Anda di halaman 1dari 45

1.

0 Pendahuluan

Samuel Huntington dalam bukunya The Clash of Civilizations and The Remaking of World
Order (1996) mentakrifkan bahasa sebagai salah satu ciri dasar tamadun yang menjadi asas
tautan, identiti, esprit de corp, kebanggaan, dan kasih sayang sesama anggota sesebuah
tamadun. Dapat diilhat bahawa bahasa merupakan asas komunikasi yang membentuk peribadi
dan perilaku seseorang. Melalui bahasalah elemen-elemen lain seperti kepercayaan, pemikiran,
weltanschaaung, budaya, dan sebagainya mula terbentuk. Malah, Hashim Awang A.R. (1996)
mengetengahkan bahasa sebagai pendukung utama budaya.

Masyarakat Melayu yang terkenal dengan kekayaan budaya amat mengutamakan


komunikasi sebagai wadah untuk berhubung. Rites de passage masyarakat Melayu tradisional
telah membuktikan pantun sebagai wadah utama dalam berkomunikasi harian. Pembentukan
kata bahasa Melayu pada waktu itu merangkumi kata-kata puitis, indah, dan mempunyai nilai
estetika yang tinggi. Noriza Daud (2007) menyatakan pantun Melayu sebagai pernyataan tradisi
budaya di samping menonjolkan kemantapan daya kreativiti dan mentaliti masyarakat Melayu.
Tambahan lagi, pantun sangat menarik perhatian orientalis seperti A.W. Hamilton, H. Overbeck,
dan Richard Winstedt semasa zaman penjajah sehingga banyak kajian dibuat bagi mengupas
kekayaan jiwa masyarakat Melayu di sebalik pantun.

Evolusi bahasa Melayu semakin ketara pada abad ke-21 ini. Pembentukan bahasa
Melayu semakin berleluasa disebabkan pengaruh-pengaruh bahasa dan budaya asing.
Kemasukan sistem tulisan dalam bahasa Melayu menganjakkan lagi usaha
memperkembangkan bahasa tersebut. Dengan kewujudan sistem tulisan, maka timbullah
usaha-usaha untuk keselarasan dan penstandardan bahasa Melayu. Namun demikian, bahasa
Melayu lisan yang menjadi tunggak komunikasi masyarakat tradisional, turut mengalami suatu
evolusi dalam perkataan-perkataan yang digunakan oleh penuturnya. Jelas kelihatan bahasa
Melayu lisan semakin kreatif, misalnya dalam bidang pantun. Penutur yang kreatif dapat
mengolahkan serangkap pantun dengan kekatanya sendiri, adakalanya berbaur lucu dan
menghiburkan. Bukan sahaja itu, bahasa Melayu lisan ataupun bahasa percakapan menjadi
wadah utama seseorang dalam mengkreatifkan unsur-unsur bahasa.

Bermula daripada bahasa Melayu lisanlah maka pengaruhnya tersadur ke dalam


bahasa Melayu tulisan. Meskipun tidak bersifat sempurna, banyak perkataan bahasa Melayu
standard telah dikreatifkan sehingga pemakaian bahasa kreatifnya menjadi suatu kelaziman,
malah diterima pakai oleh masyarakat Melayu. Menurut Halliday (1989):

“Beneath its surface ‘imperfections’ (which are essential part of its dynamic
flexibility) spoken language exhibits a highly elaborate organization, though in
a way which is quite different from the language which we read and write.”

(Halliday, 1989)

Justeru, secara keseluruhan, bahasa Melayu telah melahirkan banyak dialek, bahasa
kreol, pijin, dan sebagainya. Malah, Mohamed Pitchay Gani (2009) menyatakan bahasa Melayu
menghasilkan ribuan dialek dan sub-dialek, melahirkan bahasa Baba, bahasa Indonesia, dan
mempengaruhi bahasa Inggeris seperti tergambar dalam bahasa Singlish di Singapura.
Tambahan lagi, ledakan teknologi telah memperlihatkan kerencaman leksikon yang dilahirkan
oleh penutur bahasa Melayu. Terutama sekali bagi bahasa Melayu kreatif, bidang tersebut
semakin menjadi licensia poetica bagi para penutur golongan muda. Hal ini sewajarnya dilihat
dari aspek positif kerana mendinamikkan lagi bahasa Melayu. Perkara tersebut akan
dibincangkan lagi pada bab-bab seterusnya.

2.0 Pengenalan

Menurut Wright (2001: 492) dalam bukunya The New York Times Almanac 2002, bahasa
Melayu merupakan salah sebuah bahasa majoriti di dunia. Kajian tentang morfologi bahasa
Melayu telah bermula sejak 1812, iaitu terhasilnya karya W. Marsden dalam Grammar of The
Malay Language. Nahu bahasa Melayu pertama pula dihasilkan oleh Za’ba dalam Pelita
Bahasa Melayu I (1947). Kajian-kajian selanjutnya telah membentuk bahasa Melayu ke arah
kesempurnaan dan sentiasa berkembang. Morfologi merangkumi kajian tentang kata dan
pembentukannya. Dalam kajian ini, proses pembentukan kata standard dan kreatif akan
dibincangkan.

Pembentukan kata suatu fenomena khusus yang bergelombang dalam peradaban


manusia. Kata yang terbentuk menyentuh seluruh aspek kehidupan manusia. Tambahan lagi,
ini menunjukkan keupayaan bahasa memanfaatkan globalisasi untuk kemaslahatan
masyarakat. Pembentukan kata dikatakan suatu entiti pembaharuan dalam morfologi bahasa
Melayu. Menurut Asmah Haji Omar (1986), pembentukan kata ialah cara kata-kata dibentuk,
atau proses yang dilalui oleh sesuatu kata dalam pengwujudannya. Aspek pembentukan kata
dalam bidang morfologi adalah suatu perkara yang sentiasa berubah mengikut kehendak
zaman. Tidak boleh tidak, bahasa Melayu perlu menerima masuk pelbagai unsur asing bagi
memastikan dinamisme bahasa tersebut. Malah, Za’ba (1965) mengatakan bahawa kata
pinjaman yang tertua sekali kemungkinannya datang dari bahasa Sanskrit. Tambahan lagi,
Teeuw (1955) berpendapat bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan lingua
franca kerajaan Sriwijaya dan bahasa ilmu, kebudayaan, falsafah, agama Buddha dan
tatabahasa Sanskrit. Kedatangan para pedagang dan mubaligh Arab ke alam Melayu turut
memainkan peranan besar dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Syed Muhammad Naquib
Al-Attas (1972) mengatakan penggunaan perkataan Arab dalam bahasa Melayu bermula sejak
lebih kurang enam kurun yang lalu. Kini, dengan adanya proses-proses pembentukan kata yang
tersedia, penerimaan perkataan baru ke dalam masyarakat merupakan fasa selanjutnya.

Kecanggihan teknologi terkini turut mengubah hala kehidupan masyarakat Melayu ke


arah kemodenan. Jika sesuatu entiti pembaharuan dalam bahasa Melayu dianggap perkara
pantang pada zaman dahulu, kini konsep pembaharuan seakan menjadi salah satu fardu ain
ataupun suatu kewajipan bagi memperkembangkan dan mempertingkatkan kedudukan bahasa
Melayu. Maka, kemodenan telah menciptakan pelbagai istilah dan perkataan baru. Menurut
Ferguson (1971),

“Modernization provides the language with the specialized subvocabularies


and forms of discourse corresponding to the highly differentiated functions the
language must fulfill in a modern society.”

(Ferguson, 1971)
Malah, Sapir (1960) turut menjelaskan bahawa bahasa merupakan lambang
pengalaman yang sempurna. Ini membuktikan bahawa dengan berkembangnya pengalaman
seseorang, maka bahasa yang digunakannya juga harus berkembang.

Perkembangan bahasa lazimnya bermula dengan penambahan kata-kata baru dalam


bidang-bidang ilmu seperti sains, teknologi, undang-undang, perubatan, dan sebagainya.
Tambahan lagi, penciptaan konsep baru dalam dunia Inggeris belum lagi terwujud dalam dunia
Melayu. Misalnya, komputer tidak pernah dicipta di alam Melayu, lantas tiada perkataan asal
Melayu yang dapat menggantikan perkataan komputer. Justeru, perkataan-perkataan baru
harus dibentuk. Perkara inilah yang diperkatakan oleh Weinrich (1963), yakni timbulnya
keperluan untuk menunjukkan barang-barang baharu, reka-reka cipta, teknik-teknik, penemuan-
penemuan, konsep-konsep yang sejagat yang menyebabkan berlakunya pembaharuan leksikal.

“Pembicaraan mengenai pembentukan kata akan melibatkan pembicaraan


mengenai komponen atau unsur pembentukan kata itu, yaitu morfem, baik morfem
dasar maupun morfem afiks, dengan berbagai alat proses pembentukan kata itu,
yaitu afiks dalam proses pembentukan kata melalui proses afiksasi, duplikasi
ataupun pengulangan dalam proses pembentukan kata melalui proses reduplikasi,
penggabungan dalam proses pembentukan kata melalui proses komposisi, dan
sebagainya.”

(Abdul Chaer, 2008: 3)

Dengan terciptanya perkataan-perkataan baru, ini mencerminkan kekreatifan


masyarakat penutur sesebuah bangsa. Menurut Mohamed Pitchay Gani (2009), dinamiknya
sesuatu bahasa ini dalam masyarakat penuturnya dapat dilihat dalam salah satu ragam
komunikasi, iaitu komunikasi humor. Dalam masyarakat Melayu tradisional sudah terbukti
dengan adanya sang pencerita seperti Tok Selampit yang sentiasa menggunakan bahasa untuk
membangkitkan rasa humor dan keseronokan di kalangan pendengarnya. Humor masyarakat
Melayu moden dalam penggunaan bahasa kreatif dapat dilihat dalam kehidupan harian,
terutama sekali dalam fenomena terkini, iaitu program Maharaja Lawak Mega di Malaysia.
Kepintaran seseorang penutur memutarbelitkan kata-kata standard menjadi sesuatu yang
kreatif adalah suatu kemahiran semula jadi. Di samping itu, perkara sebegini mencerminkan
pemikiran kritikal sang penutur. Justeru, pembentukan kata standard dan kreatif boleh
dikatakan sudah menjadi sebuah intra-switching language of convenience bagi penutur
masyarakat Melayu.

Ini bermaksud penutur bahasa Melayu sewenang-wenangnya bertukar ganti dan


berselang-seli menggunakan bahasa Melayu standard dan kreatif. Dari sudut positif, perkara ini
sebenarnya membentuk budaya kritikal masyarakat melalui penggunaan unsur-unsur kreatif.

