mudah difahami
5. tdk ceper(leper) jeluk(bkn piring atau pinggan)
6. bahagian atau ruang(rumah, almari)
7. yg berkaitan dgn atau terbatas pd lingkungan sesuatu(spt negeri,
keluarga)
8. yg tidak nampak atau ketara(penyakit)
9. yg dipakai sebelum dipakai pakaian selengkapnya(baju, seluar)

Perkataan ‘dalam’ ini dapat memaparkan ciri kerahsiaan dalam slanga


gangster. Makna kamus yang terdekat dengan makna slanga ‘dalam’ ini ialah
makna dalam senarai enam iaitu ‘bahagian atau ruang’. Jika diteliti dialog ini,
penuturnya menggunakan frasa ‘duduk dalam’. Maka, makna sebenar ayat ini
ialah ‘duduk dalam penjara’. Perkataan ‘penjara’ tidak diungkapkan dalam
ayat ini kerana anggota kumpulan ini tahu bahawa kegiatan haram yang
mereka lakukan ini akan mengakibatkan mereka untuk masuk ke penjara jika
tersabit kesalahan. Maka untuk mengelakkan pengetahuan umum mengenai
kegiatan gelap mereka, mereka hanya menggunakan perkataan ‘dalam’ untuk
memberikan rujukan makna ‘dalam penjara’. Jika seseorang terdengar
perbualan mereka ini pastinya akan tertanya-tanya apa agaknya makna ayat
tersebut kerana perkataan ‘dalam’ itu tidak menerangkan dengan jelas
maksud ayat.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Senang-senang lu boleh duduk dalam.
Bahasa Standard Senang-senang lu boleh duduk penjara.

4.18 Perkataan 'baju'


Budak yang ikut korang tu budak baju?
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:110)
pakaian untuk menutup badan

Page 22
Analisis mengenai slanga ‘baju’ ini dalam slanga gangster membawa makna
yang jauh menyimpang daripada makna kamus yang ada. Makna kamus
merujuk bahawa ‘baju’ merupakan ‘pakaian untuk menutup badan’ manakala
baju dalam slanga gangster pula merujuk pada ‘ahli kumpulan’.
Baju merupakan identiti yang dapat dikaitkan dengan sesuatu
kumpulan ataupun golongan. Sebagai contoh, sesebuah pasukan bolasepak
akan dapat dikenali melalui baju ataupun jersi yang mereka kenakan. Sebagai
contoh, pasukan Johor Darul Takzim akan mengenakan jersi berwarna biru
sementara pasukan Selangor pula mengenakan jersi berwarna kuning.
Sebenarnya jersi yang dipakai ini mengaitkan identiti kekitaan pada para
pemain sepasukan. Bukan itu sahaja, para penyokong yang menyokong
sesebuah pasukan juga pasti akan cuba dapatkan jersi pasukan mereka dan
mengenakan jersi itu sewaktu menonton perlawanan.
Berdasarkan konsep ini, maka slanga ‘baju’ ini merujuk pada
‘kumpulan samseng mana yang diikutinya’. Dalam drama ini terdapat dua
kumpulan samseng yang dipaparkan. Satu kumpulan diketuai oleh Hakim
sementara satu lagi dikepalai oleh Man. Jadi ‘budak baju’ merujuk kepada
budak yang ada kumpulan.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Budak yang ikut korang tu budak baju?
Bahasa Standard Budak yang ikut korang tu budak yang ada
kumpulan?

4.19 Perkataan 'budak'


Lu Man punya budak.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:211)
1. anak, kanak-kanak
2. hamba sahaya, pembantu rumah, abdi, amah. jongos

Slanga ‘budak’ ini diungkapkan oleh ketua samseng iaitu Man kepada kuncu-
kuncunya. Ungkapan ‘Lu Man punya budak’ membawa maksud bahawa Yan
dan Din merupakan ahli kumpulan di bawah jagaan Man. Maka di sini jelas

Page 23
makna ‘budak’ dalam slanga ini menerangkan bahawa orang yang
dimaksudkan itu merupakan ahli kumpulannya.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Lu Man punya budak.
Bahasa Standard Lu Man punya kumpulan samseng.

4.20 Perkataan 'tahi'


Takkan budak sekolah tahi itu macam lu tak boleh handle.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:1569)
1. hampas makanan dalam perut (manusia, binatang) yg keluar melalui
dubur
2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa
3. ki orang yang ketagihan sesuatu(kerana kebiasaan) judi

Perkataan ‘tahi’ dalam kamus merujuk pada konotasi yang negatif. ‘Tahi’
merupakan satu produk yang tidak berguna langsung dan sepatutnya dibuang
atau dibuat baja. Tiada apa yang ada dalam tahi dan inilah yang cuba
dipaparkan dalam perkataan slanga ‘tahi’ dalam konteks ini. Dalam dialog di
atas frasa ‘budak sekolah tahi’ merujuk pada Azwan yang dianggap ‘tidak
tahu apa-apa’ dalam dunia samseng. Man begitu marah terhadap kedua-dua
‘budaknya’ kerana mereka tidak dapat mengatasi Azwan yang dianggapnya
hanya budak ‘tahi’. Azwan dianggap tidak matang dalam dunia gangsterisme.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Takkan budak sekolah tahi itu macam lu tak
boleh handle.
Bahasa Standard Takkan budak sekolah tidak matang itu
macam lu tak boleh handle.

