Anda di halaman 1dari 26

PENGENALAN

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Anda sebagai guru perlu membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Sebagai seorang guru, kita perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Dan apa yang ingin diterangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-tujuan pengujian dan penilaian itu sendiri.

KONSEP PENILAIAN, PENGUKURAN DAN PENGUJIAN

Sebagai pelajar, kita tidak lari daripada membuat keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan, sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian.

Aktiviti

penilaian

dalam

bidang

sains

perlakuan

dan

juga

sains

kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement), penialan (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran individu didedahkan kepada pembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R. Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil. a) Pertama, berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. Misalnya pihak sekolah ingin meningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah selepas membuat penialan, mendapati taraf bacaab tidak memuaskan, maka b) Kedua, satu tindakan baru perlu diambil

PENILAIAN

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penialian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Matlamat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penialain dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan sekolah rendah. Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara, Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
2

sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Sebelumnya, Popham (1975)

menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu, bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penialain juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam Rajah 1 di bawah :

Persediaan Ujian Pentadbiran Ujian

Pemeriksaan Jawapan Ujian


Analisis Ukuran Interpretasi dan Tindakan Susulan
Rajah 1 : Prosedur Penilaian
3

Secara ringkasnya Penilaian ialah : Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum. Kesimpulannya, pembelajaran yang dasar penting adalah bagi melalui pencapaian pengajaran dan

berkesan

langkah-langkah

pengujian,

pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENGUKURAN

Mengikut kamus yang baku, pengukuran ialah tindakan, atau proses untuk menentukan sejauh manakah, setakat manakah, sebanyak manakah dan sebagainya keadaan sesuatu perkara itu, dengan membandingkannya secara khusus dengan ukuran lain yang dianggap baku. Istilah sesuatu perkara di dalam definisi di atas itu memang dapat dipertikaikan. Apakah sesuatu perkara yang diukur apabila kita mengukur kepintaran dan kepandaian? Kepintaran dan kepandaian merupakan kata nama mujarad yang merujuk kepada proses mental. Proses mental ini ada atau mungkin tidak ada mempunyai kebenaran empirikal. Oleh kerana ini, pengukuran dapat dikatakan sebagai penggunaan proses yang sistematis untuk menghitung variabel yang selanjar (D.F. Blood, 1972: 4). Mengikut definisi ini rangkai kata proses yang sistematis bermakna langkah-langkah mengukur itu mestilah eksplisit supaya setiap orang yang ada mempunyai latar belakang dan latihan yang sesuai akan dapat menggunakannya. Istilah variabel yang selanjar pula bermakna sesuatu perkara yang dihuraikan oleh variabel itu dapat ditentukan dari satu skala. Variabel pula ialah ciri-ciri dan tingkah laku yang boleh menerima nilai-nilai kuantitatif (markah) dan kualitatif (gred). Daripada pengertian ini, dan untuk mengelakkan daripada masalah mengenai ketepatan pengukuran yang mungkin timbul, istilah penafsiran juga digunakan. Dengan kata lain, pengukuran merujuk kepada proses membezakan dan mengelaskan orang perseorangan berbanding dengan sesuatu tingkah laku atau
4

ciri-ciri yang ditakrifkan. Ciri-ciri penting mengenai pengukuran di bawah ini dapat menjelaskan lagi makna pengukuran. a. Pengukuran tidak melibatkan proses menilai seperti baik, buruk dan sebagainya. Nilai seperti ini dibuat di dalam proses penilaian. b. Pengukuran membandingkan markah seseorang pelajar dengan satu skala. Biasanya skala yang digunakan adalah pencapaian pelajar lain atau sesuatu norma yang ditentukan. Proses penilaian lebih luas daripada pengukuran kerana penilaian termasuk memberi nilai seperti baik atau buruk sesuatu pencapaian. Dengan kata lain, penilaian memperihalkan aspek-aspek kualitatif dan kuantitatif tingkah laku seseorang pelajar di samping memperhitungkan nilai mengenai tingkah laku yang diingini.