2.1 Permasalahan Kajian

Wong Khek Seng dalam pengkajiannya tentang bahasa Melayu lisan telah menyenaraikan
wacana lisan kepada 11 ciri. Antaranya ialah unsur kegramatisan, dan unsur pemendekan
tatabahasa. Unsur kegramatisan merujuk kepada penggunaan bahasa yang kurang mematuhi
hukum tatabahasa. Kepentingan ataupun tumpuan di sini ialah pemahaman pendengar semasa
berkomunikasi. Meskipun tatabahasa yang digunakan tidak bersifat standard, penutur-
pendengar masih jelas dalam komunikasi dan mesej yang disampaikan terkesan. Unsur
kreativiti juga terletak dalam unsur kegramatisan kerana lebih mementingkan konotasi mesej
dan kejenakaannya.

Unsur pemendekan tatabahasa pula merujuk kepada pemendekan perkataan-perkataan


supaya bersifat ekonomis dan tidak berjela-jela. Lazimnya, unsur ini banyak digunakan dalam
bahasa Melayu lisan. Antara contoh ialah tapi, nak, dan tak yang dipendekkan daripada
perkataan tetapi, hendak, dan tidak. Hal ini jugalah yang mewujudkan rangkai kata-rangkai kata
baru yang kreatif seperti dalam akronim dan inisialisme kerana sifatnya yang ekonomis.

Pembentukan kata secara umum melibatkan proses pengimbuhan, penggandaan,


pemajmukan, dan pengakroniman. Berdasarkan rumus-rumus tatabahasa dan perancangan
bahasa yang telah ditetapkan, maka terbentuklah sesebuah kata itu. Proses ini merupakan
suatu fenomena yang berterusan kerana sesuatu bahasa itu tetap berkembang. Apatah lagi
dengan letusan teknologi yang membolehkan seseorang penutur bahasa membentuk katanya
sendiri di alam maya. Kewujudan slanga, akronim, dan perkataan baru mencerminkan
kekreatifan penutur bahasa itu sendiri, mahupun pembentukan kata secara formal atau tidak
formal.

Lantas, di sinilah timbulnya permasalahan yang dihadapi perancang bahasa. Teknologi


dan globalisasi tiada batasannya dan sesuatu gejala dengan mudah dan cepat akan merebak.
Dalam hal ini, sesuatu unsur bahasa kreatif akan menular jika perkataan tersebut dianggap
sesuai dan menarik untuk digunakan. Justeru, kajian ini dilakukan bagi meninjau keleluasan
unsur kreatif dalam bahasa Melayu. Selain itu, penyelidikan ini bertujuan melihat situasi dan
keadaan apakah yang membuat para penuturnya mengkreatifkan sesuatu pembentukan yang
standard. Perbincangan ini memfokuskan pembentukan rangkai kata hasil daripada proses
kekreatifan pengguna bahasa memperluaskan bentuk kata standard.

2.2 Objektif Kajian

Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti pembentukan kata bahasa Melayu yang standard
dan yang kreatif. Fenomena ini sememangnya wajar untuk dikaji kerana semakin banyak kata-
kata yang dicipta dan terima pakai sewenang-wenangnya, apatah lagu pada era Web 2.01
zaman ini.

Selain itu, kajian ini turut menjelaskan konotasi positif dan negatif yang terdapat dalam
pembentukan kata kreatif bahasa Melayu. Sesuatu unsur standard yang diubah menjadi kreatif
mempunyai beberapa tujuan. Menurut Karim Harun (2000) dalam kertas kerja Harishon Radzi
(2006), proses memendekkan kata adalah satu proses yang disukai oleh pengguna bahasa
kerana kata kependekan yang ditemui dalam kehidupan seharian sudah terdapat dalam
leksikon mental pengguna bahasa dan mereka menyimpannya dalam bentuk kata pendek
bukan dalam bentuk penuh demi menjimatkan ruang penyimpanan dan kos proses di dalam
lesksikon mental.

Selain penjimatan ruang, tujuan mengubah suai disebabkan ingin mengkritik secara halu
dan bersahaja tentang rangkai kata tersebut. Rangkai kata yang terdiri daripada akronim,

1
Web 2.0 merupakan istilah komputer yang merujuk kepada rangkaian-rangkaian sosial, media baru, dan Internet.
Wadah-wadah sebeginilah yang sering memperlihatkan banyak penciptaan pelbagai slanga, bahasa Melayu lisan,
akronim, dan rangkai kata kreatif.
inisialisme, dan sebagainya kebanyakannya terbentuk oleh kerajaan bagi merujuk sesuatu
secara singkat. Oleh itu, masyarakat Melayu yang tidak berpuas hati dengan dasar-dasar
kerajaan akan memutarbelitkan rangkai kata-rangkai kata tersebut menjadi suatu sifat sindiran
halus terhadap kerajaan.

2.3 Batasan Kajian

Menurut Leech (1992), kajian bahasa kini tidak lagi berdasarkan data bikinan menurut intuisi
pengkaji semata-mata, tetapi berasaskan data penggunaan sebenar daripada masyarakat
penutur dalam pelbagai konteks dan wacana penulisan.

Justeru, kajian ini membatasi aspek pembentukan kata yang meliputi kata nama,
akronim, inisialisme, dan kekreatifan rangkai kata. Pengumpulan data dilakukan melalui
pemerhatian dan penglibatan pengkaji secara langsung dalam dialog bersama rakan-rakan
sebaya dan masyarakat setempat.

Data yang terkumpul kemudian dianalisis dan diklasifikasikan mengikut empat aspek
pembentukan kata yang disebut di atas.

2.4 Signifikan Kajian

Kajian ini merupakan satu usaha untuk meneliti kreativiti bangsa dan budaya Melayu dalam
bahasa. Menurut Hashim Musa (2005)2, peningkatan peradaban dimangkin oleh kepandaian
mengolah, mengguna dan menjana segala sumber. Peradaban Melayu sememangnya
meningkat, terutama sekali dengan kemasukan teknologi. Kepandaian penutur bahasa Melayu
dalam mengolah semula rangkai kata dengan menggunakan sumber teknologi, telah
membuktikan kreativiti bangsa dan kemajuan dalam peradaban.

Lantas, penyelidikan ini diharap dapat merintis lebih banyak kajian mengenai morfologi
bahasa Melayu di Nusantara, khususnya dalam aspek pembentukan kata standard baru
mahupun kreatif. Kajian peringkat sebegini setidak-tidaknya merakam kata-kata baru yang
diterima pakai masyarakat mahupun tidak, demi memperkayakan lagi khazanah bangsa melalui
bahasanya.

2.5 Sorotan Literatur

Pembentukan kata bahasa Melayu merupakan proses yang berterusan mengikut arus
perkembangan moden. Sesuatu bidang ilmu pastinya mempunyai kata-kata teknikal tersendiri
yang dicipta, dibentuk, dan diwujudkan dalam sesuatu bahasa. Dalam konteks Nusantara,
dapat dilihat bahawa bahasa Inggeris adalah pengaruh utama dalam kedinamikan dan
perkembangan bahasa Melayu. Namun demikian, pengaruh bahasa lain juga tidak
disampingkan. Baik dalam percakapan harian mahupun di ruang siber, bidang pembentukan

2
Hashim Musa dalam kertas kerjanya “Penjanaan dan Pembudayaan Kreativiti Bangsa Melayu Malaysia Melalui
Bahasa Melayu : Perjuangan yang Perlu Diselesaikan”. Jurnal Beriga, Bil. 88, Julai- September 2005, hlm. 11-141 
kata (morfologi) telah stabil dan olahan bentuk-bentuk kata berjaya diterima pakai serta
difahami oleh kalangan penuturnya.

Justeru, kajian terhadap pembentukan kata bahasa Melayu standard dan kreatif ini
merupakan lanjutan kajian-kajian terdahulu. Kajian ini memberi nafas segar memandangkan
fenomena pengaruh bahasa Inggeris semakin berleluasa di era moden ini dan mendapat
perhatian masyarakat Melayu khususnya.

Pada umumnya, banyak penyelidikan lepas dalam bidang morfologi bahasa Melayu
telah dijalankan. Antara buku-buku, himpunan kertas kerja dan rencana yang mengkaji aspek
tersebut ialah:

i. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa bahasa Melayu : morfologi dan sintaksis untuk guru
dan pelajar (2002).
ii. Abdullah Hassan dalam “Bahasa Melayu tinggi ditinjau dari sudut morfologi” (1986).
iii. Abdullah Jumain Abu Samah dalam “Perkembangan leksikon bahasa Melayu : analisis
proses morfologi tertua bahasa Melayu” (1996).
iv. Arbak Othman dalam Penggandaan dalam morfologi Bahasa Melayu (1976).
v. Asmah Hj Omar dalam Morfologi-sintaksis bahasa Melayu (Malaya) dan bahasa
Indonesia : satu perbandingan pola (1968).
vi. Awang Mohamad Amin dalam “Kekerapan kesalahan bahasa peringkat Kara (morfologi)
bahasa Malaysia : satu tinjauan khusus terhadap prestasi kemahiran bahasa tulisan
pelajar-pelajar Melayu tingkatan empat” (1982).
vii. Harishon Radzi dalam “Proses Gramatikali dalam Morfologi Bahasa Melayu” (2009).
viii. Lutfi Abas dalam “BM tinggi ditinjau dari sudut morfologi” (1986).
ix. Mashdui Kader dalam “Proses morfologi bahasa Melayu: satu penelitian semula” (2006).
x. Mohd Yunus Sharom dalam Perisian pembina leksikon-pemantapan pembangunan
sumber linguistik dan morfologi (terkomputasi) bahasa Melayu (2009).
xi. Nik Safiah Karim dalam “Peristilahan dari sudut morfologi : perspektif bahasa dalam
cabaran zaman pembangunan” (2001). 
xii. Razali Yaakub dalam “Analisis morfologi bahasa Melayu menggunakan rangkaian
neural” (1996).
xiii. Siti Norlizaha Harun dalam “Morfologi dan bentuk bandar Melayu awal di Semenanjung
Malaysia” (2007). 
xiv. Zaharani Ahmad dalam “Penyelidikan dalam bidang morfologi” (2009).
xv. Zaharani Ahmad dalam “Kajian aspek bahasa : morfologi” (2001).