4.21 Perkataan 'ajar'


Wa mahu lu orang ajar dia.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:20)
petunjuk supaya diketahui sebagai bimbingan atau panduan untuk
melakukan sesuatu.

Page 24
Makna kamus perkataan 'ajar' ini memberi makna sebagai 'petunjuk supaya
diketahui sebagai bimbingan atau panduan untuk melakukan sesuatu'.
Namun 'ajar' dalam slanga gangster memberikan makna yang berlainan.
Mengajar seseorang bermakna memberi peringatan kepada seseorang
dengan cara kasar iaitu dengan cara memukul ataupun membantai
seseorang supaya dia ingat akan pengajaran yang diberikan kepadanya.
Itulah sebenarnya makna slanga 'ajar' dalam slanga gangster.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Wa mahu lu orang ajar dia.
Bahasa Standard Wa mahu lu orang beri pengajaran pada dia.

4.22 Perkataan 'buih'


Ku jangan buih gua boleh tak.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:213)
gelembung-gelumbung udara pada cecair

Buih tercipta apabila seseorang itu menggunakan sabun. Namun begitu buih
sebenarnya tidak mempunyai fungsi apa-apa. Malahan setelah berbuih, ianya
akan meletup-letup dan hilang begitu sahaja. Mengambil fitur ini, slanga
'jangan buih gua' membawa erti 'jangan tipu saya'. Slanga ini berdasarkan
fakta bahawa buih akan menghilang dengan mudahnya setelah beberapa
waktu.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Ku jangan buih gua boleh tak.
Bahasa Standard Ku jangan tipu gua boleh tak.

4.23 Perkataan 'beruk'


Alamak beruk!
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:213)
sejenis kera besar yang dapat diajar memanjat pokok

Slanga 'beruk' di sini agak menarik. Slanga ini dicipta mengikut sehampir
makna kamus, iaitu 'beruk' merujuk kepada 'sejenis kera yang dapat diajar
memanjat pokok'. Cuma 'beruk' di sini memberi rujukan penuh pihak berkuasa

Page 25
yang seumpama 'beruk' yang juga diajar bukan untuk memanjat pokok tetapi
untuk menjaga keamanan negara.
Oleh kerana golongan gangster selalu melakukan kerja-kerja yang
melanggar undang-undang negara, maka musuh utama mereka ialah pihak
berkuasa. Dalam menjaga tahap kerahsiaan antara mereka, mereka
memberikan slanga 'beruk' apabila merujuk kepada pihak polis. Slanga ini
tidak difahami oleh orang-orang yang di luar golongan mereka. Penggunaan
'beruk' memastikan mereka dapat memberikan mesej berjaga-jaga kepada
semua ahli mereka apabila terkesan pihak berkuasa di kawasan mereka.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Alamak beruk!
Bahasa Standard Alamak polis!

4.24 Perkataan 'picit'


Kalau ada apa-apa lu picit gua.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:1204)
memecal, memijit, mengurut

Slanga 'picit' ini pula mengambil sifat perlakuan yang dibuat ketika
menghubungi seseorang melalui telefon. Jika seseorang itu mahu
menghubungi rakan atau kawannya menggunakan telefon, pastinya orang itu
dikehendaki menekan tombol-tombol nombor yang ada di telefon. Perbuatan
memicit nombor ini digunakan untuk membawa makna ‘menghubungi’ atau
pun ‘melefon’ seseorang. Hal ini agak menarik kerana ianya menampakkan
kebijaksanaan pengguna yang mencipta slanga ini dengan hanya membuat
pemerhatian terhadap perlakuan memicit ketika menelefon untuk membawa
makna menghubungi satu sama lain.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Kalau ada apa-apa lu picit gua.
Bahasa Standard Kalau ada apa-apa lu hubungi gua.

4.25 Perkataan 'tahi'


Ku jangan buat tahi lah.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:1569)

Page 26
1. hampas makanan dalam perut (manusia, binatang) yg keluar melalui
dubur
2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa
3. ki orang yang ketagihan sesuatu(kerana kebiasaan) judi

Slanga ‘tahi’ ada dua makna mengikut konteks tertentu. Slanga ‘tahi’ ada
diberikan maknanya dalam perkara 5.21. Namun begitu, slanga ‘tahi’ di sini
pula merujuk pada perkara yang lain pula. Slanga 'tahi' yang digunakan di sini
pula membawa makna 'membuat perkara yang boleh mendatangkan
masalah' seperti membuat kacau dan membawa masalah tertentu.
Dalam adegan ini, Jeff memarahi rakannya Farhin kerana dia dengan
sengaja memegang punggung seorang wanita di sebuah kedai. Wanita itu
menjadi marah dan memarahi Fahrin. Lalu Jeff datang dan membantu Fahrin
menyelesaikan masalah itu kerana takut wanita itu membuat laporan polis
terhadap perlakuan Fahrin. Jeff sudah masak dengan perangai rakannya
yang selalu menimbulkan kekecohan. Maka frasa ‘buat tahi’ ini membawa
makna ‘membuat kacau’ atau pun ‘membuat sesuatu yang menimbulkan
masalah’.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Ku jangan buat tahi lah.
Bahasa Standard Ku jangan buat kacau lah.

