Anda di halaman 1dari 70

Pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan Pengenalan

Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai dan merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan

perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar-pelajar. Guru juga merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor, dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan, dan pemulihan.

Penilaian dilakukan ke atas pelajar secara individu atau berkumpulan untuk mendapatkan gambaran awal tentang kejayaan mereka hasil dari latihan atau pengajaran yang diterima sepanjang proses pembelajaran yang dilalui di sekolah. Salah satu aspek penilaian dalam pendidikan ialah menilai kejayaan pelajar dari segi kognitif, afektif, dan psikomotor. Oleh yang demikian, penilaian ke atas pelajar merupakan suatu proses yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran yang dialami oleh mereka.

Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), sudah pasti akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita. Selepas item soalan dibina dan ujian sudah

digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan.

Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item, kita perlu membuat

analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis-analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis-analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

Di antara kegunaan keputusan penilaian di negara kita, adalah untuk tujuan pemilihan dan pensijilan. Terdapat dua bentuk penilaian yang dilaksanakan ke atas semua pelajar sepanjang tempoh persekolahan mereka di peringkat rendah dan menengah. Pertama ialah penilaian umum berbentuk peperiksaan di akhir tahun tertentu persekolahan, dan keduanya ialah penilaian yang dilakukan oleh guru di peringkat sekolah sepanjang tahun. Penilaian dalam bentuk peperiksaan awam di peringkat yang dikendalikan oleh dua badan di bawah Kementerian Pelajaran iaitu: i. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM); Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di peringkat rendah, serta Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) di peringkat menengah.

ii.

Majlis

Peperiksaan

Malaysia

yang

mengendalikan

Sijil

Tinggi

Persekolahan Malaysia (STPM) di tingkatan 6.

Sistem pendidikan di Malaysia menekankan kepada hasil akhir pembelajaran, maka bentuk penilaian berterusan yang dijalankan di sekolah juga adalah kepada bentuk peperiksaan yang menggunakan ujian pensil dan kertas. Kejayaan pelajar dalam peperiksaan awam juga merupakan ukuran kepada kejayaan guru, keberkesanan sekolah dan sistem pendidikan secara keseluruhannya di kalangan masyarakat.

Konsep pengujian, pengukuran dan penilaian

Istilah pengujian, pengukuran dan penilaian adalah merupakan konsepkonsep penting dalam bidang pendidikan. Bahagian berikut menjelaskan konsepkonsep ini dengan lebih terperinci:

Rajah 1 : Konsep pengujian, pengukuran dan penilaian

Pengujian Dalam konteks pendidikan, pengujian dijalankan untuk mengukur prestasi pelajar dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang

diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan (hlm. 2).

Secara ringkas pengujian ialah: Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis. Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah atau skor akan diberikan kepada pelajar berkenaan. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan

(pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian, seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari dan prestasi pelajar yang diuji.

Pengukuran Nitko (2004) berpendapat pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan

menggunakan instrumen. Manakala menurut Bhasah (2006) dipetik dalam Azizi Ahmad (2007), pengukuran dalam erti kata lain ialah langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.

Pendapat lain dikemukakan Norman E. Gronlund (1971),Measurement is limited to quantitative descriptions of pupil behavior. Pengukuran adalah

pendekatan kuantitatif untuk mendeskripsikan perilaku manusia. Pengukuran juga disebut sebagai proses pemerolehan sebuah gambaran dengan angka mengenai sejauh mana individu (objek penilaian) memproses sebuah perilaku tertentu menjawab pertanyaan seberapa banyak.

Pendapat Bhasah (2006) dipetik dalam Azizi Ahmad (2007), pengukuran merupakan pemberian angka-angka atau nombor kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang ditetapkan. Pengukuran boleh berbentuk

ujian, skala kadar (rating scale) atau senarai semak. Contohnya, skor (markah) 79 daripada 100 markah bagi satu ujian ialah satu pengukuran. Pengukuran yang tidak melibatkan sebarang tugasan, tidak boleh dikategorikan sebagai ujian. Contohnya rekod pelajar yang disimpan oleh pihak sekolah, ia hanya merupakan penyimpanan maklumat pelajar.

Penilaian Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara, Stufflebeam et al. (1971 hlm. xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.

Secara ringkasnya penilaian ialah satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Ini bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu

proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah dicapai.

Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Ketiga-tiga aspek tersebut dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, ketiga-tiga aspek dilakukan sekali lagi bagi mengetahui sama ada guru 'mengajar' dan pelajar 'belajar'.

Kepentingan pengujian, pengukuran dan penilaian Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Para pelajar sering mengalami tekanan bila berhadapan dengan ujian. Kejayaan mahupun kegagalan mereka berdasarkan daripada ujian yang

menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru, selalunya mereka bimbang apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan dan

kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kepentingan penilaian adalah seperti berikut:

1. Sebagai penggerak / motivasi.

Ujian juga memainkan peranan sebagai penggerak bagi pelajar-pelajar. Dengan adanya ujian, pelajar-pelajar akan memberi perhatian kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Sebahagian besar pelajar akan hanya mula mengulangkaji pelajaran apabila diberitahu akan diadakan ujian. Begitu juga pelajarpelajar di kelas yang akan menghadapi peperiksaan, mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan. Pengujian yang berdasarkan objektifobjektif pendidikan dapat memaksa guru dan pelajar berusaha mencapai terhadap objektif-objektif itu dan memberi motivasi serta kesedaran kepada pelajar-pelajar bahawa kecemerlangan akademik akan menjamin masa depan mereka. Ini merupakan satu motivasi dan merangsangkan pelajar-pelajar supaya terus memperbaiki pembelajarannya melalui tunjuk ajar dan bimbingan guru secara berterusan.

2. Sebagai alat mencari punca kelemahan (diagnosis).

Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau pretest. Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang pengajaran. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar

sebelum mereka memulakan pengajaran.

3. Bagi mendapatkan maklum balas (feedback).

Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah dapat memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang telah diajar dalam bilik darjah serta masalah yang dihadapi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini membolehkan guru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang pelajar dalam bilik darjah tersebut sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti pelajar yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya.

Bagi pelajar-pelajar pula, hasil ujian mungkin merupakan satu perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik, akan mendorong mereka untuk terus belajar dengan lebih tekun lagi dan keputusan yang kurang baik mungkin akan menyebabkan pelajar berkenaan akan berusaha dengan lebih gigih. Setengah-setengah ibu bapa, setelah mendapat maklum balas tentang hasil ujian anak-anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan (tuisyen) bagi anak-anak mereka.

4. Menilai prestasi / pencapaian / kemajuan pelajar-pelajar.

Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan pelajar-pelajar tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya pada akhir tahun sesi persekolahan atau kepada pelajar Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM) adalah bertujuan untuk menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan pelajar-pelajar kuasai. yang telah

Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal. Guru akan dapat membezakan murid-murid yang cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.