PENGUJIAN

Antara

ketiga-tiga

istilah

(pengujian,

pengukuran

dan

penilaian)

berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrument bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkahlaku atau perbuatan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori . Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2) Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.

TUJUAN-TUJUAN PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Secara khusus, dalam konteks pembelajaran di kelas, penilaian dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar, memberikan umpan balik/perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaikan kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh informasi yang tepat tentang penyelenggaraan pembelajaran dan keberhasilan belajar peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan informasi itu, dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran, kesulitan peserta didik dan upaya bimbingan yang diperlukan serta keberadaan kurikukulum itu sendiri. Selain itu tujuan-tujuan lainnya ialah : 1. Sebagai penggerak / motivasi Ujian juga memainkan peranan sebagai penggerak bagi murid-murid. Dengan adanya ujian, murid-murid cenderung untuk memberi perhatian kapada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Sebahagian besar murid akan hanya mula mengulang
6

kaji bahan-bahan pelajaran lampau apabila diberitahu akan diadakan ujian. Begitu juga keadaan murid-murid di kelas yang akan menempuh peperiksaan mendesak mereka belajar bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan. Pengujian yang berdasarkan objektif-objektif pendidikan dapat memaksa guru dan murid berusaha mencapai terhadap objektif-objektif itu. Juga memberi kesedaran kepada kanak-kanak bahawa manusia perlu hidup dalam keadaan berharmoni dengan alam sekitarnya dan membina serta memupuk kemahiran murid-murid untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dari semasa ke semasa seterusnya untuk merangsangkan murid supaya terus memperbaiki pembelajarannya melalui tunjuk ajar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PKBS (penilaian kemajuan berasaskan sekolah). 2. Sebagai alat mencari punca kelemahan Pengujian diagnostik dapat mengesan punca kelemahan murid dalam pembelajaran. Maklumat pengujian ini membolehkan guru menyediakan program pemulihan. Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti. Dan seterusnya untuk memperbaiki pembelajaran murid dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang deperolehi dari PKBS. Ianya juga dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kurikulum, dan seterusnya mengubahsuainya mengikut maklumat dan objektif yang ditentukan. 3. Bagi mendapatkan maklumbalas (feedback) Meninjau setakat mana objektif pelajaran telah dicapai oleh murid. Menentukan kemajuan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Memahami daya penyerapan murid dalam pembelajaran. Memberi penjelasan kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau tidak. Memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk memperbaiki pengajaran selanjutnya. Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung.
7

Dengan itu guru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti murid yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang memerlukan aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya. Bagi murid-murid pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar murid berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat. Setengah-setengah ibu bapa, setelah mendapat maklum balas tentang hasil ujian anak-anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan bagi anak-anak mereka. 4. Menilai prestasi / pencapaian / kemajuan murid-murid. Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan murid-murid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya pada akhir tahun sesi persekolahan atau kepada pelajar Tahun 6 (PSR), Tingkatan 3 (PMB) dan Tingkatan 5 (O Level) adalah bertujuan untuk menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan yang telah muridmurid atau pelajar-pelajar kuasai. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan memfokuskan kepada pemberian anugerah atau pengiktirafan

(hadiah Brunei shell) kepada pelajar hasil daripada pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan. Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal. Guru akan dapat membezakan murid-murid yang cemerlang, sederhana dan lemah

berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki. 5. Untuk mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau pelajar-pelajar Penilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebelum guru memulakan pengajarannya dalam bilik darjah, perlu baginya mengadakan penilaian dan menguji murid-muridnya bagi meninjau sejauh manakah murid-muridnya telah menguasai sesuatu kemahiran atau ingin

mendapatkan aspek-aspek yang akan dipelajari. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar kepada penutur bukan asli bahasa Melayu, guru perlu mengetahui aspek kemahiran manakah yang telah dikuasai oleh pelajar dari aspek tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting bagi guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran. Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung pula akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan guru mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar. Adakah murid mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar sebelumnya di dalam bilik darjah? Sekiranya menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek atau kemahiran yang menimbulkan masalah kepada muridmurid dan mengenal pasti punca masalah tersebut berlaku. Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru bagi menyediakan latihan yang khusus atau pemerhatian yang lebih kepada murid-murid berkenaan supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi, seterusnya guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada murid. Dengan cara ini aktiviti serta isi pelajaran yang disediakan dapat menampung keperluan murid berkenaan.. Tanpa penilaian dan pengujian yang dijalankan, murid-murid yang menghadapi masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari arus perdana persekolahan. 6. Bagi pensijilan atau pengkelasan

