Analisis Wacana Bm2 KUMP7

Anda mungkin juga menyukai

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 23

PENSYARAH: EN.

SHARI BIN YUSOFF




PEMBENTANG:
1) MUHAMAD HIRZAN
2) AHMAD SYAFIQ



Beberapa prinsip kajian wacana ini seperti yang berikut:

1) teks dan tuturan sebenar
2) konteks
3) wacana sebagai tuturan
4) wacana sebagai latihan sosial ahli
5) kategori ahli
6) urutan
7) binaan
8) aras dan dimensi
9) makna dan fungsi
10) rumus
11) strategi
12) kognisi sosial
TEKS DAN TUTURAN SEBENAR
Kajian wacana berfokus kepada penggunaan data dan teks yang
sebenar. Hal ini berbeza dengan kajian sintaksis formal yang boleh
menggunakan teks rekaan,misalnya karangan naratif.

KONTEKS
Wacana dikaji daripada konteksnya yang lokal dan global serta
konteks sosial dan budaya. Teks perbualan dapat memperlihatkan
konteks secara relevan. Antara ciri konteks itu seperti pengetahuan
sosial yang relevan, norma dan nilai, institusi atau struktur
organisasi.

WACANA SEBAGAI TUTURAN
Kajian wacana zaman awal tertumpu kepada teks bertulis seperti
teks kesusasteraan. Tapi analisis wacana kini meliputi interaksi
verbal dalam perbualan dan dialog formal
WACANA SEBAGAI LATIHAN SOSIAL AHLI
Wacana tuturan dan bertulis ialah satu bentuk latihan sosial dalam
konteks sosiobudaya. Pengguna bahasa bukan semata-mata sebagai
seorang individu, malahan sebagai ahli kumpulan atau budaya
tertentu. Melalui tuturan, mereka boleh mengadakan,bersetuju atau
berhujah tentang struktur sosial dan politik.

KATEGORI AHLI
Dalam menganalisis pertuturan, kita perlu menghormati cara ahli
masyarakat itu menginterapsikan, menyesuaikan dan
mengkategorikan ciri dunia sosial ke dalam wacana itu sendiri.
Pengkaji perlu membina teori yang dapat dikaitkan dengan wacana
sebagai prakits sosial

URUTAN
Wacana dilihat sebagai berurutan, baik dari segi pelahiran mahupun
pemahaman. Pada peringkat pelahiran, unit struktural seperti
preposisi hendaklah dijelaskan dan diinterapsikan bagi
memperlihatkan tautannya. Interapsi yang dilakukan perlu
mengambil kira preposisi yang sebelumnya.
BINAAN
Wacana terbina daripada unit yang digunakan untuk fungsi yang
difahami atau dianalisis sebagai unsur yang lebih besar.
Ia menghasilkan struktur yang berhieraki, dan ia bukan sahaja
berlaku kepada bentuk, bahkan pada makna dan interaksi.

ARAS DAN DIMENSI
Aras mewakili jenis fenomena yang berbeza yang terdapat dalam
wacana seperti bunyi, bentuk, makna dan tindakan. Pengguna
bahasa terlibat dengan pelbagai aras dan dimensi wacan pada satu-
satu masa.

MAKNA DAN FUNGSI
Kajian wacana mencari makna dan fungsi unsur yang terlibat
sehingga dapat diberikan alasan.



RUMUS
Wacana mempunyai rumus baik secara tatabahasa, tekstual,
komunatif mahupun interaksional.

STRATEGI
Pengguna bahasa menggunakan strategi yang bersifat mental
dan interaksional untuk memahami wacana untuk tujuan
komunikatif dan sosial.

