Anda di halaman 1dari 47

PIMK 3123

PENTAKSIRAN DALAM
PENDIDIKAN ISLAM

PENGENALAN
PENILAIAN,PENGUKURAN,PENGUJI
AN DAN PENTAKSIRAN
PENGENALAN : PENILAIAN
 Penilaian memainkan peranan penting dalam kurikulum
pendidikan dan sebahagian dari kurikulum itu sendiri.
Penilaian dilakukan untuk menilai sama ada sesuatu objektif
yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada
guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’. Oleh itu pemahaman
terhadap konsep pengujian,penilaian, pengukuran dan
pentaksiran sangat penting bagi seseorang guru untuk
memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil
PENILAIAN
 Penilaianialah satu proses yang sistematik untuk
mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai (Gay 1985). Menurut
Stufflebeam (1971):Penilaian adalah proses
mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan
maklumat berguna bagi keputusan
mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada
kita
KONSEP PENILAIAN :

 Satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana


objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.
Suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu
yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Melibatkan
pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran
maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-
pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif
pendidikan.
PROSES UTAMA PENILAIAN

Melibatkan tiga proses utama iaitu:


1. Menentukan ukuran
2. Menganalisis ukuran
3. Menyatakan nilai/ menginterpretasi ukuran.
MAKLUMAT/DATA UNTUK
PENILAIAN
Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk :
1. Kuantitatif sahaja :
- gred (A,B,C.D)
- dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus atau gagal

2. Kualitatif sahaja :
- Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat,tepat dan
bersih
KATEGORI PENILAIAN:
Penilaian Kendiri:
 ☻bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama ada
memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujian atau
peperiksaan.
Penilaian Guru :
 ☻ bertujuan menentukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya
dan juga menilai keberkesanan pengajarannya
Penilaian Piawai :
 ☻ bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan
pencapaian pelajar-pelajar, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut
dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu. ☻ Hasil penilaian
piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil yang bakal diberikan
kepada seseorang pelajar
CONTOH PENILAIAN

 1. Menilai pencapaian objektif P & P


 2.Menilai pencapaian matlamat menguasai kemahiran 3M
dalam kalangan murid sekolah rendah.
 3.Menilai kejayaan program PISMP anjuran IPGM,
Kementerian Pendidikan Malaysia
PENGUJIAN :
 Pengujian dalam bilik darjah- proses penyerahan set soalan yang
piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu
prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau
perubahan seseorang individu atau pelajar. Dalam erti kata lain,
pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada
pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif.
 Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah - pengujian
digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai
kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar.
PENGERTIAN PENGUJIAN Menurut
Croanbach (1970)
 “Ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang
berkategori
Contoh
☻skala bernombor :
 30/100 untuk ujian penglihatan,
 100/200 untuk ujian kecerdasan ( IQ test)
 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.
☻sistem berkategori:
 “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti
 “ rabun warna” bagi ujian penglihatan.”
PENGERTIAN PENGUJIAN Menurut
Muilagros(1981)
• Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam
keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan
Pelaksanaan pengujian terbahagi kepada dua kumpulan:
 Ujian berbahasa:
 ☻ Contoh :-
 ujian pensel - kertas set ujian lisan
 Ujian bukan berbahasa
 ☻ contoh :-
 ujian prestasi - ujian kemahiran psikomotor
 - ujian membaiki radas elektronik.
Peringkat proses pengujian

Persediaan
-Pelaksanaanpentadbiran ujian
-Pemeriksaan skrip jawapan
PENGUKURAN :

 Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan


secara numerik. Tentang sebanyak mana
individu atau pelajar mempunyai suatu ciri
yang diukur dengan menggunakan alat tertentu
. Untuk menentukan sejauh mana seseorang
individu memiliki prestasi/ciri-ciri tertentu
CONTOH PENGUKURAN :

 Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Prestasi Ramli


tidak dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini,
pencapaian matematik hanya diukur tanpa memberikan nilai kepada
ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap
prestasi/ ciri tertentu sesorang individu atau pelajar mengikut alat yang
digunakan.
 Kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/
pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui
temubual.
CIRI PENGUKURAN:
1. Tidak bersifat mutlak, kecuali pada pengukuran yang menggunakan
skala nisbah.
 Contoh,
 Pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar
diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian
fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat
ukur yang tepat sepeti penggunaan pembaris. Seseorang pelajar yang
mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda
daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun 90 itu adalah dua
kali ganda 45
CIRI PENGUKURAN:

 Seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boleh


dianggap sebagai tidak mempelajari atau mengetahui
tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ukuran
aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat
sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar
menggunakan pembaris. Maka ia tidak bersifat mutlak.
PEMBOLEH UBAH PENGUKURAN :
Dua jenis pemboleh ubah asas pengukuran:
 jenis kuantitatif : 20 %, 50% dan 80%
 jenis kategori. : motivasi rendah, motivasi sederhana dan motivasi tinggi.

Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh ditentukan aras ukurannya dengan


menggunakan empat jenis skala iaitu:
 Skala Nominal
 Skala Ordinal
 Skala Interval
 Skala Nisbah
Skala Nominal

Objek dikategorikan mengikut tanda/kumpulan yang


“mutual eksklusif”, di mana tidak perlu ada perkaitan
antara kategori. Tidak perlu aturan atau ruangan
 Contoh1 = lelaki, 2 = perempuan (tidak ada 1.5 atau
pengukuran lain di antaranya).
 Contoh lain: umur, pekerjaan tetap dan bangsa
Skala Ordinal

Skala yang memberikan nilai pemeringkatan atau


penurunan
 Contoh Angka 1 – 5 memberikan nilai :
1- sangat tidak setuju
2- kurang setuju
3- sederhana setuju
4- setuju
5- sangat setuju
Skala Interval :
Data yang mempunyai ciri pemeringkatan dengan perbezaan bagi setiap
unit sela yang sama nilai.
Contoh:
 perbezaan suhu antara 35 darjah selsius dengan 25 darjah selsius
adalah sama dengan perbezaan suhu 15 darjah selsius dan 5 darjah
selsius iaitu sebanyak 10 darjah selsius. Skala ini tidak mempunyai
nilai yang mutlak kerana ia disandarkan kepada jarak antara suatu
nilai dengan nilai yang lain.
Skala Nisbah :
Skala paling mudah dan berkuasa kerana ia mempunyai titik sifar asal
yang unik (bukan titik rambang yang asal). Ia mengumpulkan semua
sifat diantara semua skala.

Contoh :
 Orang yang mempunyai berat 80 kg adalah 2 kali lebih berat dari
orang yang mempunyai berat 40 kg. Mengganda atau
membahagikan kedua-dua nombor ini dengan sebarang nombor
diberi akan memberikan nisbah 2:1
Pengukuran Di Bilik Darjah:

Pengukuran di bilik darjah dibuat melalui tiga


bentuk iaitu:

 i. Pemerhatian
 ii. Lisan
 iii. Penulisan
Pengertian Pentaksiran :