5. Untuk mengenalpasti pengetahuan sedia ada.

Sebelum guru memulakan pengajarannya dalam bilik darjah, guru akan mengadakan penilaian dan menguji pelajar-pelajarnya bagi mengetahui

pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar atau untuk meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya telah menguasai sesuatu kemahiran. Misalnya, seseorang

guru yang akan mengajar bahasa Melayu, guru perlu mengetahui aspek kemahiran manakah yang telah dikuasai oleh pelajar dari aspek tatabahasa, perbendaharaan
10

kata dan sebagainya. Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru

bagi

menyediakan latihan yang khusus atau pemerhatian yang lebih kepada pelajarpelajar berkenaan supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi, seterusnya guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan pendekatan atau kaedah yang sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar.

Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan membolehkan guru mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar. Guru akan menyelidiki aspek atau kemahiran yang menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar dan mengenal pasti punca masalah tersebut berlaku. Tanpa penilaian dan pengujian yang dijalankan, pelajar-pelajar yang menghadapi masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari arus perdana persekolahan.

6. Pembahagian kumpulan

Sebagai pembahagian kumpulan dalam kelas untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar prestasi yang paling baik dikumpulkan dalam kumpulan A, prestasi yang sederhana baik dalam kumpulan B dan yang lemah dalam kumpulan C atau untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan. Pembahagian ini akan membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan.

11

7. Bagi pensijilan atau pengkelasan

Murid-murid di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan menerima sijil-sijil yang berkenaan setelah lulus peperiksaan-peperiksaan tersebut. Dalam situasi

persekolahan, peranan pengujian ialah untuk pensijilan. Gred-gred pada sijil-sijil tersebut bergantung kepada pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan tersebut. Selain daripada sekolah, ujian-ujian yang dijalankan di maktab, politeknik dan universiti juga memainkan peranan pensijilan. Para pelajar serta siswa-siswi akan dianugerahkan diploma atau ijazah kerana telah lulus ujian-ujian tertentu. Diploma dan ijazah juga merupakan satu bentuk sijil yang diberi sijil kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan mengikut prestasinya.

8. Penyelidikan

Dalam penyelidikan, maklumat diperlukan daripada pelbagai sumber. Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan, maklumat dapat diperoleh dari ujian, pemerhatian, penggunaan soal selidik, biografi dan sebagainya. Keputusan pelbagai jenis ujian seperti ujian tara, ujian kepantasan, ujian daya dan ujian perlakuan sentiasa digunakan oleh para penyelidik dalam menjalankan kajian-kajian mereka.

12

Jenis-jenis pengujian

Terdapat berbagai jenis ujian bahasa yang digunakan di sekolah. Jenis ini dapat digolongkan kepada tiga kumpulan besar: ujian pencapaian , ujian kemahiran dan ujian bakat.

Ujian Pencapaian.

Ujian pencapaian ini boleh dibahagikan kepada dua jenis umum, iaitu Ujian Kemajuan dan Ujian Pencapaian:

1. Ujian Kemajuan

Ujian ini kerap digunakan di dalam bilik darjah. Tiap-tiap ujian kemajuan yang digunakan di dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru darjah itu sendiri kerana dia mempunyai pengetahuan penuh mengenai keperluan ujian yang direkabentuk olehnya itu. Tujuannya adalah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan pelajar yang ingin diuji. Adalah tidak wajar untuk menggunakan ujian umum seperti UPSR untuk memenuhi keperluan sesuatu keadaan yang khusus di dalam bilik darjah. Jadi, guru digalakkan membentuk ujiannya bagi memenuhi keperluannya sendiri.

Ujian kemajuan ini bertujuan untuk mengukur dan menilai, setakat manakah pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu. Ujian itu berasaskan kepada rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar. Jadi ujian itu bukan saja penting untuk menilai

13

kemajuan pelajar dalam pelajarannya, tetapi juga tugas-tugas guru itu sendiri dalam mengajar murid-muridnya.

Hasil daripada ujian kemajuan ini membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajarnya dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan. Satu ujian kemajuan yang tinggi mutunya dapat mengerakkan motivasi pelajar ke arah pencapaian yang lebih tinggi dengan cara yang lebih positif. Jadi ujian ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mengukuhkan pembelajaran dan aspek-aspek tertentu yang telah dipelajari. Biasanya satu ujian kemajuan harus menghasilkan markah pencapaian yang tinggi dan ini akan mendorong pelajar untuk berusaha lagi.

2. Ujian Pencapaian

Ujian ini tidak jauh berbeza daripada ujian kemajuan. Ujian pencapaian lebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah. Kebanyakan ujian pencapaian merupakan ujian umum seperti PMR dan SPM. Ujian seperti ini adalah berasakan kepada apa yang dianggap telah dipelajari oleh pelajar. Ujian ini merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar. Pembentukan ujian itu berasaskan kepada sukatan pelajaran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Dalam peperiksaan umum seperti ini, bahanbahan yang dibentuk biasanya diprauji dulu. Tiap-tiap butiran peperiksaan dianalisis melalui proses analisis butiran. Butir-butir yang sesuai dikekalkan dan lain-lain, sama ada dibuang, diubah atau
14

diperbaiki, berasakan analisis tersebut. Kadang-kadang ujian pencapaian digunakan juga sebagai ujian kemajuan, jika tujuannya ialah khas untuk melihat kemajuan pelajar di dalam pelajarannya.

Ujian Kemahiran

Ujian ini ialah untuk menentukan sejauh mana kemahiran bahasa seseorang pelajar dan bagaimana dia menggunakan kemahiran ini untuk menghadapi sesuatu tugas tertentu seperti pelajaran lain atau bidang-bidang tertentu. Misalnya, ada ujian lisan bahasa Malaysia pada peringkat SPM, dan ada ujian untuk menguji kemahiran pelajar di dalam pertuturan. Ujian bahasa Inggeris TOEFL (Test of English as a Foreign Language) bertujuan untuk menguji kemahiran seseorang di dalam bahasa tersebut. Jadi ujian seperti ini bukanlah untuk mengukur pencapaian am, tetapi kemahiran khusus yang diperlukan untuk menghadapi pembelajaran.

Ujian Bakat

Ujian bakat di dalam bahasa Melayu ialah ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu. Adalah dianggapkan bahawa bukan semua orang, khususnya bukan Melayu, mempunyai bakat untuk mempelajari bahasa Melayu. Bakat untuk mempelajari bahasa sangat kompleks dan melibatkan berbagai faktor seperti kecerdasan, umur, motivasi kuasa ingatan, kebolehan mengenal pasti bunyi bahasa dan pola-pola tatabahasa. Dengan itu tidak mungkin dan tidak perlu diuji semua aspek bahasa di dalam satu ujian. Oleh

15

sebab itu, biasanya ujian bakat dibahagikan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang ingin dipelajari oleh pelajar, umpamanya kemahiran bertutur.