Kajian tempatan yang meliputi bentuk latihan ilmiah, disertasi dan tesis mengenai
morfologi bahasa Melayu standard dan kreatif memperlihatkan sebanyak 9 kajian. Antaranya
ialah:

i. Ab. Rahim Mahmood dalam Kajian penguasaan morfologi Bahasa Melayu : satu kajian
di kalangan pelajar-pelajar Pra-Akademi Islam, Nilam Puri (1996). 
ii. Abdul Wahid Takat dalam Analisis kesilapan tatabahasa [morfologi] pelajar-pelajar
tingkatan empat: satu kajian kes (1988).
iii. Koay Chee Leong dalam Analisis kesilapan morfologi Bahasa Melayu di sekolah
menengah kebangsaan (2003).
iv. Mazarul Hasan Mohamad Hanapi dalam Analisis lagu etnik kreatif dari sudut morfologi
(2003).
v. Md. Nawi Daud dalam Penguasaan morfologi bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar
sekolah menengah: satu kajian kes (1997).
vi. Mohd. Alwee Yusof dalam Perkataan Arab dalam bahasa Melayu : satu analisis
morfologi dan semantik (1994).
vii. Paitoon Masmintra Chaiyanara dalam Dialek Melayu Patani dan bahasa Malaysia:Satu
kajian perbandingan dari sei Fonologi, Morfologi dan Sintaksis (1983).
viii. Rohani Mohd. Yusof dalam Perbandingan morfologi bahasa Melayu dan bahasa Iban
(1999).
ix. Sumalee Nimmanupap dalam Kata majmuk dalam bahasa Melayu dan bahasa Thai :
suatu analisis perbandingan morfologi (1995).

Kajian yang bakal diulas dalam bahagian ini melibatkan beberapa kertas kerja/latihan
ilmiah/tesis sarjana/tesis PhD oleh para pengkaji Singapura dan Malaysia. Dalam sebuah tesis
PhD oleh Sumalee Nimmanupap (1995) bertajuk Kata majmuk dalam bahasa Melayu dan
bahasa Thai : suatu analisis perbandingan morfologi, beliau mengkaji secara perbandingan kata
majmuk dalam bahasa Melayu dan bahasa Thai yang merupakan satu unsur penting dalam
bidang morfologi. Beliau menggunakan teori morfologi yang berdasarkan kriteria sintaksis dan
kriteria semantik.

Antara dapatan kajiannya yang menarik adalah persamaan dan perbezaan penggunaan
kata majmuk dalam kedua-dua bahan bahasa Melayu dan bahasa Thai. Dalam aspek
persamaan, kata nama majmuk digunakan paling banyak dalam kedua-dua bahasa untuk
merujuk benda, manusia, perkara atau konsep yang makin bertambah mengikut perkembangan
setiap masyarakat. Selain itu, bahasa Melayu dan bahasa Thai mempunyai satu ciri bentuk
kiasan yang sama, iaitu unsur anggota bada manusia seperti tangan, kaki, kepala, mata, dan
sebagainya. Misalnya, kaki lima (BM) dan than thaw (jalan+kaki = kaki lima) ataupun cahaya
mata (BM) dan kxw ta (cahaya+mata = cahaya mata).

Namun demikian, antara perbezaan ketara yang dapat dilihat dalam fungsi kata majmuk.
Dalam bahasa Melayu, pengimbuhan kata majmuk dapat menghasilkan fungsi kata majmuk.
Misalnya,

i. anak tiri (kata nama majmuk) menjadi dianaktirikan (kata kerja majmuk)
ii. kongsi kereta (kata nama majmuk) menjadi berkongsi kereta (kata kerja majmuk)

Dalam bahasa Thai pula tiada pengimbuhan berlaku tetapi perkataan Thai mempunyai
multi fungsi dan multi makna. Fungsi dan makna tertentu dapat dipamerkan dalam ayat
mengikut susunannya dalam ayat. Misalnya,

i. di+lew (elok jahat/baik)  di+lew sebagai kata majmuk kopulatif


ii. di+lew-ko-luk-raw (elok jahat pun anak kita)  di+lew berfungsi sebagai subjek
FN

Justeru, kajian Sumalee telah membuktikan bahawa kata majmuk Melayu semakin
berkembang setelah melalui beberapa proses yang ditetapkan. Pembentukan kata majmuk
melalui proses-proses telah memodenkan kata majmuk dan memberikan makna serta fungsi
yang baru.

Jamilah Hj. Mahmud (1994) dalam kajiannya bertajuk Manuskrip Melayu abad ke-16 :
satu analisis aspek morfologi dan sintaksis, telah melihat aspek kata, frasa, dan ayat bahasa
Melayu pada abad ke-16 dan persamaan serta perbezaan bahasa Melayu sekarang dengan
manuskrip abad ke-16. Aspek yang dikaji dalam Bab 2 meliputi golongan kata dan
pembentukan kata, yang terdiri daripada bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata
majmuk dan bentuk kata ganda.

Analisisnya telah menunjukkan suatu persamaan antara bahasa Melayu abad ke-16 dan
bahasa Melayu moden dari segi pembentukan sesebuah kata. Kata tunggal mempunyai
kekerapan tertinggi dari segi penggunaannya, manakala imbuhan awalan, akhiran dan apitan
merupakan imbuhan yang selalu digunakan. Terdapat beberapa bentuk imbuhan yang tidak
digunakan sekarang seperti imbuhan awalan ba- dan ma-.

Selain itu, pengaruh bahasa asing, terutama bahasa Sanskrit dan bahasa Arab, sudah
jelas kelihatan pada masa itu. Malah, menurut dapatan Jamilah (1994: 146), kata pinjaman
Sanskrit sudah sebati dengan bahasa Melayu sehingga tidak dapat dibezakan sama ada kosa
kata tersebut merupakan kosa kata Melayu asli ataupun kosa kata Sanskrit. Sementara itu,
penggunaan kata Arab turut digunakan kerana tidak terdapat istilah Melau yang khusus bagi
mendokong mana-mana konsep kata pinjaman tersebut, seperti kitab, hakikat, Allah, dan fikir.

Hal ini telah menambahkan lagi perbendaharaan kata bahasa Melayu dalam aspek-
aspek falsafah, keagamaan, bahasa, dan pengetahuan. Namun demikian, terdapat kata-kata
arkaik yang digunakan dalam surat 1521M tersebut kini telah mati. Misalnya perkataan kasap,
buha, dayam, dan kerwal tidak lagi digunakan pada zaman sekarang.

Adapun bab-bab selanjutnya membincangkan tentang pembentukan frasa dan ayat.


Justeru, kajian Jamilah telah mendedahkan tentang pembentukan kata bahasa Melayu sejak
zaman dahulu dan masih lagi diterima pakai oleh masyarakat Melayu moden. Perkara ini
mencerminkan kedinamikan bahasa Melayu dahulu yang menerima pengaruh bahasa asing.
Para penutur bahasa Melayu pada waktu dahulu telah menggubal perkataan-perkataan baru di
peringkat bahasa Melayu standard mahupun bahasa Melayu kreatif.

Mardina Haji Mahadi dalam kertas kerjanya3 bertajuk Analisis Istilah Teknologi Maklumat
Dari Segi Aspek Morfologi mengupas mengenai pembentukan istilah teknologi maklumat dan
perlunya penerbitan buku-buku istilah sebagai cara memperkembangkan ilmu, supaya bahasa
Melayu mempunyai ‘nilai tambah’ dan mengekalkan ‘nilai unggul’. Beliau telah membahagikan
tiga cara pemadanan istilah yang disenaraikan dalam buku istilah bertajuk Istilah Teknologi
Maklumat. Berikut merupakan cara-cara tersebut:

i. Padanan istilah seluruhnya dari bahasa Melayu (BM)

Dalam hal ini, keseluruhan kata dasar diberi padanan dalam bahasa Melayu. Istilah dari
bahasa Inggeris (BI) diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Misalnya:

acceptance testing - ujian penerimaan


broadband - jalur lebar
checklist approach - pendekatan senarai semak
data link - pautan data
online - dalam talian

3
Kertas kerjanya dibentangkan di Seminar Bahasa dan Sastera, Brunei Darussalam, sempena Sidang Ke-45
MABBIM dan Sidang Ke-11 MASTERA, pada tanggal 14-15 March 2006.
ii. Padanan istilah BM dan BI, iaitu campuran dua leksikal

Padanan ini memperlihatkan sebahagian istilah diberi padanan dalam BM, dan sebahagian
lagi dikekalkan leksikalnya dalam BI. Hanya ejaan BI ditukar dengan sistem ejaan BM.
Misalnya:

access code - kod capaian


antivirus software - perisian antivirus
communication network - rangkaian komunikasi
database - pangkalan data
default system - sistem asal

iii. Padanan istilah dari bahasa Inggeris

Padanan bentuk ini merupakan penyesuaian dengan sistem ejaan bahasa Melayu,
manakala ada sebahagian dikekalkan ejaannya. Misalnya:

analog computer - komputer analog


bar code - kod bar
format - format
menu bar - bar menu
electronic mail - mel elektronik

iv. Singkatan

Selain pemadanan istilah, beberapa istilah diberi singkatan ataupun inisialisme dengan
menggunakan huruf awal. Keseluruhan singkatan masih menggunakan singkatan bahasa
Inggeris, namun istilahnya dibentuk dalam BM. Antara contohnya:

automated teller machine (ATM) - mesin wang berautomatik (ATM)


compact disk read only memory (CD-ROM) - cakera padat ingatan baca (CD-
ROM)
information technology (IT) - teknologi maklumat
personal computer (PC) - komputer peribadi (PC)
database management system (DBMS) - sistem pengurusan pangkalan data
(DBMS)

v. Gabungan kata

Gabungan kata merupakan bentuk istilah yang terdiri dari dua kata atau lebih. Misalnya:

electronic commerce (e-commerce) - dagang elektronik (e-dagang)


e-mail security - keselamatan e-mel
e-mail indexing - pengindeksan e-mel

Penggabungan istilah di atas melanggar hukum D-M (diterangkan dan menerangkan),


namun demikian ini menurut Mardina, ini dikatakan proses yang baru dalam morfologi bahasa
Melayu.
Malah dalam Tatabahasa Dewan (1996: 354-355) turut menyatakan terdapat beberapa
kekecualian dalam peraturan hukum D-M, iaitu penerang mendahuluui unsur yang diterangkan,
apabila unsur penerang itu terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan, atau nama
panggilan dan gelaran. Misalnya:

prime minister - perdana menteri


10 houses - sepuluh buah rumah
Mr Ali - Encik Ali

Justeru, kajian Mardina terhadap peristilahan buku teknologi maklumat memberikan


gambaran lebih jelas tentang proses-proses yang berlaku apabila mengambil kata-kata asing ke
dalam bahasa Melayu. Ini membuktikan proses bahasa yang terancang oleh pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka dan tidak berlaku sewenang-wenangnya. Dapat dirumuskan bahawa
pengguna bahasa Melayu sudah terbiasa dengan pendedahan terhadap singkatan dalam
bahasa Inggeris. Maka segala pembentukan kata mahupun istilah BM dipadankan dengan BI
agar tidak janggal dalam berkomunikasi.

2.6 Definisi Operasional

2.6.1 Bahasa

Di alam Melayu, pengertian bahasa membawa lebih dalam daripada lambang-lambang


pertuturan. Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994: 86) mentakrifkan bahasa sebagai sistem
lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia (antara seorang dengan individu yang lain dan sebagainya) atau
percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, sopan santun.