4.26 Perkataan 'perangai'


Lu perangai lah.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:1179)
1. kelakuan, tingkah laku
2. tabiat, budi pekerti, watak

Slanga ‘perangai’ pula dapat ditakrifkan sebagai ‘sesuatu kelakuan buruk’


yang dibuat seseorang. Dalam dialog ini, Jeff memarahi Fahrin yang dengan
sengaja memegang punggung seorang wanita di dalam kedai. Jeff mahu
Fahrin hentikan ‘perangai’ buruknya itu sebelum mereka terjebak dalam
masalah yang lebih buruk.

Page 27
Yang menariknya slanga ini sebenarnya sering kita dengar
diungkapkan tetapi dengan frasa penuh seperti ‘perangai buruk’. Namun
begitu slanga ‘perangai’ digunakan di sini bersifat ekonomis tanpa perlu
penutur mengungkapkan frasa sepenuhnya. Perkara ini juga dapat dilihat
dalam penggunaan slanga ‘dalam’.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Lu perangai lah.
Bahasa Standard Lu kelakuan buruk lah.

4.27 Perkataan 'berkepit'


Wah bukan main berkepit lagi kau dengan dia.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:747)
1. berpegangan tangan, bergandingan tangan, berpautan tangan
2. mengepit, memegang(menghimpit,membawa) di antara lengan dan
badan(di bawah ketiak) atau di antara dua jari

Dialog di atas diungkapkan oleh rakan Emmy untuk menimbulkan rasa


cemburu pada temanita Azwan iaitu Ida. Kekata slanga ‘berkepit’ yang
digunakan dapat dirujuk pada makna satu dalam makna kamus. ‘Berkepit’
memberikan gambaran jelas sepasang kekasih bergandingan tangan dan
sukar dipisahkan kerana terlalu rapat. Pencipta slanga ini melalui kekata
‘berkepit’ berjaya memberi gambaran visual dua insan sedang bercinta
dengan berjalan mengepit antara satu sama lain. Perubahan kelas kata
daripada kata kerja ke kata adjektif begitu ketara dalam slanga ‘berkepit’.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Wah bukan main berkepit lagi kau dengan dia.
Bahasa Standard Wah bukan main rapat lagi kau dengan dia.

4.28 Perkataan 'lentuk'


Azwan tu yang tangkap lentuk kat aku tau.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:747)
Melentur atau mudah dilenturkan(rotan dll), mengelokkan

Page 28
Jika disingkap penggunaan ‘lentuk’ dalam slanga gangster ini, dapat
digambarkan bagaimana pencipta perkataan ini memberi pemerhatian
kepada bagaimana rotan atau buluh dilenturkan. Dialog ini berlaku ketika
Emmy ditanya bagaimana dia dapat memikat hati Azwan. Dia menjawab
bahawa sebenarnya Azwan yang ‘tergila-gilakan’ dia dan juga Azwan mudah
dilenturkan. Perkataan ini juga harus diikuti dengan frasa ‘tangkap lentuk’
yang juga membawa makna yang sama iaitu ‘tergila-gilakan’.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Azwan tu yang tangkap lentuk kat aku tau.
Bahasa Standard Azwan tu yang tergila-gilakan kat aku tau.

4.29 Perkataan 'wayar'


Mana tahu lu orang sudah pijak ni wayar.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:1805)
dawai, kawat(utk elektrik, telefon)

Jika seseorang terpijak wayar, pastikan ada kejutan elektrik yang mungkin
terkena pada seseorang itu. Perkara itu amat merbahaya. Maka natijahnya
haruslah berhati-hati ketika memegang wayar kerana takut makan diri sendiri.
Berdasarkan analogi inilah, maka slanga ‘pijak ni wayar’ tercipta. Dalam
perbualan antara Hakim dan Fahrin juga Jeff, Hakim mempersoalkan
sebabnya kumpulan Man mencari Fahrin dan Jeff. Jangkaan Hakim ialah
pastinya Jeff dan Fahrin sudah melakukan kesalahan terhadap kumpulan
Man. Jelasnya Fahrin memang sengaja mencari masalah dengan meraba
‘perempuan’ Man ketika mereka berada di dalam sebuah kelab. Maka dengan
itu sebenarnya Fahrin sudah ‘melebihi batasan’ dan Man sedang mencarinya.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Mana tahu lu orang sudah pijak ni wayar.
Bahasa Standard Mana tahu lu orang sudah melebihi batasan.

4.30 Perkataan 'jentik'


Dia takkan jentik kalau lu orang tak langgar dia.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:628)
1. memukul dengan belakang hujung jari yg dibidaskan dengan ibu jari

Page 29
2. menyepit dengan ibu jari dan jari lain, mencubit

Dalam adegan ini Hakim memberitahu Jeff dan Fahrin bahawa Man tidak
akan ‘jentik’ mereka jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.
‘Jentik’ di sini bukan bermakna aksi menjentik dengan jari seperti yang ditakrif
dalam kamus tetapi ‘jentik’ di sini sebenarnya membawa makna ‘memukul’
atau ‘membelasah’.
Hakim dalam dialog ini mengatakan bahawa dia percaya bahawa Man
tidak akan marah dan mahu memukul Jeff dan Fahrin tidak tentu pasal.
Pastinya ada sesuatu yang Jeff dan Fahrin telah lakukan yang membuat Man
menjadi marah terhadap mereka.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Dia takkan jentik kalau lu orang tak langgar
dia.
Bahasa Standard Dia takkan pukul kalau lu orang tak langgar
dia.