Murid-murid di peringkat PSR, PMB dan peringkat O akan menerima sijil -sijil yang berkenaan setelah lulus peperiksaan-peperiksaan tersebut. Dalam situasi sekolah, adalah jelas satu lagi peranan pengujian ialah untuk pensijilan. Gred-gred pada sijilsijil tersebut bergantung kepada pencapaian murid-murid dalam peperiksaan tersebut. Selain daripada sekolah, ujian-ujian yang dijalankan dimaktab, politeknik dan universiti juga memainkan peranan pensijilan. Para pelajar serta siswa-siswi akan dianugerahkan diploma atau ijazah kerana telah lulus ujian-ujian tertentu. Diploma dan ijazah juga merupakan satu bentuk sijil yang diberi sijil kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan mengikut prestasinya.

7. Bagi membuat ramalan

Untuk meramalkan kejayaan murid pada masa akan dating atau sebagai alat prediksi. Penilaian bertujuan untuk mendapatkan informasi yang dapat memprediksi bagaimana kerja peserta didik pada jenjang pendidikan berikutnya atau dalam pekerjaan yang sesuai. Ujian seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa semasa memilih calon-calon bagi sesuatu kursus atau latihan atau ujian yang bertujuan membuat ramalan seperti Ujian Kelayakan Latihan Perguruan, ujian yang dijalankan oleh pihak politeknik setempat, ujian kelayakan yang dijalankan oleh Jabatan Penerbangan Awam untuk memilih para jurutera (penerbangan) pelatih, ujian yang dijalankan oleh Angkatan Tentera semasa memilih para pelatih juruteknik dan sebagainya. Di dalam bilik darjah, guru mungkin menjalankan ujian prognostik untuk membuat ramalan tentang kecenderungan dan kebolehan murid.Contoh dari penilaian ini adalah ujian bakat skolastik atau ujian potensi akademik. Hasil daripada ujian prognostik akan digunakan oleh guru dalam perancangan kaedah, bahanbahan pengajaran dan alat-alat bantu mengajar. 8. Bagi membuat klasifikasi Sebagai grading, penilaian ditujukan untuk menentukan atau membezakan kedudukan hasil kerja peserta didik dibandingkan dengan peserta didik lain. Kerana
10

itu, fungsi penilaian untuk grading ini cenderung membandingkan anak dengan anak yang lain sehingga lebih mengacu kepada penilaian acuan norma (norm-referenced assessment), prestasi yang paling baik dikumpulkan dalam Kumpulan A, prestasi yang sederhana baik dalam Kumpulan B dan Kumpulan C dan yang lemah dalam Kumpulan D atau untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.. Pengumpulan seperti ini akan membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan. Oleh itu guru boleh menggunakan kriteria kebolehan untuk membahagikan muridmurid mengikut prestasi masing-masing. 9. Pemilihan Keputusan penilaian sering digunakan sebagai asas dan panduan untuk memilih murid-murid ke jurusan-jurusan pendidikan yang sesuai dan sebagai asas untuk murid memilih pekerjaan kelak mengikut jurusan pendidikan yang telah dipilihnya atau mengikut kepandaiannya. Juga sebagai alat seleksi, penilaian ditujukan untuk memisahkan antara peserta didik yang masuk dalam kategori tertentu dan yang tidak. Peserta didik yang boleh masuk sekolah tertentu atau yang tidak boleh. Dalam hal ini, fungsi penilaian untuk menentukan seseorang dapat masuk atau tidak di sekolah tertentu. Di samping itu, guru juga dapat menentukan adakah semua murid dapat dipilih serta dikelompokkan dalam satu kumpulan yang besar berasaskan tahap penguasaan yang berbeza atau di kelompokan dalam kumpulan yang sama. Dalam suasana penguasaan yang berbeza, wajar bagi guru menempatkan murid mengikut tahap penguasaan masing-masing dan menumpukan pengajaran mengikut