Harimurti Kridalaksana (1982) mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang


bunyi yang arbitrari, yang diperguna oleh para anggota suatu masyarakat untuk
bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.

Bloch dan Trager (1942: 5) mengertikan bahasa sebagai satu sistem lambang
pertuturan yang arbitrari, yang digunakan oleh individu sesebuah masyarakat untuk
bekerjasama.

Sementara itu, John P. Hughes (1962: 6) mengemukakan bahasa sebagai satu


sistem lambang pertuturan yang arbitrari iaitu fikiran serta pemikiran dapat disampaikan
daripada seorang kepada seorang yang lain

Manakala Joseph Bram (1955: v) mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem


lambang-lambang pertuturan yang arbitrari dan daripadanya ahli satu-satu kumpulan
sosial dapat berhubung. Sebagai rumusan, pengertian oleh sarjana Barat
mencerminkan bahasa sebagai lambang pertuturan sahaja.
Azhar M. Simin (1983) dalam Azizul Rahman Abdul Rahman (1995: 16) lebih
khusus takrifannya, yakni:

“Pada orang Melayu, yang dinamakan bahasa adalah benda yang


melebihi makna nahu, dan juga melebihi makna bahasa semata-mata
sebagai alat perhubungan, iaitu bahasa melebihi makna “a language”.
Kepekaan orang Melayu terhadap penggunaan bahasa yang betul dan
berpada di dalam kehidupannya sehari-hari ada tercermin di dalam
bidalannya, bahasa jiwa bangsa, yang di peringkat perhubungan sesama
orang Melayu, bermakna cara seseorang bertutur menghasilkan bunyi
bahasa, (vocalization) mencerminkan sifat keperibadiannya (kelakuannya,
sopan-santunnya). Jadi, bahasa bagi orang Melayu juga bererti tingkah
laku, kesopanan, beradat, dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahasa
bukan saja bererti nahu tetapi juga bererti sejenis metabahasa (kendala
kebahasaan yang menyeluruh) yang mempunyai erti agar senantiasa
sesuai dan berpatutan (cocok dengan keadaan) apabila menggunakan
bahasa. Jadi, bahasa bermakna ‘language’ (alat perhubungan) dan
bahasa juga bermakna kesopanan. Dengan perkataan lain, bahasa tidak
boleh dipisahkan daripada konteksnya. Bahasa bagi orang Melayu bukan
semata-mata nahu tetapi merangkumi juga keseluruhan aspek kehidupan
di dalam dunia orang Melayu.”

(Azhar M. Simin (1983) dlm. Azizul Rahman Abdul Rahman (1995: 16)

2.6.2 Pembentukan Kata

Menurut Asmah Haji Omar (2009: 25), pembentukan kata ialah cara kata-kata dibentuk,
atau proses yang dilalui oleh sesuatu kata dalam pengwujudannya.

Nik Safiah et al,. (2011: 598) menyatakan proses pembentukan sebagai proses
yang terlibat dalam penghasilan binaan-binaan perkataan, iaitu bagaimana morfem-
morfem sebagai unsur-unsur perkataan disusun dan dicantumkan untuk membentuk
perkataan.

Amat Juhari Moin (1985) mentakrifkannya sebagai satu proses tentang cara
bagaimana sesuatu kata itu dicipta, dibentuk, atau diwujudkan dalam sesuatu bahasa.

2.6.3 Pemendekan Kata

Algeo (1991) menyatakan bahawa pemendekan perkataan adalah perkataan baru yang
telah mengalami proses pemendekan kata melalui penghilangan atau pelenyapan
sebahagian daripada unsur dalam perkataannya.

Karim Harun dan Mashitah Taharin (2000) dalam Harishon Radzi (2006)
menjelaskan bahawa perkataan baru yang terhasil melalui proses sedemikian ialah klip,
akronim, inisialisme, pelenyapan dan kontraksi, paduan, dan singkatan.
2.6.4 Kata Nama

Nik Safiah Karim et. al. (2011) mentakrifkan kata nama sebagai perkataan yang boleh
menjadi unsur inti bagi binaan Frasa Nama, dan lazimnya perkataan demikian
menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep.

Asmah Haji Omar (2009) mendefinisikannya sebagai subgolongan kata benda


yang boleh berfungsi pada subjek dan objek ayat. Dari segi makna, Kata Nama adalah
kata yang merujuk kepada sesuatu, baik yang bernyawa atau tidak bernyawa, konkrit
atau abstrak.

2.6.5 Akronim

Kamus Dewan Kata Edisi Ketiga (1997) mendefiniskannya sebagai kependekan yang
terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan
yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan – misalnya: RISDA, MARA.

2.6.6 Inisialisme

Menurut Kamus Dewan Kata Edisi Ketiga (1997), inisialisme bermaksud deretan huruf
besar (lazimnya dua atau tiga sahaja) yang digunakan oleh individu bagi mewakili nama
penuh masing-masing.

2.6.7 Kreatif

Kamus Dewan Kata Edisi Ketiga (1997) mentakrifkannya sebagai mempunyai


kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

3.0 Proses Pembentukan Kata Baharu Bahasa Melayu (Standard dan Kreatif)

Seperti yang telah dibincangkan di atas, proses pembentukan kata dalam kajian ini akan
melihat empat aspek, iaitu kata nama, akronim, inisialisme, dan kekreatifan kata.

Pemendekan kata adalah satu proses pembentukan kata baru dalam bahasa Melayu
yang disukai ramai. Dalam erti kata yang lain, pemendekan kata merupakan suatu bentuk yang
standard disebabkan penggunaan hasil pemendekan kata tersebut yang sudah meluas dan
diguna pakai dalam situasi rasmi dan penulisan.

Pada masa yang sama, kekreatifan manusia berbahasa dalam kelompok masyarakat
masing-masing telah memperluaskan semula kependekan kata yang standard atau sesuatu
kata tunggal itu menjadi satu rangkai kata khusus. Rangkai kata baru yang terhasil menonjolkan
keunikan dan kekreatifan pengguna bahasa tersebut. Hal ini hanya boleh terjadi apabila
seseorang pengguna bahasa berupaya memahami sesuatu makna kata tunggal atau makna
hasil daripada proses pemendekan kata terlebih dahulu. Selepas itu, barulah pengguna bahasa
tersebut memperluaskan semula kata tunggal atau pemendekan kata tersebut kepada satu
rangkai kata yang khusus.
Proses sebegini melibatkan pendekatan morfosemantik kerana pengguna bahasa
tidak boleh mengabaikan aspek semantik terhadap rangkai kata baru yang diperluaskan itu
(Harishon Radzi, 2006). Dengan penjelasan yang demikian, dapatlah difahami bahawa
perluasan kata ini berlaku secara bertahap:

Tahap 1: Peringkat morfologi

Peringkat yang membentuk kependekan kata, misalnya akronim atau inisialisme, atau peringkat
memahami kewujudan sesuatu kata tunggal.

Tahap 2: Peringkat semantik

Setiap huruf kependekan kata itu disesuaikan dengan kata baharu yang mempunyai makna
yang bersesuaian (terdapat juga yang jauh menyimpang maknanya) dengan keadaan sebenar
yang dirujuk oleh kependekan kata pada tahap pertama.

Setelah mengalami kedua-dua peringkat tersebut, maka akan terbentuklah rangkai kata
baru yang khusus menggambarkan kekreatifan akal budi pengguna bahasa Melayu pada
akhirnya.

Terdapat rangkai kata yang mempunyai makna yang hampir sama dan boleh dikaitkan
dengan kata kependekan asal atau kata tunggal. Namun pada masa yang sama juga, terdapat
juga perluasan kata yang jauh menyimpang maknanya. Usaha memperluaskan kata tersebut
mempunyai fungsi dan tujuan tertentu. Maka proses perluasan kata baru itu bolehlah dilakarkan
seperti yang berikut:

3.1 Perluasan Kata Daripada Kata Nama

Asmah Haji Omar (2009:30) telah mendefinisikan kata nama sebagai (i) subgolongan kata
benda yang boleh berfungsi pada subjek dan objek ayat dan (ii) dari segi makna, kata nama
adalah kata yang merujuk kepada sesuatu, baik yang bernyawa atau tak bernyawa, konkrit atau
abstrak.

Kata nama boleh dibahagikan kepada tiga golongan iaitu, (i) kata nama khas, (ii) kata
nama am, dan (iii) kata ganti nama.

Rajah 1: Kata Nama


Proses perluasan kata daripada kata kependekan berlaku secara teratur yakni, pertama,
hanya huruf awal rangkai kata asal yang disingkatkan khususnya bagi kata kependekan
akronim dan inisialisme.

Kedua, setiap huruf dalam kata tunggal kata nama am dan kata nama khas akan
diperluaskan menjadi rangkai kata khusus. Berdasarkan perkara ini, golongan kata nama am
dan kata nama khas sahaja yang terlibat dalam proses perluasan kata.

Menurut Nik Safiah Karim (2010:96), kata nama khas mendukung makna rujukan
khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang,
bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Menurut beliau lagi, kata nama khas boleh
dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup.
Hal ini juga telah disokong oleh Asmah Haji Omar (2009:33). Beliau telah membahagikan kata
nama kepada dua iaitu, kata nama bernyawa dan kata nama tak bernyawa.

Berdasarkan perkara di atas, hal yang sama juga dapat dilihat bagi kata nama am. Nik
Safiah Karim (2010:98) telah mendefinisikan kata nama am sebagai perkataan yang merujuk
benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya.

Contohnya:

Benda kereta, motosikal, komputer, telefon bimbit


Perkara cahaya, iklim, udara, nafas, angin
Konsep keadilan, kedamaian, perpindahan

Tambahan, beliau telah menyatakan bahawa kata nama am boleh dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya seperti rajah di bawah ini:

Rajah 2: Kata Nama Am


3.1.1 Proses Perluasan Kata Daripada Kata Nama

Kata Nama Khas

H A C K S ~ Standard

HANYA AKU CINTA KAU SEORANG ~ Kreatif

Berdasarkan contoh di atas, dapat dilihat bahawa proses perluasan kata berlaku secara teratur.

Seperti yang dibincangkan tadi, proses perluasan kata nama berlaku apabila setiap huruf dalam

kata tunggal kata nama am dan kata nama khas diperluaskan menjadi rangkai kata khusus.