4.31 Perkataan 'langgar'


Dia takkan jentik kalau lu orang tak langgar dia.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:884)
1. berlanggar antara satu sama lain
2. bertentangan; bersalahan
3. berlanggaran, serang menyerang
4. menyalahi atau menentang

Kekata ‘langgar’ yang digunakan dalam slanga ini menggambarkan makna


dalam kamus. Makna dua dan tiga boleh digunakan untuk memberikan takrif
slanga ‘langgar’ dalam ayat ini iaitu ‘bertentangan, bersalahan’ dan ‘serang
menyerang’. Hakim dalam perbualannya dengan Jeff dan Fahrin
mengingatkan rakan-rakannya bahawa Man tidak akan mencari pasal dengan
mereka jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan atau bertentangan
dengan Man. Bagi Hakim, besar kemungkinan rakan-rakannya telah
melanggar etika sehingga membuatkan Man marah.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Dia takkan jentik kalau lu orang tak langgar

Page 30
dia.
Bahasa Standard Dia takkan jentik kalau lu orang tak
bertentangan dan bersalahan dengan dia.

4.32 Perkataan 'kubur'


Lu orang punya kubur lu orang jawab sendiri.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:837)
1. tempat menanam mayat, makam
2. lubang liang, liang di tanah untuk menanam mayat
3. ki hapus, tidak diamalkan lagi atau diteruskan

‘Kubur’ dalam slanga gangster di sini tidak ada kaitan langsung dengan takrif
yang diberikan dalam kamus. Kekata ‘kubur’ dalam slanga ini merujuk kepada
‘masalah sendiri’. Dialog di atas, Hakim memberitahu Jeff dan Fahrin yang
mereka harus menyelesaikan masalah mereka sendiri sepertimana jika
seseorang itu mati dan dikuburkan, orang itu mesti menanggung siksa
kuburnya sendiri kerana tiada sesiapa yang dapat membantu mereka.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Lu orang punya kubur lu orang jawab sendiri.
Bahasa Standard Lu orang punya masalah lu orang jawab
sendiri.

4.33 Perkataan 'jiwang'


Dia dah start jiwang dekat aku.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:635)
bp kep jiwa-jiwa(perlakuan sentimental)

Dalam memperkatakan slanga ‘jiwang’ di sini, dapat ditakrifkan bahawa


makna slanga ini serupa dengan makna kamus yang ada. Kekata ‘jiwang’
membawa maksud ‘menaruh hati’. Emmy memberitahu rakannya bahawa
Azwan sudah mula jatuh hati dengannya. Emmy sengaja mahu memikat
Azwan kerana Azwan kaya dan mantap dari segi ekonomi dan ramai
perempuan yang ingin sekali menjadi temanitanya. Emmy dalam usahanya
mahu membuat Ida(temanita Azwan) cemburu sengaja membuat mulut
bahawa Azwan sudah mula terpikat padanya dan Azwan menaruh hati pada
Emmy.

Page 31
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Dia dah start jiwang dekat aku
Bahasa Standard Dia dah start menaruh hati dekat aku

4.34 Perkataan 'berdarah'


Telinga gua dah start berdarah kau tahu tak!
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:314)
1. bkn sesuatu peristiwa(kemalangan,pertempuran dll)
2. mempunyai darah, merujuk pada pengelasan haiwan, sama ada
berdarah panas ataupun berdarah sejuk
3. mengeluarkan(mengalirkan) darah
4. ada(terdapat) darah yg melekat atau menyerap(pd kain, pisau)
5. berketurunan, daripada keturunan
6. bersifat, bersemangat, berjiwa
7. berkebolehan semula jadi, berbakat seni

Jika dianalisis slanga ‘berdarah’ dalam ayat ini, penutur mengatakan bahawa
telinganya sudah mula ‘berdarah’ kerana mendengar alasan yang diberikan
oleh ahli kumpulan itu yang masih belum dapat mencari Fahrin. Teman nita
Man, seolah-olah ‘bingit’ mendengar penjelasan Din dan Yan mengenai
kegagalan mereka mencari dan mengesan Fahrin.
Perkataan ‘berdarah’ digunakan di sini mencerminkan seolah-olah
telinga penutur sakit sehingga berdarah kerana penat dan bosan kerana
sentiasa mendengar pelbagai alasan yang diberikan oleh Yan dan Din. Agak
dramatik jika digambarkan penggunaan kata telinga yang seolah-olah
‘berdarah’ ini.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Telinga gua dah start berdarah kau tahu tak!
Bahasa Standard Telinga gua dan start bingit kau tahu tak!

4.35 Perkataan ‘belah’


Aku pun nak belah ni.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:149)
1. retak,celah

Page 32
2. pecah dua(tiga dll)
3. bahagian,sisi, pihak

Jika kita amati perkataan slanga ini mungkin ada kaitannya dengan makna
kamus yang kedua seperti di atas iaitu ‘pecah dua(tiga dll). Jika kita amati
perlakuan membelah sesuatu contohnya buah tembikai, kita membelah dua
bahagian. Ini bermakna kita ceraikan tembikai itu menjadi dua bahagian.
Maka dalam slanga ‘belah’ yang digunakan ini, penutur memberi gambaran
bahawa bila seseorang itu ‘belah’ maknanya dia bercerai daripada kumpulan
itu untuk pergi seketika daripada kumpulan itu. Dalam erti kata lain, nak
‘belah’ juga membawa erti hendak ‘pergi atau ‘jalan’ dari tempat itu.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Aku pun nak belah ni.
Bahasa Standard Aku pun nak jalan ni.