keperluan murid yang berbeza-beza. Keadaan ini menunjukkan tujuan penilaian dan pengujian yang dijalankan adalah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut tahap penguasaan sesuatu kemahiran. 10. Penyelidikan Dalam satu-satu penyelidikan, maklumat diperlukan daripada berbagai-bagai sumber. Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan, maklumat dapat
11

diperoleh dari ujian, pemerhatian, penggunaan soal selidik, biografi dan sebagainya. Keputusan pelbagai jenis ujian seperti ujian tara, ujian kepantasan, ujian daya dan ujian perlakuan sentiasa digunakan oleh para penyelidik dalam menjalankan kajiankajian mereka.

KESIMPULAN Dari tujuan penilaian yang telah disenaraikan tadi, tujuan untuk melihat tingkat penguasaan kompetensi, bimbingan, dan diagnostik merupakan peranan utama dalam penilaian. Sesuai dengan tujuan tersebut, penilaian menuntut guru agar secara langsung atau tak langsung mampu melaksanakan penilaian dalam keseluruhan proses pembelajaran. Untuk menilai sejauhmana siswa telah menguasai beragam kompetensi, tentu saja berbagai jenis penilaian perlu diberikan sesuai dengan kompetensi yang akan dinilai, seperti unjuk kerja (performance), penugasan (projek), hasil karya (produk), kumpulan hasil kerja siswa (portofolio), dan penilaian bertulis (paper and pencil test). Jadi, tujuan penilaian adalah memberikan masukan informasi secara komprehensif tentang hasil belajar peserta didik, baik dilihat ketika saat kegiatan pembelajaran berlangsung mahupun dilihat dari hasil akhirnya, dengan menggunakan berbagai cara penilaian sesuai dengan kompetensi yang diharapkan dapat dicapai peserta didik. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN Hale, 1980 A Table of Specifications consists of a two-way chart or grid (Kubiszyn & Borich, 2003; Linn & Gronlund, 2000; Mehrens & Lehman, 1973; Ooster, 2003) relating instructional objectives to the instructional content. The column of the chart lists the objectives or "levels of skills" (Gredler, 1999, p.268) to be addressed; the rows list the key concepts or content the test is to measure. According to Bloom, et al. (1971), "We have found it useful to represent the relation of content and behaviors in the form of a two dimensional table with the objectives on one axis, the content on the other. The cells in the table then represent the specific content in relation to a particular objective or behavior" . Kubiszyn dan Borich (2003)
12

Jadual Spesisikasi Ujian adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan diukur.
1) Mengkaji sukatan pelajaran

4) Menganalisis objektif pengajaran

Langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi Umum

2) Menentukan jenis soalan

3) Menentukan bilangan soalan

1) Mengkaji sukatan pelajaran Aspek-aspek yang dikaji: Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk Pendekatan yang telah diambil dalam sesuatu tajuk Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain Kompleksitisesuatu tajuk Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk. 2) Menganalisis Objektif Pengajaran. Obejktif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom .
13

3) Menentukan jenis soalan. Domain objektif pengajaran (kognitif, afektif, psikomotor) dan peringkat objektif pengajaran perlu dtentukan terlebih dahulu sebelum menentukan jenis soalan. 4) Menentukan Bilangan Soalan Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran, dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumah soalan mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan suatu ujian. Penentuan jumlah soalan perlu mengambil kira jangka masa ujian, jenis soalan dan kesukaran soalan, yang bergantung kepada peringkat objektif pengajaran, panjang soalan dan kemampuan bahasa pelajar.

Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian Kertas ujian dapat digubal secara sistematik Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan lain.

Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual spesifikasi ujian bagi ujian adalah : (1) keseimbangan sasaran ujian (2) keseimbangan tahap pembelajaran (3) format ujian (4) jumlah item (5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran (6) kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangkakerja.
14

15

Surah AlBayyinah Surah AlA'laq

Surah AlQadr

Surah At-Tin

HAFAZAN SURAH

Surah AlQari'ah

Surah Al'Aadiyat

Surah AlZalzalah

Surah AlMaun

KEFAHAMAN SURAH
16

TANDA BACA

MEMBACA, MENULIS DAN MENUKARKAN TEKS

17

BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR


Allah bersifat Wahdaniah SIFAT-SIFAT ALLAH Allah bersifat Al-Qudrah

NAMA-NAMA ALLAH
PAHALA DAN DOSA

As-Salam Al-Hadi

18

Bersuci daripada Najis

Rukun Solat

Syarat Wajib dan Sah Solat

19

20

21

22

Berjalan Berhujah Bertanya

Semasa di Sekolah

ADAB

Dengan Orang Tua

Berkumpul

Menziarahi jenazah dan Kubur Adab Makan di Majlis Keramaian

Berjiran

23

REFLEKSI KENDIRI Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya telah mengalami beberapa pengalaman yang pastinya akan menjadi kenangan manis dalam hidup saya sepanjang tempoh belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman ini. Antara pengalaman yang saya tempuhi ialah pengalaman mencari maklumat. Saya telah mencari maklumat di serata tempat, dan sudah tentunya tempat utama ialah Pusat Sumber Institut dan juga internet. Sepanjang pencarian maklumat di internet, ada ketika saya tertidur akibat kepenatan kerana ditambah dengan beban kerja yang lain. Saya juga telah berjumpa dengan guru pembimbing praktikum saya untuk melihat contoh-contoh soalan ujian yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Hasil kolaborasi ini sedikit sebanyak membantu saya dalam menghasilkan tugasan ini. Masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan sumber maklumat. Saya banyak mencari maklumat di internet seperti Jadual Spesifikasi Ujian, Rancangan Pengajaran Tahunan dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini merupakan rujukan utama dalam proses penyediaan soalan kerana ianya dapat membantu guru untuk membuat soalan yang dapat menguji aras-aras penguasaan pelajar sama ada pelajar itu lemah, sederhana, baik ataupun cemerlang. Rancangan pengajaran tahunan dan huraian sukatan pelajaran membantu saya membuat soalan mengikut subjek-subjek atau tajuk yang telah dipelajari. Hal ini kerana saya menjalankan ujian ini di bulan April dan rata-rata pelajar belum mempelajari semua tajuk dalam Rancangan Pengajaran Tahunan. Masalah yang kedua ialah kekangan masa untuk menyiapkannya. Sebagai seorang guru pelatih baru yang masih mentah dan kurang pengalaman mengajar, saya agak lemah dari segi pengurusan masa untuk membahagikan masa untuk membuat rancangan pengajaran harian, membuat bahan bantu mengajar, dan tambahan pula dengan tugasan ini. Walaupun sibuk,ia tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini kerana saya juga merasa seronok menjalankan tugasan ini kerana ia merupakan pengalaman pertama mengendalikan proses pengujian seperti ini. . Sepanjang saya menjalankan tugasan ini, saya secara tidak langsung dapat belajar untuk mengurus bahan atau media dalam pengajaran dan pembelajaran
24

semasa penghasilannya. Ia bagi memastikan bahan yang disediakan menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum. Sebagai guru, kita seharusnya bijak dalam mengurus perkara-perkara sebegini kerana sekiranya guru sangat serabut dan tidak mahir dalam bidang mereka, ianya akan memberi kesan kepada generasi-generasi yang akan lahir kelak.

25

Bibliografi

Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md.Din & Mohamad Haron. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ee Ah Meng. Pedagogi III. 1998. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti. Fred Percival, Henry Ellington. 1994. Penterjemah Noran Fauziah Yaacub. Buku Penduan : Teknologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Lee Shok Mee. (1990). Pedagogi 4 (A) : Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mok Soon Sang Dan Lee Shok Mee. (1988). Latihan Mengajar : Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

26

Anda mungkin juga menyukai