Anda di halaman 1dari 17

Pengenalan Dalam kontek penilaian yang dijalankan melibatkan penentuan objektif, mendapat maklumat, memproses maklumat dan membuat

kesimpulan serta keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dijalankan secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperolehi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil benar-benar bersesuaian. Sebenarnya aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan, sains kemasyarakatan bermula dengan percubaan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet dengan mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti (measurement), penilaian (evaluation) dan pengukuran, individu didedahkan kepada Pemboleh ubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R.Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan dijalankan. Misalnya ingin taraf bacaan yang utama perlu diambil. Pertama, berkaitan dengan sebab ataupun tujuan penilaian murid di sekolah rendah dengan berpendapat taraf bacaan itu sudah tidak memuaskan dan satu tindakan yang baru perlu diambil. Kedua, berkait dengan pemilihan model, alat-alat prosedur menjalankan dan cara penganalisisan. Seseorang penilai akan memilih model yang dirasai dapat memberikan maklumat yang lengkap kepadanya.Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian akan membolehkan anggaran dapat dibuat sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Misalnya dalam pendidikan, masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan pengukuran pentaksiran (assessment). Dalam

mengira (3M) kepada murid sekolah rendah.Dalam membuat penilaian kita mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. KONSEP DAN PRINSIP PENTAKSIRAN DALAM BAHASA MELAYU Apakah maksud pengujian? Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap

mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan diperlihatkan oleh murid yang

di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.

Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai Proses markat akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji. pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip mengetahui pelaksanaan

jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat telah dipelajari. Apakah yang dimaksudkan pengukuran? Pengukuran

sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang

membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan

pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu. Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap. Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin

mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu. Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu dua kali angka 45. Manakala seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris. Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.

Apakah yang dimaksudkan penilaian? Penilaian ada suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara. Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Definisi ini pengujian dan pengukuran. menjangkau melepasi daripada maksud

Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena usaha pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui yang berkaitan untuk menilai ujian yang dijalankan. Tindakan susulan yang prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata. Dengan itu menunjukkan bahawa penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor. Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih. Secara ringkasnya, prosedur penilaian penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam rajah di bawah:

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

JENIS-JENIS UJIAN BAHASA MELAYU Konsep ujian Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsi untuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar. Ujian pencapaian

Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau Ujian pencapaian boleh dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah. Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai PMR, SPM, STPM dalam sebagainya. Ujian bakat Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besarbesaran. Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Minnesota tentang bakat mekanikal; dan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu. Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat seperti ujian kemasukan ke maktab perguruan (UKELP). Ujian ini juga digunakan bagi tujuan Universiti (ii) ujian bakat yang berasaskan

mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu. Ujian formatif Bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atu subkemahiran bahasa yang telah diajar. Biasanya , skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad dan tidak luas. Berbentuk khusus dan terhad hanya kepada unit tertentu dalam pendidikan bahasa. Ujian tersebut berasaskan sesuatu kemahiran, subkemahiran, atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti minggunan atau bulanan. Tujuan utama ujian ini dibina dan dijalankan oleh guru adalah untuk menguji kemajuan pelajar dalam mencapai atau menguasai subkemahiran bahasa dalam membentuk dan mengukuhkan sesuatu kemahiran bahasa.

Ujian sumatif Ujian ini biasanya diberi pada hujung sesuatu kursus atau program pelajaran setelah semua unit dalam mata pelajaran itu selesai diajar. Tujuan penilaian ini adalah untuk menaksir sejauh manakah objektif-objektif kursus atau program pelajaran tercapai dan sejauh mana pengatahuan dan kemahiran telah diperolehi oleh pelajar pada akhir kursus. Ujian ini merupakan ujian yang biasa diamalkan oleh guru di sekolah. Ujian ini bertujuan untuk melihat taraf pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah tamat sesuatu tajuk atau unit pemebelajaran dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan. Penilaian ini tidaklah dijalankan secara berterusan, sebaliknya secara berkala. Penilaian dibuat dengan memberikan markah dan gred tertentu kemudian hasilnya direkod untuk simpanan oleh pihak sekolah, dan dilaporkan kepada ibubapa. Hasil ujian ini dengan jelas dapat memperlihatkan prestasi pelajar dalam sesuatu jangka waktu

