Anda di halaman 1dari 12

KOMPONEN BAHASA LISAN & BAHASA RESEPTIF - EKSPRESIF

AISYAH SAIFUL

PENGENALAN
Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam pentaksiran kemahiran lisan. Lima komponen utama itu ialah fonologi, semantik, sintaksis , morfologi dan pragmatik. Melalui lima pentaksiran aspek ini, masalah dan daerah kelemahan murid-murid dapat dikenalpasti serta seterusnya dapat membantu guru merancang strategi dan intervensi yang bersesuaian bagi murid yang bermasalah bahasa reseptif dan ekspresif.

KOMPONEN BAHASA LISAN


KOMPONEN DEFINISI
Kajian mengenai pola bunyi bahasa yang diucapkan dan peraturan-peraturan bagi menentukan bagaimana bunyi-bunyi itu digunakan. Sebutan dan bunyi yang berlainan akan memberikan makna yang lain.

Fonologi

Morfologi

Bidang yang mengkaji mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Morfem adalah adalah kesatuan (unit) tatabahasa terkecil yang mempunyai erti dalam struktur sesuatu bahasa. Morfem terdiri darpada morfem bebas dan morfem terikat.

KOMPONEN BAHASA LISAN


KOMPONEN DEFINISI
Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukumhukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Sintaksis boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa, perkataan dan morfem.

Sintaksis

KOMPONEN BAHASA LISAN


KOMPONEN DEFINISI
Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Komponen kandungan terdiri daripada semantik (makna) yang merujuk kepada cara perkataan-perkataan digunakan secara bermakna dalam komunikasi. Pada asasnya semantik melibatkan perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau leksikon. Bidang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang betul dalam kehidupan seharian kita yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca.

Semantik

Pragmatik

BAHASA LISAN
Bahasa reseptif
Keupayaan individu untuk menerima dan memahami input bahasa yang diterima daripada persekitaran. Pentaksiran terhadap bahasa ini akan melibatkan keupayaan pelajar untuk mendengar perkataan atau frasa dan dapat mempamerkan kefahaman mereka terhadapa isu yang diperkatakan tadi. Sebagai contoh, murid tersebut akan disoal semula mengenai kefahamannya terhadap apa yang dibacakan tadi.

BAHASA LISAN
Bahasa ekspresif
Keupayaan pelajar untuk berkomunikasi dan meluahkan idea, perasaan, pemikiran atau pendapat kepada orang lain. Pentaksiran terhadap bahasa ini biasanya melibatkan aspek pengeluaran bunyi yang betul, ucapan dan bahasa. Pengucapan atau pertuturan adalah merupakan pengeluaran untuk menghasilkan bahasa ekpresif.

KEMAHIRAN GURU
Kemahiran komunikasi yang baik. Mempelbagaikan aktiviti P&P. Menggabungjalinkan kemahiran lisan dalam bacaan dan tulisan. Membanyakkan latih tubi kepada murid yang lemah dalam bahasa. Memberi pengukuhan dan peneguhan sertamerta. Mewujudkan suasana yang menggalakkan komunikasi dalam kalangan murid.

CONTOH PENTAKSIRAN
Guru boleh menyediakan beberapa set soalan dalam memahami perkembangan bahasa murid. Guru juga boleh melakukan deskripsi lisan, temuduga, perbincangan, penggunaan videotape dan mengadakan ujian yang standard kepada mereka. Contoh ujian yang sesuai dijalankan adalah seperti ujian kriteria. Aspek yang dinilai adalah ucapan dan juga bahasa. Komponen yang dinilai adalah seperti bahasa ekspresif dan reseptif, mimik muka atau gesture, pemvokalan yang betul, kepanjangan ayat dan juga ingatan audiotari.

CONTOH PENTAKSIRAN
Selain daripada ujian juga, guru boleh mengambil kira persekitaran sosial kanak-kanak tersebut. Hal ini dapat membantu guru membuat perkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid dan seterusnya merancang strategi bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Guru juga boleh menjalankan pentaksiran melalui penilaian orang lain dan pemerhatian.

RUMUSAN
Dalam pentaksiran lisan, ujian dijalankan untuk menyediakan maklumat yang boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi kepada guru. Antara komponen yang diambil kira dalam bahasa lisan adalah fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Tujuan pentaksiran lisan adalah untuk menyediakan maklumat khusus berkenaan dengan masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Terdapat dua jenis bahasa yang menjadi aspek utama untuk dinilai dan ditafsirkan iaitu masalah bahasa ekspresif dan reseptif. Melalui pentaksiran lisan, guru akan dapat merancang dan memulakan pengajaran secara lebih efektif berdasarkan data yang diperolehi.

RUJUKAN
http://www.tutor.com.my/stpm.htm http://rujuknota.blogspot.com http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/05/pengenalan-morfologi.html http://tulisanmakyun.blogspot.com/2007/07/linguistik-pragmatik.html http://www.scribd.com/doc/14548096/Semantik-Dan-Pragmatik http://www.scribd.com/doc/83682865/Bahasa-Reseptif-Dan-BahasaEkspresif http://akucikguprasekolah2013.blogspot.com/2012_07_01_archive.html Abdullah Hassan (2007) - Linguistik Am Nik Safiah Karim (2004) - Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Siti Hajar Husin Abdul Aziz (1996) - Tatabahasa Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai