Anda di halaman 1dari 5

KUIZ 2

KURSUS :

SKBP 1013 BAHASA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

TAJUK :

RULES OF NETIQUETTE

NAMA :

ANIS ASNIRA BINTI MOHD FAIZAL

NO MATRIKS :

A180661
Dalam era pembangunan ini, internet sememangnya sesuatu perkara yang sangat
penting bahkan sangat diperlukan. Disebabkan oleh itu wujud etika atau netiqutte
penggunaan internet. Netiquette dibentuk daripada perkataan inggeris iaitu gabungan
antara ‘net’ diterjemahkan sebagai ‘rangkaian’ dan etika yang merujuk kepada ‘tag’.
Dalam erti kata lain, netiquette berhubung rapat dengan corak tingkah laku dalam
internet. Selain itu, netiquette juga boleh dikatakan sebagai protokol yang harus
dipatuhi apabila menggunakan perhubungan yang melibatkan alatan elektronik dan
juga internet. Netiquette ini bertujuan untuk memastikan komunikasi yang dilakukan
dalam keadaan sopan dan baik. Netiquette juga mengutamakan kepentingan adab dan
tingkah laku yang betul semasa berada di atas talian. Terdapat banyak etika netiquette
yang perlu dipatuhi oleh pengguna internet semasa berkomunikasi.

Antaranya ialah, mematuhi undang-undang hak cipta seseorang. Hal ini sangat
penting dan perlu dititikberatkan. Meniru atau mengambil hasil kerja orang lain dan
menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri adalah satu kesalahan yang berat. Hal ini
dikatakan demikian kerana ia dianggap melanggar undang-undang hak cipta dan
dianggap sebagai plagiat atau mencuri. Sekiranya ingin menggunakan karya tersebut,
seseorang itu perlu meminta izin terlebih dahulu. Selain itu, boleh mengambil petikan
pendek daripada penulis asal dan menyatakan sumber kajian tersebut agar terhindar
daripada kegiatan plagiat.

Selain itu, menggunakan bahasa yang sopan juga merupakan etika netiquette.
Pengguna internet perlu sentiasa ingat bahawa semua yang dilakukan dalam internet
diperhatikan. Oleh itu, pengguna internet perlu sentiasa beringat supaya jangan
meninggalkan komen-komen negatif yang boleh menyinggung perasaan orang lain
atau menimbulkan persengketaan serta fitnah. Hal ini telah banyak dilihat berlaku di
media sosial, forum, mesej, emel dan sebagainya. Penggunaaan bahasa yang sopan
sangat penting bagi memastikan kesejahteraan semasa berkomunikasi menggunakan
internet. Selain itu, penggunaan bahasa yang sopan juga menggambarkan
keperibadian seseorang semasa berkomunikasi menggunakan internet.
Di samping itu, berkongsi sesuatu dengan kebijaksanaan juga merupakan etika
netiquette. Setiap pengguna internet hendaklah bijaksana sebelum melakukan
perkongsian sesuatu di atas talian. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap
perkongsian yang dilakukan di media sosial adalah cerminan diri. Sebagai contoh,
jika anda mempunyai masalah, jangan sesekali berkongsi masalah tersebut di atas
talian. Hal ini kerana berkemungkinan akan ada pihak yang mengambil kesempatan
atas masalah yang seseorang itu hadapi.

Seterusnya, jangan menghantar e-mel yang mempunyai fail besar juga merupakan
etika netiquette. Perkara ini nampak mudah tapi sebenarnya ia sesuatu yang tidak
boleh diabaikan dan dipandang remeh. Penghantaran e-mel bersaiz besar berisiko
merosakkan server penerima e-mel atau menghabiskan kuota peti masuk e-mel
mereka. Sebaliknya, hantar fail besar itu ke ruang sendiri kemudian hantarkan pautan
tersebut kepada orang lain, jangan sesekali melampirkannya pada e-mel. Sekiranya
hendak membalas mesej, pastikan semua mesej dihapus kecuali surat-menyurat yang
terbaru daripada pengirim.

Bukan cuma itu, jangan memasukkan data peribadi di internet atau dengan erti kata
lain melindungi data peribadi. Data peribadi adalah sulit dan ia tidak sepatutnya
tersebar atau digunakan secara sambil lewa. Semua orang boleh melihat apa yang kita
hantar atau muatnaik di internet dan hal ini amat berbahaya sekiranya maklumat
peribadi tersebut. Maklumat peribadi seperti alamat rumah, nombor telefon , nombor
keselamatan sosial, maklumat lesen memandu dan sebagainya adalah sulit dan sangat
bahaya jika tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana bimbang ada pihak yang
tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas maklumat peribadi tersebut.
Kesimpulannya, penggunaan internet juga mempunyai etika yang perlu dipatuhi. Oleh
itu, semua pengguna internet perlu patuh akan etika tersebut bagi memastikan
keamanan dan kesejahteraan semasa berkomunikasi menggunakan internet.
RUJUKAN

https://ms.caminoescolar.org/proper-internet-etiquette-1216946-2364

https://dress-ms.techinfus.com/etiket/obshchenie/setevoj/

https://ms.erf-est.org/4310-netiquette.html

https://ms.groinstrong.com/ten-rules-of-netiquette-22285-1681

https://www.verywellmind.com/ten-rules-of-netiquette-22285

Anda mungkin juga menyukai