pengajaran dan dapat dijadikan landasan oleh guru meningkatkan kemajuaan pelajar secara keseluruhan. Pelajar dapat melihat kemampuan pembelajaran mereka dalam tempoh masa tersebut dan boleh berusaha untuk memperbaiki prestasi mereka. Ujian kefasihan Ujian ini bertujuan untuk menentukan satakat mana sesorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini berbeza dengan ujian pencapaian kerana ia tidak berdasarkan kepada sesuatu kandungan atau isi pelajaran, sebaliknya ia menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang pelajarinya. Ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengatahuan dan kebolehan mereka. Ujian kefasihan perlu dijalankan dalam pengajaran bahasa melayu supaya proses pembelajaran dapat dijalankan mengikut tahap kebolehan dan kefasihan pelajar.

Ujian kemajuan Ujian ini kerap digunakan di dalam bilik darjah. Setiap ujian kemajuan yang digunakan di dalam biik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian kemajuan harus berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengatahuan yang ingin diuji. Ujian kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkaraperkara yang diajar tentang satu-satu tajuk tertentu. Ujian ini berasaskan rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar. Hasil daripada ujian kemajuan membolehkan guru mengatahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajar dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

Soalan objektif berdasarkan taksonomi Bloom Aras pengetahuan

1) Zaidi_______api untuk membakar dahan dan daun-daun kering itu. a) b) c) d) membuat menyemarakkan meniupkan menyalakan

soalan diatas dikata pada aras pengatahuan kerana pencarian melakmat atau jawapan hanya berdasarkan gambarrajah yang telah disediakan dan dengan pengatahuan tersebut maka murid dapat mencari jawapan atau maklumat berdasarkan gambarrajah. Aras pengetahuan diatas ialah pengatahuan mengenai cara dan usaha.

Aras kefahaman 2) Masyarakat________ bukan sahaja tidak menghormati hak kaumwanita,malah mereka menganggap wanita sebagai pemuas nafsu lelaki. a) b) c) d) ilmiah alamiah batiniah jahiliah soalan diatas dikata pada aras kefahaman kerana murid-murid perlu faham soalan yang diuji dan faham tentang maksud jawapan yang di sediakan supaya dapat menjawab soalan dengan tepat dan betul. Aras kefahaman ini ialah kefahaman penterjemahan.

Aras aplikasi

3) Datuk jamal terpaksa_____keretanya sendiri ke pejabat kerana pemandunya bercuti. a) b) c) d) memandu menunggang membawa membonceng

soalan diatas dikata pada aras aplikasi kerana murid perlu tahu bagaimana menggunakan soalan yang telah disediakan dan mengaitkan soalan dan jawapan dengan pengalaman supaya dapat mencari maklumat atau jawapan dengan tepat dan betul.

Aras analisa 4) pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. Majlis memberikan penghormatan kepada ketua murid untuk berucap pada majlis tersebut. a) b) c) d) penghargaan penghinaan pengkhususan pengkhianatan soalan diatas dikata pada aras analisa kerana murid harus dapat mengesan dan mengenal elemen-elemen yang terkandung dalam sesuatu maklumat supaya dapat mencari jawapan dengan tepat dan betul. Aras analisa ini pada aras analisa elemen.

Aras penilaian 5) i pokok langsat di hadapan rumahnya itu berbuah lebat. ii hujan yang turun dengan lebatnya itu menyebabkan beberapa buah kawasan rendah dinaiki air. iii rambut bayi itu sungguh lebat. iv peniaga itu mendapat keuntungan yang lebat a) b) c) d) I,ii,dan iii I,ii dan iv I,iiidan iv I,ii,iii, dan iv Soalan diatas dikata pada aras penilaian kerana murid perlu membuat penilaian sesuatu perutusan,sama ada tepat atau tidak dengan menggunakan bukti , seperti ketepatan lojik, keadaan yang tidak berubahubah, dan kriteria lain dari dalam perutusan tersebut. Aras diatas pada aras penilaian pertimbangan dari segi bukti dari dalam yang sedia ada.

