Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN
Sosiolinguistik namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio +
linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan
linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Dengan itu, mudah
untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan
bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang
membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan
bahasa. Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi
kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun
kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial,
perhubungan-perhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya.
Pada peringkat awal istilah sosiolinguistik merujuk kepada fungsi dan maksud
sosial berbahasa atau hubungan bahasa dengan aspek sosial (atau masyarakat) yang
menggunakannya. Hal ini dikenal pasti menerusi kenyataan Currie (1952). Dalam hal
ini, pola hubungan bahasa dengan masyarakat boleh dihuraikan menerusi empat cara.
Pertama, struktur sosial mungkin mempengaruhi atau menentukan struktur atau
perlakuan linguistik. Kedua, struktur linguistik sebaliknya mungkin mempengaruhi
struktur sosial. Ketiga, kedua-dua aspek, yakni bahasa dan masyarakat saling
mempengaruhi. Keempat, terdapat anggapan bahawa tidak ada hubungan antara
struktur linguistik dengan struktur sosial. yang berkaitan dengan masyarakat dan
organisasinya. Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau
linguistik sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa
dengan masyarakat. Menurut Dell Hymes (1966 ), sosiolinguistik merupakan ilmu
yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar, peserta, tajuk
perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang
dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri ( Nik
Safiah Karim,1981: 4 ).
Dell Hymes juga menitikberatkan kajian sosiolinguitik dari segi penggunaan
bahasa dengan rumusan kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam
disiplin lain yang berhubungan dengan kehidupan sosial, dan sebaliknya, pemakaian
data dan analisis sosial dalam linguistik. Maksud istilah bahasa pula mencakupi
gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu, Indonesia,
Inggeris,Arab dll.), ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia,
Singapura,Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dll.), ragam kelompok sosial
(seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah), ragam stailistik (rasmi,
santai, intim dan sebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian
kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap
makna iaitu semantik.
Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-
proses kemasyarakatan termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat.
Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Pada pihak lain
linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk-bentuk lisan dan tulisan.
Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional,empirikal, dan
kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, penggolongan,
dan rumus-rumus bahasa, termasuklah pernyataan kekecualiannya. Dan bahasa itu
sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi
pemerian secara formal dan abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik.
Sesungguhnya kita maklum, walaupun tanpa disedari, bahawa memang ada
perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. Sebagai
contoh, kita mengetahui bahawa ada orang-orang berbicara secara berbeza kerana
datang daripada latar belakang yang berlainan sehingga sering kali ada ramalan yang
tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya
atau tempat beliau dibesarkan, pendidikannya, kelompok sosialnya atau bahkan
pekerjaannya.
Kamus Dewan edisi keempat (2007), sosiolinguistik merupakan kajian bahasa
dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Secara umum,
sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. Tetapi oleh sebab bidang
perancangan bahasa ini juga menjadi sangat luas, lebih-lebih lagi di Malaysia, maka
kita akan melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan. (Abdullah Hassan,
2007).Selanjutnya, manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk
menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara
satu sama lain dalam kalangan masyarakat. Bahasa digunakan sebagai alat oleh
masyarakat untuk berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih
mendalam.
Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberi
tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. Bagaimana seseorang
itu bercakap,cara ia menyebut perkataan, bunyi-bunyi perkataan, bagaimana ia
menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu, serta jenis-jenis perbendaharaan kata yang
digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia
berasal dan jenis pendidikan yang diterimanya. Daripada apa yang dicakapkan,
seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya, pekerjaannya, dan berbagai-
bagai aspek latar belakangnya. Apabila dipertalikan dengan bahasa maka dapatlah
dikatakan bahawa sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang
mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh
masyarakat tersebut. Jadi, kedua-dua ungkapan, sosiolinguistik dan sosiologi bahasa
nampaknya bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. Walaupun
membawa pengertian yang sama, kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan
berdasarkan dua aspek, iaitu penekanan dan sifat kajian.

