Anda di halaman 1dari 5

KURSUS

SKBL3163 LARAS BAHASA

NAMA
SHARIFAH NURUL SYAHADAH BINTI SYED AHMAD

NO MATRIKS
A180384

TAJUK
MAKLUMAT UTAMA BERKENAAN LARAS BAHASA OLEH PARA SARJANA

NAMA PENSYARAH
DR MOHAMMAD AZLAN MIS
LARAS BAHASA

Setiap manusia dikurniakan kebolehan berkomunikasi, berkongsi idea dan maklumat serta
menzahirkan perasaan antara satu sama lain melalui bahasa. Para sarjana yang
membincangkan tentang bahasa juga bersetuju bahawa bahasa merupakan salah satu unsur
utama dalam kehidupan manusia untuk menjalani aktiviti harian. Namun persoalan mula
timbul apabila munculnya beberapa cara berbahasa yang berbeza mengikut perbezaan sosial
antara masyarakat. Hal ini dapat dilihat dengan memerhati penggunaan kosa kata dan struktur
ayat antara masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar dalam satu topik yang sama.
Akan tetapi kini aspek berbahasa lebih dilihat melalui bidang disebabkan adanya urbanisasi
yang berlaku secara berperingkat. Proses pembandaran ini secara tidak langsung
menyumbang kepada perkembangan laras bahasa dalam bahasa Melayu seperti laras bahasa
sastera, laras bahasa undang-undang, laras bahasa sains dan teknologi serta berbagai bagai
bidang yang ada.

Menurut Ure dan Ellis (1997), laras bahasa membantu setiap penutur bahasa
menjalani kegiatan sosial untuk menyesuaikan diri dengan beberapa situasi sosial serta dalam
komuniti masyarakat mereka tersendiri. Mereka juga menegaskan bahawa bidang laras ini
sebagai corak bahasa yang biasa digunakan dalam situasi yang berbeza. Perkara ini dapat
dilihat bahawa laras bahasa berfungsi sebagai satu alat komunikasi dalam sesebuah kelompok
masyarakat yang mampu membantu anggota masyarakat menyesuaikan diri terhadap situasi
dan peraturan sosial dalam kumpulan masyarakat yang sama. Melalui penggunaan laras yang
sama, mereka mampu membentuk corak kelakuan sosial untuk mengawal situasi sosial dan
komuniti mereka sendiri.

Ure dan Ellis juga menekankan bahawa ciri-ciri laras bahasa dapat berubah-ubah
terutama dalam bentuk teks, media, organisasi politik serta teknologi dalam pembentukan
sesuatu laras. Aspek kepelbagaian situasi telah memberi takrif kepada konsep laras itu
tersendiri. Aspek latar belakang sosial dan budaya terlibat dalam konteks situasi. Jika berlaku
kesalahan dalam penggunaan laras bahasa maka ianya telah melanggar tatacara penggunaan
sesuatu bahasa (Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd. Salleh Rahamad, 1998). Apabila berlaku
situasi di mana penyalah gunaan laras bahasa maka wujudlah bentuk-bentuk yang dirasakan
tidak sesuai dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, seorang ahli politik yang sedang
berkempen menggunakan laras bahasa undang-undang untuk berkomunikasi dengan orang
kampung. Penggunaan perkataan atau kosa kata yang kurang sesuai semasa berkempen
memberi kesan campur aduk istilah juga mengakibatkan salah faham antara satu sama lain.

Berbeza dengan dialek, setiap pengguna laras bahasa perlu menguasai sesuatu bahasa
dalam erti kata menguasai sepenuhnya bahasa supaya pengguna dapat mengaplikasikan
dalam kehidupan untuk tujuan komunikasi serta mengelakkan kekeliruan dan percampuran
laras. Dalam erti kata lain, penngetahuan dalam laras yang betul dan tepat semasa
berkomunikasi tentang bidang atau sub bidang tertentu. Penggunaan laras yang tepat bukan
sahaja membantu penutur berkomunikasi malah penting diaplikasikan disebabkan perbezaan
ciri gaya naratif yang digunakan dalam pelbagai bidang (Abdullah Hassan, 1997).

Kebanyakan sarjana bersetuju bahawa laras bahasa merupakan suatu bentuk bahasa
yang khususnya memberi sifat bagi membincangkan tentang sebuah bidang (Kamaruddin
Husin, 1995). Kemampuan seorang individu dalam menggunakan sesuatu laras bahasa
bergantung kepada pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang ingin menjadi topik
utama komunikasi tersebut. Kesan daripada penggunaan laras bahasa yang tepat membantu
individu menyampaikan segala maklumat yang dikongsi dengan pihak dilawan bercakap jelas
juga mudah difahami. Perkara ini dapat diberi contoh apabila dua orang pelajar universiti
yang datang daripada latar belakang pendidikan yang berbeza di mana salah seorang daripada
pelajar merupakan pelajar bidang sains manakala seorang lagi memiliki latar belakang
sastera. Apabila mereka diberikan satu topik yang sama untuk berkomunikasi, didapati
pelajar A sukar memahami beberapa istilah yang diguna pakai oleh pelajar B dalam
perbincangan tersebut. Penggunaan istilah yang tidak difahami menunjukkan bahawa laras
bahasa memiliki ragam bahasa yang digunakan mengikut bidang-bidang tertentu boleh
diumpamakan meletakkan seekor anak itik ke dalam reban ayam kampung.

Kewujudan kepelbagaian bidang telah menyumbang kepada kepelbagaian laras dalam


bahasa telah membuktikan perkembangan pesat dan kemajuan bagi bahasa tersebut. Di
Malaysia contoh kita dapat ambil bahasa Melayu sebagai contoh. Kini bahasa Melayu
semakin berkembang bukan sahaja dari aspek laras malahan perkembangan leksikologi bagi
bidang-bidang tertentu. Para sarjana seperti Nik Rosilawati Sewan (2010) menekankan
bahawa pembelajaran tentang laras bahasa di peringkat sekolah supaya pelajar kini dapat
menguasai bahasa tersebut. Hal ini bukan sahaja membantu mempertingkat kualiti
penggunaan bahasa di peringkat sekolah-sekolah juga sebagai satu persedian pelajar sebelum
melangkah ke menara gading atau ke alam pekerjaan. Penguasaan yang tinggi dalam laras
bahasa juga mampu melahirkan individu yang mampu menyesuaikan diri akan keadaan sosial
dengan persekitaran semasa menjalani kehidupan mereka.

Perkembangan laras bahasa bukan sahaja melibatkan komunikasi lisan malahan turut
memberi kesan kepada aspek laras dalam penulisan. Menurut Nur Fatiha Fadila (2012),
kesenian dan kekreatifan dalam komunikasi berbahasa telah wujud dalam konteks sastera
lisan mahupun tulisan. Oleh sebab bahasa merupakan unsur yang membentuk cara berfikir
individu juga corak kehidupan, pengaruh bahasa kreatif turut memberi impak kepada tahap
berfikir individu. Penguasaan dalam sesuatu bahasa membantu dalam menjalani kehidupan
sosial dengan lebih mudah manakala bahasa kreatif melambangkan sifat atau ciri-ciri
perlakuan dan tahap kesantunan pengguna bahasa itu. Pendeta Za’ba juga bersetuju bahawa
penguasaan dalam bahasa kreatif seperti peribahasa, bidalan serta banyak lagi mewujudkan
laras bahasa tersendiri yang bertujuan memberi pengajaran secara santun.

Bahasa kreatif juga menyumbang kepada kepelbagaian genre penulisan teks yang
membawa konsep perbezaan ciri-ciri teks yang menggubal pelbagai jenis konteks sosial
(Martin & Rose, 2003). Perbezaan ciri-ciri tersebut disebut sebagai laras-laras mampu
mempengaruhi makna semasa proses penyampaian mesej dalam bentuk teks. Seni berbahasa
kreatif ini juga memberi fungsi menyembunyikan unsur-unsur negatif dalam menyuarakan
pendapat atau pandangan agar mengelakkan rasa tidak senang pembaca terhadap isu-isu
sensitif. Jadi amatlah penting bagi penutur untuk mengenalpasti jenis-jenis laras bahasa bagi
mencari makna atau mesej yang cuba disampaikan dalam teks kreatif.

Jelaslah disini bahawa laras bahasa merupakan satu bentuk atau kaedah berbahasa
yang menggunakan bahasa yang sama namum berbeza penggunaan struktur serta leksikalnya
berdasarkan situasi atau bidang tertentu. Penggunaan kata dan struktur tertentu signifikan
dalam menjadi garis panduan kepada kewujudan laras semasa menggunakan bahasa.
Penggunaan laras ini bukan sahaja digunakan meluas dalam aspek situasi lisan yang merujuk
kepada situasi sosial malahan laras juga wujud dalam bentuk tulisan atau teks. Keupayaan
penutur dalam menguasai kedua-dua jenis konteks laras semestinya membantu meningkatkan
kualiti berbahasa juga menyumbang kepada perkembangan bahasa penutur melalui
pengetahuan laras bahasa dalam pelbagai bidang. Kepelbagaian laras bahasa juga
mencerminkan keadaan bahasa itu sendiri dan menjadi ukuran dalam maju-mundurnya
bahasa tersebut. Penekanaan terhadap laras bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat
kinilah yang menentukan di mana letaknya nilai bahasa Melayu pada masa akan datang.
Rujukan
Siti Nor Atikaf Salleh, Nurfahana Shahira Rosly, Nabillah Bolhassan & Asrul Azuan Mat
Dehan. 2016. Keanekaragaman Ciri Laras Bahasa Kreatif (Sastera) Dalam Penulisan
Novel Hujan Pagi. Ilmi Journal Jilid 6 2016: 11-28 file:///C:/Users/uyahm/Downloads/35-
57-1-SM.pdf [6 [6 November 2022]

Mohammed Azlan Mis. Nd. Apa Itu Laras Bahasa? Slaid. Pusat Kajian Bahasa & Linguistik:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

NK Wong. 2003. Penggunaan Laras Ekonomi Dalam Akhbar Melayu: Satu Analisis
Leksikal. Tesis. Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/337/ [6 November
2022]

Anda mungkin juga menyukai