Pembinaan item ujian

Terdapat dua jenis item ujian bertulis iaitu:

(a)

Item objektif seperti item yang memerlukan pelajar memilih jawapan yang betul atau item betul-salah, beraneka pilihan, padanan atau pelengkapan ayat.

(b)

Item subjektif yang memerlukan pelajar menggubal jawapan sendiri termasuklah item berjawapan pendek, sederhana atau panjang; item berjawapan terbuka; atau item berkaitan penyelesaian masalah.

Secara amnya, pembina item ujian boleh merancang sesuatu ujian dari segi jenisnya, bilangan item, kandungan pengajaran serta domain dan peringkat objektif pengajaran. Mengikut Haladyna (1977), konsep pencapaian boleh dipecahkan kepada pengetahuan dan kemahiran. Ujian ke atas pengetahuan seseorang individu hendaklah berlandaskan pengetahuan serta kefahaman mengenai fakta, konsep dan prinsip. Ujian terhadap kemahiran hendaklah berasaskan kepada aplikasi

pengetahuan terhadap masalah dan keadaan.

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak

16

ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan

menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.

Menurut Hale (1980) penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JPU, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil.

Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU (Test Specification Table) adalah carta dua-hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JPU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JPU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JPU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.

17

Langkah pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Ujian yang baik mestilah mempunyai rancangan yang rapi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU yang dikenali sebagai Test Blue Print dan Test Specification adalah merupakan satu matriks yang terdiri daripada dua paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).
PAKSI ARAS PAKSI KANDUNGAN Pengetahuan Kefahaman KEMAHIRAN Jumlah Masa Jumlah item

Sederhana

Rajah 2: Paksi Kandungan dan Paksi Aras Kemahiran

JPU mempunyai maklumat seperti yang berikut: Kandungan ujian yang berupa topik-topik pelajaran. Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% 80%

18

Penilaian

Sintesis

Analisis

Aplikasi

Mudah

Susah

Kita

dapat

simpulkan

bahawa

pengetahuan

dan

kemahiran

yang

disenaraikan dalam JPU haruslah berupa pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telah diajar di dalam bilik darjah. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu pula ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya. Contohnya, jika topik 1

memerlukan dua minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masa seminggu, maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada soalan topik 2. JPU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan mudah, sederhana dan susah dari segi aras kesukarannya. Aras kesukaran soalan lebih kurang memadai aras kemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang digunakan. Ini bererti, soalan aras pengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman, aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Manakala

soalan yang menguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah. perkara yang relatif. pelajarnya. Namun begitu, aras kesukaran soalan ini merupakan satu Yakni, guru harus membina soalan mengikut kebolehan

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Kita perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:

1. Skop pengajaran bagi sesuatu tajuk. 2. Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk.

19

3. Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain. 4. Kompleksiti sesuatu tajuk 5. Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

Bil 5.1 Lokasi 5.2

Tajuk-tajuk pengajaran dan pembelajaran

Masa belajar

Di Asia Tenggara Di Dunia

12

Negeri dalam Malaysia Nama negeri, ibu negeri, bandar utama Lagu, bendera, jata negeri Ketua negeri dan ketua kerajaan negeri 14

5.3

Identiti negara Lagu bendera, jata, mercu dan lambang lain Struktur pentadbiran negara Ketua negara dan Ketua kerajaan 40 14

Jumlah

Jadual 1: Tajuk-tajuk pengajaran dan pembelajaran mengikut masa belajar

2. Menganalisis Objektif Pengajaran

Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya.

20

3 Domain

kognitif afektif

- aktiviti mental - menitiberatkan sikap, emosi dan perasaan

psikomotor - aktiviti fizikal


kompleks

Domain Kognitif Taksonomi Bloom


6 Penilaian : memilih, menilai, mengadili 5 Sintesis : melahirkan pendapat, kreatif, mengembangkan 4 Analisis : logik, induktif, deduktif, penaakulan formal 3 Aplikasi : Ada pemindahan kemahiran, menyelesaikan masalah 2 Kefahaman : menerangkan, membandingkan, menjelaskan, mengatakan 1 Pengetahuan : mengingat semula fakta, data dan lain-lain

Mudah

Rajah 3: Domain Kognitif Taksonomi Bloom

Rajah 4: Aras Taksonomi Bloom


21

Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah pelajar perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.

Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan pelajar memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan pelajar menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.

22

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.

Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.

Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar

mengenalpasti unsurunsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan pelajar menentukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu pelajar perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan

menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman

23

perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana pelajar cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya

kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.

Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah pelajar perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria.
24

Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

3. Menentukan Jenis Soalan

Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran bahasa Melayu bagi tajuk Struktur ayat pada peringkat Aplikasi, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis Objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis Subjektif yang berbentuk menggubal ayat-ayat.

4. Menentukan Bilangan Soalan

Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan

25

kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.

Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira jangka masa ujian, jenis soalan dan kesukaran soalan, yang bergantung kepada peringkat objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa pelajar dan lain-lain. Aras kesukaran soalan biasanya sukar ditentukan, kecuali melalui pengalaman pembina soalan atau kajian rintis yang diadakan sebelum sesuatu set soalan digunakan. Contoh pengiraan bilangan soalan mengikut topik

a. b. c. =

soalan objektif (20 soalan) 2 markah bagi 1 item. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: Jumlah masa X Jumlah soalan Jumlah masa keseluruhan

26

Bil.

Masa Bidang/Topik/Topik Kecil Belajar

Anggaran Jumlah Item

Jumlah Item

5.1

Lokasi Di Asia Tenggara Di Dunia 10 12 x 20 ____ 40 6

5.2

Negeri dalam Malaysia Nama negeri, ibu negeri, bandar utama Lagu, bendera, jata negeri Ketua negeri dan Ketua kerajaan negeri 15 14 x 20 ____ 40 7

5.3

Identiti negara Lagu bendera, jata, mercu dan lambang lain Struktur pentadbiran negara Ketua negara dan Ketua kerajaan Jumlah 40 20 15 14 ____ 40 x 20 7

Jadual 2: Pengiraan soalan mengikut topik

27

Kepentingan Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Jadual Penentuan Ujian yang

dibina

dengan

baik

akan

membantu

penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:

a. b. c. d. e.

kertas ujian dapat digubal secara sistematik. kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin. taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang. ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran. aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain.