KOGNISI SOSIAL
Kognisi sosial melibatkan peranan kognisi, iaitu proses
mental dan representasi dalam penghasilan dan pemahaman
tentang wacana.
Konsep subjek dapat dibahagikan kepada tiga dengan
berdasarkan fungsi dan maknana dalam sesuatu klausa.
Konsep
subjek
Subjek
tatabahasa
Subjek
psikologis
Subjek
logis
Bermaksud sesuatu yang dipredikatkan. Ia dinamakan subjek
tatabahasa kerana konstruksi subjek dan predikat dilihat semata-
mata sebagai hubungan tatabahasa formal.
Ia dilihat sebagai yang menentukan fitur tatabahsa seperti kata
nama atau kata ganti nama dengan yang berfungsi sebagai objek,
keserasian antara orang dan bilangan dengan kata kerjanya dan
tidak mempunyai makna tertentu.

Contoh : Nini ialah subjek tatabahasa
1 Nini menjemur baju
Bermaksud yang menjadi fokus amanat.
Ia dinamakan SP kerana penutur menetapkannya dalam fikiran
sebagai yang awal apabila menghasilkan klausa
Jika ayat 1 diambil sebagai contoh, maka Nini sebagai subjek
tatabahasa di atas boleh juga menjadi subjek psikologis seperti
dalam ayat 2 dibawah

2 Nini menjemur baju
(ST)
(SP)
Diertikan sebagai pelaku tindakan
Ia mempunyai hubungan antara benda, bukan sebaliknya seperti
subjek tatabahasa yang mempunyai hubungan antara lambang.
Contoh, Nini dalam ayat (1) boleh juga menjadi subjek logis seperti
dalam ayat (3) berikut:

3 Nini menjemur baju
(ST)
(SP)
(SL)
Dalam ayat (3), Nini berfungsi sebagai subjek tatabahasa,subjek
psikologis dan subjek logis secara serentak. Walaubagaimanapun,
subjek tersebut boleh dipisah-pisahkan dan dianalisis mengikut
konsep masing-masing seperti contoh berikut :

4 Baju dijemur oleh Nini.
(ST) (SL)
(SP)

Dalam ayat (4), Nini tidak lagi berfungsi sebagai subjek tatabahasa
dan subjek psikologis, tetapi kekal sebagai subjek logis. Ini kerana
subjek logis merujuk kepada pelaku tindakan dan dalam ayat itu
subjek yang boleh melakukan tindakan ialah Nini. Sebaliknya baju
pula menjadi subjek tatabahasa dan subjek psikologi.

5 Oleh Nini, baju dijemur.
(SP) (ST)
(SL)
Dalam ayat 5 pula,Nini sebagai subjek psikologis dan subjek logis,
manakala baju pula dikatakan sebagai subjek tatabahasa.

6 Baju, Nini dijemur oleh emak.
(SP) (ST) (SL)

Dalam ayat 6 menunjukkan kedudukan masing-masing tidak sama,
iaitu Baju sebagai subjek psikologis, Nini sebagai subjek
tatabahasa dan emak sebagai subjek logis.

Subjek psikologis : Tema (T)
Subjek tatabahasa : Subjek (S)
Subjek logis : Pelaku (P)
Dengan mengambil ayat (1) sebagai contoh,gambaran tentang
kedudukan tema, subjek dan pelaku dapat diperlihatkan dalam ayat (7)

7 Nini menjemur baju.
(T)
(S)
(P)

8 Baju, Nini dijemur oleh emak (T) (S) (P)

Ayat 7 merupakan bentuk biasa kerana Nini sebagai unsur berfungsi
sebagai tema, subjek dan pelaku pada masa yang sama. Namun, ayat 8
menunjukkan bentuk yang kurang lazim kerana unsur tema,subjek dan
pelaku berada ditempat yang berasingan.
Tema berfungsi sebagai amanat, yang menjadi tumpuan dan sebagai
titik tolak yang hendak dituturkan oleh penutur
Subjek pula berfungsi sebagai pertukaran dan menjadi unsur yang
dipertanggungjawabkan pada kejayaan klausa dalam sesuatu fungsi
bahasa.
Pelaku berfungsi dalam klausa sebagai representasi sesuatu proses dan
merupakan peserta aktif yang melakukan tindakan.
Terdiri daripada tema (T) dan rema (R)

(Struktur Tema =T+R )

Tema bertindak sebagai titik mula amanat(di
hadapan) dan menjadi fokus perhatian dalam
klausa