Contohnya:

H Hanya
A Aku
C Cinta
K Kau
S Seorang
3.1.2 Analisis Data (Kata Nama)

3.1.2.1 Kata Nama Am (data umum)

Kata Nama Am Perluasan Kata (Kreatif)


POLIS Pukul Orang Lemah Ikut Suka
GOLF Golongan Orang Lemah Fikiran
CINTA Cinta Ikutan Nafsu Tanpa Analisa
POP Persatuan Orang Pencen
BAKU Bahasa Anak Kedah Utara
ASKAR Aku Sengsara Kerana Angkara Ringgit

3.1.2.2 Kata Nama Am (data berdasarkan kajian di Singapura)

Kata Nama Am Perluasan Kata


BOLA Beli Otak Lembab Akal
BOMBA Beli Orang Murahan Buat Anak
ASKAR Angkatan Seks Ke Atas Adik Remaja
BUKU Belajar Untuk Keluar Universiti
JAM Jati Anak Melayu
PEN Pondan Enak Nafsu
BAG Buang Anak Gigolo
ROKOK Rembat Orang Kaya dan Orang Keling

3.1.3 Kata Nama Khas (data umum)

Kata Nama Khas Perluasan Kata


ABDUL Angkatan Buaya Darat, Udara, Laut
HACKS Hanya Aku Cinta Kau Seorang
DUNHILL Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang-Layang
CAMEL Cinta Akan Mati Esok Lusa
KENT Kenapa Engkau Nak Tahu
MARLBORO Manusia Akan Ramai Lagi Bila Orang Rogol Orang
GOLDLEAF Gelombang Ombak Lautan Dalam Lambaian Engkau Aku
Faham
ROTHMANS Ramai Orang Telah Hancur Musnah Akibat Nafsu Syaitan
LUCKY STRIKE Lantaran Untuk Cinta Kita Yang Setia Terhadap Rindu Ikhlas
Keluarga Engkau
WINSTON Wak Ingat Nak Steem Tapi Orang Nampak
BENSON HEDGES Bila Eden Nikah Sama Orang Nogori, Harta Eden Dan Gaji
Eden Solosai
PALL MALL Peluk Adik Lama-Lama Membuat Adik Lemah Longlai
Pelukan Adik Lama-Lama Membuat Abang Letih Lesu
TOTO Tolong Orang Tipu Orang
SAUK Selagi Ada Umno Kacau

3.1.3.1 Kata Nama Khas (data berdasarkan kajian di Singapura)

Kata Nama Khas Perluasan Kata


IPHONE Ikut Pukul Hentam Orang Naik Enak
MACBOOK Mari Aku Cabut Buah Orang-Orang Kedi
Mari Aku Cabut Buah Orang-Orang Kental
SAMSUNG Semua Anak Melayu Siap Untuk Nak Gelek
HTC Halau Tuan Cina
LG Liat Gaduh
BLACKBERRY Buang Lelaki Angkara Chickies Kacau, Bunuh Enak Ribu-
Ribu Yahudi
HONDA Hentam Orang Naik Darah Aku
ESSO Esok Saya Sapu Orang
NIKE Nafsu Ikut Kehendak Engkau
IKEA Ikut Kriteria Emak Aku
COURTS Cabul Orang Untuk Rezeki Tuan Sendiri
3.2 Fungsi Perluasan Rangkai Kata Khusus (Kata Nama)

Dalam era globalisasi, tidak hairan jika perluasan kata tunggal, khususnya kata nama khas
diperluaskan menjadi rangkai kata khusus. Di Singapura, hampir sepuluh peratus warga
Singapura memiliki telefon bimbit berjenama Iphone. Kebanyakan warga Singapura memiliki
teknologi canggih seperti telefon bimbit yang terkini, komputer riba yang serba canggih seperti
Asus, Apple, dan sebagainya.

Rajah 3

Berdasarkan petikan di atas, Singapura memiliki hak pemilik Iphone yang tertinggi
dengan jumlah 8.33% berbanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Australia, yang
memiliki hak milik sebanyak 5.63%, dan Jepun yang hanya sekadar mempunyai hak milik
Iphone sebanyak 1.8% sahaja. Tambahan, kebanyakan pemilik Iphone berusia dalam
lingkungan 20-an.4 Justeru, tidak hairan jika banyak perluasan kata tunggal kata nama khas
telah diterbitkan di Singapura.

4
Dipetik daripada lelaman http://asiancorrespondent.com/37156/iphone-usage-across-asia/ pada 4 Disember 2011.
I P H O N E ~ Standard

IKUT PUKUL HENTAM ORANG NAIK ENAK ~ Kreatif

Fungsi perluasan rangkai kata khusus ini lazimnya berdasarkan beberapa tujuan
tertentu. Pertama, perluasan rangkai kata khusus berfungsi sebagai menyindir sesebuah
masyarakat atau kumpulan. Hal ini boleh terjadi untuk menyedarkan akan kegiatan yang
sering terjadi dalam masyarakat atau kumpulan itu. Berdasarkan contoh tadi, kata nama khas
“IPHONE” telah diperluaskan kepada “Ikut Pukul Hentam Orang Naik Enak”. Perluasan kata itu
bertujuan untuk menyindir masyarakat Singapura yang serba canggih dalam era globalisasi,
terutama dalam kalangan remaja, serta masalah sosial gangsterisme yang semakin meningkat
di Singapura5.

Rajah 4

Petikan di atas telah membuktikan bahawa segelintir remaja di Singapura telah


terjerumus dalam aktiviti gangsterism. Berdasarkan bukti ini, perluasan rangkai kata khusus
daripada perkataan “IPHONE” tercipta. Rangkai kata tunggal kata nama khas hanya sebagai
simbol sesebuah masyarakat atau kumpulan. Contoh bagi perluasan tadi ialah “IPHONE” yang
menjadi simbol kehidupan canggih masyarakat hari ini.

5
Dipetik daripada lelamanhttp://the-diplomat.com/asean-beat/2010/11/17/slashing-scare-in-singapore/pada 10hb
Disember 2011
Fungsi kedua rangkai kata khusus ialah untuk meredakan tekanan emosi. Dalam
kehidupan hari ini yang asyik mengejarkan kekayaan, rakyat hidup dalam kelam kabut untuk
mencapai kelas tertinggi dalam masyarakat. Hal ini lebih ketara di Singapura apabila rakyatnya
bertanding sesama sendiri untuk mengerja kejayaan duniawi. Tambahan lagi dengan
kedatangan orang asing, terutama warga Cina yang kian bertambah menatap di Singapura.
Hal sedemikian telah membuat persaingan kerja di Singapura lebih ketat.

Rajah 5

Berdasarkan petikan di atas, Singapura mengambil khidmat warga asing, terutama


warga Cina untuk membantu meningkatkan ekonomi negara tersebut. Hal ini tidak
menyenangkan kebanyakan rakyat Singapura yang ingin mencari pekerjaan dan harus bersaing
dengan warga-warga asing itu. Maka itu, rangkai kata khusus daripada jenama “HTC” telah
diperluaskan oleh rakyat Singapura yang sejati. Perkataan “HTC” telah diperluaskan kepada
“Halau Tuan Cina”. Rakyat Singapura yang sejati telah meluaskan kata nama khas tersebut
untuk meredakan tekanan emosi yang dihadapi mereka setiap hari dalam bersaing dengan
warga-warga Cina itu.

H T C ~ Standard

HALAU TUAN CINA ~ Kreatif

3.3 Perluasan Kata daripada Inisialisme


3.3.1 Definisi Inisialisme

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 492), perkataan inisialisme didefinisikan kepada
deretan huruf besar (lazimnya dua atau tiga sahaja) yang digunakan oleh individu bagi mewakili
nama penuh masing-masing. Contohnya, istilah ‘Jabatan Kerja Raya’ diwakili oleh huruf
pertama daripada setiap perkataan sahaja iaitu J,K, dan R. Lantas, digabungkan menjadi
inisialisme JKR.

Pada sekilas pandang, mungkin terdapat persamaan di antara akronim jenis pertama
(akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata) dan inisialisme.
Namun begitu, faktor yang membezakan antara kedua-dua pembentukan kata tersebut adalah
cara ujaran kependekan kata masing-masing. Akronim merupakan kependekan yang terbentuk
daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh
diujarkan sebagai satu perkataan seperti RISDA, dan MARA (2000:22) sementara insialisme
merupakan kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama perkataan
yang tidak boleh diujarkan sebagai satu perkataan seperti JKR.

3.3.2 Proses perluasan kata daripada inisialisme

Rajah 6

Dalam menciptakan sesuatu perluasan kata kreatif, prosesnya berlaku secara teratur. Pertama
sekali, hanya huruf awal rangkai kata asal yang disingkatkan untuk membentuk sesuatu
inisialisme. Melalui pemendekkan kata sedemikian, barulah perluasan makna kreatif dibentuk.

3.3.3 Analisis Data (Inisialisme)


3.3.3.1 Inisialisme (data berdasarkan kajian di Malaysia)

Perluasan Kata Sebenar Inisialisme Perluasan Kata Kreatif

Sistem Saraan Baru SSB Saya Sayang Boss/

Saya Suka Bodek

Sijil Tinggi Persekolahan STP Sijil Tunggu Pinangan

Kurikulum Bersepadu Sekolah KBSR Kerja Berat Sampai Rebah

Rendah

Kurikulum bersepadu Sekolah KBSM Kerja Berat Sampai Mati

Menegah

Jabatan Kerja Raya JKR Jalan Kurang Rata

Jangan Kerja Rajin

Lembaga Letrik Negara LLN Langut, Langut Naik

Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan SKMK Sampai Kelantan Mesti Kahwin

Program Jarak Jauh PJJ Pensyarah Jalan Jauh

Democratic Action Party DAP Dalam Alam Penyendirian

Universiti Putera Malaysia UPM Universiti Pantang Masuk

Universiti Kebangsaan Malaysia UKM Universiti Kuat Mesyuarat

Universiti Utara Malaysia UUM Universiti Untuk Mahathir

Universiti Malaya UM Universiti Makan duit

Fakulti Sains Kemasyarakatan dan FSKK Fakulti Selalu Kelam Kabut

Kemanusiaan

Fakulti Ekonomi FE Fakulti Enjoy

Fakulti Pengurusan Perniagaan FPP Fakulti Pembuangan Pelajar


Majlis Kerja Tertinggi MKT Megnum, Kuda, Toto

Sekolah Rendah Kebangsaan SRK Shah Rukh Khan

Lembaga Kemajuan Tanah Peneroka LKTP Lembu Kerajaan Tengah Panas

Langkah Kerajaan Tipu Peneroka

Jemaah Islamiah JI Jom Insaf

Program Khidmat Negara PKN Perintah Ketua Negara

Radio Televisyen Malaysia RTM Rancangan Tari-Menari

3.3.3.1 Inisialisme (data berdasarkan kajian di Singapura)

Perluasan Kata Sebenar Inisialisme Perluasan Kata Kreatif

Berita Harian BH Berita Hairan

Majlis Bahasa Melayu Singapura MBMS Mengampu Bahasa Mandarin

Singapura

Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi 4PM Punca Permasalahan Pemimpin-

Melayu Pemimpin Melayu

Pertubuhan Kebangsaan Melayu PKMS Persemadian Kerajaan/Ketua

Singapura Melayu Singapura

Kesatuan Guru-Guru Melayu KGMS Kasihanilah Guru-Guru Macam

Singapura Saya

Persatuan Guru-Guru Bahasa Melayu PGBM Perkelahian Guru-Guru Banyak

Mulut

Persatuan Pemudi Islam Singapura PPIS Persatuan Pasangan Islam

Secocok

Association of Muslim Professionals AMP Angkatan Memusnahkan Pendapat

Minister Mentor MM Menteri bergaji Million


Government Service Tax GST Gasak Sampai Teruk

- SS Syiok Sendiri

3.4 Fungsi Perluasan Rangkai Kata Khusus (Inisialisme)

Perluasan kata kreatif berfungsi berdasarkan beberapa tujuan tertentu. Dalam kajian ini,

terdapat tiga fungsi penciptaan perluasan kata ini. Pertama, perluasan kata kreatif wujud

disebabkan keinginan untuk bersuka ria dan meredakan tekanan emosi. Manusia bukan

sahaja menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, tetapi juga meredakan perasaan yang

tegang atau menunjukkan keseronokan melalui bahasa. Ada juga yang menggunakan

perluasan kata kreatif ini untuk menyindir sesetengah pihak itu dengan cara yang paling

santun. Justeru terciptalah perluasan kata kreatif daripada bentuk kependekan kata insialisme

yang sedia ada.

Perluasan kata timbul tidak kira di mana dan di antara siapa pun. Mahasiswa-mahasiswi

turut tidak ketinggalan dalam menyumbang kepada senarai perluasan kata kreatif yang wujud

disebabkan kekreatifan masyarakat Melayu sendiri. Adakalanya, perluasan kata timbul di

kalangan mahasiswa pusat pengajian tinggi bagi memberi gambaran suasana bidang pengajian

mereka yang kadang kala menimbulkan tekanan emosi. Hal ini dapat dilihat dalam perluasan

kata insialisme FPP yang mewakili istilah Fakulti Pengurusan Perniagaan.

Menurut Harishon Radzi dalam artikelnya (2006), beliau menimbulkan isu mengenai

senario yang selalu berlaku di fakulti tersebut (di Universiti Kebangsaan Malaysia) pada setiap

akhir tahun pembelajaran. Terdapat peratusan pembuangan pelajar yang tinggi disebabkan

kegagalan mencapai tahap PNGK ataupun markah yang ditetapkan oleh dekan fakulti tersebut.
Lantas, sebagai cara meluahkan perasaan tertekan mereka itu, maka golongan mahasiswa

tersebut menggunakan daya kreatif mereka dengan memperluaskan kata insialisme FPP

kepada Fakulti Pembuangan Pelajar yang mencerminkan keadaan yang sebenarnya.

Dalam hal yang berbeza pula, perluasan kata kreatif boleh dijadikan sebagai sindiran

kepada khalayak yang tertentu dengan cara yang paling santun dan halus. Sebagai contoh,

istilah Jabatan Kerja Raya dipendekkan kepada inisialisme JKR. Dengan ini, orang awam

mengambil kesempatan untuk mengutuk dan menyindir JKR atas pelaksanaan tugas mereka

atau pembaikan jalan raya yang kurang cekap. Merujuk kepada artikel akhbar Selangor Kini

Online yang bertarikh 30 Januari 2011,

“Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh


Tseow Suan, menyelar sikap sambil lewa dan lepas tangan Jabatan
Kerja Raya (JKR) dalam melunaskan janji mereka kepada penduduk
untuk membaik pulih laluan pejalan kaki di kawasan tersebut.”

Dengan pernyataan yang sedemikian, maka tersebar luaslah kebenaran tentang JKR

yang selalu menyebabkan Jalan Kurang Rata. Kini, JKR bukan sahaja merujuk kepada Jabatan

Kerja Raya, malah melambangkan Jalan Kurang Rata.

Selain dijadikan wadah untuk menyindir dan meredakan tekanan emosi, inisialisme yang

telah diperluaskan dalam bentuk perluasan kata kreatif boleh wujud selepas berlakunya

sesuatu peristiwa dalam negara biasanya dalam perihal politik negara. Antara peristiwa yang

telah mengukir sejarah dalam diri setiap orang daripada golongan masyarakat tersebut adalah

kes Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS)6 yang telah berlaku baru-baru ini.

6
PKMS merupakan sebuah parti politik di Singapura. Pada asalnya, PKMS merupakan cabang kepada
parti UMNO dari Malaysia, tetapi berpecah daripada UMNO apabila Singapura merdeka pada 1965.
Sejak tahun 2001, PKMS merupakan anggota Perikatan Demokratik Singapura, sebuah parti politik yang
terdiri daripada gabungan parti-parti bukan pemerintah di Singapura.
Sudah tersebar luas berita tentang bekas president PKMS yang telah menyalahgunakan

kuasanya sebagai seorang ketua parti politik dengan menyeludup beribu-ribu kotak rokok ke

dalam Singapura daripada Batam, Indonesia. Lelaki yang berumur 55 tahun itu harus

menghadapi sejumlah dua belas tuduhan kerana telah berurusan dengan rokok hampir seberat

580 kg yang belum dibayar.

“The former president of opposition party Singapore Malay National


Organisation (PKMS), Ali Asjadi, has been sentenced to 30 months' jail and
fined S$8,200 for dealing with contraband cigarettes.”7

Dengan berita yang amat mengecewakan mengenai salah seorang pemimpin

masyarakat Melayu Singapura sedemikian, maka PKMS tidak lagi digambarkan sebagai wakil

masyarakat Melayu yang boleh diharapkan dan dipercayai. Sekali gus, penerimaan

masyarakat Melayu terhadap parti ini agak dingin sejurus selepas kejadian ini. Oleh yang

demikian, masyarakat Melayu Singapura telah mengubahsuaikan perluasan kata inisialisme

PKMS kepada Persemadian Kerajaan/Ketua Melayu Singapura disebabkan kepimpinan yang

kurang berwibawa oleh Ali Asjadi.

Akhir sekali, slanga juga merupakan antara fungsi yang dapat diperoleh daripada

perluasan kata kreatif ini. Misalnya, inisialisme KBSM yang terbit daripada istilah ‘Kurikulum

bersepadu Sekolah Menengah’ telah diubah dan dikreatifkan kepada ‘kerja berat sampai mati’.

Hal ini ditimbulkan sebagai slanga yang terdapat dalam golongan tertentu seperti para

tenaga pengajar atau pekerja-pekerja yang mengendalikan pentadbiransekolah. Kisah tentang

guru terlalu sibuk merupakan cerita yang tidak lagi asing kepada kita semua. Para guru kini

telah ditugaskan dengan terlalu banyak kerja di samping menyampaikan serta menerapkan

7
Dipetik daripada http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelocalnews/view/1157835/1/.html
pada 11hb Disember 2011
pelajaran kepada murid-murid agar fahaman mereka mantap pada peringkat masing-masing.

Dalam hal ini, slanga yang digunakan adalah untuk mewujudkan identiti kumpulan yang

berasaskan minat, pekerjaan, umur, jantina dan kedudukan sosial (Harishon Radzi, 2006).

Menurut salah satu kajian yang dilakukan oleh Zuber Hassan (1999) mengenai

masalah-masalah guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM di sekolah

menengah Selangor Darul Ehsan, antara tiga masalah utama yang serius dan perlu diberi

perhatian yang lebih adalah masalah menyediakan bahan bantuan mengajar (75.8%),

menentukan aktiviti pembelajaran pelajaran murid-murid (65.3%) dan merancang kaedah

pengajaran (60.1%). Dengan begitu banyak tugas yang perlu diselesaikan sementara memberi

tumpuan kepada prestasi murid-murid pada masa yang sama, maka tidak hairanlah jika

inisialisme KBSM tersebut juga dikenali sebagai ‘kerja berat sampai mati’ yang hanya difahami

oleh golongan para tenaga pengajar sahaja.

3.5 Perluasan Kata daripada Akronim

3.5.1 Definisi Akronim

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011:66), kata singkatan terbentuk

dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau menggabungkan huruf awal

dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai

perkataan yang utuh.

Akronim ini boleh terjadi melalui tiga bentuk, yang pertama berdasarkan

cara pembentukan akronim itu sendiri. Berdasarkan jenis ini, akronim boleh

dibentuk melalui tiga cara, pertama, akronim yang terbentuk daripada gabungan
beberapa huruf awal rangkai kata yang lazimnya terdiri daripada kata nama

khas dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya.

Contoh:

 ABIM -- Angkatan Belia Islam Malaysia

 ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri

Cara yang kedua ialah akronim yang terbentuk daripada gabungan suku

kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata. Oleh

kerana akronim yang terbentuk merupakan kata nama khas, huruf pertamanya

dieja dengan huruf besar.

Contoh:

 Mara – Majlis Amanah Rakyat

 Mabbim – Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia

Cara pembentukan yang terakhir ialah dengan gabungan suku kata

dengan suku kata, dan ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya kerana

perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas.

Contoh:

 pawagam – panggung wayang gambar

 tabika – taman bimbingan kanak-kanak (2011:66,67)

Namun demikian, terdapat akronim dalam pecahan ini yang dibentuk

dengan cara yang berbeza, iaitu melalui percantuman suku kata awal sejumlah
perkataan. Dalam konteks ini, jikalau perkataan yang terbentuk itu kata nama

khas, ejaannya bermula dengan huruf besar.

Contoh:

 Bernama – Berita Nasional Malaysia

Ada pula kata nama akronim yang dicantumkan pada bahagian awal

perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya. Cara

ini berlaku apabila perkataan tersebut dibentuk melalui huruf atau suku kata

perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain

(Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, 2011:105-106).

Contoh:

 asbut – asap kabut

 jenama – jenis nama

3.5.2 Proses Pembentukan Perluasan Kata Daripada Akronim


Proses pembentukan perluasan kata kreatif daripada akronim dibahagikan

kepada dua tahap. Tahap pertama ialah tahap standard, iaitu tahap

memendekkan kata. Dengan berdasarkan contoh di atas, dapat dilihat bahawa

ayat Projek Lebuhraya Utara Selatan diubahkan menjadi kata akronim PLUS,

yang dibentuk melalui percantuman huruf awal. Tahap kedua adalah tahap

kreatif, iaitu perluasan kata. Dalam contoh tersebut, kata akronim PLUS

diperluaskan menjadi Pantang Lalu (H)Ulur Selalu.

Perluasan kata kreatif dicipta bukan dengan mudah tetapi menurut makna

perluasan kata sebenarnya. Hubungan antara kedua-dua pihak dalam contoh

tersebut akan dijelaskan dalam analisis yang lebih mendalam nanti.

