Anda di halaman 1dari 5

1.

1 KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Apakah maksud pengujian?

Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang
lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan
yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang
sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau
pelajar.

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan
bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor
seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ
Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala
contoh sistem berkategori pula seperti ¡ekstrovert¡¯ atau ¡introvert¡¯ bagi ujian personaliti,
atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji
Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh
murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah
1991:2)

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut
sebagai markat akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan
keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan,


diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-
pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.

Apakah yang dimaksudkan pengukuran?

Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran
membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau
melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang
diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap
sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.

Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang
individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu.
Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan
prestasi Ramli berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur
tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.

Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan


maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala
pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak
mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor atau
markat yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.

Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental
seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat
berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang
tepat seperti penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90
tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun
skor 90 itu dua kali angka 45. Manakala seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga
boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami
sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran
aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid
menggunakan kayu ukur atau pembaris.
Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan
keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah
pastilah hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.

Apakah yang dimaksudkan penilaian?

Penilaian ada suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara. Menilai boleh
dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam
memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al.
(1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai ¡°the process of delineating, obtaining, and
providing useful information for judging decision alternatives¡±. Definisi ini menjangkau
melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru
dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor
(numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.

Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah
mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara
menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program
pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik
darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian
pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan
bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan.
Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta
maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah
keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu;
tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

Dengan itu menunjukkan bahawa penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan


maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan
kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian
dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta
diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula,
maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor.
Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.
Secara ringkasnya, prosedur penilaian penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Prosedur penilaian boleh
dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam rajah di bawah:

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian.
Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih
berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan
berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian
daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai
suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan
dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan
kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan
berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan
instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan
penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.
Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran
PENGUJIAN
Pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang
individu (R.M Gagne, The Conditions of Learning).
Dalam sesebuah kelas, pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan
dengan aktiviti pembelajaran para pelajar. Ia merupakan sebagai satu alat pengukuran dengan
tujuan mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang
kognitif, psikomotor ataupun afektif. Pengujian ini memerlukan pelajar menunjukkan secara
eksplisit, seperti menjawab secara lisan atau bertulis, perubahan tingkah laku berkaitan dengan
perkara-perkara yang telah dipelajarinya.
Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan, diikuti dengan peringkat
pelaksanaan dan diakhiri dengan peringkat pemeriksaan. Melalui proses ini, guru akan dapat
mengetahui sama ada para pelajarnya telah berjaya menguasai kemahiran atau memperolehi ilmu
pengetahuan yang telah dipelajarinya.
Tujuan proses ini dijalankan adalah untuk;
 Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.
 Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran
yang lain.
 Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum
pengajaran. Ia bertujuan menentukan aras bahan pengajaran yang sesuai digunakan.
 Ujian diagnostik dapat menentukan punca masalah pembelajaran pelajar. Dengan itu, guru
dapat menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

PENGUKURAN
Pengukuran ialah satu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kauntitatif
sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang
tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan.
Ujian, soal selidik, senarai semak, inventori merupakan instrumen yang digunakan oleh guru
dalam proses pengukuran. Kaedah pentaksiran dan penaakulan juga merupakan cara bagi
menjalankan pengukuran terhadap pelajar. Pengukuran ini terhad kepada huraian kuantitatif dan
tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Maklumat kuantitatif seperti markah
mentah, peratus, persentil agregat dan pangkat menjadi alat pengukuran guru terhadap pencapaian
murid.
Tujuan pengukuran dapat dilihat dari segi pengajaran dan pentadbiran. Dari segi pengajaran,
fungsi-fungsi pengukuran adalah seperti berikut;
 Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperolehi.
 Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi.
 Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.
 Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.
Dari segi pentadbirannya pula, fungsi-fungsi pengukuran adalah seperti berikut;
 Bagi mendapatkan maklumat untuk pengaliran atau pengumpulan.
 Bagi mendapatkan maklumat untuk bimbingan.
 Bagi mendapatkan maklumat tentang guru.
 Bagi mendapatkan maklumat untuk rekod prestasi dan rekod profil yang kemudiannya akan
dibekalkan sebagai maklum balas kepada pelajar serta ibu bapa.
PENILAIAN
Di dalam buku Education Evaluation and Decision Making yang disunting oleh D. Stufflebeam,
penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang
berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan yang selanjutnya.
Dalam konteks pendidikan, penilaian merupakan suatu proses yang meliputi aktiviti-aktiviti
mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaranselanjutnya dengan
cara yang lebih berkesan. Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat
seperti berikut;

 Peringkat persediaan ujian


 Peringkat pentadbiran ujian
 Peringkat pemeriksaan dan pengukuran
 Peringkat analisis
 Peringkat interpretasi dan tindakan

PENTAKSIRAN
Pentaksiran ini berasal daripada perkataan Greek 'assidre' yang bermaksud duduk disisi. Menurut
David Pyne; 2003, pentaksiran merupakan integrasi daripada proses pengumpulan maklumat, dan
memberi nilai kepada maklumat. Secara ringkasnya, pentaksiran ialah proses membuat keputusan
berdasarkan interpretasi terhadap maklumat.
PENTAKSIRAN = PENGUKURAN + PENILAIAN
Tujuan proses pentaksiran dijalankan adalah untuk;
 Mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
 Menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
 Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.
 Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Prinsip-prinsip bagi menjalankan pentaksiran ialah;
 Mempunyai instrumen
 Kumpulan yang ditafsir (pelajar)
 Respon yang diterima
 Kumpulan yang mentafsir
 Skor
Ciri-ciri pentaksiran;
1. Kesahan skor --> releven/ kecukupan cakupan
2. Kebolehpercayaan skor --> ketekalan/ ketepatan
3. Keobjektifan --> ketepatan seseorang pentafsir memberikan skor
4. Kebolehtadbiran --> kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat
ataupun berasaskan sekolah.
Pentaksiran
1. Proses --> pengujian
2. Maklumat --> pengukuran
3. Produk --> keberkesanan/ penghasilan pelajar
4. Penghakiman --> memberikan hukuman terhadap pencapaian.

Anda mungkin juga menyukai