4.36 Perkataan 'barang'


Angkat barang?
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:129)
1. benda
2.(segala) sesuatu, apa sahaja
3. lebih kurang, kira-kira
4. agar, mudah-mudahan
5. baik, walau
6. semestinya, sepatutnya, sewajarnya

Perkataan ‘barang’ dalam slanga ganster di sini merujuk pada makna


pertama dalam kamus. ‘Barang’ yang dimaksudkan ialah benda haram yang
selalunya merujuk pada dadah. Sepertimana yang diketahui, slanga ialah kod
rahsia yang dituturkan oleh golongan tertentu dalam komunikasi antara
mereka untuk mengelakkan daripada pengetahuan masyarakat di luar
lingkungan mereka. Maka penggunaan perkataan ‘barang’ di sini berfungsi
untuk merahsiakan kegiatan golongan ini yang menjual barangan terlarang
iaitu dadah.

Page 33
Dalam dialog ini, Hakim diberi tugas untuk mengambil ‘barang’
daripada seorang pembekal dadah. Tugas Hakim adalah untuk mendapatkan
dadah tersebut dan memyerahkan dadah itu kepada ketua sindiket. Dia
diupah untuk membawa dadah itu kepada ketua sindiket. Seperti mana
penggunaan perkataan ‘dalam’ yang merujuk pada perkataan ‘penjara’, maka
‘barang’ merujuk pada ‘dadah’ seperti ganja, heroin atau sebagainya.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Angkat barang?
Bahasa Standard Ambil dadah tu?

4.37 Perkataan 'lobang'


Tempat kerja lu ada lubang tak?
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:960)
1.bahagian pada sesuatu(dinding, jarum) yang boleh ditembusi sesuatu
2. rongga
3. lekuk di tanah
4. bp peluang
Merujuk kamus, slanga ‘lubang’ dapat di senaraikan dalam makna keempat
iaitu ‘peluang’. Agak menarik kerana slanga ‘lubang’ ini rupa-rupanya ada
tersenarai dalam kamus. Perkataan ini juga boleh dianalisis sebegini. Untuk
menanam sesuatu seseorang itu haruslah menggali lubang. Setelah digali
lubang dan menanam benih, lambat laun benih itu akan tumbuh dan
membuahkan hasil.
Dalam dialog di atas, Hakim bertanyakan Jeff jika di tempat kerjanya
ada peluang pekerjaan. Maka analogi lubang untuk menanam sesuatu itu
dapat diterapkan dalam situasi ini kerana Hakim bertanyakan peluang
pekerjaan yang akan mendatangkan hasil.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Tempat kerja lu ada lobang tak?
Bahasa Standard Tempat kerja lu ada peluang pekerjaan tak?

4.38 Perkataan 'badan'


Mana lu dapat badan?
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:101)

Page 34
1. tubuh, jasad (manusia)
2. pokok tubuh(selain anggota dan kepala)
3. bahagian yang (ter)utama drpd sesuatu
4. diri(sendiri)
5. kumpulan orang yg merupakansuatu kesatuan utk mengerjakan sesuatu
6. bahagian utama (penting) ucapan(buku, dokumen dsb)
7. agensi pertubuhan

Dalam slanga gangster perkataan ‘badan’ dapat dipersiskan dengan makna


pertama dalam kamus. Perkataan ‘badan’ itu ialah susuk ‘tubuh’. Dalam
drama ini, Fahrin memang dikenali sebagai seseorang yang ‘kaki
perempuan’. Dalam telefon bimbitnya juga terdapat pelbagai gambar wanita-
wanita yang dia kenali walaupun ketika itu Fahrin mempunyai teman
wanitanya iaitu Nita.
Apabila melihat banyak gambar wanita dalam telefon bimbitnya, rakan-
rakan bertanyakan bagaimana dia dapat mendekati serta memikat gadis-
gadis yang ‘berbadan’ seksi begitu. Maka di situlah terungkapnya ‘Mana lu
dapat badan’.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Mana lu dapat badan?
Bahasa Standard Mana lu dapat perempuan berbadan seksi?

4.39 Perkataan 'cair'


Nita tu wa kasi dia ayat-ayat cinta, dia cair.
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:236)
1. tidak keras dan tdk spt gas(boleh mengalir spt air), encer, tdk pekat
2. ki bocor(bkn rahsia, berita dll)
3. menjadi lemah(kurang giat, kurang bersemangat dsb)
4. (Eko) mudah ditukarkan kpd wang tunai

Dalam dialog diatas dapat dilihat bahawa makna kamus yang menjadi takrif
slanga ‘cair’ ialah makna keempat iaitu ‘menjadi lemah’. Dalam dialog yang
dipaparkan, Fahrin dengan angkuhnya mengatakan bahawa hanya dengan

Page 35
kata-kata cinta yang diungkapkan kepada Nita, pastinya Nita akan terus
lemah dan tunduk dengan kehendak Fahrin.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Nita tu wa kasi dia ayat-ayat cinta, dia cair.
Bahasa Standard Nita tu wa kasi dia ayat-ayat cinta, dia terus
menjadi lemah.