Pada mulanya, perluasan kata hanya dilakukan oleh sekelompok kecil

pengguna bahasa. Perluasan kata itu kemudian digunakan apabila dirasakan

bersesuaian dengan kelompok lain dalam bahasa yang sama. Kemudian, secara

beransur-ansur perluasan kata itu dikenali dan diterima oleh orang ramai.

3.5.3 Analisis Data (Akronim)

3.5.3.1 Perluasan kata kreatif daripada akronim (bentuk 1)

Perluasan Kata Sebenar Akronim Perluasan Kata Kreatif

United Malay National Organisation UMNO Undur Mahathir Negara Ok

Projek Lebuhraya Utara Selatan PLUS Pantang Lalu Ulur Selalu


Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI Unit Pertemuan Suami Isteri

Acquired Immune Deficient AIDS Amalan Ibilis Dan Syaitan

Syndrome

Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM Agar Bantuan Ini

Memanfaatkan semua

Severe Acute Respiratory Syndrome SARS Sakit yang Akan Rosak

Semua

Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM Ijtihad Karya Islam di

Malaysia

Majlis Amanah Rakyat MARA Mustahak Agar RAkyat

boleh pinjam

Majlis Ugama Islam Singapura MUIS Majlis Untuk Islam Sekular

3.5.3.2. Perluasan kata kreatif daripada akronim (bentuk 2)

Perluasan Kata Sebenar Akronim Perluasan Kata Kreatif

PERsatuan TAman Pengajian Islam PERTAPIS PERsatuan Tempat Ajar

Singapura Perempuan Islam Suci

TAman BImbingan KAnak-kanak TABIKA TempAt BIasa buat Kawan

PERsatuan wartawan waniTA PERTAMA PERkara waniTA

MAlaysia Memberitahu kepada Awam

PERsatuan Guru-Guru Agama PERGAS PERsatuan Guru Gila

Singapura Agama Singapura

PERgerakan DAkwah Singapura PERDAUS PERgerakan Dakwah Anti-


Ugama Sesat

3.6 Fungsi Perluasan Kata Daripada Akronim

Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) merupakan antara contoh yang membuktikan

perluasan kata yang berfungsi sebagai sindiran, khususnya sindiran terhadap

kerajaan atau organisasi. Syarikat tersebut merupakan pihak yang mengendalikan

projek lebuhraya yang terbentang dari Bukit Kayu Hitam di Kedah dan berakhir di

Johor Bahru. Sepanjang lebuhraya yang melintasi tujuh negeri ini, terdapat tol-tol

yang ditempatkan pada jalan keluar sesebuah negeri ataupun berakhirnya perjalanan

lebuhraya tersebut. Pengguna PLUS akan dikenakan bayaran tol di mana jumlah

bayaran tol berbeza mengikut tempat. Lebih jauh perjalanan, lebih banyak bayaran

dikenakan.

Rakyat-rakyat Malaysia tidak puas hati dengan khidmat PLUS terutama keadaan

lebuhrayanya. Menurut salah sebuah artikel maklum balas dalam lelaman internet,

DETIKDAILY8, salah seorang pengguna jalan raya yang kerap melewati tol-tol PLUS,

Zolkharnain Abidin, telah menyatakan bahawa PLUS mengambil kesempatan dengan

mengenakan bayaran tol yang tinggi. Hal ini disebabkan tiada atau kekurangan jalan

alternatif kepada pengguna. Tambahan lagi, keadaan lebuhraya yang sentiasa sesak

dan jalan raya yang tidak rata telah menyebabkan ramai pengguna PLUS tidak

berpuas hati dengan khidmat PLUS. Justeru demikian, hal tersebut telah melahirkan

8
Dipetik daripada lelaman sesawang http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=print&sid=
4871 pada 11hb Disember 2011.
perluasan kata kreatif dalam kalangan pengguna PLUS iaitu, Pantang Lalu (H)Ulur

Selalu yang bertujuan untuk menyindir PLUS.

Fungsi kedua perluasan kata daripada akronim ialah untuk meredakan tekanan

emosi dan keinginan untuk bersuka-ria. Berdasarkan contoh di bawah, dapat

dilihat keseronokan rakyat Singapura dengan perbadanan seperti PERTAPIS yang

sedia membantu warga susah.

Persatuan Taman Pengajian Islam Singapura (Islamic Theological Association of

Singapore) atau lebih dikenali sebagai PERTAPIS merupakan antara pusat kebajikan

yang ditubuhkan pada tahun 1970. Menurut lelaman sesawang singapore mirror,

persatuan itu telah banyak memberi bantuan kepada rakyat Melayu yang kurang

berkemampuan di Singapura. Sebanyak 60% dana yang dikumpul berasal dari

pembiayaan modal daripada pihak berkuasa dan 40% lainnya didapati melalui derma

orang ramai dan projek mengumpul dana yang dianjurkan persatuan itu setiap tahun.

PERTAPIS bukan sahaja membantu golongan yang susah, malah turut

menggalakkan masyarakat untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan

memperbaiki diri untuk menempuh cabaran hidup kelak. Ramai kaum wanita yang

bermasalah dapat memperbaiki diri dengan pertolongan PERTAPIS. Maka itu,

perkataan PERTAPIS diperluaskan menjadi kata kreatif Persatuan Tempat Ajar

Perempuan Islam Suci. Hal ini disebabkan berlaku kerana persatuan ini memainkan

peranan yang penting dalam memperbaiki hubungan seorang anak perempuan yang
perangainya tidak dapat dikawal lagi bersama ibu bapanya. Tambahan pula, gadis atau

anak perempuan itu akan melalui program-program yang tertentu 9 seperti program

“Back to School” dan program “In-house Tuition” bagi memulihkan keadaan mental,

jasmani, serta rohani masing-masing.

Fungsi perluasan kata daripada akronim seterusnya ialah setelah berlakunya

suatu kejadian atau peristiwa yang begitu mendalam sehinggakan lahir perluasan

kata itu. Dengan melihat contoh di bawah, dapat dilihat perluasan kata lahir akibat

masalah ketara yang dihadapi oleh negara Malaysia.

Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) adalah penyakit sistem imun

manusia yang disebabkan oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV). Penyakit yang

mengganggu sistem imun manusia akan membuat seseorang itu menghadapi risiko

tinggi dijangkiti penyakit-penyakit lain seperti barah dan lain-lain lagi. AIDS boleh

dijangkit melalui hubungan seks atau perkongsian jarum, terutama dalam kalangan

penagih dadah.

AIDS merupakan masalah kesihatan yang utama di bahagian besar dunia

terutama negara-negara membangun seperti India, Afrika Selatan dan sebagainya.

Keadaan AIDS dalam sesebuah negara boleh digambarkan dalam rajah di bawah.

9
Rujuk kepada Pertapis Centre for Women and Girls http://www.pertapis.org.sg/?s=centre+for+women+and+
girls&x=0&y=0
Rajah 7

Menurut rajah tersebut yang dipetik daripada Statistik HIV/AIDS Seantara

Dunia10, UNAIDS telah menganggarkan bahawa terdapat kira-kira 33.3 million orang

yang menghidapi penyakit HIV/ AIDS di seluruh dunia. Tambahan pula, terdapat 1.8

million kematian yang mempunyai kaitan dengan AIDS.

Rajah 8
10
Dipetik daripada http://www.avert.org/worldstats.htm pada 11hb Disember 2011.
“It has been reported in the newspapers that Kelantan recorded the
highest number of HIV and AIDS patients in the country last year.”
- Malaysia Aids Council, 2011

Bilangan pesakit AIDS yang mencecah lebih daripada 30 milion telah terbukti

menjadi antara salah satu sebab jumlah kematian yang semakin meningkat. Malaysia

juga tidak ketinggalan dalam perkembangan penyakit yang merbahaya ini. Berdasarkan

graf di atas yang didapati daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, negeri Kelantan

mempunyai bilangan pesakit AIDS yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Walaupun kelantan merupakan salah satu negeri yang pro-Islam, bilangan pesakit

AIDS yang tertinggi dalam negeri tersebut mencemar imej Kelantan yang sepatutnya

pro-Islam. Oleh itu, tidak hairan jika dalam kalangan mereka berfikiran kreatif dan

memperluaskan perkataan AIDS kepada Amalan Iblis Dan Syaitan. Perluasan kata

AIDS kepada Amalan Iblis Dan Syaitan lahir akibat masalah sosial yang dihadapi setiap

negara, tidak kurang juga Malaysia yang sepatutnya merupakan negara Islam.

4 Rumusan

5 Kesimpulan

Pemendekan kata ini merupakan satu proses pembentukan kata baru yang popular

dalam bahasa Melayu. Perkara tersebut dikesan melalui perkataan baru yang

mengalami proses penghilangan sebahagian daripada unsur asalnya dan ianya boleh

terhasil daripada kata akronim, inisialisme, pelenyapan dan kontraksi, paduan,dan

singkatan. Dalam pemendekan kata ini juga akan berlaku perluasan semula

pemendekatan kata tersebut yang akan melahirkan suatu perkataan yang baru, seperti
kata akronim PLUS yang pada awalnya bermaksud Projek Lebuhraya Utara Selatan

menjadi Pantang Lalu (H)Ulur Selalu, kata nama am ‘polis’ diluaskan menjadi Pukul

Orang Lemah Ikut Suka, kata inisialisme Jabatan Kerja Raya (JKR) menjadi Jalan

Kurang Rata dan sebagainya.

Pembentukan kata baru ini bukanlah dilakukan sewenang-wenangnya oleh

pengguna bahasa tetapi sebaliknya dihasilkan kerana fungsi-fungsi tertentu, seperti

sebagai sindiran, atau akibat terjadinya sesuatu peristiwa, atau sebagai slanga dan

sebagainya. Perluasan kata ini dianggap sebagai lambang kepekaan masyarakat

terhadap senario semasa yang dilahirkan melalui bahasa. Oleh itu, pembentukan kata

baru ini mencerminkan budaya masyarakat pengguna bahasa yang kreatif dalam

membentuk kata baru.