 Pentaksiran satu proses mendapatkan maklumat dan


seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan
tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Pentaksiran Dalam Konteks Pendidikan
:
 pentaksiranmerupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran
seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang
dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran
dijalankan secara berterusan
PENTAKSIRAN DALAM BILIK
DARJAH:
Pentaksiran dalam bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu:
 i. pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)
 ii.pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as
learning)
 iii.
pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of
learning) .
PENTAKSIRAN UNTUK
PEMBELAJARAN (ASSESSMENT FOR
LEARNING)
 proses pembelajaran berterusan
 dijalankanuntuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan
dapat menterjemahkan kehendak tugasan
 supayaguru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam
meningkatkan prestasi pelajar dan murid.
 Pelajar dan
murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan
kehendak mereka sendiri.
PENTAKSIRAN SEBAGAI
PEMBELAJARAN (ASSESSMENT AS
LEARNING)
 proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada
pemikiran sendiri) pelajar dan murid
 memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai
penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran Pelajar dan murid akan
belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri.
 pelajar berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan
maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran.
Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition).
 Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan
maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga
pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.
PENTAKSIRAN KEPADA
PEMBELAJARAN (ASSESSMENT OF
LEARNING) .
 berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan
digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa
yang pelajar dan murid boleh lakukan,
 mendemonstrasikansamada mereka berjaya mendapatkan
atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta
kebiasaannya,
 menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan
dan dihubungkaitkan dengan yang lain
Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-
langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan
berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru,
kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian
dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan
penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
TUJUAN-TUJUAN PENGUJIAN DAN
PENILAIAN
 Secara khusus, dalam konteks pembelajaran di kelas, penilaian dilakukan untuk
mengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnosa kesulitan
belajar, memberikan umpan balik/perbaikan proses belajar mengajar, dan
penentuan kenaikan kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh informasi yang tepat
tentang penyelenggaraan pembelajaran dan keberhasilan belajar peserta didik,
guru, serta proses pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan informasi itu, dapat dibuat
keputusan tentang pembelajaran, kesulitan peserta didik dan upaya bimbingan yang
diperlukan serta keberadaan kurikukulum itu sendiri. Selain itu tujuan-tujuan
lainnya ialah :
1. SEBAGAI PENGGERAK /
MOTIVASI
 Ujian juga memainkan peranan sebagai penggerak bagi murid-murid. Dengan adanya ujian,
murid-murid cenderung untuk memberi perhatian kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Sebahagian besar murid akan hanya mula mengulang kaji bahan-bahan pelajaran lampau apabila
diberitahu akan diadakan ujian. Begitu juga keadaan murid-murid di kelas yang akan menempuh
peperiksaan mendesak mereka belajar bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan. Pengujian
yang berdasarkan objektif-objektif pendidikan dapat memaksa guru dan murid berusaha mencapai
terhadap objektif-objektif itu.
 Juga memberi kesedaran kepada kanak-kanak bahawa manusia perlu hidup dalam keadaan
berharmoni dengan alam sekitarnya dan membina serta memupuk kemahiran murid-murid untuk
menyelesaikan masalah yang berbangkit dari semasa ke semasa.
 seterusnya untuk merangsangkan murid supaya terus memperbaiki pembelajarannya melalui
tunjuk ajar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PKBS (penilaian kemajuan
berasaskan sekolah).
2. SEBAGAI ALAT MENCARI PUNCA
KELEMAHAN
 Pengujian diagnostik dapat mengesan punca kelemahan murid dalam pembelajaran.
Maklumat pengujian ini membolehkan guru menyediakan program pemulihan.
 Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid supaya tindakan
susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi
kelemahan yang telah dikenal pasti. Dan seterusnya untuk memperbaiki
pembelajaran murid dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berasaskan maklumat yang deperolehi dari PKBS.
 Ianya juga dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kurikulum, dan
seterusnya mengubahsuainya mengikut maklumat dan objektif yang ditentukan.
3. BAGI MENDAPATKAN
MAKLUMBALAS (FEEDBACK)
 Meninjau setakat mana objektif pelajaran telah dicapai oleh murid. Menentukan kemajuan dan
pencapaian murid dalam pembelajaran. Memahami daya penyerapan murid dalam pembelajaran.
Memberi penjelasan kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau tidak. Memberi gambaran
kepada guru supaya mengambil tindakan untuk memperbaiki pengajaran selanjutnya.
 Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan
maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang
telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang timbul dalam sesi pengajaran
pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang
murid dalam bilik darjah tersebut sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah
atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat
mengenal pasti murid yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang
memerlukan aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah
strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang menggunakan
strategi sama dan sebagainya.
3. BAGI MENDAPATKAN
MAKLUMBALAS (FEEDBACK)
 Bagimurid-murid pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu
perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah
baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong mereka
belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang
baik mungkin akan mencabar murid berkenaan untuk berusaha
dengan lebih kuat. Setengah-setengah ibu bapa, setelah mendapat
maklum balas tentang hasil ujian anak-anak mereka akan berikhtiar
untuk mendapatkan bimbingan tambahan bagi anak-anak mereka.
4. MENILAI PRESTASI /
PENCAPAIAN / KEMAJUAN MURID-
MURID.
 Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana
penguasaan murid-murid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain
penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, proses
penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan,
misalnya pada akhir tahun sesi persekolahan atau kepada pelajar Tahun 6 (PSR),
Tingkatan 3 (PMB) dan Tingkatan 5 (‘O’ Level) adalah bertujuan untuk
menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan yang
telah murid-murid atau pelajar-pelajar kuasai. Penilaian pada peringkat ini lebih
bercorak formal dengan memfokuskan kepada pemberian anugerah atau
pengiktirafan (hadiah Brunei shell) kepada pelajar hasil daripada pencapaian yang
ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.
4. MENILAI PRESTASI /
PENCAPAIAN / KEMAJUAN MURID-
MURID.
 Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian
pelajar mengikut gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang,
sederhana atau gagal. Guru akan dapat membezakan murid-murid yang
cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi
pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.
5. Untuk mengenalpasti pengetahuan pembelajaran
lampau pelajar-pelajar
1. Penilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran. Sebelum guru memulakan pengajarannya dalam bilik darjah, perlu
baginya mengadakan penilaian dan menguji murid-muridnya bagi meninjau
sejauh manakah murid-muridnya telah menguasai sesuatu kemahiran atau ingin
mendapatkan aspek-aspek yang akan dipelajari. Misalnya, seseorang guru Bahasa
Melayu yang akan mengajar kepada penutur bukan asli bahasa Melayu, guru
perlu mengetahui aspek kemahiran manakah yang telah dikuasai oleh pelajar dari
aspek tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting
bagi guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian
untuk memulakan pengajaran.
5. Untuk mengenalpasti pengetahuan pembelajaran
lampau pelajar-pelajar

2. Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran


dan pembelajaran yang berlangsung pula akan memperlihatkan kemajuan
pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang
berterusan ini akan memungkinkan guru mengetahui masalah yang dihadapi
oleh pelajar. Adakah murid mempunyai masalah dalam mempelajari dan
menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar sebelumnya di dalam bilik
darjah? Sekiranya menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek atau
kemahiran yang menimbulkan masalah kepada murid-murid dan mengenal
pasti punca masalah tersebut berlaku.
5. Untuk mengenalpasti pengetahuan pembelajaran
lampau pelajar-pelajar
3. Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru bagi menyediakan latihan
yang khusus atau pemerhatian yang lebih kepada murid-murid berkenaan
supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi, seterusnya guru akan merancang
isi pelajaran serta menggunakan pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan
pengetahuan sedia ada murid. Dengan cara ini aktiviti serta isi pelajaran yang
disediakan dapat menampung keperluan murid berkenaan.. Tanpa penilaian
dan pengujian yang dijalankan, murid-murid yang menghadapi masalah
sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari arus
perdana persekolahan.
6. Bagi pensijilan atau pengkelasan :
 Murid-murid di peringkat PSR, PMB dan peringkat ‘O’ akan menerima sijil-
sijil yang berkenaan setelah lulus peperiksaan-peperiksaan tersebut. Dalam
situasi sekolah, adalah jelas satu lagi peranan pengujian ialah untuk pensijilan.
Gred-gred pada sijil-sijil tersebut bergantung kepada pencapaian murid-murid
dalam peperiksaan tersebut.
 Selain daripada sekolah, ujian-ujian yang dijalankan dimaktab, politeknik dan
universiti juga memainkan peranan pensijilan. Para pelajar serta siswa-siswi
akan dianugerahkan diploma atau ijazah kerana telah lulus ujian-ujian tertentu.
Diploma dan ijazah juga merupakan satu bentuk sijil yang diberi sijil kepada
mereka yang berjaya dalam peperiksaan mengikut prestasinya.
7. Bagi membuat ramalan :
 Untuk meramalkan kejayaan murid pada masa akan datang atau sebagai alat prediksi. Penilaian
bertujuan untuk mendapatkan informasi yang dapat memprediksi bagaimana kerja peserta
didik pada jenjang pendidikan berikutnya atau dalam pekerjaan yang sesuai.
 Ujian seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa semasa memilih calon-calon bagi
sesuatu kursus atau latihan atau ujian yang bertujuan membuat ramalan seperti Ujian
Kelayakan Latihan Perguruan, ujian yang dijalankan oleh pihak politeknik setempat, ujian
kelayakan yang dijalankan oleh Jabatan Penerbangan Awam untuk memilih para jurutera
(penerbangan) pelatih, ujian yang dijalankan oleh Angkatan Tentera semasa memilih para
pelatih juruteknik dan sebagainya.
 Di dalam bilik darjah, guru mungkin menjalankan ujian prognostik untuk membuat ramalan
tentang kecenderungan dan kebolehan murid.Contoh dari penilaian ini adalah ujian bakat
skolastik atau ujian potensi akademik. Hasil daripada ujian prognostik akan digunakan oleh
guru dalam perancangan kaedah, bahan-bahan pengajaran dan alat-alat bantu mengajar.
8. Bagi membuat klasifikasi :
 Sebagai grading, penilaian ditujukan untuk menentukan atau membezakan
kedudukan hasil kerja peserta didik dibandingkan dengan peserta didik lain. Kerana
itu, fungsi penilaian untuk grading ini cenderung membandingkan anak dengan anak
yang lain sehingga lebih mengacu kepada penilaian acuan norma (norm-referenced
assessment), prestasi yang paling baik dikumpulkan dalam Kumpulan A, prestasi
yang sederhana baik dalam Kumpulan B dan Kumpulan C dan yang lemah dalam
Kumpulan D atau untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu
misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains
memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan
seseorang murid berkenaan.. Pengumpulan seperti ini akan membantu guru
menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan.
 Oleh itu guru boleh menggunakan kriteria kebolehan untuk membahagikan murid-
murid mengikut prestasi masing-masing.
9. Pemilihan :
 Keputusan penilaian sering digunakan sebagai asas dan panduan untuk memilih murid-murid ke
jurusan-jurusan pendidikan yang sesuai dan sebagai asas untuk murid memilih pekerjaan kelak
mengikut jurusan pendidikan yang telah dipilihnya atau mengikut kepandaiannya.
 Juga sebagai alat seleksi, penilaian ditujukan untuk memisahkan antara peserta didik yang
masuk dalam kategori tertentu dan yang tidak. Peserta didik yang boleh masuk sekolah tertentu
atau yang tidak boleh. Dalam hal ini, fungsi penilaian untuk menentukan seseorang dapat masuk
atau tidak di sekolah tertentu.
 Di samping itu, guru juga dapat menentukan adakah semua murid dapat dipilih serta
dikelompokkan dalam satu kumpulan yang besar berasaskan tahap penguasaan yang berbeza
atau di kelompokan dalam kumpulan yang sama. Dalam suasana penguasaan yang berbeza,
wajar bagi guru menempatkan murid mengikut tahap penguasaan masing-masing dan
menumpukan pengajaran mengikut keperluan murid yang berbeza-beza. Keadaan ini
menunjukkan tujuan penilaian dan pengujian yang dijalankan adalah untuk memilih dan
menempatkan pelajar mengikut tahap penguasaan sesuatu kemahiran.
10. Penyelidikan :