2.0 DEFINISI KONSEP DIALEK SOSIAL.
Dialek merupakan variasi Bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami
oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian
geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Variasi bahasa yang khusus
berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat
individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan
ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan
kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.
Mengikut Mario A. Pei, dialek adalah variasi daripada satu tertentu yang
dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek
mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan
dari bentuk standard baik dari segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata
tertentu, tetapi kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu
bahasa yang lain. (Mario A. Pei, 1960: 56).Dialek-dialek yang berdasarkan tempat
seperti itu dipanggil dialek setempat .Ada beberapa cakupan pembahasan dalam
sosiolinguistik termasuklah dialektologi dan sosiolinguistik. Dialektologi adalah
kajian tentang dialek yang lebih memerhatikan fokus dan cognates daripada kebiasaan
verbal yang menggunakan pendekatan diakronis. Di samping itu, sosiolinguistik
memiliki kecenderungan untuk mengadaptasi pendekatan sinkronis yang
menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasa dengan kriteria ekstralinguistik, serta
memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasa yang digunakan. Cakupan kedua,
retorika dan sosiolinguistik. Retorika bertujuan untuk menentukan metode
meyakinkan yang paling baik untuk kemudian bertugas menjelaskannya. Di pihak
lain, sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang memuat keahlian-keahlian
berbahasa. Perbezaan lain adalah, retorika berfokus pada fungsi persuasif bahasa,
sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan yang berhubungan
dengan apa sahaja topik dan tujuan. Cakupan ketiga pula sosiolinguistik mikro dan
makro. Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada individu dalam
interaksinya dalam kelompok kecil dan informal, sedangkan pendekatan
sosiolinguistik makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih
besar. Sosiolinguistik mikro memperhitungkan karakteristik individu yang
membezakannya dengan individu lain, sebaliknya sosiolingustik makro
memperhitungkan distribusi perbezaan bahasa dalam masyarakat dan hubungannya
dengan faktor usia, jenis kelamin, pendidikan, pekerjaan dan etnik penutur yang
diteliti.

2.1 FUNGSI, LATAR BELAKANG ETNIK DAN FORMALITI YANG BOLEH
MENJADI FAKTOR WUJUDNYA DIALEK SOSIAL DALAM PROSES
KOMUNIKASI.
Dialek kawasan, variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu
kawasan.Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang
Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina,
Sumatera, jawa,Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam
golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias,
Lampung dan OrangLaut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di
Malaysia, BahasaIndonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura.
Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Istilah dialek
sosial yang dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut
kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang
akan menggunakan bahasa- bahasa yang formal. Oleh itu, bahasa Melayu secara
umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan
atau loghat, dialek sosial.
Bahasa mempunyai masyarakat penuturnya sendiri. Makin banyak jumlah
penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Makin luas daerah penyebaran
satu-satu bahasa itu makin banyak pula perbezaan yang timbul dari segi
penggunaannya. Di Malaysia, misalnya, sudah wujud berbagai-bagai kelainan bahasa
atau variasi Bahasa mengikut daerah yang berlainan. Kelainan bahasa atau variasi
bahasa berdasarkan daerah itu disebut dialek, seperti dialek Kelantan, dialek Perak,
Dialek Johor dan seumpamanya. Demikian juga terdapat variasi-variasi Bahasa
Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, sepeti latar belakang pendidikan,
jenis pekerjaan, kedudukan sosio-ekonomi penutur yang berbeza-beza. (Nik Safiah
Karim dan rakan-rakan, 1993: 29). Menurut Chambers 1983, bahasa terdiri daripada
sekumpulan dialek, dan penutur-penutur dialek-dialek ini pula saling faham-
memahami antara satu sama lain. Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani
dialektos yang pada mulanya dimulakan dalam hubungannya dengan keadaan
bahasanya (Ayatrohaedi, 1979:1 ). Di Yunani terdapat perbezaan- perbezaan kecil
didalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-masing,tetapi sedemikian
jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka merasa mempunyai bahasa yang
berbeza (Meillet, 1967:69).
Dialek-dialek setempat di Semenanjung Malaysiasebenarnya adalah variasi daripada
bahasa Malayu. (A. Teew 1961:43). Bahasa Melayu sekarang ini telah menjadi bahasa
Kebangsaan negara ini dan sejak 13 Mei 1969 bahasa tersebut dikenal sabagai Bahasa
Malaysia (Asmah Haji Omar 1976:1). Bahasa Malaysia sekarang merupakan bahasa
standard yang menjadi bahasa pengantar di Malaysia. Kini sudah wujud pelbagai
variasi Bahasa Melayu, seperti bahasa Melayu pasar , variasi cakap mulut , variasi
cakap surat , variasi bahasa kacukan, variasi Bahasa melayu Lama,variasi bahasa
Melayu Moden,variasi bahasa Rasmi, dan variasi bahasa melayu baku.