Soalan struktur berdasarkan taksonomi Bloom Bahagian A Aras analisa 1. tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar ini.

Berdasarkan soalan boleh diletak pada aras analisis kerana murid perlu mengenal dan mengesan organisasi susunan sistematik, dan struktur,sama ada eksplisit (nyata), atau implisit (tidak nyata) yang menyatukan sesuatu. Pada soalan ini terletak pada aras analisis prinsipprinsip organisasi.

Bahagian B Aras sintesis Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Berdasarkan soalan diatas dikata pada aras sintesis kerana murid membentuk perutusan unik atau berlainan dari yang sedia ada untuk menyampaikan idea,perasaan dan pengalaman kepada orang lain.

Soalan objektif berdasarkan taksonomi solo Aras Unistructure

1) Wanita itu _______ anaknya dengan menggunakan sehelai kain batik sarung. a) mengandar b) mengelek c) memikul jawapan soalan berdasarkan gambarrajah dan jawapan bagi soalan ini tetap dan tidak berubah-ubah.

Aras Multistructural 2) Perdana menteri mengajak rakyat negara ini bekerjasama dengan beliau untuk membangunkan negara. a) rakyat negara ini diajak untuk berkerjasama membangunkan negara dan perdana menteri. b) Seruan perdana menteri agar rakyat negara ini berusaha untuk membangunkan negara. c) Membangunkan negara adalah tenggungjawab bersama dengan perdana menteri. d) Rakyat negara ini diseru agar bekerjasama dengan perdana menteri untuk membangunkan negara ini. Murid boleh mengambil semua jawapan kerana jawapan terdapat dalam soalan diatas mempunyai jawapan yang sama. Aras Relational/ perkaitan

3) Ubi yang direbusnya itu masih belum empuk. a) b) c) d) lembik padat kematu lembut

murid perlu faham soalan yang diberi supaya dapat mencari jawapan yang tepat dan betul. Aras Extended Abstract

4) karangan yang ditulisnya itu banyak terdapat kesilapan ejaan dan tanda baca serta kesalahan isi kerana dia tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan karangan yang baik. a) bagai layang-layang b) bagai melepaskan batuk di tangga c) bagai menumbuk beralas nyiru d) bagai aur dengan tebing

5) Ibu zainab dimasukkan ke hospital.

a) mengapakah zainab tidak datang ke sekolah hari ini? b) Apakah yang terjadi kepada ibu zainab?

c) Siapakah yang membawa ibu zainab ke hospital? d) Apakah penyakit yang dihadapi oleh ibu zainab?

murid perlu memahami soalan tersebut supaya dapat mencari jawapan dengan tepat dan betul.

SOALAN SUBJEKTIF Aras Extend Abstract 1) Tulis karangan tentang pentingnya murid- murid sekolah mempelajari seni mempertahanan diri. Murid perlu mencari fakta dan implikasi supaya dapat menghuraikan maklumat dengan tepat dan betul berdasarkan pelbagai sumber dan aplikasi dalam kehidupan dan bahan ilmiah.

Taksonomi solo

Unistructural Pelajar menjawab menggunakan satu maklumat dalam satu item tersebut Multistructural Pelajar menjawab menggunakan lebih maklumat dalam item tersebut. Relational Jawapan digunakan lebih maklumat bersama item. Extended abstract Menjawab menggunakan maklumat yang diberi dan maklumat tambahan untuk membuat kesimpulan. Jadual spesifikasi ujian Mempunyai isi kandungan Kemahiran yang hendak diuji Bentuk soalan objektif dan struktur Jsu menyatakan masa, beberapa tempoh masa dilakukan kandungan tajuk,aras kesukaran, pemberatan soalan tiap-tiap markah. Mempunyai matlamat dan objektf penilaian Item mempunyai 40% item yang lebih sukar Indeks yang digunakan untuk membezakan pelajar pencapaian tinggi dan rendah.

Anda mungkin juga menyukai