Jadual Analisis

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah membentuk satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi sukatan pelajaran Kajian Tempatan bagi tahun 5 sepertimana yang terdapat pada Jadual 3 berikut. Berdasarkan JPU tersebut, kami telah memecahkan tajuk Mengenal negara kita kepada 3 topik kecil iaitu Lokasi negara Malaysia, Negeri-negeri dalam Malaysia dan Identiti negara Malaysia. Berdasarkan topik-topik ini, kami telah membina satu set instrumen soalan aneka pilihan yang meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom. Soalan-soalan yang telah kami gubal adalah terdiri daripada 6 soalan aras pengetahuan, 3 soalan aras kefahaman, 3 soalan aras aplikasi, 3 soalan aras analisis, 2 soalan aras sintesis, dan 3 soalan aras penilaian.
28

Soalan-soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada 10 soalan aras mudah, 5 soalan aras sederhana dan 5 soalan aras tinggi.

SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI, SUNGAI PETANI JADUAL PENENTUAN UJIAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5 UJIAN BULAN OGOS 2012

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN 5.1 Lokasi a) Di asia Tenggara

J. ITEM OBJEKTIF P

KEMAHIRAN K A An S P R

ARAS S T

NO. Soalan

JUM. Soalan

X X X X X X

X X X X X X

(1) (13) (15) (14) (12) (2) 1 5

b) Di dunia 5.2 Negeri dalam Malaysia a) Nama negeri,ibu negeri & bandar utama b) Lagu,bendera dan jata negeri

X X X X X X X X

X X X

(5) (17) (19) (10) X (18) 2 3

c) Ketua negeri dan Ketua kerajaan negeri

X X X

X X

(3) (6) 2

29

5.3 Identiti Negara a) Lagu,bendera jata, mercu dan lambang lain b) Struktur pentadbiran negara X X X X X X X X c) Ketua negara & K.Kerajaan JUMLAH X X X X X X X X X (4) (8) (7) (16) (11) (20) (9) 1 3 3

10 5

20

20

Jadual 3: Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Kajian Rintis Untuk menjamin item yang digubal mempunyai ciri-ciri keesahan,

kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran, item yang telah disemak telah ditujukan kepada sebahagian kecil pelajar untuk memastikan keesahannya. Soalan-soalan ini telah diberikan kepada pelajar-pelajar tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Semeling, Bedong, Kedah. Kelemahan-kelemahan item ini boleh diperbaiki dengan maklumat yang didapati dari kajian rintis tersebut. Set instrumen yang baik dan yang telah dibaiki boleh digunakan sebagai ujian yang sah, atau disimpan dalam bank item untuk kegunaan pada masa hadapan. Keputusan kajian rintis digunakan untuk menganalisa dan mentafsir item. Dalam hal ini Indeks Kesukaran (p) dan Indeks Diskriminasi (d) dikira bagi setiap

30

item untuk menentukan kuantiti sesuatu item, sama ada item itu benar-benr sesuai digunakan atau sebaliknya.

Analisis ujian

Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Petani, Kedah. Hasil daripada ujian yang telah dijalankan ini, kami telah menyediakan sebuah jadual pencapaian untuk

menunjukkan hasil pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar ini seperti yang ditunjukkan pada jadual 4 di bawah. Di samping itu, melalui jadual pencapaian ini ia akan memudahkan kami untuk mengukur sejauh mana keberkesanan item soalan ini terhadap para pelajar di sekolah ini.

Berdasarkan jadual pencapaian ini, seramai 20 orang pelajar telah dipilh untuk menjalani ujian ini yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Daripada sejumlah 20 orang pelajar dari kelas tahun 5 Amal ini, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu Adhwa Hazim yang berjaya menjawab 14 soalan dengan tepat dan diikuti dengan Ainnur Irdina yang berjaya menjawab dengan betul sebanyak 13 soalan. Seramai 5 orang pelajar telah mendapat 12 markah, seorang mendapat 11,10 dan 8 markah serta seramai 4 orang pelajar telah mendapat 9 markah. Bagi pelajar yang mendapat 7 markah, hanya 2 orang pelajar sahaja yang mendapat markah ini. 2 orang pelajar pula hanya

31

mampu menjawab 6 soalan dengan betul. Manakala, hanya 2 orang pelajar sahaja dicatatkan mendapat markah yang terendah iaitu memperoleh 5 markah sahaja. Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual ini didapati hampir 70% daripada pelajar kelas ini mampu menjawab soalan yang telah diberikan dengan baik. Manakala 30% pelajar lagi gagal menjawab soalan yang diberikan dengan jayanya. Oleh yang demikian, melalui pencapaian yang telah diperolehi tugasan kami yang seterusnya ialah menentukan Indeks Kesukaran bagi item soalan yang telah kami sediakan ini.

Kesesuaian item dan ujian

Analisis item membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selain itu, analisis item juga dapat menunjukkan keupayaan sesuatu item itu mengasingkan pelajar pandai daripada pelajar lemah. Analisis-analisis ini akan menghasilkan pekali/indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kesahan Ujian, dan Indeks Kebolehpercayaan Ujian. Analisis-analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai atau sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

Indeks kesukaran item (p)

Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks Kesukaran Item (p). Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu

32

item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut : Bilangan calon yang memberi jawapan betul Nilai p = --------------------------------------------------------Jumlah calon yang menjawab

15 (Bilangan yang menjawab betul) Contoh : Nilai p = --------------------------------------------------------20 (Jumlah calon yang menjawab) = 0.75

Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item.
0.00 0.50 1.00

Item Sukar

Sederhana

Mudah

33

Item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai p yang tinggi. Untuk lebih jelas lagi dalam menilai aras kesukaran item ini dapat dijelaskan dalam jadual 4 di bawah.

Nilai (p) 0.00 0.20 0.21 0.40 0.41 0.60 0.61 0.80 0.81 1.00

Pengkelasan Item Terlalu Sukar Sukar Sederhana Sukar Mudah Terlalu Mudah

Jadual 4: Aras Kesukaran Item

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik (ukuran psikologi) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan-soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang tinggi keupayaannya.

Antara tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati ramai pelajar yang

34

tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, memberi maklumbalas kepada pelajar bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan.

Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di sekolah, kami telah membina jadual untuk menunjukkan indeks kesukaran item yang telah kami perolehi seperti yang terdapat pada jadual 5 berikut:

35

No.Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Nilai (p) / Aras Kesukaran 0.90 0.60 0.55 0.95 0.40 0.40 0.45 0.60 0.55 0.35 0.25 0.40 0.60 0.10 0.20 0.40 0.25 0.75 0.30 0.40

Pengkelasan Item Terlalu Mudah Sederhana Sukar Sederhana Sukar Terlalu Mudah Sukar Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sukar Sukar Sukar Sederhana Sukar Terlalu Sukar Terlalu Sukar Sukar Sukar Mudah Sukar Sukar

Jadual 5: Indeks Kesukaran Item- Pengkelasan Item

Berdasarkan jadual di atas, kita dapat melihat soalan 1 dan soalan 4 mempunyai aras kesukaran 0.90-0.95 di mana pengkelasan item menunjukkan soalan ini terlalu mudah untuk diselesaikan. Jika menurut ujian rujukan norma,

36

soalan ini adalah tidak sesuai untuk ditadbirkan kerana ia tidak dapat membezakan di antara pelajar yang pandai dengan yang lemah. Bagi soalan 18 pula, seramai 15 orang daripada 20 orang pelajar telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul. Ia mempunyai aras kesukaran 0.75 yang menunjukkan soalan ini juga mudah untuk dijawab dan juga tidak sesuai untuk digunakan bagi ujian rujukan norma.

Sebanyak 6 soalan mempunyai aras kesukaran 0.41-0.60 iaitu soalan 2,3,7,8,9 dan soalan 13 di mana soalan-soalan ini dikategorikan sebagai soalan yang sederhana sukarnya. Soalan-soalan seperti ini sesuai untuk ditadbirkan di dalam kelas kerana ia dapat membezakan keupayaan menjawab di antara pelajar yang lemah dengan pelajar yang bijak. Soalan seperti ini tidaklah terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab dan sesuai untuk menguji pengetahuan mengikut aras kemampuan kumpulan para pelajar yang tertentu.

Soalan yang berada pada aras yang sukar iaitu pada aras 0.21-0.40 adalah yang paling banyak terdapat pada ujian ini di mana terdapat sebanyak 9 soalan yang sukar di dalamnya. Antara soalan tersebut ialah soalan yang bernombor 5,6,10,11,12,16,17,19 dan 20. Di dapati agak ramai pelajar yang gagal menjawab dengan tepat soalan- soalan ini. Jika mengikut ujian rujukan norma, soalan-soalan seperti ini juga agak sesuai untuk digunakan di dalam ujian kerana ia mampu membezakan pelajar yang rendah keupayaan dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Walaubagaimana pun, soalan-soalan seperti ini, haruslah diperbaiki dan diseimbangkan mengikut aras kemampuan pelajar.

37

Manakala yang terakhir soalan 14 dan soalan 15 adalah soalan yang paling banyak gagal dijawab oleh pelajar di mana hanya 2 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 14 dan hanya 4 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 15 dengan tepat. Oleh yang demikian, kedua-dua soalan ini dikategorikan sebagai terlalu sukar dan soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini.

Indeks diskriminasi item

Indeks

diskriminasi

item

ialah

indeks

yang

dapat

membezakan/

mendiskriminasikan antara pelajar yang berkeupayaan rendah dengan pelajar yang berpencapaian tinggi. Indeks diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU RL) dengan T(L+U). RU adalah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar yang berpencapaian tinggi. RL pula ialah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berkeupayaan rendah.T(L+ U) adalah jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi. Cara mengira indeks diskriminasi item adalah seperti yang berikut :

Indeks Diskriminasi (d) =

(RU RL) (1/2 T (L+U) )

38

Berikut menunjukkan jadual aras diskriminasi dan pengkelasan item :

Nilai ( d ) 0.00 0.10 0.11 0.20 0.21 0.30 0.31 0.40 0.41 1.00

Pengkelasan Item Tidak Baik Kurang Baik Sederhana Baik Baik Sangat Baik Jadual 6: Aras diskriminasi item

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0, soalan-soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan-soalan ini dengan betul berbanding pelajar pandai.

Antara tujuan indeks diskriminasi ini, untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian39

bahagian kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan dan mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang tertentu. N0.SOALAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Nilai (d) / Aras Diskriminasi 0.33 0.33 0.00 0.16 0.66 0.33 0.66 0.50 0.83 -0.33 -0.16 0.33 0.50 -0.16 0.00 0.66 0.16 0.50 0.50 0.66 Pengkelasan Item Baik Baik Tidak Baik Kurang Baik Sangat Baik Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik Tidak Baik Tidak Baik Baik Sangat Baik Tidak Baik Tidak Baik Sangat Baik Kurang Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik

Jadual 7: Indeks Diskriminasi Item- Pencapaian pelajar


40

Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di sekolah, kami telah membina jadual untuk menunjukkan indeks diskriminasi item yang telah kami perolehi. Indeks diskriminasi bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 7 di atas. Contoh pengiraan untuk mendapatkan hasil analisa seperti yang di atas ialah :

Contoh soalan 1 : Markah Tinggi (RU) Markah Rendah (RL) T(L+U) (RU-RL) T(L+U) =64 6 = 0.33

= 6 orang = 4 orang = 6 orang

41

Analisa soalan ujian Item/Soalan 1

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Lokasi Di Asia Tenggara Pengetahuan ( mudah ).

1. Apakah nama ibu negeri Sarawak ? A. B. C. D. E. Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi : : : B 0.90 0.33 Kangar Kuching Shah Alam Kota Bharu

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.

Keputusan: Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

42

Item/Soalan 2

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Lokasi Di dunia Pengetahuan ( mudah ).

2. Negara manakah yang paling hampir dengan Malaysia ? A. B. C. D. China Taiwan Pakistan Thailand

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

D 0.60 0.33

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.33. Seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.

Keputusan: Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

43

Item/Soalan 3

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Negeri dalam Malaysia Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan Negeri Pengetahuan (mudah ).

3. Berikut adalah gelaran ketua negeri-negeri Melayu kecuali A. B. C. D. Putera Sultan Yang diPertuan Besar Yang diPertuan Negeri

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

A 0.55 0.00

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah.

Keputusan: Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

44

Item/Soalan 4

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Identiti negara Lagu, bendera, jata, mercu dan lambang lain. Pengetahuan (mudah).

4. Apakah Bunga Kebangsaan Malaysia ? A. B. C. D. Bunga Melur Bunga Raya Bunga Matahari Bunga Kemboja

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

C 0.95 0.16

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan 5 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.

Keputusan: Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

45

Item/Soalan 5

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Negeri dalam Malaysia Nama negeri, ibu negeri dan bandar utama. Aplikasi (sederhana).

5. Kenyataan manakah yang tidak benar mengenai Negeri Sembilan ? A. B. C. D. Negeri ini mengamalkan adat perpatih Yang diPertua Negeri adalah Ketua Negeri Terdapat empat undang luak di Negeri Sembilan Terdapat sembilan daerah utama di Negeri Sembilan

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

B 0.40 0.66

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, tidak ada seorang murid pun dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

Keputusan: Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. 46

Item/Soalan 6

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Negeri dalam Malaysia. Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan Negeri. Aplikasi (mudah).

6. Gelaran Ketua pentadbir bagi Negeri Sabah ialah A. B. C. D. Ketua Menteri Menteri Besar Yang diPertua Negeri Yang diPertua Besar

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

A 0.40 0.33

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.

Keputusan: Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini. 47

Item/Soalan 7

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Identiti negara Lagu, bendera, jata, mercu dan lambang lain. Kefahaman ( sederhana).

7. Apakah cogankata yang terdapat pada Jata Negara Malaysia ? A. B. C. D. Bersekutu Maju Tekun Usaha Jaya Usaha Hingga Jaya Bersekutu Bertambah Mutu

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

D 0.45 0.66

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

Keputusan: Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. 48

Item/Soalan 8

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Identiti Negara. Lagu, bendera, jata, mercu dan lambang lain. Pengetahuan (mudah).

8. Apakah yang dimaksudkan dengan lima bilah keris yang terdapat pada Jata Negara? A. B. C. D. Negeri negeri selat Negeri berdemokrasi Negeri Melayu bersekutu Negeri Melayu tak bersekutu

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

C 0.60 0.50

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 2 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

Keputusan: Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. 49

Item/Soalan 9

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Identiti negara Ketua Negara dan Ketua Kerajaan Analisis (sederhana).

9. Antara tugas tugas seorang Perdana Menteri Malaysia ialah I. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran negara II. Berkuasa mengampunkan orang yang didapati bersalah III. Mempengerusikan mesyuarat kabinet IV. Menjadi ketua agama Islam bagi negeri yang tiada Sultan A. B. C. D. I dan II II dan IV I dan III III dan IV

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

C 0.55 0.83

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.83. Seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan pencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan jayanya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk PRN kerana ia dapat membezakan di antara murid yang bijak dengan murid yang lemah di dalam kelas.

Keputusan: Soalan 9 ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. 50

Item/Soalan 10

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Negeri dalam Malaysia Lagu, bendera dan jata negeri. Kefahaman (mudah).

10. Sembilan tangkai padi yang terdapat pada Jata Negeri Sembilan bermaksud A. B. C. D. Sembilan adat Sembilan dialek Sembilan daerah Sembilan undang

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

C 0.35 -0.33

Bagi soalan nombor 10 ini, indeks diskriminasinya adalah -0.33 di mana seramai 3 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul berbanding hanya seorang sahaja dari kumpulan berpencapaian tinggi.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai.

Keputusan: Soalan ini perlu diperbaiki atau diganti dengan soalan yang lebih sesuai. 51

Item/Soalan 11

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Identiti Negara. Struktur pentadbiran Negara. Aplikasi (sukar).

11. Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai pentadbiran negara Malaysia A. B. C. D. Perdana Menteri berkuasa membubarkan Parlimen Perdana Menteri adalah ketua pentadbiran Malaysia Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara Malaysia Rakyat berhak memilih kerajaan baru setiap lima tahun sekali

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

A 0.25 -0.16

Bagi soalan 11, indeks diskriminasi soalan ini juga adalah negatif iaitu -0.16 di mana seramai dua orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.Hanya seorang pelajar sahaja dari kumpulan pencapaian tinggi dapat selesaikan soalan ini dengan tepat.Soalan ini adalah tidak baik untuk penilaian rujukan norma.

Keputusan: Soalan ini juga perlu diperbaiki dan diganti dengan soalan yang lain.

52

Item/Soalan 12

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Lokasi Di Asia Tenggara. Penilaian (sederhana).

12. Perkara- perkara berikut benar mengenai matlamat penubuhan ASEAN kecuali A. B. C. D. mempercepatkan pertumbuhan ekonomi menggalakkan keamanan dan kestabilan politik meningkatkan taraf hidup penduduk negara negara anggota cuba melahirkan seberapa banyak ahli sukan bertaraf dunia

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

D 0.40 0.33

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 3 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.

Keputusan: Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

53

Item/Soalan 13

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Lokasi Di Asia Tenggara Kefahaman (mudah)

13. Negara kita, Malaysia merupakan ahli anggota A. B. C. D. Blok Komunis Kesatuan Eropah Pertubuhan Atalantik Utara Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

D 0.60 0.50

Indeks diskriminasi item bagi soalan 13 ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat selesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

Keputusan: Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. 54

Item/Soalan 14

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Lokasi Di Asia Tenggara. Sintesis (sederhana).

14. Untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan perdagangan yang berjaya,negara negara ahli telah A. B. C. D. mengadakan kerjasama ekonomi serantau mengadakan kerjasama kebudayaan serantau mengadakan kerjasama pelancongan serantau mengadakan kerjasama perikanan serantau

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

A 0.10 -0.16

Bagi soalan nombor 14 pula ini, indeks diskriminasinya adalah -0.16 di mana hanya seorang murid sahaja dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul. Manakala, tidak seorang murid pun dari kumpulan berpencapaian tinggi yang dapat menyelesaikan soalan ini.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai. Keputusan: Soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini.

55

Item/Soalan 15

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Lokasi Di Asia Tenggara Analisis (sukar).

15. Di kalangan negara- negara di Asia Tenggara, Malaysia merupakan I. Sebuah negara membangun II. Sebuah negara pengeluar getah utama di dunia III. Sebuah negara demokrasi IV. Sebuah negara yang tinggi kadar penganggurannya A. B. C. D. I, II dan III I,II dan IV II,III dan IV I,III dan IV

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

A 0.20 0.00

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00. Bilangan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama iaitu seorang bagi kumpulan murid pencapaian tinggi dan juga seorang murid bagi kumpulan berpencapaian rendah.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah. Keputusan: Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan lain yang lebih sesuai 56

Item/Soalan 16

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Identiti negara Struktur pentadbiran Negara. Pengetahuan (mudah).

16. Kementerian apakah yang bertanggungjawab ke atas aspek keselamatan negara? A. B. C. D. Kementerian Pendidikan Kementerian Pertahanan Kementerian Pengangkutan Kementerian Kesihatan

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

B 0.40 0.66

Indeks diskriminasi item bagi soalan 16 ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. Keputusan: Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

57

Item/Soalan 17

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Negeri dalam Malaysia. Nama negeri, ibu negeri, dan Bandar utama. Analisis (sederhana).

17. Berikut adalah benar bagi sesebuah daerah dalam sesebuah negeri di Malaysia. I. Ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah II. Pegawai Daerah akan dibantu oleh Penghulu Mukim III. Pegawai Daerah dipilih melalui pilihanraya IV. Setiap daerah mempunyai Majlis Daerah masing-masing A. B. C. D. I,II dan III II,III dan IV I,II dan IV I,III dan IV

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

A 0.25 0.16

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Hanya seramai 2 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah. Keputusan: Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

58

Item/Soalan 18

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Negeri dalam Malaysia Lagu, bendera, dan jata negeri Sintesis (sukar)

18. Mengapakah setiap negeri di Malaysia mempunyai lagu negeri masing-masing? A. B. untuk bersaing dengan negara negara jiran menimbulkan semangat bersatu padu ,setia dan sayang kepada negeri sendiri C. D. berbangga apabila menyanyikan lagu tersebut memupuk semangat rajin bekerja dan berusaha hingga berjaya.

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

B 0.75 0.50

Indeks diskriminasi item bagi soalan 18 ini ialah 0.50 di mana seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 3 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

Keputusan: Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. 59

Item/Soalan 19

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Negeri dalam Malaysia Nama negeri, ibu negeri, dan bandar utama. Penilaian (sukar).

19. Pernyataan berikut menggambarkan peranan bandar-bandar di Malaysia I. Pusat pentadbiran II. Pusat perkembangan ekonomi III. Menyediakan pelbagai kemudahan IV. Pertanian untuk perdagangan dijalankan dengan meluas di bandar A. B. C. D. I,II dan III II,III dan IV I,II dan IV I,III dan IV

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

A 0.30 0.50

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. Keputusan: Soalan ini perlu dikekalkan dalam ujian ini.

60

Item/Soalan 20

Topik Sub Topik Aras Item

: : :

Identiti Negara Struktur pentadbiran Negara. Penilaian (sukar).

20. Di peringkat pusat, kerajaan bertanggungjawab meninggikan taraf hidup rakyatnya. Perkara-perkara di bawah adalah sebahagian daripada cara- cara yang boleh dilakukan kecuali A. B. C. D. menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan memberi wang sara hidup kepada orang yang menganggur menyediakan dan membina lebih banyak kemudahan infrustruktur menyediakan lebih banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Jawapan Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

: : :

B 0.40 0.66

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya seorang murid sahaja dari kumpulan murid berpencapaian rendah yang dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

Keputusan: - Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

61

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Secara amnya, item yang mempunyai Indeks diskriminasi positif menunjukkan soalan tersebut adalah baik manakala bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif dikira tidak baik untuk penilaian rujukan norma. Sebagai panduan, aras kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut jadual 8 di bawah Nilai ( d ) 0.00 0.10 0.11 0.20 0.21 0.30 0.31 0.40 0.41 1.00 Pengkelasan Item Tidak baik Kurang baik Sederhana baik Baik Sangat baik Keputusan Ubah suai Terima Terima Terima Ubah suai

Jadual 8: Aras diskriminasi dan pengkelasan item

Ulasan analisa indeks diskriminasi

Item

Indeks Diskriminasi

Ulasan / Catatan

1 2

0.00 (Tidak Baik)

- Item yang tidak baik akan tetap diterima dan digunakan kerana memberi peluang kepada murid yang aras rendah untuk mendapat markah. Soalan ini juga terdapat dalam JPU iaitu soalan berbentuk mudah. Walaubagaimana pun guru boleh mengubahsuai soalan ini .

62

0.11 (Kurang Baik)

- Item yang kurang baik juga tetap digunakan dalam pengujian 27 % adalah soalan dari aras sukar. Soalan ini dapat menguji minda murid dengan lebih bernas.

Jadual 9: Ulasan analisa indeks diskriminasi Bagi item yang berada dalam kategori baik, sederhana baik dan sangat baik, ia akan terus disimpan di bank soalan dan akan digunakan pada pelajar-pelajar lain pada bila-bila masa yang diingini oleh guru. Soalan yang tidak baik dan kurang baik pula boleh diubahsuai.

Indeks Kesahan Ujian

Kesahan ujian bermakna kita memastikan bahawa sesuatu ujian bahasa Melayu itu benar-benar menguji perkara-perkara yang harus diuji iaitu mencapai tujuannya. Sesuatu alat ukuran bermaksud sejauh mana alat tersebut dapat

mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut (Hanna & Dettmer, 2004). Mengikut Mehrens dan Lehmann (1991) terdapat empat jenis kesahan yang harus diawasi iaitu: Kesahan Rupa, Kesahan Berhubung dengan Kriteria, Kesahan Kandungan dan Kesahan Konstruk.

a. Kesahan Rupa/Muka

Kesahan rupa bermakna bahawa sesuatu ujian itu harus kelihatan menguji perkara yang diuji. Ujian di bilik darjah harus mempunyai ciri kesahan yang tinggi, iaitu ujian tersebut harus kelihatan menguji apa yang hendak diuji. Misalnya ujian

63

bahasa Melayu harus kelihatan seperti mengandungi petikan untuk ujian fahaman dan kosa kata dan sebagainya, tidak banyak mengandungi angka, graf, jadual dan lain-lain yang lebih merupakan ujian matematik. Jika ujian itu kelihatan seperti ujian matematik, maka kesahan rupa ujian bahasa Melayu tersebut adalah rendah.

b. Kesahan Berhubung dengan Kriteria

Sesuatu ujian yang baik juga mempunyai kesahan berhubung dengan kriteria. Ini bermakna bahawa pencapaian pelajar di dalam ujian tersebut dapat dihubungkan dengan sesuatu kriteria tertentu, seperti peperiksaan luar atau kejayaan pada masa depan. Misalnya ujian lisan di sekolah mempunyai kesahan berhubung dengan kriteria tinggi yang dapat dikaitkan dengan peperiksaan SPM. Pelajar yang mendapat pencapaian yang tinggi di dalam ujian ramalan, dapat diduga akan mencapai markah yang tinggi juga di dalam peperiksaan SPM nanti.

c. Kesahan Kandungan

Kesahan ini cuba melihat sejauh mana ujian tersebut meliputi bidang pelajaran yang harus diuji. Ujian yang mempunyai kesahan kandungan yang tinggi akan mencerminkan isi dan pengajaran yang telah dilaksanakan sebelum ujian. Semua objektif pengajaran yang penting bagi sesuatu pelajaran, dinyatakan di dalam isi yang mewakili pelajaran tersebut. Dengan itu tidak ada perkara penting dari segi isi pelajaran akan tertinggal. Kesahan kandungan bagi ujian bilik darjah yang disediakan oleh guru harus dipertimbangkan oleh guru yang telah mengajar kandungan tersebut bagi kelasnya.

64

d. Kesahan Konstruk

Kesahan konstruk merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat mengukur sesuatu konstruk berasaskan teori psikologi tertentu. Sebagai contoh, alat yang dibina untuk mengukur konstruk sabar sepatutnya dapat mengukur konstruk ini dengan baik. Untuk memastikan alat ini dapat mengukur konstruk sabar, pembina item inventori ini perlu terlebih dahulu memahami maksud tidak sabar, kurang sabar dan sabar dan juga ciri-ciri orang yang sebegitu. Kesahan konstruk adalah penting kepada ahli-ahli pendidikan dan psikologi yang ingin membuat kajian tentang konstruk.

Indeks Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada keselarasan sekumpulan skor ujian mengukur. Menurut Hanna dan Dettmer (2004) Kebolehpercayaan sesuatu alat ukuran bermaksud ketekalan ukuran-ukuran yang dihasilkan oleh alat tersebut. Jadi, kebolehpercayaan itu ialah ketetapan atau ketekalan ujian tersebut. Ujian yang

tinggi kebolehpercayaannya ialah ujian yang menghasilkan skor-skor ujian yang hampir sama bagi sekumpulan pelajar di dalam keadaan yang berbeza. Tidak semestinya satu-satu bahan ujian yang menghasilkan keputusan analisis

kebolehpercayaan yang tinggi itu, sah terutamanya jika bahan itu menguji aspekaspek yang tidak relevan dengan objektif pengajaran, kerana, analisis statistik kebolehpercayaan tidak dapat menguji kesahan isi. Sebaliknya jika sesuatu ujian itu terdiri daripada butiran yang dianggap tepat dan penting, maka, bahan ujian itu akan menjadi sah, dan boleh dipercayai.

65

Pendapat

Mehrens dan Lehmann (1991) menyenaraikan

lima

jenis

kebolehpercayaan iaitu: ukuran kestabilan, ukuran kesetaraan, ukuran kesetaraan dan kestabilan, ukuran ketekalan dalaman dan keboleh percayaan pemeriksa.

b. Ukuran kestabilan Ukuran kestabilan juga dipanggil anggaran keboleh percayaan uji-uji semula boleh dikira dengan memberikan ujian yang sama sekali lagi kepada kumpulan pelajar yang sama selepas ujian pertama ditadbirkan, dan seterusnya mengira pekali korelasi Pearson antara dua skor yang diperolehi setiap pelajar.

c. Ukuran kesetaraan

Ukuran kesetaraan atau ukuran keselarian dikira dengan memberikan dua ujian yang berbeza tapi setara (kesamaan dari segi kandungan, Jadual Spesifikasi Ujian, format soalan dan arahan menjawab serta min, varians dan interkorelasi skor) kepada kumpulan pelajar dan hari yang sama dan seterusnya, mengira pekali korelasi Pearson antara dua skor yang diperolehi setiap pelajar. Dalam hal ini, dua ujian yang setara boleh digunakan, satu sebagai ujian pra dan satu lagi sebagai ujian pos. Selain itu, ujian setara juga boleh digunakan untuk menguji dua kumpulan pelajar yang berbeza pada berlainan masa.

d. Ukuran kesetaran dan kestabilan

Ukuran kesetaraan dan kestabilan ini akan memberikan tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generalisasi skor yang akan diperoleh pelajar, sekiranya mereka diberi ujian yang setara pada masa yang berlainan. Ujian jenis ini akan menghapuskan kesan hafalan jawapan atau kesan latih tubi soalan ujian pertama

66

terhadap jawapan ujian kedua, disamping menilai pencapaian pelajar selepas jangka masa yang panjang.

e. Ukuran ketekalan dalaman

Ukuran ketekalan dalaman boleh ditentukan dengan menggunakan sekali ujian sahaja. Salah satu daripada kaedah yang digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman ialah dengan membelah/memecahkan ujian kepada separuhseparuh iaitu separuh pertama dan separuh kedua. Ukuran ketekalan dalam belah dua ini dapat menggambarkan kesetaraan dalam ujian, iaitu antara separuh pertama dengan separuh kedua sesuatu ujian.

Kaedah-kaedah lain yang digunakan untuk mengukur ketekalan ujian ialah Kaedah Kuder-Richardson dan Kaedah Cronbach. Kedua-dua kaedah ini juga menggunakan sekali ujian sahaja dan ukuran ketekalan dalamannya

menggambarkan darjah keseragamaan antara item dalam sesuatu ujian, iaitu menunjukkan hubungan/korelasi antara setiap item dengan jumlah skor ujian (Mehrens & Lehmann, 1991).

f. Keboleh percayaan permeriksa

Keboleh percayaan pemeriksa bermaksud ketekalan ukuran/skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama. Keboleh percayaan ini tidak diperlukan bagi ujian berbentuk objektif, sebab jawapan kepada setiap soalan dalam ujian bentuk ini adalah sama, iaitu perbezaan skor antara pemeriksa tidak wujud (biasanya jawapan diperiksa oleh komputer sahaja).

67

Kesimpulan

Berdasarkan

keputusan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

daripada tugasan yang kami sediakan ini, item soalan yang dibina adalah baik dan sesuai untuk digunakan oleh pelajar-pelajar bagi tujuan pengujian. Ini adalah kerana kedua-dua indeks tersebut tidak menunjukkan sebarang kesukaran atau perbezaan yang melampau. Oleh itu setiap guru mestilah mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang pembinaan ujian agar pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan dan item yang dibina bersesuaian dan mencabar kebolehan pelajar.

Penilaian dan pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal hingga akhir. Dengan adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya satu set ujian yang berkualiti. Dalam melaksanakan ujian, guru mestilah mengenal pasti soalan-soalan yang dibina menepati semua objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Penilaian dan pengujian adalah sama pentingnya dengan sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan pengajaran yang digunakan. Penilaian dan pengujian sangat penting untuk memastikan bahawa objektif pengajaran tercapai.

68

Rujukan

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang, (2007). Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Cronbach, L.J. (1970). Essential of psychological testing (3rd ed.) New York: Harper & Row. Gay, L.R. (1985). Educational and evaluation and measurement. Competencies for analysis and application. 2nd ed. Charles E.Merril. Grondlund, N.E. (1971). Measurement and evaluation in teaching. New York: Macmillan Company. Hale, G. et al. (1980).Effects of item disclosure on TOEFL performance, Research Report No.8, Educational Testing Service, Princeton, NJ. Hanna, G.S. & Detmer, P.A. (2004). Assessment for affective teaching: Using context-adaptive planning. Boston: Pearson. Lee Shok Mee. (1990). Pedagogi 4 (A) : Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mehrens, W.A. & Lehmann, I.J. (1991). Measurement and evaluation in education and psychology (4th ed.). Chicago: Holt, Rinehart and Winston. Nitko, A.J. (2004). Educational assessment of students. Upper saddle river, N.J.: Pearson-Merill Prentica Hall. Raminah Hj. Sabran, (1991). Penilaian dan pengujian bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Stufflebeam, D.L. (1971).Evaluations enlightment for decision making in Beatty, W.H (Ed.) improving educational assessment and an inventory of measures of affective behaviour. Washington D.C: ASCD

69

70

Anda mungkin juga menyukai