________________________

INISIALISME

Inisialisme Makna inisialisme Kreatif


BH Berita Harian Berita Hairan
MBMS Majlis Bahasa Melayu Mengampu Bahasa Mandarin
Singapura Singapura
4PM Persatuan Persuratan Punca Permasalahan
Pemuda Pemudi Melayu Pemimpin-Pemimpin Malas
PKMS Pertubuhan Kebangsaan Persemadian Kerajaan
Melayu Singapura Melayu Singapura
KGMS Kesatuan Guru-Guru Melayu Kasihanilah Guru-Guru
Singapura Macam Saya
PGBM Persatuan Guru-Guru Bahasa Perkelahian Guru-Guru
Melayu Banyak Mulut
PPIS Persatuan Pemudi Islam Persatuan Pasangan Islam
Singapura Secocok
AMP Association of Muslim Angkatan Memusnahkan
Professionals Pendapat

AKRONIM

Akronim Makna akronim Kreatif


MENDAKI Majlis Pendidikan Anak-Anak Majlis Mendustakan Duit
Islam Anak-Anak Islam
MUIS Majlis Ugama Islam Majlis untuk Islam Sekular
Singapura
PERGAS Persatuan Guru-Guru Agama Persatuan Guru Gila Agama
Singapura Singapura
PERDAUS Pergerakan Dakwah Pergerakan Dakwah Anti-
Singapura Ugama Sesat
PERTAPIS Persatuan Taman Pengajian Persatuan Tempat Ajar
Islam Singapura Perempuan Islam Suci

Akronim Makna Akronim Kreatif


HDB Housing & Development Highly Dangerous Buildings
Board
PAP People’s Action Party Paying and Paying
PUB Public Utilities Board Pay Until Bankrupt

__________________________________________

Pepatah/Bidalan/Peribahasa (Standard) Pepatah/Bidalan/Peribahasa (Kreatif)

ada udang di sebalik batu ada udang di sebalik mi maggi


air dicincang takkan putus air dicincang takkan putus tapi kalau daging
dicincang tandanya ada kenduri kahwin
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai alang-alang menyeluk pekasam biar sampai
ke pangkal lengan ke pangkal ketiak
berat mata memandang, lebih berat bahu sedap mata memandang, lebih sedap tangan
yang memikul memegang
bersatu kita teguh bercerai kita roboh bersatu kita teguh bercerai kahwin lagi
biar mati anak, jangan mati adat biar mati anak, jangan mati pucuk
biar putih tulang, jangan putih mata biar putih tulang, jangan kuning gigi
bukan salah ibu mengandung bukan salah ibu mengandung, tapi salah bapa
tak pakai sarung
diam-diam ubi berisi diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

harapkan pagar, pagar makan padi harapkan pagar, pagar jatuh sendiri
harimau mati meninggalkan belang, manusia harimau mati meninggalkan belang, isteri mati
mati meninggalkan nama meninggalkan gelang, suami mati
meninggalkan hutang
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih hendak seribu daya, tak hendak tak apa
ikut hati mati, ikut rasa binasa ikut hati mati, ikut rasa merasa
kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang
pada janji gunakan tangan
lembu punya susu, sapi dapat nama lembu punya susu cap teko dapat nama
makan hati berulamkan jantung makan hati berulamkan jantung, paru-paru
masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal
masak merah
malang tak berbau malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi
menang jadi arang, kalah jadi abu menang jadi arang, kalah jadi abu, seri jadi
abu bakar
patah tumbuh hilang berganti patah tumbuh hilang report polis
rambut sama hitam, hati lain-lain rambut sama hitam, kutu lain-lain
sayang anak tangan-tangankan sayang isteri sayang anak tangan-tangankan sayang isteri
tinggal-tinggalkan kahwin lagi satu
sehari selembar benang, lama-lama menjadi sehari selembar benang, lama-lama benang
kain habis
sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis
binasa pulut
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya sepandai-pandai lalat terbang, akhirnya ke taik
jatuh ke tanah juga juga dia hinggap
tiada rotan akar pun berguna tiada rotan pelempang pun berguna

Ton – tidur overnight

PANTUN

Standard Kreatif
Pisang emas dibawa belayar Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Hutang budi dibawa mati Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Dagang hamba musafir lalu Kain aku, si pencuri yang sapu
Bibliografi

Abdul Chaer, 2008. Morfologi Bahasa Indonesia – Pendekatan Proses. Jakarta: Rineka Cipta.

Amat Juhari Moin, 1985. “Pembentukan Kata dan Istilah”. Jurnal Dewan Bahasa, Jan 1985,
hlm. 18-34. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1986. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

______________, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Azhar M. Simin, 1983. Seni – Karya Nahu Melayu Kini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Azizul Rahman Abdul Rahman, 1995. Bahasa Rahsia Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bloch, B. dan Trager, G., 1942. Outline of Linguistic Analysis. Baltimore: Linguistic Society of
America.

Bram, Joseph, 1955. Language and Society. Westminster: Random House.

Ferguson, C.A., 1971. Language Structure and Language Use: Essays; selected and introduced
by Anwar S. Dil. California: Stanford University.

Halliday, M.A.K., 1989. Spoken and Written Language. Oxford: University Press.

Harimurti Kridalaksana, 1982. Kamus Linguistik. Jakarta: PT Gramedia.

Harishon Radzi, 2006. “Pembentukan Kata Bahasa Melayu: Yang Standard dan Yang Kreatif”.
Jurnal Persatuan Linguistik, Jilid 7. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Hashim Awang A.R., 1996. Menangani Data Etnografi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya,
Akademi Pengajian Melayu.

Hashim bin Hj Musa, 2005. “Penjanaan dan Pembudayaan Kreativiti Bangsa Melayu Malaysia
Melalui Bahasa Melayu: Perjuangan yang Perlu Diselesaikan.” Jurnal Beriga, Bil. 88,
Julai- September 2005, hlm. 11-41. Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hughes, John P., 1962. The Science of Language. New York: Random House.

Huntington, Samuel, 1996. Clash of Civilisations and The Remaking Of World Order. New York:
Simon and Schuster.

Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, et. al., 2004. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Noriza Daud, 2007. “Bahasa Lambang Budaya Bangsa” dlm. Monograf Jabatan Bahasa
Melayu, hlm. 100-110. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, Akademi Pengajian Melayu.

Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz, 2009. Legasi Bahasa Melayu. Singpura:
Angkatan Sasterawan ’50.

Sapir, Edward, 1960. Culture, Language and Personality: Selected Essays. California:
University of California Press.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1972. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teeuw, A., 1955. Pokok dan Tokoh dalam Kesusasteraan Indonesia Baru: dengan sebuah
sumbangan dari R. Roolvink. Djakarta: P.T. Pembangunan.

Weinreich, Uriel, 1963. Languages in Contact: Findings and Problems. The Hague: Mouton.

Wright, John (Ed.), 2001. The New York Times Almanac 2002. USA: Penguin Reference Books.
Zainal Abidin Ahmad, 2002. Ilmu Mengarang Melayu (Edisi Ejaan Rumi Baharu). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Petikan akhbar dari lelaman Internet

“Cracking down on youth gangs”. (2011, Disember 3).Home Team News. Dipetik daripada
http://www.hometeam.sg/article.aspx?news_sid=20111202qs3n91XeoaKT pada 14hb
Disember 2011.

Iphone Usage Across Asia. (2010, Jun 14). Asian Correspondent. Dipetik daripada
http://asiancorrespondent.com/37156/iphone-usage-across-asia/ pada 12hb Disember
2011.

“JKR bersikap sambil lewa dalam menangani masalah orang ramai”. (2011, Januari 30).
Selangor Kini Online. Dipetik daripada http://www.selangorkini.com.my/my/berita/28528
pada 11hb Disember 2011.

“Slashing Scare In Singapore”. (2010, November 17). The Diplomat. Dipetik daripada http://the-
diplomat.com/asean-beat/2010/11/17/slashing-scare-in-singapore/ pada 10hb Disember
2011

“Singapore cannot do without foreign talent: Ex-MM Lee”. (2011, Julai 22).Channel News Asia.
Dipetik daripada http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelocalnews/
view/1142473/1/.html pada 13hb Disember 2011.

Teo Xuanwei. (2011, Oktober 7). “Ex-president of opposition PKMS jailed and fined”.
channelnewsasia.com. Dipetik daripada
http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelocalnews/view/1157835/1/.html pada
11hb Disember 2011
Zuber Hj. Hassan. (1999). “Masalah-Masalah Guru dalam Melaksanakan Pengajaran Mata
Pelajaran KBSM”. Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPDA 1998-1999. Dipetik daripada
http://ipdares.tripod.com/kbsm.htm#KEPUTUSAN KAJIAN pada 11hb Disember 2011.

Kertas kerja

Mardina Haji Mahadi. (2006, 14-15 March). Analisis Istilah Teknologi Maklumat Dari Segi Aspek
Morfologi. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Bahasa dan Sastera, sempena Sidang
Ke-45 MABBIM dan Sidang Ke-11 MASTERA, di Hotel Orchid Garden, Berakas, Brunei
Darussalam.

Tesis/Sarjana/Disertasi/Latihan Ilmiah

Jamilah Hj. Mahmud, 1994. Manuskrip Melayu abad ke-16 : satu analisis aspek morfologi dan
sintaksis. Latihan ilmiah. Universiti Malaya: Jabatan Pengajian Melayu.

Sumalee Nimmanupap, 1995. Kata majmuk dalam bahasa Melayu dan bahasa Thai : suatu
analisis perbandingan morfologi. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Malaya:
Jabatan Pengajian Melayu.

Johari
Bibliografi

Wain, Barry (2010). Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times.


Palgrave Macmillan. ISBN 0230238734.

Muhyiddin Yasin. (2011, March 29) Mahathir Mohamad. Umno, are you God? Free
Malaysia Today. Dipetik daripada
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/29 /dr-mahathirumno-are-you-god-2/
pada 11hb Disember 2011.
United Malays National Organisation. (n.d.) Wikipedia. Dipetik daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/ United_ Malays_National_Organisation pada 11hb
Disember 2011.

Profile: Mahathir Mohamad. (2003, October 31). BBC NEWS. Dipetik daripada
http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/2059518.stm pada 11hb Disember 2011.

Mahathir retiring after 22 years in power in Malaysia. (2003, October 30). Manila
Bulletin. FindArticles.com. Dipetik daripada http://findarticles.com/p/news-
articles/manila-bulletin/mi_7968/is_2003_Oct_30/mahathir-retiring-22-years-
power/ai_n33580910/?tag=content;col1 pada 11hb Disember 2011.

North–South Expressway, Malaysia pada Wikipedia. Dipetik daripada


http://en.wikipedia.org/wiki/North%E2%80%93South_Expressway,_Malaysia

Zolkharnain Abidin. (November 20). Pantang Lalu 'Ulur' Selalu. DETIK DAILY. Dipetik
daripada http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article
&sid=4871 pada 11hb Disember 2011.

Global HIV and AIDS estimates, end of 2009. (n.d.) Worldwide HIV and AIDS Statistics.
Dipetik daripada http://www.avert.org/worldstats.htm pada 11hb Disember 2011.

Pertapis pada singaporemirror. Dipetik daripada


http://www.singaporemirror.com.sg/co_pertapis.htm

Jul to Dec 2011. PERTAPIS. Dipetik daripada http://www.pertapis.org.sg/ calendar -of-


events/jul-to-dec-2011/ pada 11hb Disember 201.

Pertapis Centre for Women and Girls. (n.d.). Dipetik daripada http://www.pertapis.org.sg/?s=centre+for+women+
and+ girls&x=0&y=0 pada 11hb Disember 2011.

Anda mungkin juga menyukai