Seterusnya, setiap dialek setempat di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak, terdapat idiolek-idiolek, iaitu kelainan-kelainan pengucapan yang
disebabkan oleh individu yang berlainan, dan kelainan stilistik yang terjadi akibat
daripada konteks yang berlainan (Mario A. Pei 1966:119). Semua kelainan ini disebut
dialek. Sungguh pun terdapat kelainan-kelainan tetapi perkara tersebut tidak harus
terkeluar daripada had saling kefahaman yang menentukan bahawa kelainan-kelainan
itu masih tergolong dalam satu bahasa. Walaupun terdapat pelbagai idiolek dan
kelainan-kelainan stilistik di dalam dialek-dialek tersebut, tetapi penutur-penuturnya
masih saling memahami diantara satusama lain ketika berkomunikasi.Dialek
ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.Dialek berbeza dari segi:
a) Sebutan
Contoh: Perkataan `air disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.
b) Gaya lagu bahasa
Contoh: Dialek Melayu Sabah biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju
daripada Negeri Sembilan.
c). Tatabahasa
Contoh: penggunaaan imbuhan per-dan kan. Perbesar (dialek Kedah) dan
besarkan(dialek Johor).
(d) Kosa kata
Contoh: kpiti(dialek Melayu Sabah bermaksud ketam)


3.0 CABARAN BAHASA MELAYU DARI PERSPEKTIF PENGGUNAAN
BAHASA MELAYU MASA KINI.

Apabila kita membincangkan perihal bahasa Melayu, hala tuju bahasa Melayu, masa
depan bahasa Melayu, kita tidak terlepas daripada membincangkan soal cabaran
bahasa Melayu terutamanya dalam mengharungi arus perubahan globalisasi.
Walaupun perbincangan demi perbincangan, seminar demi seminar dilaksanakan
nasib bahasa Melayu masih berada ditakuk yang sama. Adakah perbincangan dan
perbahasan-perbahasan selama ini gagal mencapai kata sepakat atau hanya
perbincangan mencukupkan waktu atau sasaran kerja yang perlu
dilaksanakan. Kadang kala kita harus dan perlu berbangga dengan sejarah bahasa
Melayu yang megah terukir dan tidak akan berubah untuk sekian lamanya.
Kita tidak menafikan bahawa globalisasi adalah salah satu fenomena dunia tanpa
sempadan yang menghambat negara-negara di dunia dan Malaysia tidak terkecuali
daripada menerima hambatan yang begitu hebat ini. Hal ini, menyebabkan bahasa
Melayu tutur mengharungi satu cabaran getir dalam bentuk dimensi baru yang
memerlukan perhatian semua pihak terutamanya golongan pejuang-pejuang dan
aktivis-aktivis bahasa. Cabaran dimensi baru ini menurut pandangan penulis
bukanlah mudah untuk ditangkis, jika strategi berkesan tidak dilakukan
sewajarnya. Ditambahkan lagi, saban waktu kita sering dihujani dengan pelbagai
persoalan yang dikira menguji tahap kesabaran kita sebagai pencinta bahasa Melayu.
Mampukah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu? Jika dilihat kepada kegusaran ini
bukanlah sesuatu yang baru. Ketidakyakinan ini berlaku disebabkan serangan-
serangan dan momokan-momokan yang mana melihat bahasa Inggeris adalah satu-
satunya bahasa yang mampu membawa kemodenan dan kemajuan sesuatu bangsa dan
negara. Menurut Hassan Ahmad masalah kita sebenarnya bukan cabaran bahasa
Inggeris tetapi masalah orang kita yang tidak mengetahui ketidakupayaan kita setelah
sekian lama kita merdeka untuk memajukan bangsa dengan menggunakan bahasa
sendiri sebagai alatnya yang utama.