4.40 Perkataan 'hasil'


Aku kasi kau hasil, kau main tahi belakang aku
Kamus Dewan Edisi Empat (2010:519)
1. segala sesuatu yang didapati atau diperolehi(drpd tanah, usaha dan
kegiatan)
2. akibat, kesudahan (drpd perlawanan, peperiksaan dll)
3. perolehan atau pendapatan (yg terdiri drpd cukai, pajak, sewa tanah,
dll)

Dalam memperkatakan slanga ‘hasil’ di sini sebenarnya merujuk pada takrif


ketiga dalam kamus iaitu ‘pendapatan’. Nita selalu memberikan Fahrin wang
untuk menampung cara kehidupannya yang mewah itu. Fahrin yang tidak
bekerja itu juga sering meminta wang daripada Nita kerana pendapatan Nita
yang agak lumayan hasil bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam.
Dalam dialog di atas, Emmy telah membocorkan rahsia kepada Nita.
Emmy terserempak Fahrin sedang berfoya-foya dengan wanita lain. Lalu
Emmy membritahu Nita perkara itu. Dengan perasaan marah, Nita telah
bersemuka dengan Fahrin untuk meminta penjelasan Fahrin mengenai wanita
yang disebut Emmy itu. Nita menyesal kerana selama ini dia memberi
‘hasil’(pendapatan) pada Fahrin tetapi dia kesal kerana di belakang Nita,
Fahrin bermain kayu tiga.
Lihat penterjemahan makna seperti di bawah ini.
Slanga Gangster Aku kasi kau hasil, kau main tahi belakang aku
Bahasa Standard Aku kasi kau pendapatan, kau main tahi
belakang aku

Bab 5 KESIMPULAN

Page 36
5.0 Rumusan dan Kesimpulan
Melihatkan semua bahan korpus yang dikaji, maka ada beberapa rumusan
yang dapat dibuat pengkaji. Yang paling utama yang dapat dikesan oleh
pengkaji ialah bahawa perkataan-perkataan slanga yang dikaji merupakan
perkataan yang sememangnya ada dalam bahasa standard tetapi telah
mengalami perubahan makna untuk diangkat sebagai slanga. Sebagai contoh
perkataan ‘baju’ yang berubah makna daripada sebagai pakaian menjadi
sesuatu yang lebih abstrak iaitu merujuk pada kumpulan samseng.
Juga dapat dikesan pengkaji bahawa senarai perkataan yang dijadikan
slanga selalunya perkataan teras bahasa Melayu. Perkataan-perkataan yang
diambil selalunya mudah dan sering digunakan dalam perbualan harian.
Sebagai contoh perkataan ‘langgar’, ‘perempuan’, ‘jentik’ dan juga ‘kicap’
merupakan senarai perkataan teras bahasa Melayu dan tidak memerlukan
keupayaan akademik yang tinggi untuk seseorang itu memahaminya. Hal ini
menjadi ciri slanga dalam golongan gangster.
Satu lagi ciri yang dapat dikesan dalam slanga gangster ini ialah sifat
ekonomisnya dalam penggunaan perkataan. Sebagai contoh dalam frasa
‘duduk dalam’. Frasa lengkap yang sepatutnya ialah ‘duduk dalam penjara’,
namun demi keperluan kerahsiaan dalam komunikasi antara mereka, kekata
‘penjara’ itu digugurkan untuk mengelak sebarang pandangan buruk
masyarakat luar terhadap mereka. Satu lagi contoh ialah perkataan ‘perangai’
yang mana sepatutnya diungkapkan sebagai ‘perangai buruk’ atau ‘perangai
tidak senonoh’.
Ada juga didapati pengkaji akan berlakunya beberapa perubahan kelas
kata dalam slanga tertentu setelah perkataan itu mengalami perubahan
makna. Sebagai contoh kekata ‘buih’ merupakan kata nama dalam kelas kata
standard tetapi ‘buih’ dalam slanga pula merujuk kepada ‘menipu’ yang
menjadikannya kata kerja. Begitu juga perkataan ‘longkang’ yang berubah
daripada kata nama menjadi kata adjektif dalam slanga gangster. Carta 6.0
dalam merumuskan dapatan dalam perubahan golongan kata yang
dimaksudkan.
Perkataan Kelas Kata Asal Perubahan Kelas Kata
Longkang kata nama kata adjektif
Goyang kata kerja kata adjektif

Page 37
Lekat kata kerja kata adjektif
kacang kata nama kata adjektif
Sauh kata nama kata kerja
berkepit kata kerja kata adjektif
Carta 6.0