 Dalam satu-satu penyelidikan, maklumat diperlukan daripada


berbagai-bagai sumber. Dalam penyelidikan yang berkaitan
dengan pendidikan, maklumat dapat diperoleh dari ujian,
pemerhatian, penggunaan soal selidik, biografi dan sebagainya.
Keputusan pelbagai jenis ujian seperti ujian tara, ujian
kepantasan, ujian daya dan ujian perlakuan sentiasa digunakan
oleh para penyelidik dalam menjalankan kajian-kajian mereka.
KESIMPULAN
 Dari tujuan penilaian yang telah disenaraikan tadi, tujuan untuk melihat
tingkat penguasaan kompetensi, bimbingan, dan diagnostik merupakan
peranan utama dalam penilaian.
 Sesuai dengan tujuan tersebut, penilaian menuntut guru agar secara langsung
atau tak langsung mampu melaksanakan penilaian dalam keseluruhan proses
pembelajaran. Untuk menilai sejauhmana siswa telah menguasai beragam
kompetensi, tentu saja berbagai jenis penilaian perlu diberikan sesuai dengan
kompetensi yang akan dinilai, seperti unjuk kerja (performance), penugasan
(projek), hasil karya (produk), kumpulan hasil kerja siswa (portofolio), dan
penilaian bertulis (paper and pencil test). Jadi, tujuan penilaian adalah
memberikan masukan informasi secara komprehensif tentang hasil belajar
peserta didik, baik dilihat ketika saat kegiatan pembelajaran berlangsung
mahupun dilihat dari hasil akhirnya, dengan menggunakan berbagai cara
penilaian sesuai dengan kompetensi yang diharapkan dapat dicapai peserta
didik.
Perbezaan Pengujian,Pengukuran Dan Penilaian

Jenis Perbezaan Pengujian Pengukuran Penilaian

Pengertian Proses menentukan Proses menentukan Proses membuat analisis


perubahan tingkahlaku peringkat pencapaian dan dengan mentafsir hasil
kedudukan antara pelajar pengukuran
Tujuan Menentukan pencapaian Membuat perbandingan Memberi maklumat tentang
pelajar dalam sesuatu pencapaian dan kedudukan pencapaian pelajar,objektif
pembelajaran antara pelajar pelajaran,kaedah mengajar
dan kurikulum
Kegunaan Untuk menempatkan Untuk pengelasan, persijilan Untuk membaiki rancangan
pelajar ditempat yang sesuai dan menempatkan pelajar mengajar, kurikkulum,
dalam jurusan yang sesuai pengesanan punca
dan untuk penyelidikan kelemahan dan membuat
ramalan
Perbezaan Pengujian,Pengukuran Dan Penilaian

Jenis Pengujian Pengukuran Penilaian


Perbezaan
Bentuk Pemerhatian, ujian, lisan Ujian bertulis dengan Jadual atau gred
dan bertulis markah dan gred berdasarkan teknik
perangkaan
Masa Selepas sesuatu Selepas beberapa Sebelum semasa dan
atau beberapa pelajaran selepas satu atau
pelajaran beberapa mata pelajaran
Proses Perlaksanaan Persediaan ujian Proses pengujian Proses Pengukuran
Pelaksanaan/Pemerhatian merekod markah dan Proses penganalisis
pemeriksaan memberi gred Proses interprestasi
Melapor tindakan

Anda mungkin juga menyukai