Anda di halaman 1dari 8

Juga dikenali sebagai pembelajaran instrumental.

Pertama kali dikaji secara meluas oleh


Edward L.Thorndike (1874-1949).
Beliau merupakan ahli psikologi Amerika.
Beliau dikenali sebagai bapa psikologi
pembelajaran moden.
Hasil kajian beliau terhadap tingkah laku
haiwan dan proses pembelajaran telah
membawa kepada teori connectionism.
Nama : Edward Lee Thorndike

Tarikh lahir : 31 Ogos 1874

Tempat lahir : Williamsburg,
Massachussets, U.S

Kerakyatan : Amerika

Gelaran : Professor

Tarikh meninggal : 9 Ogos 1949
(74 tahun)
Thorndike menjalankan uji kaji tentang bagaimana kucing melepaskan diri
dari kotak yang mempunyai kunci iaitu puzzle box.
Jika kucing tersebut berjaya menekan kunci tersebut, pintu akan terbuka
dan kucing itu akan dapat keluar ke arah makanan yang disediakan.
Thorndike telah perhatikan bahawa kucing yang lapar tersebut melakukan
pelbagai cara untuk melepaskan diri termasuk mencakar kotak tersebut.
Proses ini dinamakan cuba jaya.
Akhirnya haiwan itu tertekan kunci dan pintu terbuka. Masa yang diambil
oleh kucing itu untuk membuka pintu puzzle box dicatat.
Beberapa jam kemudian, kucing yang lapar itu dimasukkan semula ke
dalam peti yang sama. Kali ini, haiwan itu berjaya membuka pintu dalam
masa yang lebih singkat berbanding cubaan pertama. Kucing itu dikatakan
telah menguasai atau belajar. Iaitu, organisma itu telah mempelajari gerak
balas yang betul untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Eksperimen Thorndike yang melibatkan seekor kucing lapar
dikurung di dalam puzzle box.
Uji kaji tersebut dilakukan untuk mengenal pasti sama ada
kucing tersebut melepaskan diri menggunakan celik akal
ataupun hukum kesan. Alasan beliau, sekiranya kucing
tersebut melepaskan diri dalam masa yang singkat, kucing
tersebut menggunakan celik akal. Tetapi, sekiranya kucing
tersebut mengambil masa yang panjang untuk melepaskan
diri, kucing tersebut menggunakan hukum kesan.
Berdasarkan teori ini, kanak-kanak memperoleh bahasa
melalui proses cuba jaya iaitu kerap melakukan kesalahan
pada peringkat awal. Dan kemudian mula memberikan
gerak balas yang bersesuaian dengan ransangan. Ini
menunjukkan kanak-kanak mengaplikasikan konsep celik
akal dan hukum kesan secara bersama-sama.
Hukum kesan pemerolehan bahasa kanak-kanak
ditentukan melalui bentuk ganjaran atau hukuman.
Hukum kebaruan -pemerolehan unsur bahasa yang paling
baharu akan kerap diulang.
Hukum latihan R-G akan diperkukuhkan melalui
pengulangan.
Celik akal digunakan dalam beberapa maksud:
Suatu maklumat
Tindakan/kesan memahami hakikat sesuatu benda atau melihat
secara intuisi.
Kuasa pemerhatian yang mendalam secara
deduksi,pengesanan,penelitian dan persepsi.
Penelitian fikiran
Pemahaman lanjut tentang sesuatu subjek hasil identifikasi hubungan
dan tingkah laku dalam sesuatu model,konteks atau senario.

Anda mungkin juga menyukai