Daripada carta 6.0 ini dapat dilihat bagaimana perkataan slanga yang
asalnya kata nama dan kata kerja diubah makna rujukan menjadi
kebanyakannya kata adjektif. Agak menarik di sini kerana kata nama dan kata
benda menjadi sesuatu yang lebih abstrak.
Satu lagi penelitian pngkaji ialah kata-kata daripada golongan kata
nama dan kata kerja merupakan perkataan pilihan yang digunakan dalam
slanga gangster kerana cirinya yang dapat memberikan gambaran yang
diinginkan apabila memperkatakan sesuatu hal. Perkataaan daripada kedua
golongan ini dapat dimanupulasikan oleh pencipta slanga ini untuk
memberitahu pendengar apa sebenarnya maksud yang ingin disampaikan.
Sebagai contoh perkataan ‘beruk’ yang merujuk pada pihak polis. Perkataan
‘beruk’ yang merupakan kata nama merujuk pada seekor beruk yang
selalunya digunakan untuk memetik kelapa. Di sini pengguna slanga
menggunakan kekata ‘beruk’ yang merujuk kepada anggota polis untuk
menggambarkan bagaimana seorang pegawai polis juga serupa dengan
seekor beruk yang sentiasa menurut perintah. Begitu juga dengan perkataan
‘sentuh’ misalnya yang merupakan kata kerja. Perkataan ini merujuk kepada
aksi ‘pukul’. Pengguna dapat memanupulasikan perkataan ‘sentuh’ untuk
merujuk pada aksi memukul. Namun begitu perkataan ‘sentuh’ dapat
memberi gambaran yang agak ‘ringan sedikit’ jika dibandingkan dengan
perkataan ‘pukul’.
Dapat dikatakan bahawa dalam membentuk makna perkataan slanga
itu, seseorang pengguna itu akan ‘menyerasikan dengan bahasa ibunda’
untuk membawa maksud yang lain daripada perkataan standard yang
terdapat dalam kamus(Noorlizasabariah Ramli, 2006:125). Kajian ini telah
membuktikan bahawa terdapat makna yang lain dalam tersirat dalam makna
yang digunakan dalam slanga di atas. Sebagai contoh, ‘beruk’, ‘besar’ dan
‘longkang’’ Kesemua perkataan yang dianalisis di atas mempunyai makna
yang berbeza daripada makna asalnya. Maka di sinilah terpapar

Page 38
kebijaksanaan pengguna dalam ‘menyerasikan’ makna sesuatu perkataan
slanga itu.
Sebagai kesimpulan, dapat dikatakan bahawa slanga merupakan satu
cabang bahasa yang amat menarik untuk dikaji. Slanga akan terus wujud bagi
memenuhi keperluan sesebuah golongan. Ciri-ciri keunikan slanga ini dapat
membawa mesej tertentu buat pengguna di samping juga menjaga tahap
kerahsiaan yang tinggi di kalangan golongan yang menggunakannya.
Namun begitu tidak dinafikan bahawa penggunaan slanga akan
mengganggu pembelajaran bahasa melayu baku kerana slanga yang lebih
popular penggunaannya di kalangan remaja mungkin akan menyerap masuk
dalam sistem pembelajaran sesebuah negara.
Tidak dikesampingkan juga slanga mungkin menggugah keutuhan
bahasa Melayu seperti yang dilaungkan pencinta dan cakna bahasa masa
kini. Menurut Mohammad Daud (2012) ‘perkembangan slanga yang rancak ini
sebenarnya memberikan kesan negatif terhadap usaha pihak-pihak yang
memartabatkan bahasa kerana slanga ditinjau sebagai satu gejala pertuturan
manusia'. Apakan tidaknya kerana slanga sudah mula muncul dalam
penulisan serta meluas penggunaannya di institusi pengajian dan sekolah.
Jika penggunaan slanga ini begitu meluas dan tidak terkawal, tidak
hairanlah ianya bakal menyusup masuk dalam sistem persekolahan dan
dianggap sebagai bahasa formal. Fenomena ini sudah pun berlaku dalam
sistem persekolahan di Singapura di mana leksikal yang digunakan dalam siri
drama sinetron Indonesia sering digunakan pelajar dalam tugasan sekolah
mereka. Perkara ini mungkin juga berlaku jika usaha mengekang slanga tidak
dilakukan secara berterusan. Mengancam kedaulatan serta kemurnian
bahasa Melayu. bakal menjejas bahasa Melayu itu sendiri
Namun begitu, slanga juga dapat menambahkan variasi pada bahas
kerana slanga yang tercipta agak menarik jika dikaji penggunaannya. Satu
lagi faktor yang menonjol mengenai slangan ialah sifat temporal slanga ini
memastikan aktiviti perbahasaan itu tidak statik. Ianya menjadi sesuatu yang
hidup dan dinamis.
Slanga juga membawa satu kelainan yang menarik dan menambah
kerencaman dalam bidang bahasa dengan kosa kata yang mengikut edaran
zaman dan kebijaksanaan pengguna mengaitkan sesuatu perkataan slanga

Page 39
itu mengikut fitur kekata asalnya. Gillian O’Reily (2004) berpendapat bahawa
slanga memperkaya dan menjadikan sesuatu bahasa itu menarik. Menarik
kerana slanga tidak sahaja memperkembangkan kreativiti bahasa tetapi
membuat slanga itu sejajar dengan perubahan masa, citarasa dan pemikiran
pengguna.
People use slang in conversation for a long time before
expressions get written down. By the time someone writes them
down, everybody has forgotten how it started.
(Oreily, 2004:3)
Maka satu soalan bermain di benak fikiran. Adakah slanga akan terus
pupus jika penguatkuasaan diberikan tumpuan untuk menghindar slanga?
Jawapannya tidak, kerana ‘selagi ada remaja, selagi itulah bahasa slanga
akan terus berkembang kerana ciri-ciri remaja itu sendiri telah menyebabkan
perkembangan bahasa slanga’. (Muhammad Daud, 2014)

Bibliografi

Buku
Asmah Hj Omar, 1993. Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus
kepada Perancangan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Harimurti Kridalaksana, 1982. Kamus Linguistik. Jakarta, Gramedia.

Chaer Abdul, 2004. Sosiolinguistik Perkenalan Awal. Jakarta, Rineka Cipta.

Chaer Abdul, Leonie Agustina, 2010. Sosiolinguistik: Perkenalan Awal,


Jakarta, PT Rineka Cipta

Nik Safiah Karim, 1981. Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu,


Kuala Lumur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Nor Hisham Osman, 2002. Sosiolinguistik Dan Kepelbagaian Bahasa,


Selangor Darul Ehsan, Al-Hikmah Sdn Bhd.

Page 40
Gillian O’Reily, 2004. Slangalicious: Where We got the Crazy Lingo. Toronto,
Annick Press.

Zaidi Ismail, 2012. Bahasa Melayu dalam Media Baharu: Sejauh Manakah
Diutamakan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Latihan Ilmiah
Noorlizasabariah Ramli, 2006. Analisis Slanga Mat Rock, Kuala Lumpur,
Akademi Pengajian Melayu.

Jurnal
Wong Khek Seng, ‘Bahasa Slanga di kalangan Mahasiswa Universiti Malaya’
dlm Jurnal Dewan Bahasa 38:8, hlm 749-754, 1994

Kamus
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003. Brunei. Dewan Bahasa dan Pustaka
Brunei

Lelaman Sesawang

Mohammad Daud, 2012. Bahasa Slanga Remaja: Cabaran Memartabatkan


Bahasa Melayu diakses pada 30 Jun 2015 di lelaman sesawang
http://dwnbahasa.dbp.my/?p=969

Muhammad Daud, 2014. Bahasa Slanga dan Remaja. Diakses pada 6 Julai
2015. http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/bahasa-slanga-dan-remaja-
1.315632

Page 41
Lampiran

Data Daripada Anak Metropolitan 3 Episod 1

SN Data Durasi
01 Lu jangan cakap longkang 1’ 11
02 Apsal lu cabut 1’ 40
03 Gua goyang bro sebab lu takda 1’ 41
04 Jangan sebarang sentuh wa punya budak 2’ 40
05 Mana kau tangkap 16’ 48
06 Kocek dia besar ok 16’ 53
07 Jantan gini macam kau dah dapat cekup, 17’ 24
kau jangan lepas
08 Kau boleh buat jantan lentok kat kau 17’ 48
09 Sebab tu Fahrin lekat macam super glue kat 17’ 51
kau
10 Jantan luar dalam semua aku dah kenal beb 17’ 59
11 Si Fahrin tu kacang jer beb 18’ 05
12 Macam mana dia boleh sauh boy friend kau 18’ 29
13 Nanti budak tu akan melekat dekat kau 19’ 13
14 Man dah betul-betul bukak kepak 25’ 44
15 Dia orang punya busuk semua orang tahu 26’ 18
16 Dia orang suka lepak kat sini 30’ 26

Page 42
17 Eh semalam punya cerita lu jangan berbual 30’ 40
lah
18 Kalau wa nak tiak Hakim, Man mesti turun 31’ 07
19 Selagi wa tak kicap muka dia….. 31’ 17
20 Itu perempuan dia kan 31’ 44
21 Kita jangan kecoh 31’ 49
22 Senang-senang lu boleh duduk dalam 37’ 00
23 Budak yang ikut korang tu budak baju 37’ 12
24 Lu Man punya budak 38 00
25 Takkan budak sekolah tahi itu macam lu tak 38 12
boleh handle

Data daripada Anak Metropolitan 3 Episod 2


SN Data Durasi
01 Wa mahu lu orang ajar dia. 2' 09
02 Ku jangan buih gua boleh tak 2' 39
03 Alamak beruk! 3' 32
04 Kalau ada apa-apa lu picit gua 4' 53
05 Ku jangan buat taik kat sana. 18' 28
06 Lu perangai lah 21' 32
07 Wah bukan main berkepit lagi kau dengan dia 22' 04
08 Azwan tu yang tangkap lengtok kat aku tau. 22' 07
09 Kalau kita tak settle cepat, ni akan jadi kecoh ah. 32' 06
10 Mana tahu lu orang sudah pijak ni wayar. 34' 24
11 Dia takkan jentik kalau lu orang tak langgar dia. 34' 29
12 Lu orang punya kubur lu orang jawab sendiri 34' 58
13 Dia dah start jiwang dekat aku 36' 32
14 Hari aku mahu kasi kicap sama dia 38' 35

Data daripada Episod 3


34 Telinga gua dah start berdarah kau tahu tak! 16’ 55
35 Aku pun nak belah ni. 20’07
36 Angkat barang? 27’ 51
37 Tempat kerja lu ada lobang tak? 34’ 30
38 Mana lu dapat badan? 39’36
39 Nita tu wa kasi dia ayat-ayat cinta, dia cair. 40’08
40 Aku kasi kau hasil, kau main tahi belakang aku. 40’14

Page 43

Anda mungkin juga menyukai