Rema pula berada di kedudukan selebihnya
daripada amanat


Lihat contoh ayat di bawah :

1) Ali makan durian
(T) (R)
2) Durian dimakan oleh Ali
(T) (R)
3) Ali yang makan durian
(T) (R)
4) Durian yang dimakan Ali
(T) (R)
5) Yang dimakan Ali durian
(T) (R)

Kelima-lima ayat diatas jika dilihat sepintas lalu seolah-olah
mempunyai makna yang sama, namun demikian jika diteliti
struktur tema ia akan memberikan perbezaan dari segi makna.
Tema tidak semestinya terdiri daripada kumpulan namaan
sahaja contohnya seperti Ali , Durian, dan Yang dimakan
Ali

Tema boleh terdiri daripada kumpulan kata yang lain
contohnya kumpulan sendi nama, kumpulan keterangan dll.

Contoh tema kumpulan sendi nama :

Di hospital dia dilahirkan .
(T) (R)

Contoh tema kumpulan keterangan :

Akhirnya, dia berjaya .
(T) (R)
Contoh tema kumpulan namaan majmuk :

Tengku dan Ahmad pergi ke sekolah .
(T) (R)

Contoh tema kumpulan namaan sendi nama majmuk :

Dari rumah ke rumah dia mencari rezeki .
(T) (R)


Terdapat juga tema yang berbentuk ekuatif . Bentuk ini
mempunyai dua ciri iaitu menentukan tema dan rema &
membawa maksud hanya itu sahaja yang benar dan tidak ada
yang lain. Lihat contoh ayat dibawah :

Apa yang jelas Ali benar .
(T) (R)

Tema juga ditentukan berdasarkan suasana. Contoh ayat :

Orang yang datang itu guru saya .
(T) (R)

(T) Telah menunjukkan pengasingan daripada orang yang sedia
ada atau orang yang duduk sebagai (R) .
Tema boleh terdiri daripada unsur klausa tanya . Contohnya :

Siapakah yang menyuruh awak?
(T) (R)


Kesimpulannya
Struktur tema dapat memudahkan kita menganalisis
ayat yang lebih panjang daripada ayat-ayat biasa .
Menurut Brown dan Yule (1983:153) struktur maklumat dilihat
sebagai unit terkecil dalam struktur wacana dan sebagai unit
lokalyang kecil pada peringkat frasa atau klausa.

Struktur maklumat merupakan sumber kepada penutur atau
penulis untuk memberitahu pendengar atau pembaca tentang status
maklumat.

Status maklumat terdiri daripada dua iaitu maklumat lama (ML)
dan juga maklumat baharu (MB) .

Maklumat lama dijangka oleh penutur bahawa pendengar sudah
mengetahuinya, manakala maklumat baharu merupakan maklumat
yang belum diketahui oleh pendengar.
o Struktur maklumat berperanan bagi membina unit maklumat (UM)

o Dapat didefinisikan sebagai organisasi teks atau
wacanaberdasarkan fungsi (ML) & (MB)

o Unit maklumat merupakan struktural yang terdiri daripada
maklumat lama dan juga maklumat baharu seperti berikut ;

UM = ML + MB

o Maklumat lama bersifat pilihan dimana jika penutur menganggap
pendengar sudah memiliki maklumat lama itu bermakna dia tidak
perlu mengujarkannya lagi.

o Dalam setiap unit maklumat penutur akan menetapkan satu fokus
maklumat atau selebih-lebihnya dua.


Halliday (1985:271-86) mengatakan maklumat lama tidakditandai
dengan nada tinggi manakala maklumat baru ditandai dengan nada
tinggi. Contoh ;

Saya guru.
(ML) (MB)

Guru saya.
(MB) (ML)

Bapa saya, dia seorang yang kuat bekerja.
(ML) (MB)

Untuk contoh yang lebih lanjut berdasarkan ayat di atas, Bapa saya
merupakan (ML) manakala dia seorang yang kuat bekerja.
merupakan (MB) dimana maklumat baru yang tidak dapat dijangka
oleh pendengar.

Anda mungkin juga menyukai