Dalam usaha kita untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai ilmu pengetahuan, kita
tidak menafikan bahawa cabaran bahasa Melayu pada masa kini tidak terhenti setakat
di situ sahaja tetapi semakin mencabar terutama dalam usaha kita untuk membentes
penggunaan bahasa Melayu bukan standard dan bahasa Inggeris dalam urusan-
urusan rasmi khasnya urusan melibatkan jabatan-jabatan kerajaan. Kita tidak
menolak bahawa sikap yang masih menebal dalam kalangan sebilangan kecil
kita yang acuh tidak acuh dalam menggunakan bahasa Melayu standard dan lebih
parah lagi menggunakan bahasa Inggeris. Mungkin berbangga bertutur dalam
berbahasa Inggeris sepatah dua atau ingin menunjuk yang kita lebih pandai dalam
bahasa tersebut perlulah dirujuk pada diri masing-masing. Kita bukan bersikap rasis
terhadap bahasa Inggeris atau anti bahasa Inggeris. Namun bagi mendukung bahasa
Melayu sebagai rasmi negara yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Justeru,
wajar untuk kita mengambil semangat ini dan meletakan bahasa Melayu pada
kedudukan tertinggi. Usaha ini perlulah diterjemahkan di dalam urusan seharian kita.
Kita tidak menghalang sesiapa pun untuk bertutur atau menggunakan bahasa tersebut,
tetapi perlulah bijak untuk melihat kepada suasana atau situasi wajar atau tidak untuk
kita menggunakannya.
Menurut Rozali Rejab dalam makalahnya Cabaran Bahasa Melayu Dalam
Menghadapi Abad 21, beliau telah menyenaraikan beberapa elemen yang membawa
cabaran getir kepada bahasa Melayu. Salah satunya elemen tersebut ialah sikap
penutur bahasa Melayu itu sendiri. Penulis amat tertarik dengan huraian yang
diberikan oleh beliau yang mana kita tidak menafikan bahawa ramai dalam kalangan
penutur bahasa Melayu sendiri tidak mahu bertutur di dalam bahasa Melayu dan
berbangga pula apabila bertutur di dalam bahasa Inggeris, walaupun bahasa Inggeris
yang dituturkan itu tidak sebaik yang diharapkan. Mungkin situasi menggunakan
bahasa Inggeris ketika berkomunikasi ini sudah sebati di dalam kalangan penutur
bahasa Melayu itu sendiri. Tidak hairan jika di dalam sesuatu majlis kalau terdapat
seorang sekali pun warga asing kita sanggup menukar ucapan kita daripada bahasa
Melayu kepada bahasa Inggeris, walhal lingkungan tetamu majlis tersebut majoritinya
memahami bahasa Melayu. Persoalannya, di manakah ketegasan kita dalam
berbahasa? Tiadanya sifat kasih, ambil kisah dan prihatin dengan bahasa ibunda
(bahasa kebangsaan) adalah sikap yang harus dikikis dalam jiwa dalam setiap
kalangan kita. Ditambahkan lagi, cabaran bahasa Melayu terus menerima persaingan
dan hambatan daripada pelbagai sudut, kehadiran berpuluh-puluh universiti, kolej
swasta sejajar dengan Akta Institusi Pengajian Tinggi swasta (IPTS) 1996 yang lebih
cenderung menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar menghimpitkan
lagi peranan bahasa Melayu. Mahu tidak mahu, suka atau tidak bahasa Melayu
terpaksa bersaing dalam situasi sebegini. Persoalannya mampukan bahasa Melayu
bersaing? Mampu atau tidak ia terletak di bahu kita semua sebagai pengguna bahasa
Melayu itu sendiri. Kita sedar bahawa bahasa Melayu dijamin di dalam perlembagaan
152. Namun, status quo bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
bukanlah satu jamin yang kukuh. Menurut Abang Patdeli Abng Muhi dalam
makalahnya Bahasa Melayu Menyongsong Era Cabaran menyatakan nilai sosial dan
nilai ekonomi bahasa Melayu tidak dapat dielakkan dengan bayangan dengan bahasa
Inggeris.
Menurut A. Azizi Deraman dalam makalahnya Bahasa Melayu Dan Cabaran
Globalisasi, Dewan Bahasa 2007 menegaskan bahawa cabaran utama bahasa Melayu
sebagai bahasa nasional adalah lemahnya sokongan, jagaan, kawalan, peneguhan dan
penegasan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Tambah
beliau lagi, wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan atau cara sesebuah
negara memilih bahasa dan bahasa Inggeris dianggap mampu membawa kemajuan
negara telah memusnahkan kemajuan dan keupayaan bahasa kebangsaan. Bahasa
Melayu agung dengan sejarah yang dilakarnya bak sekian lama sehinggakan penjajah
yang datang mengaut segala keuntungan tanah Melayu telah mematikan kagungan
bahasa Melayu dengan membawa bahasanya. Untuk mengembalikan maruah bahasa
Melayu yang kini semakin diheyak-henyak dari pelbagai penjuru. Justeru penulis
tinggalkan sidang pembaca sekalian dengan beberapa persoalan
berdasarkan pandangan Aziz Deraman:
(1) Orang Melayu sendiri kurang yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu.
(2) Rakyat bukan Melayu belum semunya menjiwai bahasa Melayu.
(3) Bahasa Inggeris terus dianggap superior.
(4) Penekanan terhadap sains dan teknologi serta perindustrian yang mencetuskan
tanggapan bahawa kemajuan hanya boleh dicapai melalui bahasa Inggeris yang
dianggap bahasa sangat unggul itu.
Justeru, hala tuju, nasib, dan masa depan bahasa Melayu terletak di tangan kita semua
sebagai penutur dan pencinta bahasa Melayu. Kita tidak boleh menyalahkan orang
lain jika kita gagal memartabatkan bahasa kita, kerana kita sendiri menggagalkan
usaha tersebut. Justeru bahasa Melayu milik kita semua wadah sendi pusaka bangsa.

4.0 RUMUSAN
Pandangan yang menyatakan bahawa keperluan terhadap sesuatu bahasa perlu
ditundukkan kepada kehendak pasaran semasa adalah berbahaya kerana ia bakal
mencabut akar jiwa dan makna diri sesuatu bangsa dan menggantikannya dengan
sesuatu yang tidak tetap dan sementara. Bahkan usaha ini amat bertentangan dengan
proses pembinaan peradaban sesuatu bangsa yang menuntut perkembangan positif
bahasa ibundanya. Bangsa yang kehilangan bahasanya tidak akan mampu mencapai
mercu ketamadunan jika bahasa ibunda yang mesra dengan dirinya tidak diangkat
menjadi bahasa keilmuan yang utama untuknya. Amatlah dikhuatiri, kecenderungan
untuk memberi tumpuan berlebihan terhadap bahasa Inggeris dalam seluruh aspek
kehidupan akan melenyapkan peranan bahasa melayu untuk bangsa dan
peradabannya.
Perencanaan memartabatkan bahasa Melayu perlu diisi dengan wacana
mengenai faham ketuhanan, kemanusiaan, keilmuan, keadilan, kebahagiaan,
pembangunan, sains dan teknologi bukan sekadar bahasa yang menjadi hiasan
akhbar artis dan hiburan. Memandangkan persuratan bahasa melayu sendiri sudah
kaya dengan khazanah wacana sebegini, maka usaha untuk menggali dan menerapkan
pengisiannya supaya sesuai dengan konteks semasa perlu digerakkan dan disokong.
Bahasa melayu haruslah dikembangkan semula sebagai bahasa yang mampu memikul
amanah ketamadunan. Di samping itu, usaha mempertahankan penggunaan bahasa
melayu yang betul dan kemas sebagai bahasa rasmi untuk sebarang urusan rasmi
kerajaan dan swasta wajar diberi perhatian yang lebih. Sehubungan dengan itu,
pendidikan bahasa Melayu tidak wajar berhenti setakat bangku sekolah, malah ia
perlu terus dididik di peringkat profesional agar pengguna bahasa Melayu bukan
sekadar fasih bertutur dengan betul, malah tahu mengarang dan mempersembahkan
tulisannya dengan bahasa yang kemas dan teratur.
Selain itu, langkah yang harus diberi tumpuan adalah usaha penterjemahan
buku-buku penting berbahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris, kepada bahasa
Melayu yang tinggi dan berkualiti. Ia adalah bertujuan untuk menyediakan sumber
rujukan dalam bahasa melayu yang lumayan kepada masyarakat, dan pada masa yang
sama bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada sumber
rujukan bahasa luar, terutamanya bahasa Inggeris.








Bibliografi :
Asmah Hj. Omar. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Terakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Hassan. (2005). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka


Sumber Majalah
Hassan Ahmad.(1995, November). Cabaran Dunia Berbahasa Melayu. Pelita Bahasa, 26-31.
A.Aziz Deraman.(Februari, 2007). Bahasa Melayu dan Cabaran Global. Dewan Bahasa, 26-
29.
Armin Azhari.(Mac, 2004). Cabaran Bahasa Melayu Sarwajagat. Dewan Bahasa, 5.
Teo Kok Seong.(Ogos, 2003). Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi. Dewan
Bahasa,55-57.
Anwar Ridhwan.(April, 2002). Natujah dan Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Keempat Di Dunia. Dewan Bahasa, 7-10.
Datuk Omar Mohd. Hashim.(Julai, 1990). Bahasa Melayu dan Cabaran abad 21. Pelita
Bahasa, 6-7.
Abang Patdeli abang Muhi.(April, 1996). Bahasa Melayu Menyongsong Era Cabaran. Pelita
Bahasa, 31-38.
Asiah Idris.(Ogos, 1995). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa ilmu: Cabaran dan Harapan. Pelita
Bahasa,9-11.
Sumber Akhbar
Berita Harian. (2012, Februari 16). DBP Audit Bahasa Melayu.
Sumber Artikel dari Internet
Rozali Rajab.(2011). Cabaran Bahasa Melayu Dalam Menghadapi Abad Ke-21. Retrieved
Mac 13, 2013, from http://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/06/cabaran-bahasa-melayu.html.

Anda mungkin juga menyukai